Вы находитесь на странице: 1из 4

SUBTUGASAN A 1.0 PENGENALAN Arus perkembangan global telah mempengaruhi keseluruhan budaya hidup masyarakat.

Salah satu perubahan yang ketara berlaku dalam bidang pendidikan ialah wujud kesedaran ibu bapa terhadap pentingnya akademik bagi anak anak. Jika dibandingkan tahap kesedaran ini beberapa dekad tahun yang lalu, kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pencapaian akademik dewasa ini lebih tinggi. Walau bagaimanapun, bukan semua tempat dalam negara ini seimbang dari aspek respon ibu bapa terhadap perkembangan akademik anak anak di sekolah. Justeru, penganjuran Program Peningkatan Akademik oleh pihak SK. Gantisan Kota Kinabalu ini dapat memberi kesedaran kepada murid dan ibu bapa tentang kepentingan ilmu pengetahuan demi masa hadapan mereka. Program ini penting kerana program ini banyak menyumbang ke arah menyuntik semangat belajar dalam diri murd untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Sesungguhnya pelaksanaan program ini ingin mencapai matlamatnya, iaitu mencetuskan kesedaran dalam kalangan murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai murid di samping menggalakkan pembabitan ibu bapa dalam membimbing anak anak untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. 2.0 ISI KANDUNGAN Langkah awal yang diambil dalam program ini ialah melaksanakan mesyuarat bagi menentukan keputusan aspek aspek seperti pembentukan ahli jawatankuasa, penentuan tarikh, tenaga penceramah, anggaran perbelanjaan dan hal hal yang berkaitan. Lantaran itu, kertas kerja telah disediakan oleh setiausaha program yang mengadungi keputusan keputusan mesyuarat dan menjadi panduan kepada pelaksanaan program ini. Dari segi penulisan objektif kertas kerja ini, terdapat sedikit kesilapan apabila objektif disamakan dengan rasional program. Menurut takrifan daripada Kamus Dewan Edisi Ketiga, rasional merupakan alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, manakala objektif pula bermaksud sesuatu hasil yang ingin dicapai dalam satu satu program atau aktiviti. Oleh itu, dalam penulisan kertas kerja, objektif dan rasional perlu diasingkan. Idea mengadakan program motivasi ini sangat bersesuaian dengan usaha meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pencapaian mereka di samping mengekalkan kecemerlangan prestasi UPSR di sekolah ini. Perancangan masa pelaksanaan juga nampaknya sesuai kerana program ini dilaksanakan lebih awal beberapa bulan sebelum

peperiksanaan sebenar UPSR. Pelaksanaan yang awal juga dapat memberikan lebih masa kepada ibu bapa murid untuk mengawasi dan membantu dari segi peningkatan prestasi anak mereka masing masing. Memang tidak dapat dinafikan pelaksanaan tindakan lebih awal dapat menjadikan pihak pihak yang terlibat lebih bersedia menghadapi sesuatu perkara yang lebih besar. Dalam konteks ini, perkara tersebut ialah peperiksaan UPSR yang menjadi pengukur kepada pencapaian murid sepanjang mengikuti persekolahan di sekolah rendah. Dari aspek kos pula, program ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Anggaran kos hanya RM541.00 yang melibatkan perbelanjaan sagu hati penceramah, fail dan bahan edaran serta jamuan. Memandangkan program ini sudah menjadi program tahunan sekolah ini, maka perbincangan dan mesyuarat hanya dijalankan sekali bagi memutuskan perkara perkara berkenaan. Perbincangan yang kurang sebenarnya tidak membantu dari segi perancangan yang lebih teliti mengenai kemungkinan kemungkinan yang akan berlaku semasa pelaksanaan program. Selain itu, perkara ini akan mengakibatkan wujudnya

