Вы находитесь на странице: 1из 6

Karangan Penulisan Catatan Harian

Catatan Harianku Berada Di Kampung Halaman

Ahad, 6 Julai 2011 7.30 pagi Aku dan keluarga bapa saudaraku bertolak ke kampung datuk dan nenek di Kampung Keningau. Datuk dan nenek gembira menyambut kedatangan kami. Kami bersembang dengan datuk dan nenek. Selama ini mereka kesunyian, tetapi pagi ini kesunyian mereka terubat dengan kemunculan kami tanpa mereka duga. 9.00 pagi Aku mengikut datuk ke sungai yang terletak di belakang rumah. Datuk menunjukkan lukah-lukah yang dipasangnya bagi memerangkap ikan air tawar kepadaku. Aku tertarik apabila melihat banyak ikan yang terperangkap. Datuk mengeluarkan ikan-ikan yang terperangkap untuk dibawa pulang. 12.00 tengah hari Tiba di rumah, aku terus ke dapur menyuruh nenek masak lemak cili padi. Masakan nenek tiada tandingannya. Tiba-tiba muncul bapa saudaraku dengan membawa balik buah petai dan tuhau. Melihatnya membangkit seleraku yang tidak sabar-sabar menunggu waktu tengah hari. Kami semua menjamu selera makan tengah hari apabila sajian telah siap disediakan. 3.00 petang Bapa saudaraku memanjat pokok rambutan untuk dibawa pulang ke kota. Buah rambutan ranum di hadapan rumah datuk membuatkan aku tak berhenti mengunyah. Kami asyik makan memanjang. 6.00 petang Kami bertolak pulang. Datuk dan nenek berasa sedih untuk melepaskan kami pergi. Aku bersalaman dengan datuk dan nenek lalu terus masuk ke dalam kereta.

Mencatat isi penting

contoh: 7.30 pagi 1) Bertolak ke kampung. 2) sampai di kampung jam 8.30 pagi

9.00 pagi 1)____________________________ _____________________________ 2) ___________________________ ______________________________

12.00 tengah hari1) ___________________________ _____________________________ 2)____________________________ ______________________________

Catatan Harianku di Kampung Halaman

3.00 petang1) ________________________________ __________________________________ 2) ________________________________ ___________________________________

6.00 petang 1) _______________________________ ________________________________ 2) ______________________________ _________________________________

CATATAN HARIAN

TIP PENULISAN BERKESAN Karangan jenis catatan harian ini ialah catatan penulis tentang peristiwa yang dialamai atau dilalui oleh penulis. Catatn Harian dikenali juga sebagai diari. Terbahagi kepada dua bentuk , itu catatan sehari dan catatan beberapa hari. Jika sehari, sertakan haribulan , hari , dan waktu berlakunya sesuatu aktiviti atau peristiwa. Jika catatan beberapa hari, sertakan hari, haribulan, dan waktu jika perlu. Waktu peristiwa atau aktiviti yang dicatat merupakan perkara penting yang berkaitan dengan tajuk. Cara penulisan karangan jenis catatan ini seperti sebuah cerita. Urutan peristiwa atau aktiviti perlu disesun agar menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.

Perkhemahan Di Gunung Pulai

Sabtu, 3 Mac 2012 8.00 pagi --> berkumpul dewan mendaftarkan diri --> bertolak destinasi menaiki bas sewa

9.00 pagi --> tiba destinasi --> mendengar taklimat dan arahan guru pengiring --> memulakan pendakian kumpulan

10.00 pagi --> berjaya tiba - tapak perkhemahan --> berehat sebentar keletihan --> Kemudian - membahagikan tugas kepada kami

10.30 pagi --> bekerjasama menjalankan tugas --> membersihkan tapak perkhemahan, mendirikan khemah dan mencari kayu api --> Di samping itu juga menjerang air membancuh minuman

1.00 tengah hari --> menghidupkan api - memasak makanan --> menikmati makanan gelojoh terlalu lapar --> Selepas makan - mencuci pinggan-mangkuk berehat

4.00 petang --> menjalankan aktiviti rekreasi dan senaman --> bermain dengan gembira --> menjalankan latihan kawad kaki

8.00 malam --> mengadakan aktiviti unggun api --> menyanyi sambil memetik gitar --> Selepas penat bermain diarahkan tidur dalam khemah

Ahad, 4 Mac 2012 6.30 pagi --> diarahkan bangun --> Kemudian berjoging di dalam hutan --> bersarapan bersama-sama

10.00 pagi --> Sebelum pulang - mengemas tapak perkhemahan --> bersiap-siap turun ke kaki gunung

--> pulang menaiki bas sewa

Вам также может понравиться