Вы находитесь на странице: 1из 16

Pengenalan Masalah disiplin pelajar di sekolah-sekolah hari ini telah menjadi berita hangat yang dibincangkan.

Ia bukan sahaja melibatkan pihak sekolah, Kementerian Pelajaran malah turut melibatkan pihak polis dalam mengambil tindakan terhadap murid-murid yang terbabit kerana masalah ini bukan sekadar masalah kecil tetapi ada yang sudah melangkaui masalah jenayah. Di sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman. Murid-murid di harap supaya berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mekanisme disiplin bertujuan memupuk pertumbuhan dan

mewujudkan perhubungan yang sihat antara semua masyarakat sekolah. Morris Haimowitz dalam artikelnya menyatakan, Jenayah adalah dicipta, bukan di lahirkan. Salah laku pelajar merujuk kepada tingkah laku yang menyimpang atau deviant behaviour daripada norma-norma yang dipercayai dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dengan bentuk perlakuan yang bertentangan dengan peraturan

undnagundang jenayah yang dilakukan oleh individu yang belum mencapai umur dewasa (Dewan Masyarakat, Jun, 2000)
Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah

Masalah tingkah laku sememangnya akan berlaku dalam kehidupan kita tidak kira kepada orang lain atau kepada diri kita sendiri. Masalah tingkah laku ini sebenarnya berlaku disebabkan banyak perkara antaranya apabila kita tidak dapat apa yang kita inginkan, kita ingin menunjukkan sesuatu luahan perasaan dan sebagainya. Masalah tingkah laku juga berlaku bukan dalam kalangan orang dewasa sahaja malah berlaku kepada semua peringkat umur tidak kira tua atau muda.

Disamping itu, masalah tingkah laku boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: a) masalah tingkah laku lisan b) masalah tingkah laku bukan lisan Masalah tingkah laku lisan biasanya berlaku dengan suara seperti berkata-kata dengan kasar, meninggikan suara dengan orang lebih tua dan sebagainya. Masalah tingkah laku lisan ini sangat biasa berlaku dan biasa dilihat di sekeliling kita. Namun apa yang ingin kita fokuskan disini adalah masalah tingkah laku bukan lisan. Berikut merupakan definisi tingkah laku menurut beberapa orang tokoh terkenal.
Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear (2003) Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi. Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu

Definisi oleh Carl Rogers (1999) Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Maka tingkah laku bukan lisan dapat dieertikan sebagi tingkah laku yang bukan melibatkan bunyi tetapi apa yang dilakukan oleh seseorang individu tersebut. Tingkah laku bukan lisan ini juga boleh merujuk kepada tindak balas atau interaksi seseorang terhadap sesuatu mungkin hanya dengan mimik muka atau perbuatan semata-mata tanpa kata-kata.

Tingkah Laku Bukan Lisan Bermasalah Di Sekolah A) Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian Bagi masalah yang pertama, masalah ini berlaku dan dikesan di Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian dimana beberapa orang pelajar mempunya tingkah laku yang sama. Masalah tingkah laku bukan lisan yang dikesan adalah masalah: sering keluar untuk membuang sampah semasa guru sedang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Masalah ini pertama kali dikesan apabila seorang murid dari Tahun 4 iaitu Stanley sering keluar untuk membuang sampah keluar sedangkan sampah yang dibuang hanyalah sedikit. Pada mulanya masalah ini dianggap remeh tetapi lama kelamaan masalah ini menganggu sesi P&P guru. Ini merupakan masalah tingkah laku lisan kerana murid tidak membuat bising tetapi perlakuan yang dilakukan murid tersebut dianggap menggangu. Disamping itu, masalah ini bukan berlaku kepada seorang murid sahaja malah beberapa orang lagi. Berikut merupakan beberapa orang pelajar dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku yang sama seperti dinyatakan di atas. Bil Nama 1. 2. 3. 4. Stanley Elysees Casius Andy Khairil Hizami Kelas Tahun 4 Tahun 4 Tahun 2 (Pemulihan) Tahun 2 (Pemulihan)

Pelajar-pelajar di atas biasanya akan keluar beberapa kali semasa proses P&P dijalankan dan ada kalanya hanya untuk membuat sampah yang kecil seperti cebisan kertas sahaja. Apabila mereka kerap kali keluar, maka ramai yang akan mula keluar. Ada yang ingin ke tandas dan ada yang sengaja ingin mengasah pensel. Inilah dikatakan masalah tingkah laku berantai. Maka tingkah laku bukan lisan yang dilakukan oleh murid-murid di atas dianggap serius dan akhirnya P&P tidak akan berjalan dengan lancar.

