Вы находитесь на странице: 1из 10

Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang (mati 1498) ialah Bendahara Melaka

yang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan Perdana Menteri moden. Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit, dan Raja Kenayan dari Pasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alamMelayu pada abad ke-15. Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak membawa sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan berperang lebih bersungguhsungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka. Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446, beliau dilantik oleh baginda Sultan Muzaffar Syah sebagai Bentara. Bendahara Pembina Empayar Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak. Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja. Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan,Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakalaKedah pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain. Pelantik Raja Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai perkaitan persaudaraan dengannya. Sebagai contoh, Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau. Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga. Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada 1488 dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetapi baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan

Mahmud. Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawah empat pemerintahan sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah,Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik Tun Perpatih Putih, adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Anakanda 1. Tun Zainal Abidin 2. Tun Pikrama 3. Tun Telani 4. Tun Besar

Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang (mati 1498) ialah Bendahara Melaka yang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam Kesultanan Melayu Melakaadalah setanding dengan Perdana Menteri moden. Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit, dan Raja Kenayan dariPasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alam Melayu pada abad ke-15. Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak membawa sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan berperang lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka. Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446, beliau dilantik oleh baginda Sultan Muzaffar Syah sebagai Bentara.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Bendahara Pembina Empayar 2 Pelantik Raja 3 Anakanda 4 Sahabat

Bendahara Pembina Empayar[sunting | sunting sumber]


Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak. Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja. Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang,Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain.

Pelantik Raja[sunting | sunting sumber]

Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai perkaitan persaudaraan dengannya. Sebagai contoh, Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau. Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga. Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada 1488 dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetapi baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan Mahmud. Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawah empat pemerintahan sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah,Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik Tun Perpatih Putih, adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.

Anakanda[sunting | sunting sumber]


1. Tun Zainal Abidin 2. Tun Pikrama 3. Tun Telani 4. Tun Besar

Sahabat[sunting | sunting sumber]


1. Hang Ujal (gelaran: Tun Bija Setia) 2. Sang Naweng 3. Hang Busu (gelaran: Tun Bija Pikrama) 4. Hang Tulus (gelaran: Tun Rakna)

Penyandang Terdahulu Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali

Bendahara Melaka ke-5 1456 1498

Penyandang Kemudian Tun Perpatih Putih

KEGEMILANGAN MELAKA

Perluasan Kuasa

1. Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar 2. Melalui perl;uasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju kerana dapat menguasai hasil ekonomi dari jajahan yang ditaklukinya Cara-cara Perluasan kuasa Perluasan Kuasa Melalui Peperangan 1. Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 2. Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan dasar perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka 3. Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan melancarkan serangan ke atas wilayah lain 4. Antara kawasan yang ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat Semenanjung dari Perak hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga, Kampar dan sebahagian besar Pantai Timur 5. Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan kuasanya Kerajaan Melaka telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada pembesar-pembesar yang banyak berjasa 6. Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah diserahkan kepada Sri Bija Diraja untuk mentadbir wilayah tersebut 7. Kejayaan perluasan kuasa ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan mengatur stratregi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban Perluasan Kuasa Melalui Campur Tangan 1. Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur tangan dalam persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya 2. Melaka telah campur tangan politik kerajaan Pasai iaitu dengan membantu Sultan Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin apabila adiknya cuba merampas kuasanya 3. Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila Pasai berperang dengan Aru dan Aru dapat dikalahkan. 4. Pasai yang berhutang budi kepada Melaka seterusnya mengakui kekuasaan Melaka walaupun Pasai adalah setaraf dengan Melaka

Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan 1. Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke wilayah-wilayah di sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya kepada putera-putera raja wilayah sasaran 2. Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan puterinya dengan kerabat diraja Pahang dan Kampar untuk mengeratkan perhubungan di antara kedua-dua negara 3. Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang kalah dalam peperangan iaitu Sultan Mahmud Shah telag mengahwini puteri Sultan kelantan setelah Kelantan dapat dikalahkan 4. Melalui cara ini hubungan baik dapat dipelihara disamping dapat mengukuhkan lagi pengaruh Melaka Perluasan Kuasa Melalui Kerelaan 1. Terdapat juga negeri-negeri yang secara rela hati meminta perlindungan dan ingin mempertahankan Melaka 2. Negeri-negeri ini mahu berlindung di bawah kekuatan Kerajaan Melaka 3. Antara negeri-negeri itu ialah Jambi, Lingga, Patani dan Kedah 4. Negeri-negeri ini dikehendaki membayar ufti dan memberi hadiah kepada Kerajaan Melaka _______________________________________________ Peranan Pemimpin Dalam Perluasan Kuasa 1. Menjelang abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Kepulauan Melayu. Empayar Melaka meliputi seluruh kawasan Semenanjung Tanah Melayu dan negeri-negeri Pantai Timur Sumatera seperti Kampar, Siak Inderagiri, Rokan, Jambi, Pulau Karimun dan Kepulauan Riau Lingga 2. Penguasaan Klang di sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu dan penguasaan Rokan dan Siak di Pantai Timur Sumatera telah memudahkan Melaka mengawal Selat Melaka sepenuhnya 3. Kejayaan Kerajaan Melayu Melaka memperluaskan kuasanya kerana mempunyai beberapa pemimpin dalam yang berwibawa seperti Sultan Muzaffar Shah. Sultan Mansor Shah dan Sultanb alauddin Riayat Shah dan Tun Perak. Kepimpinan Sultan Muzaffar Shah (1446-1459) 1. Sultan Muzaffar Shah (1446 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan 2. Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda Perbalahan ini terdiri daripada orang Melayu dan India Muslim 3. Baginda berpendapat Tun Perak merupakan calon yang lebih layak untuk menyandang jawatan Bendahara 4. Untuk menyatukan kedua-dua belah pihak yang berpecah, baginda memujuk Tun Ali supaya meletakkan jawatan sebagai Bendahara 5. Sebagai balasan baginda berkorban menceraikan permaisurinya Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Tun Ali

6. Langkah ini ternyata dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak kerana Tun Kudu adalah kakak kepada Bendahara Tun Perak. 7. Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam iaitu dengan menghantar Tun Perak untuk mematahkan serangan tersebut dan strategi baginda baginda berjaya 8. Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan China yang menyebabkan kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh negara China dan negara lain Kepimpinan Sultan Mansor Shah (1459 - 1477) 1. Semasa pemerinthan baginda, Melaka telah mencapai Zaman kegemilangannya 2. Pada zaman pemerintahan baginda, lahir beberapa pahlawan agung Melaka seperti hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi 3. Kerajaan Melayu Melaka juga berjaya melaksanakan penaklukan dengan jayanya dan antaranya: a.Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu) b.Siak (Pantai timur Sumatera) 4. Sultan Mansor Shah juga mengagalkan usaha Kampar, Inderagiri dan Pahang untuk membebaskan diri daripada kekuasaan Melaka. Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) 1. Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan keamanan dan pentadbiran negara 2. Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al-Khatab. Dalam buku Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah 3. Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat sendiri keadaan dalam negerinya. 4. Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan kawalan keselamatan yang lebih ketat dan rapi di Melaka 5. Tinbdakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan dibunuh. Masalah jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka kembali aman 6. Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda menumpukan perhatian kepada perluasan kuasa 7. Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah berani untuk menyerang Aru dan telah memperoleh kemenangan Kepimpinan Tun Perak 1. Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara 2. Tun Perak adalah Bendahara Melaka yang termasyhur 3. Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya hingga menjadi sebuah empayar sehingga beliau digelar Pembina Empayar 4. Beliau digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai pengaruh besar ke atas perlantikan sultan selepas kemangkatan Raja Seri Maharaja

5. Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka Tun Perak memegang jawatan Penghulu di Klang 6. Tun Perak telah berjaya mematahkan dua serangan Siam iaitu pada tahun 1445 dan 1456 Peristiwa peristiwa semasa pentadbiran Tun Perak Peristiwa Serangan Siam 1445 1. Dalam peperangan ini Tun Oerak membawa pengikutnya bersama-sama anak dan isteri ke Melaka untuk mempertahankan Kota Melaka 2. Tindakan beliau tersebut menyebabkan pengikut-pengikutnya berjuang bermatimatian. mempertahankan Melaka Peristiwa Serangan Siam 1456 1. Tun Perak membawa tenteranya ke Batu Pahat 2. Beliau telah mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu-perahu kecil sebagai muslihat perang 3. Tindakanya itu menyebabkan pihak Siam sukar mengejar tentera Melaka 4. Beliau mengarahkan beratus-ratus jamung diikat pada pokok di sepanjang pantai oleh tentera 5. Tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka terlalu ramai berbanding tentera Siam 6. Tentera Siam membatalkan niat untuk menyerang, lalu pulang ke Siam Peristiwa Serangan ke atas Pahang 1. Tun Perak juga telah mengetuai serangan ke atas Pahang 2. Pahang ketika itu di bawah naungan Siam 3. Tun Perak berjaya dalam serangan serangan tersebut dan Pahang menjadi tanah jajahan Melaka Peristiwa Pembunuhan Tun Besar 1. Tun Perak adalah pemimpin yang taat setia pada raja. Beliau tidak menderhaka atau menuntut bela apabila Raja Mahmud, putera Sultan Mansor Shah membunuh anak beliau Tun Besar 2. Kejadian itu berlaku akibat bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena tanjak Raja Mahmud 3. Tun Perak tidak menuntut bela malah melarang pengikutnya bertindak ke atas Raja mahmud. Beliau berkata 'Adat hamba orang Melayu tidak pernah derhaka tetapi akan kita pertuankan raja seorang ini janganlah' 4. Raja Mahmud tidak dilantik menjadi Sultan Melaka. Baginda dihantar ke Pahang dan ditabalkan menjadi Sultan Pahang 5. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam Melaka serta kesetiaan rakyat kepada Sultan Melaka

Kesan Perluasan Kuasa 1. Perlusan kuasa Melaka telah membawa beberapa kesan iaitu a. Sumber kekayaan wilayah yang ditakluki dapat dikuasai b. Perdagangan di pelabuhan Melaka menjadi semakin maju dan pesat c. Ekonomi Melaka semakin bertambah pesat kerana semua perdagangan jajahan takluk dikehendaki melalui pelabuhan Melaka sahaja d. Melaka juga menjadi semakin kaya dengan pemberian ufti wilayah jajahannya. ___________________________________________

TOKOH Parameswara

Sultan Muzaffar Shah

Sultan Mansor Shah Sultan Alauddin Riayat Shah Bendahara Tun Perak

SUMBANGAN Mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka. Memajukan Melaka daripada sebuah perkampungan nelayan sehinggalah menjadi pusat perdagangan. Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China. Menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian agama Islam. Menggubal Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Memperluas kuasa Melaka dengan menakluki Bernam, Perak, dan Siak. Mempertingkatkan keselamatan dan keamanan Melaka. Menjadi bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Memastikan dasar perluasan kuasa berjaya. Buktinya beliau menguasi Pahang. Menguruskan pentadbiran negara dengan bijaksana.

http://sejarahmelakabukuteks.blogspot.com/2012/06/kegemilangan-melaka.html https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CCkQFjAA&url= http%3A%2F%2Fsejarahtingkatansatu.blogspot.com%2F2009%2F01%2Fnota-bab-52.html&ei=gxwGU4WSIMSxrgeF-IGoDQ&usg=AFQjCNGPG9gSdmcl7UA8vzdom5yBllFNcQ&sig2=raxeFpQVu9omWqQlbULXg https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&ved=0CDQQFjAB&url= http%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FTun_Perak&ei=gxwGU4WSIMSxrgeFIGoDQ&usg=AFQjCNF7Idv65yw7LVFOw7zKc8nA0kmM_w&sig2=rUdaxVfdz7rQj7wk8z6kqQ

https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=10&ved=0CI4BEBYwCQ& url=http%3A%2F%2Fsejarahnegarakitasekolahrendah.blogspot.com%2F2011%2F12%2Fbendaharatunperak.html&ei=5BsGU_n6HYnPrQfB2IFY&usg=AFQjCNFTn6v3kDl04UiNHQ5HNUjwKIwGWg&sig2=E9 Hj2NGt2WATQe09s9fuaw https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CCwQFjAA&url= http%3A%2F%2Fsejarahtingkatansatu.blogspot.com%2F2009%2F01%2Fnota-bab-52.html&ei=8BgGU4zFoH8rAfN94HoBQ&usg=AFQjCNGPG9gSdmcl7UA8vzdom5yBllFNcQ&sig2=tdI2yM4IWh40kI_Hh69Qq Q

Вам также может понравиться