Вы находитесь на странице: 1из 1

Bahagian A - Punca kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar

Kebelakangan ini, kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar semakin ketara. Banyak sebab yang punca kepada gejala ini. Punca utama ialah sikap pelajar itu sendiri. Pelajar sekarang lebih mementingkan keseronokan dan gemar bertindak liar. Hal ini demikain kerana mereka mudah dipengeruhi oleh rakan sebaya. Selain itu, remaja yang berbabit dalam salah laku ini lazimnya mempunyai ibu bapa yang juga bermasalah. Ibu bapa sibuk mencari wang hingga kurang memberikan perhatian kepada anak-anak. Ada kalanya mereka bergaduh di hadapan anak mereka. Keadaan ini pastinya akan memberikan tekanan depada si anak. Keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak sekolah mengenakan hukuman yang terlalu keras terhadap pelajar yang bermasalah. Hal yang demikian akan menyebabkan pelajar bertambah tertekan dan takut untuk ke sekolah. Untuk mengatasi tekanan, mereka akan ponteng sekolah, merokok, melakukan vandalism dan pelbagai perbuatan negative yang lain. Para pelajar baka pemimpin masa depan dan harus dibentuk dengan nilai-nilai murni dan peribadi yang mulia. Oleh itu, semua pihak perlu bijak memainkan peranan masingmasing dalam usaha mengatasi kemerosotan disiplin pelajar.

Вам также может понравиться