Gambar 1 menunjukkan murid yang tidur disebabkan bosan dengan proses P&P dalam kelas.

Gambar ke-2 menunjukkan murid tidak memberi perhatian

B) Sekolah Kebangsaan Melansai,Serian Berdasarkan pemerhatian setelah beberapa minggu menjalankan Praktikum Siri-3 di SK Melansai, saya mengenalpasti beberapa masalah tingkah laku bukan lisan yang dilakukan oleh murid-murid. Antara masalah tingkah laku bukan lisan yang dikesan ialah murid suka melukis semasa guru mengajar. Pada mulanya, saya cuma menegur murid tersebut supaya menyimpan lukisan dan menyalin latihan yang saya berikan. Namun begitu, setelah saya beredar dan melihat kerja murid lain, murid tersebut terus melukis semula. Setelah diperhatikan, terdapat beberapa orang murid lagi yang suka melukis semasa guru mengajar. Antara murid yang suka melukis semasa guru mengajar ialah: Nama murid 1. Sylvester John 2. Micheal Angelo Kelas Tahun 3 Tahun 3

Murid ini kerap melukis dan murid lain akan berkerumun untuk melihat hasil lukisan mereka. Ini mengganggu sesi P&P dan guru sering menghabiskan masa untuk menegur dan melarang murid lain berjalan-jalan semasa guru mengajar.

Menginterpretasi Tingkah Laku Bukan Lisan

Tingkah laku
Perkataan, ayat 12% Saluran bukan lisan 52%

Nada suara 36%

Jika dilihat daripada carta di atas, jelas ditunjukkan bahawa cara manusia meluahkan perasaan dikuasai oleh saluran bukan lisan iaitu sebanyak 52%. Saluran bukan lisan ini termasuk mimik muka, isyarat tangan, kedudukan badan dan sebagainya. Agak sukar dipercayai tetapi itulah hakikatnya.
(Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Perguruan oleh Choon Lean Keow, m/s 180)

Oleh yang demikian, kita sebagai pendidik, haruslah menguasai kemahiran menginterpretasi tingkah laku bukan lisan kanak-kanak. Menurut Mehrabian(1972), beliau telah mengenalpasti tiga dimensi yang berkesan untuk mentafsir tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan kanak-kanak tersebut iaitu: i) Tindakbalas Semulajadi ii) Perasaan teransang iii) Sifat dominan

Tiga dimensi yang dinyatakan Mehrabian diatas akan digunakan untuk mentafsir tingkah laku bermasalah yang telah dinyatakan sebelum ini. A) Masalah sering keluar membuang sampah semasa proses P&P dijalankan

Tindakbalas Semulajadi
- Murid yang mempunyai masalah dinyatakan sentiasa mencari sampah di sekeliling mereka atau membuat sampah sendiri. Mereka sebenarnya tidak gemar pada guru yang mengajar atau tidak minat pada apa yang disampaikan oleh guru. Oleh sebab demikian mereka akan mencari sesuatu untuk menjadi "passport" untuk mereka keluar sebentar dan hilangkan rasa bosan. Perasaan Teransang - Merujuk kepada semangat ditunjukkan mlalui nada suara, dan gerakan fizikal. Murid yang mengalami masalah diatas, biasanya akan bergerak lebih dan tidak duduk dengan tenang. Mereka juga mungkin kerap menganggu kawan-kawan dan akhirnya apabila tiada kerja lain, maka mereka akan mencari apa-apa yang boleh dibuang dan keluar dari kelas hanya untuk membuang sampah yang sedikit sahaja. -

Sifat Dominan - Kita dapat membezakan kanak-kanak melalui sifat dominan mereka, iaitu kemungkinan asal-usul atau latarbelakang keluarga. Murid yang bertaraf tinggi biasanya dididik dengan baik dan kemungkinan murid yang bermasalah diatas tidak didedahkan dengan pentingnya menumpukan perhatian semasa P&P dijalankan.

Selain daripada yang dinyatakan diatas apa yang dapat dikatakan adalah murid yang melakukan tingkah laku bukan lisan di atas mungkin sebenarnya inginkan perhatian dan mungkin disebabkan mereka tidak dapat menerima apa yang diajar.

