Вы находитесь на странице: 1из 3

Teks pengerusi majlis Pagi yang indah penuh ceria hari Jumaat penuh bermakna kita raikan Majlis

Perpisahan sempena pertukaran Guru Besar yang kita kasihi sekalian iaitu Encik Muzamil Bin Omar ke sekolah barunya SK Jengka 2. Bismillah dan Assalammualaikum w.b.t Yang Berusaha Encik Muzamil b.Omar Guru Besar SK Jengka 16, Yang dihormati guru penolong kanan 1 Kurikulum dan Tadbir Encik Abdul Fataf b.Jaafar, Guru penolong kanan Hal Ehwal Murid Encik Md.Azrul b.Nordin. Guru Penolong Kanan Kokurikulum Encik Shaipudin Mat Ali, seterusnya guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG SIRIH DARI PULAU MUTIARA PEMANIS KATA SELAMAT DATANG AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA SARUNG KETUPAT BERISI INTI DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI KEHADIRAN SEMUA SGT DIHARGAI MOGA MAJLIS BERTAMBAH SERI BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT DIPETIK GADIS DI TEPI TITI DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT MOGA MAJLIS DIBERKATI RAHMAT Bagi memberkati majlis kita hari ini dijemput Ustaz Izam untuk membacakan doa, dipersilakan. Amin ya rabbal alamin, majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ustaz Izam yang telah membacakan doa sebentar tadi. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti Encik Muzamil sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Tiada kata yang dapat mengungkapkan kesungguhan beliau dalam menabur bakti di sekolah ini. Hadirin dan hadirat sekalian majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid adik...... Terima kasih adik.................... atas ucapan itu tadi. Seterusnya majlis ingin menjemput wakil guru untuk memberi sepatah dua kata dipersilakan..... Terima kasih diucapkan kepada encik/puan/cik atas ucapan sebentar tadi begitu bermakna dan terkesan di hati. Majlis menjemput encik/puan/cik memberi sepatah dua kata. Dipersilakan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan Itulah lumrah kehidupan Walau sukar ditelan namun kaki tetap mengorak langkah selagi hayat dikandung badan. Burung kedidi di tepi perigi Anak puyuh ditangkap musang Jasa tuan tidak terperi Budi baik tuan tetap dikenang Seterusnya tibalah waktu yang kita nantikan iaitu ucapan yang diraikan Guru Besar kita Encik Muzamil Bin Omar. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar kita atas ucapan itu tadi. Sunggu bermakna. Ini merupakan ucapan beliau yang terakhir di seklah ini . dan selepas ini beliau akan ke sk jengka 2 semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlang di sekolah baharu nanti. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang berundur jangan Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Bunga melur bunga kemboja Cantik sungguh dalam jambangan Hari ini kita bersua Esok lusa dilupa jangan Hadirin hadirat sekalian majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati oleh murid-murid kepada tuan Guru Besar kita. Dipersilakan wakil daripada PRA sekolah, kelas tahun 1, 2 3, 4 5, dan 6. Itulah tadi penyampaian cendera hati murid-murid kepada guru besar kita sebagai tanda kasih dan sayangnya mereka kepada tuan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muzamil atas kesudian menerima cenderamata daripada murid-murid. Majlis turut mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul fataf mengiringi Encik Muzamil sebentar tadi. Berucap sudah , beri hadiah pun sudah Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi Para hadirin sekalian kita telah pun sampai ke hujung acara Kuning emas masaknya padi Mawar mearh dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara masak Esok jangan layu layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu rinduan

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan Tuan guru besar kita encik Muzamil bin Omar atas kesudian beliau untuk bersama-sama kita pada hari jumaat yang mulia ini. Kami mendoakan kesejahteraan beliau dan ceria dan bahagia sentiasa. Majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin hadirat sekalian yang telah bersamasama menjayakan majlis hari ini. Majlis sudah sampai ke penghujungnya, saya selaku pengacara ingin memohon maaf andai tersilap kata tersalah bahasa sepanjang mengacarakan majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bertemu kembali Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai .......... Sekian sahaja salam hormat wabillah hi taufik walhidayah assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Вам также может понравиться