Вы находитесь на странице: 1из 4

1.

1)

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Berkenaan dengan asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Pengkajian terhadap bahasa asal usul bahasa ini masih diperlukan, namun ianya bukanlah perkara mudah. Bukti-bukti langsung tentang istilah Melayu pada zaman prasejarah masih belum dapat ditemui. Untuk mengetahui asal usul bahasa melayu, asal usul penutur aslinya perlu diselidiki terlebih dahulu. Ini kerana, penutur asli bahasa melayu merupakan manusia yang melahirkan bahasa dan akan menggunakannya ke mana pun mereka pergi. Asal usul bangsa melayu dipercayai berasal dari induk Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama yang dikenali ialah Melayu Prato yang kemudiannya berpindah ke Asia Tenggara pada zaman batu baru (2500 SM). Kumpulan kedua pula dikenali sebagai melayu Deutro yang berpindah ke Asia Tenggara pada zaman Logam (1500 SM ). Apabiala kumpulan pertama dan kedua menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara, ianya kemudian dikenali sebagai Austronesia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bukti sejarah lain yang cuba

dikaitkan dalam asal usul bahasa melayu. Misalnya, dalam catatan China, ia menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-Lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 M. Selain itu, ada yang menyatakan kerajaan Molo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera daripada batang sungai yang deras alirannya iaitu sungai melayu. Selain itu,catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata Ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya di sekitar 675M. Dalam bahasa Jawa kuno, perkataan melayu bermaksud berlari atau menggembara. Hal ini, boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu ( Austronesia) yang bergerak dari Yunani. Bahasa-bahasa daripada nusantara terdiri daripada bahasa dari Nusantara Barat dan Nusantara Timur. Nusantara Barat menggunakan bahasa Malagasi, Acheh, Melayu, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Sibu dan Visaya. Nusantara Timur pula menggunakan bahasa Solo, Roti dan Sika. Pandangan yang dinyatakan bahawa Bahasa Melayu ini sebenarnya berasal daripada bahasa Parsi Kuno yang disebarkan oleh para sarjana Parsi Kuno yang disebarkan oleh para sarjana Parsi di
-4-

Nusantara. Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa asal-usul Bahasa Melayu ini adalah hasil gabungan bahasa pribumi iaitu Bahasa Kawi dan Tatabahasa Parsi. Bahasa Melayu dianggarkan telah wujud sebagai bahasa yang terpenting di rantau nusantara sebelum abad ke 7 lagi. Buktinya adalah menurut I Tsing(pengembara China), Sriwijaya pada masa 672 Masihi adalah pusat pengajian agama Buddah. Hal ini sekaligus menjadikan Sriwijaya sebagai tempat kunjungan penganut-penganut agama Buddha dari negara-negara Asia. Disamping itu, teks pengajian yang digunakan, selain dalam bahasa Sanskrit, juga terdapat dalam bahasa tempatan iaitu Bahasa Melayu Kuno. Manakala ahli-ahli arkeologi dan ahli linguistik pula menyatakan bahawa Bahasa Melayu ini sebenarnya berasal daripada dua kawasan iaitu kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara. Teori ahli arkeologi dan linguistik mengatakan Bahasa Melayu berasal daripada kawasan Asia Tengah dimana Asia Tengah itu merujuk kepada selatan China iaitu Indochina, dan Pantai Timur China Selatan merangkumi Champa, Yunan dan Kampuchea dan ada yang menyatakan ianya berasal daripada Assam, Burma. Dalam teori ini terdapat dua jenis penghijrahan yang menunjukkan Bahasa Melayu itu datang daripada teori yang diberikan. Penghijrahan pertama melibatkan Melayu Proto sekitar 2500 sebelum masihi. Hipotesis mengenai teori ini telah dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin (1892) dan kemudinnya diperkukuh dan disokong oleh R.H Geldren (1932) iaitu merupakan seorang ahli prasejarah dan juga professor di Institut Pengajian Asia, Iran. Dalam kajian yang dibuat oleh beliau, terdapat beliungbeliung batu bersegi panjang yang dijumpai di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawadi, Sungai Salween, Sungai Yangtze, Sungai Hwang Ho dan di beberapa lagi kawasan di sekitar nusantara. Beliung-beliung itu dipercayai dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Kemudian, penghijrahan kedua pula melibatkan Melayu Deutro pada 1500 sebelum masihi. Mereka iaitu penduduk Melayu Deutro dipercayai berasal daripada Yunan. Mereka berhijrah ke Tanah Melayu dan telah menyebabkan penduduk Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman iaitu di hutan dan pergunungan. Kawasan persisir pantai yang dahulunya telah didiami oleh penduduk Melayu Proto telah bertukar menjadi tempat tinggal dan petempatan penduduk Melayu Deutro.
-5-

