Вы находитесь на странице: 1из 9

ANALISIS RESPONS BERGANDA

PENGENALAN
Analisis respons berganda dan analisis dikotomi berganda sering digunakan dalam analisis data
tinjauan atau pengumpulan data kajian menggunakan soal-selidik. Soal-selidik yang
mengandungi soalan-soalan terbuka boleh menggunakan analisis analisis respons berganda,
manakala soalan-soalan berbentuk dikotomi (ya/tidak) boleh menggunakan analisis dikotomi
berganda.


RESPONS BERGANDA
Analisis respons berganda selalunya digunakan untuk menganalisis soalan-soalan terbuka.

Sebagai contoh, item soal-selidik berbunyi seperti berikut:

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor berlakunya masalah sosial di kalangan pelajar
sekolah?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
__________________________

Apabila mula menganalisis maklumat ini kita perlu mengambilkira dua perkara penting setelah
menerima semua soal-selidik daripada kerja lapangan yang dibuat, iaitu:

1. Lihat respons yang diberikan oleh responden bagi soalan yang berbentuk soalan
terbuka dan tentukan bilangan maksimum respons untuk soalan ini.

2. Pastikan jika bilangan respons yang berlainan diberikan kurang dari 100, maka kita
boleh kod semua respons daripada 01 hingga 99.


Andaikan dalam contoh di atas kita memutuskan terdapat maksimum sebanyak 9 respons yang
diberi kepada soalan. Maka, kita boleh guna kod dua-digit untuk data ini. Langkah seterusnya
1



ialah kod semua soal-selidik yang kita kumpul. Sistem pengekodan ini boleh ditakrif
menggunakan Value Labels. Bagaimanapun ia lebih efisien jika menggunakan Template,
lebih-lebih lagi jika ada banyak pembolehubah. Kod yang sesuai untuk contoh di atas seperti:

01 persekitaran dalam sekolah
02 masyarakat sekeliling
03 pengaruh rakan sebaya
04 ibu bapa sering bergaduh
05 sikap negatif guru
06 kegagalan dalam akademik
07 hubungan cinta
08 tidak suka dikawal ibu bapa
09 media massa
10 lain-lain

Oleh kerana kita telah mengenalpasti jumlah maksimum respons individu untuk soalan terbuka
ini adalah empat sahaja (tiada yang respons 5 atau lebih), manakala sembilan kriteria penting
(Kriteria 10 lain-lain iaitu jika amat kurang responden memilih faktor ini) maka terdapat
sepuluh kriteria yang dikenal pasti seperti di atas. Menggunakan SPSS, jumlah respons
individu boleh ditulis seperti att1, att2, att3 dan att4.

Contoh:
Seramai 50 pelajar yang pernah menghadapi tindakan displin di beberapa buah sekolah telah
ditanya pendapat mereka tentang faktor-faktor kenapa mereka terlibat dengan masalah sosial di
sekolah.


PROSEDUR SPSS BAGI ANALISIS RESPONS BERGANDA


Arahan: Buka Data_Respons Berganda

1. Klik Analyze > Multiple Response > Define variable set
2. Masukkan att1, att2, att3, att4 dalam kotak variable in set.
3. Klik pada Categories. Masukkan Range 1 through 10. Dalam kotak Name; taip nama
yang sesuai (e.g. Masalahsosial) dan dalam kotak dan Label; taip nama yang sesuai
perihal pembolehubah-pembolehubah ini (e.g. Masalah Sosial Remaja)

Lihat paparan di bawah
2





4. Klik Add > Close
5. Pilih Analyze > Multiple Response > Frequencies
6. Masukkan Masalah Sosial Remaja ke dalam kotak Table(s) for:
Lihat paparan di bawah




7. Klik OK

Lihat output di bawah
3



Case Summary
50 100.0% 0 .0% 50 100.0% $MasalahSosial
a
N Percent N Percent N Percent
Valid Missing Total
Cases
Group a.


$Masalahsosial Frequencies
Responses Percent of
Cases
N Percent
Masalah Sosial Remaja
a

persekitaran dalam sekolah 18 9.9% 36.0%
masyarakat sekeliling 16 8.8% 32.0%
pengaruh rakan sebaya 28 15.5% 56.0%
ibu bapa sering bergaduh 23 12.7% 46.0%
sikap negatif guru 23 12.7% 46.0%
kegagalan dalam akademik 22 12.2% 44.0%
hubungan cinta 17 9.4% 34.0%
tidak suka dikawal ibu bapa 26 14.4% 52.0%
pengaruh negatif media
massa
2 1.1% 4.0%
lain-lain faktor 6 3.3% 12.0%
Total 181 100.0% 362.0%
a. Group

Penerangan:

J adual frekuensi bagi set respons berganda di atas menunjukkan pengaruh rakan sebaya adalah
frekuensi yang paling kerap dalam kriteria dipilih iaitu 15.5%, diikuti faktor tidak suka dikawal
ibu bapa sebanyak 14.4%. Percent of responses merujuk kepada perkadaran bagi respons diberi
berkaitan dengan bilangan. Misalnya, 18 pelajar menyatakan persekitaran dalam sekolah
sebagai kriteria dipilih, iaitu 18/181 peratus daripada jumlah respons keseluruhan. Percent of
cases merujuk kepada perkadaran bagi respons diberi berkaitan dengan jumlah kes-kes yang
sahih (tidak termasuk missing cases)





4




ANALISIS DIKOTOMI BERGANDA
Analisis dikotomi berganda adalah sangat bersamaan dengan analisis respons berganda.
Terdapat dua bentuk pembolehubah dikotomi yang kerap digunakan. Contoh item-item soal
selidik di bawah boleh di dianalisis menggunakan analisis dikotomi berganda.

