Вы находитесь на странице: 1из 5

Bidang Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Definisi Morfologi

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalambuku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunyaLanguage yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan bahagian kata
Bidang Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Definisi Morfologi

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalambuku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunyaLanguage yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan bahagian kata

Definisi Morfologi
Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For NonLinguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan morphology itu berasal daripada bahasa Latin morphe yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata. Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurangkurangnya dalam tradisi barat yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini, beberapa konsep penting dalam bidang ini haruslah difahami terlebih dahulu. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan edisi ketiga morfologi bermaksud bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsure perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu atau lebih morfem. Perkataan ajar , misalnya , terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem iaitu meng- dan ajar. Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud sendiri. Manakala morfem terikat pula ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Daripada contoh tadi jelas terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas, yang bermakna dan dapat berdiri sendiri. Manakala morfem bersifat bebas dan tidak. Jelas di sini bahawa semua perkataan terdiri daripada morfem, tetapi tidak semua morfem itu perkataan. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan system morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Вам также может понравиться