B) Masalah sering melukis semasa guru mengajar.

Tindakbalas Semulajadi - murid pada tahap umur ini suka melukis terutama apabila meminati sesuatu benda sebagai contoh kereta dan watak kartun. Tindakbalas semulajadi berlaku apabila ada dalam kalangan murid mencabar murid tersebut untuk melukis sesuatu yang lebih cantik dari lukisan murid lain. Sekiranya murid minat membuat sesuatu seperti melukis, mereka tidak akan ambil peduli perkara yang berlaku disekeliling termasuklah semasa guru mengajar.

Perasaan Teransang - murid tidak akan senang duduk dan suka melukis sesuatu pada buku latihan. Gerak geri sentiasa mencurigakan seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Suka curi-curi melukis apabila ada peluang.

Sifat Dominan - sifat dominan murid yang suka melukis berpunca dari sikap yang tidak mahu mendengar arahan dan suka membuat kerja sendiri. Sikap ini mungkin bermula semasa di sekolah dimana murid lebih suka membuat kerja sendiri semasa guru mengajar. Walaupun berkali-kali guru menegur namun murid masih lagi melukis semasa guru mengajar.

Selain daripada yang dinyatakan diatas apa yang dapat dikatakan adalah murid yang melakukan tingkah laku bukan lisan di atas mungkin sebenarnya inginkan perhatian dan mungkin disebabkan mereka tidak dapat menerima apa yang diajar.

Cara Menangani Tingkah Laku Dikenal Pasti Terdapat pelbagai cara bagi menangani tingkah laku dikenal pasti ini. Bagi masalah pertama yang dinyatakan, berikut merupakan cara menangani tingkah laku bukan lisan tersebut.
Bil. 1. Cara Menangani Melarang sesiapa keluar semasa guru tengah proses Huraian Menetapkan peraturan agar murid tidak keluar

sewenang-wenangnya. Guru boleh menetapkan murid hanya boleh keluar 5 minit pertama dan pada 5 minit terakhir agar tiada gangguan Guru boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik minat murid untuk belajar. Disamping itu, murid akan lebih fokus dan tidak akan berasa bosan dengan corak P&P yang sama setiap hari

melaksanakan P&P 2.

Melakukan lebih banyak aktiviti semua murid melibatkan

3.

Melakukan kaunseling.

sesi

Guru boleh melakukan sesi kaunseling kecil diluar masa P&P untuk mengetahui masalah sebenar murid. Murid boleh meluahkan perasaan masing-masing tentang apa yang disampaikan oleh guru. Guru juga boleh bertanya mengenai mengapa murid sering melakukan tersebut. perkara yang dianggap bermasalah

4.

Meminta menyediakan membuang sendiri.

murid tempat sampah

Daripada membuang masa untuk keluar membuang sampah yang hanya sedikit, guru boleh meminta murid membawa plastik sendiri agar mereka boleh

membuang sampah di dalam plastik tersebut. Dengan cara ini, murid tidak perlu keluar dan tidak akan menganggu guru yang sedang mengajar di hadapan.

5.

Sentiasa meminta murid bermasalah kehadapan untuk sesuatu menyelesaikan

Melalui cara ini, murid tidak akan berasa bosan dan mengelakkan murid rasa tidak dipedulikan. Murid akan rasa diperlukan guru. Oleh yang demikian mereka sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian.

Sekali-sekala membuat aktiviti yang melibatkan melukis.

Murid akan menggunakan kebolehannya untuk tujuan yang betul. Guru harus memberi pujian dan menegur secara lembut supaya sikap suka melukis digunakan untuk tujuan yang betul. Murid akan rasa dihargai dan sikap suka melukis semasa mengajar akan berubah secara perlahan-lahan.