Contoh 1:

Soalan soal-selidik berbunyi Apakah yang anda lakukan untuk meningkatkan tahap
kesihatan?


YA TIDAK
Saya selalu ke gym




Saya mengawal pemakanan




Saya selalu bersenam




Saya mengambil makanan kesihatan




Saya tidak makan lewat malam




Saya sering memeriksa tahap kesihatan




Kolum yang disediakan untuk setiap item akan ditanda oleh responden sama ada YA atau
TIDAK.
Responden boleh menjawab lebih dari satu item.
J ika item ditanda, beri kod 1. Item yang tidak ditanda, beri kod 0.
J ika responden langsung tidak menandakan item tersebut, beri kod 9 (missing value).


Contoh 2:
Satu sampel rawak telah diambil oleh kaunselor daripada suami atau isteri yang sedang
mengamali konflik rumah tangga.

Soalan soal selidik berbunyi Apakah punca yang menyebabkan tuan/puan mengalami
konflik rumah tangga?

_ campurtangan mertua
_sikap suami yang bengis
_suami/isteri yang suka berfoya-foya
_isteri terlalu cemburu
_suami ada hubungan dengan wanita lain
5



_penzinaan
_ketidakmampuan seksual
_isteri enggan dimadukan
_isteri mandul
_perkahwinan pada usia remaja

Dalam contoh ini setiap item akan diberi satu label pembolehubah dan satu kod. Biasanya kod
yang digunakan dalam kes ini ialah 1 jika item itu ditanda dan 0 jika item itu tidak ditanda.
J ika responden tidak menandakan sekurang-kurangnya satu item, nilai missing value akan
dikod 9.


PROSEDUR SPSS BAGI ANALISIS DIKOTOMI BERGANDA

Arahan: Buka Data_Dikotomi Berganda

1. Klik Analyze > Multiple Response > Define variable set

2. Masukkan sbb1, sbb2, sbb3, sbb4, sbb5, sbb6, sbb7, sbb8, sbb9, sbb10, sbb11 dalam
kotak variable in set.

3. Klik pada Dichotomies. Masukkan nilai 1 dalam Counted value. Dalam kotak Name;
taip nama yang sesuai (e.g. Rumahtangga) dan dalam kotak dan Label; taip nama yang
sesuai perihal pembolehubah-pembolehubah ini (e.g. Konflik Rumahtangga)
Lihat paparan di bawah



6





4. Klik Add. Pembolehubah $Rumahtangga akan dihantar ke kotak Mult Response Sets
Lihat paparan di bawah





5. Klik Close
6. Pilih Analyze > Multiple Response > Frequencies
7. Masukkan Konflik Rumahtangga ke dalam kotak Table(s) for:
Lihat paparan di bawah


7








8. Klik Ok

Lihat output di bawah




Case Summary
Cases
Valid Missing Total
N Percent N Percent N Percent
$Rumahtangga
a
30 100.0% 0 0.0% 30 100.0%
a. Dichotomy group tabulated at value 1.






8



$Rumahtangga Frequencies
Responses Percent of
Cases
N Percent
Konflik Rumahtangga
a

campurtangan mertua 7 8.6% 23.3%
sikap suami bengis 12 14.8% 40.0%
suami/isteri suka berfoya-
foya
9 11.1% 30.0%
isteri terlalu cemburu 8 9.9% 26.7%
suami ada wanita lain 11 13.6% 36.7%
suami tak beri nafkah 11 13.6% 36.7%
ketidamampuan seksual 7 8.6% 23.3%
isteri enggan dimadukan 8 9.9% 26.7%
isteri mandul 3 3.7% 10.0%
kahwin muda 5 6.2% 16.7%
Total 81 100.0% 270.0%
a. Dichotomy group tabulated at value 1.

Penerangan:

J adual Case Summary di atas menunjukkan seramai 30 responden yang diambil untuk memberi
respons berkaitan Punca Konflik Rumahtangga. Bagaimanapun jumlah keseluruhan respons
ialah 81 kerana setiap responden dibenarkan memberi lebih daripada satu respons sepertimana
apa yang dialami oleh responden sendiri.

J adual frekuensi bagi set dikotomi berganda menunjukkan pembolehubah suami bengis adalah
yang paling kerap dipilih sebagai faktor konflik rumah tangga iaitu sebanyak 14.8% daripada
jumlah respons, diikuti oleh faktor suami ada wanita lain dan suami tidak memberi nafkah
(13.6%).

Di samping set analisis respons berganda dan dikotomi berganda, analisis tabulasi silang boleh
juga dilakukan yang mana set-set respons atau pembolehubah-pembolehubah kategori boleh
dipersembahkan dalam bentuk jadual.

9

Вам также может понравиться