Вы находитесь на странице: 1из 2

TIONG SIEW LING

1) Dapatkan beberapa definisi kemahiran sosial. Kemahiran sosial bererti sesuatu individu itu mempunyai beberapa aspek tingkah laku sosial seperti pengaruh, komunikasi, kepimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, menyemai dan mengekalkan hubungan kolaborasi dan kerjasama, keupayaan bersukan. Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Thacker (1996) mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. Istilah kemahiran sosial yang digunakan bermaksud keupayaan untuk menghasilkan tingkahlaku atau respon yang sesuai secara lisan atau bukan secara lisan dalam proses berinteraksi tanpa menyakitkan perasaan orang lain. Perkembangan sosial seseorang kanak-kanak adalah satu lumrah yang harus difahami dan seharusnya dipenuhi agar setiap kemahiran asas dapat dipelajari bersesuaian dengan peringkat umur dan keupayaan mereka. Kail (2001) pula, pengalaman dari pendedahan awal berkaitan dengan proses sosialisasi akan memberikan keyakinan kepada kanak-kanak dan ianya akan menjadi bekalan untuk berkembang dengan positif pada semua pringkat usia. Bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan, terdapat banyak kekurangan yang seharusnya dibantu untuk dipenuhi bagi mencapai sesuatu kemahiran. Ibu bapa dan guru seharusnya dapat menggunakan pendekatan yang sewajarnya agar kanak-kanak dapat membentuk asas sosialisasi di peringkat awal agar dan

perkembangan

dapat

diselaraskan

dengan

pertumbuhan

peningkatan umur mereka. Albert Bandura (1986) dari perspektif teori pembelajaran sosial, manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses pekembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain.

TIONG SIEW LING

2) Apakah kemahiran prososial. Sertakan contoh yang berkaitan dengan kanak-kanak prasekolah. Menjaminkan setiap tindakan interpersonal kita mengikut lunas-lunas masyarakat yang diterima umum. Kemahiran menyelesaikan masalah social ialah sebahagian kebolehan social yang perlu apabila kanak-kanak berada dalam situasi bermasalah. Kemahiran ini boleh didefinisikan sebagai kebolehan seseorang kanakkanak untuk menyelesaikan atau menangani masalah yang timbul dalam satu konteks social.Ada pendapat yang mengatakan punca untuk salah laku seperti ini ialah kurangnya kesedaran atau kepekaan social dalam kalangan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini Misalnya,kanak-kanak berumur 6 tahun yang telah menembak Kayla Roland,rakan sebayanya di Michigan, A.S mungkin telah berfikir yang itulah caranya untuk menyelesaikan masalah interpersonalnya. Kejadian-kejadian seperti ini mencadangkan bahawa satu punca salah laku social ialah kekurangan dalam perkembangan sosioemosi pelajarpelajar tersebut. 3) Huraikan ciri perkembangan kecekapan sosial kanak-kanak. Kaitkan hujah anda dengan teori perkembangan sosial kanak-kanak.

Вам также может понравиться