Refleksi Masalah Bukan Lisan Murid Allen Hendy ak Naftali Masalah bukan lisan bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perguruan. Semua guru pernah menghadapi masalah ini dan guru adalah sebagai ejen perubahan kepada murid tersebut. Jika diperhati, kebanyakan masalah yang timbul dalam kelas ialah berbentuk bukan lisan seperti bergendang, mencubit, menumbuk, bermain, menolak kawan, tidur, termenung dan banyak lagi. Walaupun tingkahlaku ini kelihatan seperti tidak mengganggu bagi murid kerana bagi murid sekiranya mereka tidak membuat bising, mereka tidak mengganggu guru mengajar, namun masalah tingkahlaku bukan lisan adalah masalah tingkahlaku yang paling sukar di kawal. Ini kerana tingkahlaku bukan lisan adalah perbuatan murid yang dilakukan melalui tindak balas persekitaran. Seperti masalah dimana murid kerap membuang sampah, murid

menganggap perbuatan itu adalah betul dan tidak mengganggu murid lain kerana tujuannya hanyalah untuk membuang sampah. Namun begitu, tingkahlaku tersebut mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran kerana guru sering menegur murid yang kerap keluar masuk kelas untuk membuang sampah. Pada mulanya, guru tidak mengambil peduli murid selalu keluar buang sampah kerana perbuatan itu tidak salah dan baik dari segi moral. Namun apabila murid terlalu kerap keluar untuk membuang sampah, ini menarik minat guru untuk mengenalpasti masalah sebenar murid kerana masalah sebenar bukanlah tertumpu kepada masalah sampah tetapi lebih kepada tingkahlaku murid itu sendiri. Guru mengira berapa kali murid keluar membuang sampah sepanjang masa guru mengajar dan mengikut kiraan tersebut, perlakuan ini boleh dianggap sebagai masalah tingkahlaku bukan lisan. Bagi menangani masalah ini, guru haruslah melihat dari semua aspek seperti penglibatan dalam kelas, hasil kerja, sikap dan minat murid. Semua aspek ini mendorong kepada berlakunya masalah tingkahlaku bukan lisan. Bagi penglibatan dalam kelas, guru harus melihat sama ada murid ini terlibat secara aktif atau pasif dalam setiap aktiviti. Selain itu, guru perlu melihat hasil kerja murid sama ada mereka dapat membuat kerja yang diberi. Berdasarkan pemerhatian, murid yang selalu menghabiskan kerja awal mudah bosan dan sering mencari kerja lain yang ingin dilakukan manakala bagi murid yang tidak dapat menyiapkan kerja yang diberi

pula akan mula mencari alasan untuk tidak membuat kerja. Sikap dan minat pula boleh dilihat sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dimana kita boleh melihat murid berminat atau tidak dengan topik yang diajar. Bagi mengatasi masalah tingkahlaku bukan lisan ini, guru perlu membina aktiviti yang menarik dan banyak melibatkan murid tersebut. Ini kerana mungkin murid bosan dengan cara pengajaran yang lebih berpusatkan guru daripada berpusatkan murid. Murid yang berkenaan lebih suka melakukan aktiviti yang melibatkan fizikal dan pergerakan berbanding hanya duduk dan mendengar apa yang diajar oleh guru. Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru ialah meminta murid menulis atau menyelesaikan masalah matematik di papan tulis, main peranan, didik hibur seperti berlagu dan melakukan kerja dalam kumpulan kecil. Apabila murid terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti ini, murid akan sentiasa sibuk dan tidak ada masa untuk mengulang tingkahlaku yang suka keluar untuk buang sampah. Bagi masalah murid yang suka melukis semasa guru mengajar pula, murid ini suka berada dalam dunia murid itu sendiri. Mereka tidak berminat dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Murid ini jarang memberi perhatian semasa berada dalam kelas. Walaupun mereka tidak mengganggu murid lain, namun keadaan ini mengganggu kelancaran sesi pengajaran. Murid akan melukis dimana-mana termasuk buku teks, buku latihan dan juga meja. Perbuatan ini kadang-kadang mengundang pelajar lain untuk turut melukis dan jika tidak dilarang, ramai murid yang akan mula melakukan kerja sendiri. Semasa mula-mula saya mengesan masalah ini, saya mendapati hanya satu kawasan di dalam kelas dimana semua murid lelaki di kawasan itu melukis semasa saya mengajar. Kumpulan murid lain tidak terpengaruh kerana mereka tidak duduk berdekatan. Walaupun tingkahlaku ini seperti tidak mengganggu sesi pengajaran tetapi hakikatnya ia amat mengganggu kerana murid lain mula berkerumun melihat lukisan murid tersebut. Oleh kerana murid lain sering memberi tumpuan kepadanya, saya sering menegur murid lain yang dan ini banyak membuang masa saya. Setelah ditegur berkali-kali, murid tersebut masih lagi melukis semasa saya mengajar. Kali ini, murid tersebut melukis secara curi-curi kerana tidak mahu saya mengesan dia melukis lagi.

