Вы находитесь на странице: 1из 32

KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN

1. KEMAHIRAN INDUKSI Sebelum memulakan sesi pengajaran sudah tentu setiap kita akan membuat perancangan. Namun kadang-kadang sebagai seorang guru kita terlepas pandang pada perkara-perkara yang kecil yang dianggap remeh sahaja. Sebagai contoh dalam set induksi adakalanya guru hanya sambil lewa dalam menjalankan kewajipannya. Mari kita pelajari beberapa tips semasa menjalankan set permulaan ini agar kita lebih yakin dan mengubah persepsi bahawa set induksi itu tidak penting.

KEMAHIRAN INDUKSI Apa itu kemahiran induksi? Kemahiran induksi atau lebih dikenali sebagai set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan menarik perhatian murid,menimbulkan semangat perasaan ingin tahu murid,mengimbau

pengetahuan sedia ada,menerangkan kepentingan pembelajaran yang akan diajar kepada murid, menyampaikan objektif pembelajaran dan pengajaran dan menyediakan murid set mental,emosi dan fizikal untuk belajar.

PRINSIP SET INDUKSI Sebelum menjalankan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, set induksi yang telah dirancang perlu mengambil beberapa aspek. Set induksi yang dihasilkan sangat berguna untuk guru samada pengajaran pada hari itu bermula dengan baik ataupun hambar sahaja. Ramai guru berpendapat bahawa set induksi adalah tidak penting,namun sebenarnya set induksilah yang menentukan sebenarnya samada murid faham mengenai pengajaran yang ingin disampaikan. Disini terdapat beberapa prinsip yang boleh menjadi panduan kepada guru dalam merancang set induksi.

Isi dalam set induksi ada kaitan dengan tajuk. Kebanyakan guru tersilap bahawa set induksi adalah bahagian permulaan yang boleh menimbulkan minat dan keseronokan murid. Memang benar anggapan itu namun adalah menjadi salah apabila

menyampaikan set induksi yang bercanggah dengan tajuk yang ingin disampaikan. Contohnya Cikgu Ali mengajar tajuk Kebersihan Diri,tetapi bercerita mengenai musim cuti untuk set induksinya. Maka terdapat kesalahan atau tersalah anggap pada bahagian 1

set induksi. Sepatutnya Cikgu Ali bertanya kepada murid siapa yang mandi atau siapa yang basuh tangan sebelum makan dan banyak lagi cara yang berkaitan dengan tajuknya.

Bahan yang digunakan. Cuba anda bayangkan apabila anda mengajar dan memulakan set induksi anda dengan hanya bertanya setiap kali anda mengajar dan memulakan sesi pengajaran. Sudah pasti murid akan sudah dapat menjangka setiap kali anda ingin memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Cubalah beri kelainan di setiap set induksi anda dengan memberi gambar yang berwarna kerana murid akan suka dengan warna yang terang dan ceria. Selain itu minda murid akan lebih terangsang dengan gambar yang menarik. Contohnya perbandingan gambar gigi yang rosak dan gambar gigi yang cantik. Perlu diingat bahawa semasa anda mempersembahkan gambar,pastikan bahawa gambar tersebut hanya ada gambar berkaitan sahaja supaya murid tidak keliru. Selain itu guru juga boleh memilih alternatif lain seperti memberi gambar bersiri,slaid power point, pita rakaman ataupun tayangan video serta banyak lagi. Kadang-kadang bahan terpakai juga boleh digunakan hanya dengan mengubahnya sahaja mengikut keperluan pengajaran anda. Pendek kata ia terserah pada anda untuk menjadi lebih kreatif dalam mempersembahkannya.

Soalan atau ayat pertanyaan. Guru perlu menguasai dan tahu bagaimana membuat pertanyaan. Guru boleh menggunakan formula (1H5W) iaitu dan

bagaimana (how),apa (what), bila (when), siapa

(who),dimana (where)

kenapa (why). Penggunaan formula ini boleh membantu guru untuk bertanya dengan lebih efisyen.

Bersesuaian dengan umur dan minat pelajar. Murid Tahun 1 tidak begitu sesuai untuk sesi soal jawab. Mereka lebih kepada permainan atau corak bergambar yang berwarna-warni. Maka guru boleh menggunakan gambar atau slaid power point supaya murid akan tertarik. Bagi murid tahun 4 mereka sudah berkembang dan sesuai memulakan pengajaran dengan kaedah soal jawab.