Mereka bekerja sebagai nelayan. Sebahagian lagi daripada mereka membina penempatam di sekitar sungai dan lembah-lembah yang subur. Penduduk Melayu Deutro ini kemudiannya belayar ke seluruh Kepulauan Melayu, berkembang dan kemudiannya menjadi bangsa Melayu dan Indonesia. Terdapat bukti lain yang menunjukkan perkembangan ini iaitu diantaranya dari J.R.Logan yang menyatakan wujud persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan kaum Naga di Assam, Burma. Selain itu, G.K Nieman dan R.M. Clark pula menyatakan yang mereka telah mengkaji tentang adat resam dan menyimpulkan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Kenyatan-kenyataan tersebut disokong oleh Asmah Hj Omar yang telah menyatakan orang Melayu dari daratan Asia tidak datang sekaligus dan melalui beberapa peringkat, daratan melintasi Tanah Semenanjung Malaysia, lautan Hindi dan Laut China Selatan. Namun begitu, Slametmuljana membuat perbandingan bahasa dan

berpendapat bahawa Bahasa Austronesia yang temasuk bahasa Melayu adalah dari daratan Asia. Terdapat beberapa keraguan yang timbul mengenai asal-usul Bahasa Melayu ini diantaranya ialah tarikh penghijrahan Melayu Proto dan Melayu Deutro bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden telah wujud di Kepulauan Melayu sejak 35,000 tahun yang lalu lagi. Selain itu, warna kulit bagi penduduk yang berasal daripada Malaysia, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lagi memiliki kulit yang berwarna coklat iaitu berbeza dengan warna cerah kulit orang Asia. Bahasa dan budaya umum juga berbeza. Perkara keraguan lain yang ditimbulkan adalah bukti beliung yang dijumpai dan dikemukakan turut dijumpai di Amerika dan Eropah. Bukti beliung ini dikatakan ada pada mana-mana masyarakat primitif di dunia ini. Teori lain asal-usul Bahasa Melayu adalah berasal daripada kawasan Nusantara. Di mana teori ini menyatakan bahawa Bahasa melayu dikatakan wujud dari kalangan manusia yang telah sudah sedia ada wujud di Nusantara ini. Tanah asal orang Melayu adalah dari Sumatera, Jawa melalui bukti kebudayaan yang lebih menonjol. Perkara ini telah dinyatakan oleh Crawfurd. Pernyataan ini telah disokong oleh kajian arkeologi iaitu dengan penemuan fosil manusia di Nusantara. Bukti pertama ialah penemuan fosil manusia menunjukkan bahawa Manusia Jawa telah
-6-

wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu. Selain itu, Marsden juga mendapati bahawa Bahasa Melayu adalah serumpun dengan Polinesia, Malanesia, dan Mikronesia yang ternyata di bawah Austronesia. Dyen pula mengatakan bahawa orang Melayu berasal daripada 3 tempat iaitu Malanesia, Farmosa, dan New Guinea. Persamaan yang nyata dapat dilihat dari segi perkataan, bahasa dan bentuk kata. Berdasarkan daripada beberapa sumber ahli-ahli arkeologi dan ahli linguistik serta sumber-sumber lain yang telah dilihat dan dikaji, dapatlah kita simpulkan bahawa asal usul bangsa melayu berkait rapat dengan asal usul bahasa melayu kerana jika tidak wujudnya bangsa mustahil wujudnya bahasa, kerana bahasa yang digunakan amatlah penting dalam kegunaan harian kita. Setelah mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita akan bincangkan pula berkenaan dengan perkembangan Bahasa Melayu. Perkembangan bahasa Melayu mempunyai beberapa peringkat perkembangan bermula daripada Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik, dan Bahasa Melayu Moden.

-7-

Вам также может понравиться