ketidaksefahaman antara ahli jawatankuasa (AJK). Perancangan program yang baik sepatutnya perlu mengadakan perjumpaan atau mesyuarat dari semasa ke semasa bagi mendapatkan laporan daripada setiap AJK mengenai perkembangan tugas masing masing. Selanjutnya dari aspek halangan dan limitasi program pada peringkat perancangan, tidak ada halangan yang ketara berlaku. Hal ini kerana, ibu bapa dapat menerima program ini dengan baik dan memberi kerjasama kepada pihak sekolah. Ibu bapa juga dapat memahami hasrat murni program ini khususnya dalam membantu anak anak mereka menghadapi peperiksaan UPSR pada penghujung semester kedua nanti. Kerjasama yang baik daripada pihak ibu bapa sesungguhnya menjadi faktor kejayaan terhadap satu satu program atau aktiviti yang dirancang. Justeru, pihak sekolah perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa murid murid melalui bantuan PIBG. 3.0 PENGISIAN PROGRAM Semasa berlangsungnya program ini, catatan kehadiran yang diambil menunjukkan kesemua peserta program motivasi dapat menghadirkan diri seperti yang dirancang. Begitu juga halnya dengan kehadiran para guru yang menjadi nadi kepada kelancaran pelaksanaan program ini. Kerjasama yang utuh dari segi kehadiran seumpama ini haruslah dikekalkan agar segala perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan seperti

perancangan seterusnya mengurangkan sebarang risiko kegagalan program yang dirancang. Sepanjang pelaksanaan program ini, tidak ada pihak luar yang terlibat kecuali seorang jemputan penceramah. Ini lebih memudahkan pengurusan kerana tidak perlu mengaturkan jadual yang banyak. Dari aspek bajet juga dapat menjimatkan bajet dan menjimatkan masa.

4.0 LAPORAN POST-MORTEM

Dalam pengurusan post-mortem, sesi post-mortem telah dilaksanakan seminggu selepas aktiviti. Hal ini menyebabkan kelemahan dalam penyediaan laporan berlaku. Kerana post-mortem ini adalah satu sesi yang mana melaporkan tentang sesuatu aktiviti atau program untuk dilakukan sesi penambahbaik. Namun, sesi post-mortem telah lewat beberapa hari. Sebarang laporan juga ada yang tercicir. Ini menunjukkan betapa tidak efisien pengurusan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa laporan penting yang telah dilaporkan dan diberi kelemahan dan kekuatan serta mendapat penambahbaikkan seperti laporan kehadiran pelajar, laporan bekalan makanan dan minuman, dan jemputan penceramah serta aktiviti yang dilaksanakan. Sepanjang tempoh post-mortem ini, apa yang dapat dijadikan pengajaran ialah sebarang kelemahan dan kekuatan serta penambahbaikkan terus diambil tindakan. Setiap ahli jawatankuasa telah melaporkan laporan tugasan yang digalas. Kekuatan dan kelemahan juga telah disuarakan dan penambaikkan juga telah diambil.

5.0 RUMUSAN Secara keseluruhan, program ini berjalan lancar. Aspek pelaksanaan program dan penyediaan aktivti berjalan dengan baik, seperti yang dirancang. Tidak ada sebarang kecacatan berlaku. Dari aspek kumpulan sasaran, penglibatan pelajar amat

memberansangkan terutama sekali dari murid tahap dua iaitu Tahun 6 ini kerana mereka akan menghadapi ujian besar dan program seperti ini amat diperlukan bagi menaikkan lagi semangat mereka untuk menempuh hari-hari sebelum peperiksaan nanti. Setersunya, jemputan penceramah juga amat positif kerana penceramah yang dijemput merupakan bekas guru di Sk Gantisan. Oleh itu, untuk penceramah beliau telah dapat mengenali serba sedikit tingkah laku pelajar di sekolah ini dan telah merancang pelbagai aktiviti yang sangat menarik dan bermakna. Dari aspek kos pula, pihak sekolah

membuat perancangan kos yang teliti dan tidak ada sebarang pembaziran berlaku. Dari aspek penyediaan tempat, program dilaksanakan dalam makmal. Apabila dilihat dari sudut keselesaan, telah memenuhi kehendak kerana makmal dapat menampung kesemua peserta, namun sebagai penambahbaik adalah lebih baik sekiranya dilaksanakan di tempat yang lebih luas dan boleh melakukan beberapa aktiviti fizikal untuk lebih menampakkan lagi aktiviti itu sangat menarik dan murid pun terhibur. Pengurusan masa pula, menepati masa, penceramah datang seperti yang ditetapkan dan mencukupi dapat mengisi setiap aktiviti yang di rancangkan. Pengurusan ajk juga mendapat kerjasama yang baik dan cekap. Namun pelaksanaan post-mortem sangat lemah kerana tidak dilaksanakan secepat yang mungkin.

Вам также может понравиться