Murid ini jika diperhati dari segi akademik, dia tergolong dalam kumpulan murid sederhana. Murid ini pandai membaca, mengira dan menulis. Namun begitu, minat murid ini lebih kepada seni lukisan dan sikap murid ini suka bermain dan tidak ambil serius terhadap pelajaran. Walaubagaimanapun, murid ini sering memberi kerjasama yang baik apabila memberi tumpuan kepada sesi pembelajaran. Tidak dinafikan kadang-kadang murid Tahap 1 mudah bosan dan hilang tumpuan terutama apabila guru tidak memberi sepenuh tumpuan kepada mereka. Setelah saya mengenalpasti masalah tingkahlaku bukan lisan murid ini, saya cuba menggunakan kebolehan murid ini semasa sesi P&P. Ternyata kaedah ini berjaya mengurangkan tingkahlaku bukan lisan murid tersebut. Saya akan meminta murid tersebut untuk melukis apabila memerlukan lukisan pada papan tulis. Selain itu, saya juga banyak melibatkan murid tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seperti menjawab soalan secara lisan, menulis jawapan pada papan tulis dan membuat kerja berkumpulan. Guru pembimbing pernah memberitahu tahap tumpuan bagi murid Tahap 1 adalah singkat dan kita perlu sentiasa menarik perhatian mereka dengan pelbagai cara seperti aktiviti menyanyi, melukis, bercerita dan banyak. Banyak tingkahlaku bukan lisan yang telah diperhati semasa saya mengajar. Murid sering melakukan kerja sendiri semasa guru mengajar. Sebagai guru, saya seharusnya peka terhadap setiap tingkahlaku murid supaya kita boleh mengesan dan mencari jalan untuk memanipulasi kelemahan ini menjadi kekuatan kita dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Mohd Azzahir bin Abdillah Sememangnya sebagai seorang pendidik ataupun bakal pendidik, banyak dugaan yang bakal kita hadapi. Dunia perguruan dan pendidikan merupakan salah satu dunia yang mencabar. Gurulah yang mempunyai pelbagai jenis kerja semasa di sekolah. Gurulah yang menjadi jururawat semasa murid sakit, gurulah yang menjadi hakim sekiranya murid bergaduh, gurulah yang menjadi pengadil semasa murid bersukan dan pelbagai lagi. Siapalah doktor tanpa guru? Siapalah Perdana Menteri tanpa guru? Semuanya memerlukan guru untuk mendidik mereka. Semasa di sekolah, wujud pelbagai jenis masalah yang dihadapi guru. Masalah disiplin, masalah pembelajaran dan sebagainya. Masalah-masalah ini terdiri daripada sama ada masalah lisan mahupun masalah bukan lisan. Masalah lisan merupakan masalah melibatkan kata-kata manakala masalah bukan lisan adalah masalah melibatkan perlakuan dimana perlakuan ini boleh menganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun pada hakikatnya masalah bukan lisan tidak melibatkan bunyi

bising yang boleh menganggu proses P&P, namun masalah bukan lisan akan menganggu pemandangan atau kelancaran penyampaian sesuatu oleh guru. Contohnya murid kerap ke tandas untuk kencing. Mungkin satu dua kali murid keluar, proses P&P tidak akan terjejas tapi lama kelamaan setelah murid kerap kali keluar, guru akan sentiasa berhenti dan terpaksa berhenti mengajar seketika. Sekiranya beberapa orang murid keluar dan membuat perkara yang sama, maka guru tidak fokus lagi dengan apa yang ingin disampaikan. Ini sebenarnya boleh dikatakan mempunyai kesan yang sama dengan tingkah laku murid yang bising di dalam kelas. Jika diikutkan masalah bukan lisan ini mungkin boleh dianggap lebih teruk daripada masalah lisan kerana sekurang-kurangnya masalah lisan dapat dilihat punca dan kesan tapi bagi masalah bukan lisan ini, adakalanya terlindung dan merebak secara senyap dan perlahan. Lama kelamaan masalah ini akan menjadi parah. Kita tidak dapat melihat masalah ini secara terang kerana sikap atau faktor terjadinya masalah bukan lisan ini mungkin disebabkan masalah dalaman atau masalah keluarga sebagai contoh ataupun masalah murid dengan guru itu sendiri.