Perlu menarik perhatian pelajar. Sudah semestinya apabila memulakan sesuatu pengajaran dimulakan dengan penuh seronok dan boleh menarik perhatian murid. Perlu diingat disini bahawa apabila murid terlalu seronok dan leka dengan keseronokan itu maka guru mengalami masalah dalam mengawal semula kelas tersebut. Sentiasa 2

diingat bahawa guru perlu bertindak tegas dan kelas dipastikan ceria,seronok dan gembira tetapi masih berada dalam kawalan. Jangan layan karenah murid yang remehtemeh serta jangan terlalu memberi kebebasan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja kehendak mereka.

Ringkas dan padat. Set induksi adalah selalunya tidak melebihi 5 minit. Maka sepatutnya set induksi perlu ringkas dan murid bleh memahaminya. Set induksi yang terlalu lama boleh menganggu aktiviti yang lain. Walaubagaimanapun kadang-kadang set induksi yang dirancang di luar masa yang ditetapkan maka guru perlu tahu bagaimana masa yang diperuntukkan mencukupi.

KOMPONEN INDUKSI Strategi Semasa Menyampaikan Set Induksi Beri soalan mencabar berkaitan pelajaran baru yang akan diajar yang berkemungkinan tidak dapat dijawab oleh pelajar. Ini akan menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar atau perasaan bahawa ilmu yang ada masih tidak lengkap. Justeru itu ia menimbulkan minat untuk menimbulkan minat untuk terus mengikuti pengajaran baru.

Persembahkan satu kes untuk dianalisis secara bersama. Kaitkan kes ini dengan perkara baru yang akan diajar.

Nyatakan kepentingan tajuk dan tunjukkan kaitan atau penggunaanya dalam konteks sebenar atau kehidupan seharian.

Analogi untuk menunjukkan persamaan perkara yang akan dipelajari dengan perkara yang sedia diketahui oleh pelajar.

Persembahkan kerangka isi pelajaran yang menunjukkan kaitan isi pelajaran dengan pengetahuan sedia ada semasa dan yang akan dipelajari. Kerangka boleh dipersembahkan menggunakan gambar rajah contohnya peta minda,carta organisasi atau carta alir.

Beri fakta sejarah berkaitan isi pelajaran yang akan dipelajari. Ini boleh menimbulkan penghargaan terhadap perkembangan ilmu dan juga tokoh.

2. KEMAHIRAN PENERANGAN

DEFINISI PENERANGAN Satu kemahiran untuk menceritakan, menjelaskan, menggambarkan, memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada orang lain.

MATLAMAT KOMPONEN PENERANGAN

Menaakul - Penerangan sebab musabab, punca berlakunya sesuatu dan membuat ramalan atau kemungkinan

Menghuraikan proses - Menghuraikan proses, peraturan, undang-undang dan prosedur Menjelaskan maklumat - Memudahkan murid faham dengan jelas sesuatu maksud, konsep, fakta, isi pelajaran dan sebagainya dengan ringkas dan padat.

TEKNIK MEMBERI PENERANGAN

a)

MERANCANG- Kenalpasti kumpulan sasaran, bahan bantu mengajar,pilih kaedah

mengajar yang sesuai dan susun idea dengan baik. b) MENEPATI SASARAN- Kebolehan, kemampuan usia dan pengalaman. Bahan bantu

mengajar perlu menepati kumpulan murid.

PRINSIP- PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG

1. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. 2. Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat.Pelajar- pelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama. 3. Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan guru,kemahiran variasi rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang melebihi satu minit.

4. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar. 5. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna 6. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan. 7. Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya mana- mana perkara yang mereka kurang faham 8. Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar. KESAN- KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 1. Pelajar- pelajar dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna. 2. Pelajar- pelajar juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih jelas. 3. Pelajar- pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. 4. Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan sahaja dapat merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka. 5.Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana pelajar dapat memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran yang lain kepada pelajar.

3. KEMAHIRAN PENYOALAN Hampir semua kativiti pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik penyoalan, samada peringkat permulaan, perkembangan atau penutup.Diperingkat permulaan penyoalaan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pengetahuan lepas berkaitan dengan pelajaran yang akan dipelajari. Di peringkat perkembangan penyoalan digunakan bagi 5

mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.Di peringkat penutup penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objekif pelajaran.

