Вы находитесь на странице: 1из 1

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Encik Mohd Eddy Chin bin Abdullah

dan Encik Muftar bin Mohamad Saad atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keperihatinan yang diberikan sepanjang proses saya menyempurnakan kerja kursus projek ini. Bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar yang dihulurkan oleh kedua-dua pensyarah saya banyak membantu kepada kejayaan penyediaan kertas cadangan ini. Saya amat menghargai kesabaran Encik Mohd Eddy Chin yang sedia berkongsi maklumat dan kepakaran, senang dihubungi dan cepat bertindak semasa sesi penyeliaan penyediaan kertas cadangan penyelidikan tindakan ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Muftar bin Saad atas kesediaan memberi pandangan dan saranan, serta maklum balas yang meyakinkan. Sekalung penghargaan kepada Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Pembimbing, guru-guru lain dan juga para pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu dan mendorong saya dalam melakukan kajian ke atas murid kelas Gading 2A. Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya menyiapkan kertas cadangan kajian tindakan ini dengan baik, demi membantu menarik minat murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Terakhirnya, tidak lupa juga dikesempatan ini saya ingin rakamkan jutaan terima kasih buat ahli keluarga tersayang yang banyak memberi daya inspirasi kepada saya, begitu juga buat rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi sokongan moral dalam menyiapkan kertas cadangan kajian tindakan ini. Allah jualah yang mampu membalas jasa dan sumbangan kalian, semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua. Sekian.

ii

Вам также может понравиться