Seperti masalah yang telah saya kesan iaitu masalah murid yang kerap kali keluar untuk membuang sampah ini, masalah ini pada mulanya merupakan sesuatu yang saya anggap mudah dan langsung tidak memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran saya. Walau bagaimanapun lama kelamaan saya merasakan bahawa masalah ini semakin menular dan menganggu fokus saya dalam menyampaikan proses pengajaran. Jika dilihat secara umumnya punca utama yang dapat saya kesan pada mulanya adalah mungkin disebabkan proses P&P saya yang kurang menarik. Inilah kesimpulan yang pertama dapat saya buat berdasarkan pemerhatian di dalam kelas. Walau bagaimanapun, saya telah menemu bual beberapa orang guru mengenai masalah yang saya hadapi ini. Apa yang saya dapati amat mengejutkan kerana masalah ini bukan sahaja berlaku semasa sesi P&P saya tetapi berlaku dalam kalangan kebanyakan guru. Menurut mereka, masalah ini kerap kali berlaku selepas lebih kurang 10-15 minit sesi P&P dijalankan. Menurut pendapat guru-guru yang telah saya temu bual, mereka menyatakan murid-murid yang mempunyai masalah sering membuang sampah ini adalah murid yang mempunyai masalah untuk menerima apa yang disampaikan dan lantas mengakibatkan pencapaian akademik mereka kurang. Mungkin benar guru harus menumpukan sedikit perhatian kepada murid-murid ini kerana mungkin semasa berada di rumah mereka kurang diberi perhatian. Oleh yang demikian saya merasakan mereka patut diberi perhatian lebih sedikit agar mereka merasa lebih dihargai. Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang pertama adalah murid melakukan sesuatu tingkah laku adalah berdasarkan sesuatu rangsangan. Contohnya murid sering keluar ke tandas atau keluar membuang sampah mungkin disebabkan mereka bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran gur. Seterusnya murid melukis di dalam kelas mungkin disebabkan tidak diberi perhatian. Benda yang kedua yang saya pelajari adalah ada kalanya sesuatu tingkah laku yang tidak melibatkan bunyi mungkin boleh membuatkan sesuatu proses P&P itu terjejas walaupun tanpa gangguan yang begitu jelas. Perkara yang ketiga yang telah saya pelajari adalah murid-murid atau kanak-kanak mempunyai sifat tersendiri terhadap apa yang mereka lakukan. Sebagai contoh mereka murid yang minat kepada seni akan berpotensi melakukan sesuatu seperti melukis di dalam kelas dan sebagainya sekiranya mereka merasa bosan.

Walaupun terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari, tetapi terdapat juga perkara yang saya boleh anggap sebagai kelemahan saya. Kelemahan yang pertama saya kesan melalui tugasan kali ini adalah saya menganggap masalah bukan lisan merupakan masalah yang kurang penting dan tidak akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana saya menganggap masalah bukan lisan langsung tidak memberi impak yang negatif kepada proses penyampaian sesuatu. Kelemahan kedua yang saya dapat kesan adalah saya hanya melihat sesuatu masalah sebagai punca proses P&P yang tidak berkesan padahal banyak lagi punca yang lain yang dapat dikesan antaranya latar belakang keluarga, masalah minat kepada guru dan sebagainya. Kelemahan seterusnya adalah saya dapati bahawa bukan semua perkara dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Ini kerana setiap masalah memerlukan kajian yang sangat teliti disamping membuat penyelesaian langkah demi langkah. Kesimpulan yang dapat saya buat melalui tugasan Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak kali ini adalah setiap masalah mempunyai cara tertentu untuk diselesaikan dan bukan dengan cara membuat satu kesimpulan mudah dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang kurang baik. Masalah yang timbul bukan disebabkan satu perkara sahaja tetapi banyak lagi faktor yang lain namun apa yang paling penting cara kita menangani masalah tersebut. Penggunaan akal fikiran yang baik dan teratur akan menjadikan sesuatu penyelesaian itu lebih berasas dan menghapuskan masalah itu tanpa menyebabkan masalah itu muncul kembali di kemudian hari. Memang agak sukar dinafikan bahawa masalah disiplin semakin menjadi-jadi dalam kalangan murid namun kita sebagai guru harus aktif dan lebih cerdas dalam menangani sebarang masalah itu.

Вам также может понравиться