OBJEKTIF PENYOALAN

Menguji pengetahuan dan lefahaman murid. Merangsang dan mencungkil fikiran murid. Membiming murid menggunakan kaedah bagi membuat kesimpulan atau

menyelesaikan masalah.

Menarik perhatian murid terhadap aktivit pengajaran guru atau kepada sesuatu penekanan.

Menilai keberkesanan npengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. Membantu mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi ujian/ peperiksaan.

Menjalin hubungan yang baik di antara guru dengan murid. Membantu murid memperkukuhkan konsep dan kefahaman.

ARAS-ARAS PENYOALAN Soalan soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti penhajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya Taxonomu of education objektif membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan.

PENGETAHUAN Soalan-soalan diperingkat berujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas,

istilah, erti,hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan, berikan, terangkan, sipa, apa, mana,

bila dan senaraikan.

KEFAHAMAN Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon memahami, menterjemah dan menginterprestasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataanperkataan yang biasa digunakan oalah terangkan, tuliskan , jelaskan, mengapa, huraikan dan lain-lain.

APLIKASI Soalan-soalan di peringkat bertujuan kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carukan, kirakan, gunakan, huraikan dan lain-lain. ANALISIS Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain.Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, analisis, cerkinkan (membahagikan-bahagikan), asingkan, bahagikan dan sebagainya.

SINTESIS Soalan-soalan di peringkat ini berutujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencatumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain. PENILAIAN Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, menmberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan lain-lain. Perkataan yang biasa digunakan speerti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya.

4. KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN Variasi ransangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar terhadap aktiviti pengajarannya. Dalam proses pengajran dan pembelajaran, masa tumpuan perhatian pelajar adakah singkat. Mereka biasanya cepat hilang minat jika aktiviti pengajran guru tidak dipelbagai. Kemahiran variasi ransangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi di antara guru dengan pelajar serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.Prinsip-Prinsip Penggunaan Variasi Rangsangan Untuk menggunakan kemahiran variasi rangsangan dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut :

Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah -langkah penyampaian di antara satu sama lain.

Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagaikan pengalihan saluran deria haruslah dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan

Setiap langkah penyampaian haruslah mengandungi aktiviti pengajaran yang berbeza

dan

langkah

penyampaian yang lain. Sekiranya masa penyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi lima minit, corak aktiviti pengajran haruslah dipelbagaikan.

Guru harus mengubah ransangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.

OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGUNAAN VARIASI RANGSANGAN 1. Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan minat mereka terhadapaktiviti pengajaran guru. 2. Melibatkan pelajar secara aktif dalam pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengalaman belajar mereka. 3. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai -bagai saluran deria mereka untuk mengikuti pelajaran dan memperolehi ilmu pengetahuan. 4. Memotivasikan pelajar serta membangkitkan naluri ingin tahu melaluipelbagai pengajaran guru. 5. Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti pengajaran yangdijalankan. 6. Mewujudkn suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok aktiviti

Kesan Penggunaan Variasi Rangsanga Ke Atas Pengajaran Dan PembelajaranApabila kemahiran variasi rangsangan digunakan dengan betul, kesan -kesan positif berikut dapat diperhatikan :1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan menarik. 8

2. Minat pelajar akan timbul dan perhatian mereka akan ditumpukansepenuhnya aktiviti pengajran guru.

terhadap

3. Naluri ingin tahu pelajar telah dibangkitkan dan ini akan mendorong mereka berusaha melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. 4. Pelajar mendapat peluang menggunakan pelbagai saluran deria untukmempelajari sesuatu. 5. Suasana pembelajaran yang positif akan diwujudkan dengan penggunaanvariasi rangsangan. 6. Apabila pelajar telah menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktivitipengajran masalah disiplin dapat dikawal dengan berkesan. guru,

Komponen-KomponenKemahiran Variasi RangsanganKemahiran variasi rangsangan mengandungi enam komponen yang penting iaitu :

Perubahan pergerakan langkah guru kiri - kanan - depan - belakang Perubahan Pergerakan anggota badan - tangan - kepala - tangan - hentian Perubahan nada suara - mendatar - lantang - senyap Perubahan foKus deria - mendengar - menonton - melihat - merasa Perubahan bentuk lisan pelajar - menyoal - menjawab - bertutur - membaca - bercerita membaca

Perubahan bentu fizikal pelajar - menulis - melukis - duduk - berdiri - demonstrasi berlakon

5. KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1. Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di bilik darjah.

