You are on page 1of 3

Soalan 2

Jelaskan maksud tahu berbahasadalam erti kata yang sebenar.

Bahasa ialah sekumpulan bunyi yang diucapkan oleh seseorang penutur. Bahasa juga merupakan alat yang mendukung dan menyampaikan sesuatu. Selain itu, bahasa

adalah sebagai fenomena sosial yang menghubungkan antara individu atau kumpulan dalam masyarakat. Apabila kita belajar sesuatu bahasa, apakah yang kita pelajari sebenarnya? Biasanya, orang menganggap bahawa mempelajari bahasa bererti mempelajari sistem nahunya, iaitu cara bahasa itu membentuk perkataan dan menyusun perkataan dalam bentuk ayat, selain mempelajari sistem fonologi, bunyi dan ejaan. Oleh sebab itu, banyak orang menganggap bahawa pakar bahasa ialah orang yang mahir tentang sistem nahu sesuatu bahasa. Namun, jika seseorang pakar bahasa hanya menguasai sistem nahu dan tidak mengetahui fungsi sesuatu bahasa itu, sebenarnya dia belum mempunyai pengetahuan yang lengkap. Setiap perkataan atau ayat dalam bahasa bukan hanya merupakan struktur yang terpisah daripada alam makna, tetapi merupakan sistem komunikasi, budaya, dan pemikiran yang sangat kompleks. Inilah aspek bahasa yang menarik perhatian banyak pemikir bahasa dan bukan hanya pakar tatabahasa. Golongan yang disebut sebagai ahli sosiolinguistik mengkaji fungsi sosial bahasa yang mengkaji bagaimana manusia tahu menggunakan bahasa yang betul dari segi adat berbahasa dengan dipengaruhi pelbagai variabel sosial dan budaya sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, dalam budaya masyarakat Melayu ada istilah yang disebut sebagai orang yang tahu bahasa dan tidak tahu bahasa. Orang Melayu yang tahu bahasa bukan hanya bererti dia pandai tatabahasa Melayu; dia juga tahu adat berbahasa. Apabila dia berbual dengan orang yang lebih tua atau berdarjat dalam masyarakat, dia tidak akan menggunakan bahasa yang salah dari segi nilai budaya atau sosialnya. Si anak misalnya, tidak akan menggunakan kata ganti nama seperti aku, engkau, awak, kamu, apatah lagi perkataan Inggeris you dan I apabila dia berbual1

bual dengan ibu bapanya atau orang yang lebih tua. Si anak yang tahu adat bahasa menggunakan perkataan saya, ayah, ibu, atau pak cik, mak cik dan sebagainya. Ringkasnya, orang Melayu yang mengetahui bahasa, yakni tahu adat berbahasa tidak akan menggunakan kata-kata yang tidak sopan. Inilah salah satu cara bagaimana kita dapat mengkaji budaya sesuatu bangsa berdasarkan bahasa yang mereka gunakan dalam pelbagai konteks perhubungan sosial. Pepatah Melayu ada menyatakan, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Maksudnya, sebab menggunakan bahasa yang salah dari segi adatnya, bermacam-macam kesan buruk boleh berlaku kepada orang itu. Bahasa juga merupakan satu set sistem pemikiran manusia. Aspek ini dikaji oleh golongan ahli psikolinguistik atau ahli linguistik kognitif. Mereka mengkaji hubungan antara sistem linguistik (tatabahasa) bahasa dengan cara manusia berfikir.