2.

Kemahiran ini memerlukan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi dan gambar rajah di atas papan tulis dengan baik.

3.

Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya. 9

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1.

Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.

2.

Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran.

3.

Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang di huraikan.

4.

Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelasaian masalah secara sistematik.

5.

Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid.

6.

Untuk memberikan peluang kepada murid-murid mencatit nota dari papan tulis.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1. Rancang penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar rajah dapat di letakkan ditempat yang sesuai.

2.

Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambar rajah yang menarik.

3. 4.

Tulisan dan gambar rajah yang di gunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonjolan atau penekanan.

5.

Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan.

6.

Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis.

10

7.

Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1.

Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dnegan lebih jelas dan tepat.

2.

Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

3.

Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat.

4.

Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru.

5.

Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik.

6.

Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan.

6. KEMAHIRAN PENGELOLAAN BILIK DARJAH

PENGENALAN

Pengelolaan bilik darjah merupakan satu proses yang melibatkan pengurusan fizikal sesebuah bilik darjah.

Bilik darjah pula merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan melibatkan guru dan murid.

Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan

11

PENDEKATAN DAN STRATEGI

AUTOKRATIK (BERPUSATKAN GURU)


Interaksi sehala Dasar & amalan ditentukan sepenuhnya oleh guru Aktiviti/prosedur diumunkan pd. masa tertentu saja Guru jarang ambil bahagian dalam aktiviti. Tidak menggalakkan disiplin kendiri kerana disiplin wujud hasil arahan guru Pembelajaran membosankan & menakutkan bagi murid lemah

DEMOKRATIK (BERPUSATKAN MURID)


Interaksi dua hala Keputusan sesuatu aktiviti bergantungdaripada perbincangan murid-murid dlm. kump. Guru membimbing & aktif membantu Murid-murid akan terus bekerja walaupun tiada guru Murid-murid rasa kemesraan & rapat Wujud kerjasama & toleransi Membina disiplin arahan diri

BERPUSATKAN SUMBER ATAU BAHAN

Memberi penekanan kepada alat-alat bantu yang digunakan bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran guru.

Meningkatkan minat dan kefahaman dengan lebih mendalam. BBM yang menarik menggalakkan proses pembelajaran yang interaktif. Guru dapat menyampaikan isi pengajarn dengan bentuk yang lebih berkesan

7. KEMAHIRAN PENUTUP

Kemahiran penutup merujuk kepada penumpuan perhatian kepada penyelesaian suatu tugas yang tertentu. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu:12

Penutup Kognitif. Penutup Sosial.

PENUTUP KOGNITIF

Guru menyatakan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari oleh murid-murid.

Dilakukan di akhir satu sesi pelajaran, selepas sesuatu perbincangan atau sesi latihan dandiakhir satu pembelajaran.

Contohnya, Guru mengajar huruf vokal kepada murid, guru mungkin berkata "sekarang kita berhenti sekejap dan kamu cuba sebutkan huruf-huruf vokal yang kitabelajar tadi."

PENUTUP SOSIAL Bertujuan memberikan sesuatu perasaan pencapaian kepada murid-murid yang telah diajar tentang sesuatu topik. Contohnya, guru memberikan pujian dan galakan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan denganbetul. Dilaksanakan di akhir satu-satu pelajaran. PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENUTUP

Penutup hendaklah bermakna kepada murid-murid dari segi minat, kebolehan dan umur mereka.

Penutup hendaklah berkaitan dengan isi dan objektif P&P. Penutup hendaklah ada kaitan denganpengetahuan sedia ada, pengalaman muriddan konsep baru yang telah dipelajari.

Penutup harus berkaitan dengan aspek satu-satu pelajaran yang telah dipelajari Penutup sepatutnya dapatmenilai keberkesanan satu-satupelajaran. Perlu mengandungi aktiviti-aktiviti susulan untuk murid-murid.

13

OBJEKTIF PENUTUP

Membuat satu rumusan tentang pelajaran yang telah disampaikan. Membuat perkaitan antara pengetahuan sediaada dan pengalaman murid dengan topik yangbaru.

Meneguhkan satu-satu pelajaran yang barudipelajari. Menggunakan prosedur yang sesuai untukmenilai objektif P&P murid. Mengemukakan aktiviti susulan. Menimbulkan motivasi melalui kemesraan,menghairankan dan aktiviti susulan.

KESAN KEMAHIRAN PENUTUP KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Membantu murid mengingati pelajaran yang baru dipelajari. Dapat meneguhkan suatu konsep yang barudipelajari. Murid terdorong untuk belajar dengan tekunturutan daripada penggunaan penutup sosial. Guru dapat mengetahui sejauh manakah objektif P&P telah dicapai. Pembelajaran menjadi lebih bermakna kerana murid-murid dapat penyelesaian kepada suatu pembelajaran

14

KONSEP PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENDEKATAN Pendekatan Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA


INDUKTIF DEDUKTIF EKLEKTIK KOMUNIKATIF INDUKTIF

Pendekatan induktif Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu. Antara prinsipprinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk

15

lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.

DEDUKTIF Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran. Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru. EKLEKTIK Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan

pendekatan indukif dan deduktif.Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan 16

deduktif. Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

KOMUNIKATIF Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks

wacana. Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

17

Pendekatan Pembelajaran Bahasa


Berpusatkan Murid Berdasarkan Bahan Pemebelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan

Pendekatan berpusatkan murid Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

Pendekatan berpusatkan bahan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. 18

Pendekatan berasaskan projek Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan. Pendekatan berasaskan masalah Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah. Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah. Pembelajaran berasaskan aktiviti Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Pembelajaran berasaskan situasional Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahanbahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

19

Pembelajaran berasaskan permainan Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan permainanpermainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan. Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi

KAEDAH Definisi Kaedah Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

20

Kaedah

Penerangan Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti

Kaedah Natural

yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu. Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa

Kaedah Nahu Tradisional

yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana

Kaedah Terus

pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih Kaedah Ajuk Hafaz tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

21

Kaedah

Penerangan

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Kaedah Linguistik Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna. Kaedah Kod Kognitif

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language

Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan Kaedah Bahasa Komuniti oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar Kaedah OralAural memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu

Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

22

TEKNIK Definisi Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa


Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik simulasi Teknik drama

Tujuan Teknik

Menarik minat murid Mengekalkan perhatian Membangkitkan rasa ingin tahu 23

Teknik Latih - Tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataanperkataan itu. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Teknik Simulasi Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik Main Peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. 24

Teknik Sumbangsaran Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Teknik Permainan Bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Teknik Bercerita Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Teknik Drama Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa 25

atau

perbuatan.Penggunaannya

dapat

mendorong

dan

merangsang

murid

untuk

menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

STRATEGI

PENDEKATAN

KAEDAH

TEKNIK

Berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar

Bercorak abstrak

Bersifat konkrit

Lebih khusus atau spesifik

Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan

Satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara

Cara mengajar yang disusun dan dilaksanak an untuk mengajar kemahiran bahasa

Wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang berkaitan

26

-kaedah tubi -kaedah terus Strategi penggabungjajalina n kemahiran -strategi penyerapan nilainilai murini dalam pengajaran Pendekatan empirisis -pendekatan rasiomalis (mentalis -pendekatan komunikatif -kaedah dengar dan sebut -kaedah bersiri -kaedah terjemaha n -kaedah tentera

-teknik kloz -teknik bacaan nyaring -teknik bercerita -teknik drama -teknik korus -teknik dialog

27

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 1 KSSR TARIKH : 8 Mac 2013 (Rabu) MASA : 7.45 pagi - 8.45 pagi (1 jam) TAHUN : 1 Pintar TAJUK : Kebun Datuk Anas (Buku Teks m/s 94) HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Bercerita berdasarkan gambar ii. Menyenaraikan alatan berkebun dan sayur-sayuran yang terdapat dalam gambar (Kata Nama Am) iii. Memilih ayat yang sesuai berdasarkan gambar FOKUS UTAMA : 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai bahan 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal. FOKUS SAMPINGAN : 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul. SISTEM BAHASA : Kata Nama Am PENGISIAN ILMU: Sains, Kemahiran Hidup NILAI : Kasih sayang, kerjasama, usaha BAHAN BANTU MENGAJAR : Petikan, Lembaran kerja, Latihan interaktif Langkah Set Induksi (5 minit) Isi pelajaran Gambar sayursayuran 1. Bendi 2. Terung 3. Petola 4. Kacang panjang Aktiviti pengajaran 1. Guru menunjukkan gambar sayur-sayuran. 2. Guru menyoal murid: a) Gambar apakah ini? b) Di manakah sayur-sayuran ini ditanam? 3. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran hari ini. 1. Murid membaca petikan yang dipaparkan. 2. Murid bercerita tentang cerita yang dibaca. 28 catatan BBB : Video pakaian tradisional kaum di Malaysia.

Langkah 1 (15 minit )

Tajuk petikan: Kebun Datuk Anas

KB : Menghubungkait, menjana idea BCB :

3. Murid menjawab soalan guru secara lisan. Langkah 2 ( 20 minit ) Kata Nama Am: 1. bayam 2. bendi 3. kangkung 4. terung 5. petola 6. kacang panjang 1. Murid menyebut beberapa perkataan yang berwarna yang terdapat dalam petikan. 2. Murid menyesuaikan perkataan dengan gambar yang betul. 3. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang berwarna. 1. Guru menunjukkan gambar pekebun sedang berkebun. 2. Murid diminta mengecam alatan berkebun dan sayursayuran. 3. Murid mengelaskan gambar mengikut kategori alatan berkebun dan sayur-sayuran. 4. Murid memilih ayat yang betul berdasarkan gambar. 1. Guru memperdengarkan lagu "Tok Anas Ada Kebun" 2. Murid-murid menyanyi beramai-ramai. 3. Murid membuat rumusan apa yang dipelajari hari ini.

Memproses dan melapor maklumat. BCB : Memproses dan melapor maklumat. KP : Verbal linguistik, visual, interpersonal, intrapersonal. BBB: Gambar KP : Verbal linguistik, visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis.

Langkah 3 (15 minit )

Mengelas jenis sayur dan alatan berkebun

Penutup ( 5 minit )

Nilai-nilai murni: 1. Kerjasama 2. Usaha 3. Kasih-sayang

KP : Muzik, verbal linguistic BBB: Radio, lirik lagu

29

REFLEKSI Muhamad Rushdan Bin Abdul Rahman Pada semester ini, dalam subjek kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( BMM 3117 ) di bawah bimbingan Encik Mohd Asri Bin Abdul Razak, kami telah diberi suatu kerja kursus yang mengkehendaki kami membuat huraian tentang komponen-komponen pengajaran, menghuraikan konsep pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran serta

menyediakan satu rancangan pengajaran makro. Setelah mendapat penerangan mengenai tugasan oleh pensyarah pembimbing, saya mula membuat rangka kerja. Saya mengumpulkan maklumat mengenai tajuk yang akan saya gunakan untuk membuat tugasan yang diberikan. Setelah selesai mendapatkan semua maklumat berkaitan tajuk yang diberikan kepada saya maka langkah perlaksanaan dilakukan. Permasalah yang timbul semasa melaksanakan tugasan ini ialah ketika saya hendak menyediakan rancangan pengajaran makro dan mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik yang dipilih dalam proses pengajaran tersebut memandangkan saya bukanlah guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu sudah tentulah perlu banyak bertanya daripada guru yang berpengalaman dalam subjek Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, dengan kesungguhan serta komitmen yang diberikan oleh semua maka permasalahan ini dapat diatasi menerusi perbincangan dan juga rujukan daripada internet. Syukur kehadrat llahi kerana dengan berkat dan rahmatNya saya berjaya mengatasi masalah ini dan tugasan ini telah siap saya laksanakan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan sekelas dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing kelas kami yang banyak membantu dari segi moral dan juga berkongsi ilmu yang bermanfaat sebagai panduan untuk kami laksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari kelas yang lain kerana sudi memberikan pendapat dan berkongsi info tentang cara-cara perlaksanaan tugasan ini. Sekian, Terima Kasih.

30

Rujukan 1. Sumber buku

1. Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2. Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Modul 2/4 Bahasa Melayu KPLI SR. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1993). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd. 5. Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 6. Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 7. Koh Boh Boon. (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu: Prinsip dan Teknik. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 8. Mangantar Simanjuntak. (1998). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. 2. Sumber intrernet 1. http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm
2. http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/05/teori-behaviorisme.html

3.http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategipendekatan-kaedah.html

31

32

Вам также может понравиться