Вы находитесь на странице: 1из 27

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT _________________________________________________________________________ OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS MAY 2013 _________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD NURUL FAZLAN BIN ALI KAD PENGENALAN 790810135337 NO MATRIK: 790810135337001 NO TELEFON: 0128544312(HP) NAMA TUTORS: SIM GEOK WHA EMAIL : simgw@oum.edu.my OTHER EMAIL : Adelsim2002@yahoo.com E-TUTORS: HAMIDAH RAMLAN

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0

Pengenalan 1.1 1.2 1.3 1.4 Definisi Rasuah Sejarah Rasuah Amalan Rasuah Indeks Persepsi Rasuah

3 4 6 7 8 9 13 17 17 17 17 19 19 20 21 21 22 22 23 24 27

2.0 3.0 4.0

Analisis Ekonomi Ke Atas Perbuatan Rasuah Analisis Undang-undang Akta Rasuah Analisis Etika Dalam Perbuatan Rasuah 4.1 4.2 4.3 4.4 Definisi Etika Rasuah Dan Hubungkait Dengan Masalah Etika Faktor-faktor Pembentukan Etika Dan Cara Penyelesaiannya Teori-teori Taakulan Etika 4.4.1 4.4.2 4.4.3 4.4.4 4.4.5 4.4.6 Latar Belakang Dilema Yang Dihadapi Teori Eternal Law Teori Utilitarianisme Teori Universalisme Teori Distributive Justice Teori Personal Liberty

5.0 6.0 7.0

Kesimpulan Lampiran Rujukan

1.0

PENGENALAN

Rasuah merupakan penyakit sosial yang mana boleh menjatuhkan dan mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya. Perbuatan rasuah ini telah wujud sekian lama dan telah menjadi suatu amalan kebiasaan. Namun amalan yang buruk ini seharusnya tidak dijadikan sebagai amalan kebiasaan yang berterusan sehinggakan sukar untuk dikawal dan dibendung. Jika amalan rasuah ini dianggap sebagai amalan biasa, maka ia akan mengundangkan bencana, keruntuhan dan kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti yang telah berlaku pada sejarah tamadun besar yang pernah wujud suatu ketika dulu.

Penyakit sosial ini juga tidak terkecuali melanda negara Malaysia. Namun begitu, gejala rasuah ini masih belum lagi berluasa dimana kesedaran yang wujud dikalangan masyarakat dapat mengekang penularannya demi pertumbuhan ekonomi yang kian pesat dan kesejahteraan negara. Keburukan rasuah ini jika tidak dapat dikawal boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Ini kerana rasuah boleh menyebabkan tergugatnya kestabilan sosial negara terutamanya ketika kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan program pembangunan perindustrian bagi tujuan menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju setanding negara-negara yang lain di dunia ini.

Rasuah juga boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terutamanya kepada pelabur asing akan kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini. Selain itu, masalah ini tidak boleh dibiarkan terus berlarutan kerana boleh menyebabkan ketagihan setelah sebati dengannya dan boleh merebak atau menular kepada orang yang lain. Gejala rasuah ini akan menjadikan seseorang sehingga sanggup untuk menjual prinsip, maruah dan harga dirinya demi mengejar kesenangan. Bagi masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan. Masyarakat juga akan kehilangan nilai-nilai murni seperti amanah dan akan ditimpa dengan masalah seperti krisis kepercayaan. Oleh itu, semua pihak perlu bertindak agar menjauhi sifat tamak ini kerana ia boleh menyebabkan terjerumusnya ke lembah rasuah.

Pelbagai langkah dan kaedah telah diambil untuk menangani gejala rasuah ini dimana tiada siapa pun yang akan terkecuali daripada tindakan undang-undang jika didapati atau disabit 3

kesalahan rasuah ini. Bagi menjayakan kempen memerangi gejala rasuah ini semua pihak perlulah bertindak bersama-sama secara menyeluruh dan berterusan.

1.1

DEFINISI RASUAH

Kamus Dewan telah mendefinisikan rasuah sebagai pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap). Berdasarkan pengertian tersebut, rasuah dapatlah diertikan juga dengan istilah makan suap dan memberi / menerima sogokan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Transparency International, rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah iaitu menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Gejala rasuah juga merupakan satu jenayah dan kesalahan di sisi undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak perniagaan atau keistimewaan dari pihak

berkuasa atau syarikat tertentu selepas menyogokkan pihak terbabit dengan pemberian yang berbentuk wang, hadiah atau pemberian yang lain kepada pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan yang berunsur pemerasan yang dilakukan oleh seseorang bagi tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah ke atas dirinya sendiri. Jika melalui prosedur-prosedur yang biasa tidak akan dapat memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara umumnya, rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya yang disalahgunakan dan bertindak demi kebaikan diri sendiri dan bersikap pilihkasih dalam tindakannya. Rasuah menurut bahasa Latin pula berasal daripada perkataan curroptio iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar-belit, dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuah bermaksud Al-risywah. Di dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu ia meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Secara keseluruhannya rasuah adalah satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja oleh agama malah dari aspek kemanusiaan 4

sekalipun. Di negara Malaysia, dari sudut undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Selain itu juga rasuah turut ditakrifkan seperti berikut:

Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apaapa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi

Pengertian rasuah menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Terdapat empat kesalahan rasuah berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009), Akta 694 ialah ;

1. Meminta / menerima rasuah [ Seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009 ]. 2. Memberi suapan [ Seksyen 17(b) ASPRM 2009 ]. 3. Mengemukakan tuntutan palsu [ Seksyen 18 ASPRM 2009 ]. 4. Salah guna kuasa [ Seksyen 23 ASPRM 2009 ]

1.2

SEJARAH RASUAH

Dari sudut sejarah, rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat lagi iaitu pada tahap organisasi kemasyarakatan yang begitu rumit mulai wujud. Gejala rasuah ini telah lama membelenggu manusia sejak beribu tahun lamanya. Kegiatan rasuah ini berlaku berbeza-beza pada waktu dan tempat yang berlainan. Catatan kuno menceritakan tentang gejala rasuah yang berlaku dimasa lampau sebagai contohnya mengenai masalah penyuapan terhadap hakim dan tingkah laku para pegawai pemerintah. Bukti wujudnya rasuah pada empayar besar dunia suatu ketika dahulu di kesan seperti pada zaman pemerintahan Empayar Rom, Empayar Uthmaniah dan Dinasti Ming dimana pentadbiran yang tidak terurus sehingga menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya mengamalkan rasuah sehingga menyebabkan runtuhnya pemerintahan empayar-empayar tersebut.

Mengikut sejarah, kegiatan rasuah di negara ini telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melaka Lagi. Kejatuhan Kesultanan Melaka pada orang-orang Portugis disebabkan amalan sogokan wang dan hadiah oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawai-pegawai tertentu yang bertugas di Istana Sultan Melaka. Gejala rasuah ini berterusan sehingga pemerintahan British di Tanah Melayu dimana pada waktu pemerintahan dan pentadbiran British telah menguatkuasakan undang-undang rasuah pada tahun 1871 yang mana perbuatan menerima hadiah yang boleh disifatkan sebagainya sebagai rasuah telah dikanunkan sebagai satu kesalahan undang-undang iaitu dalam Kanun Kesiksaan 1871.

1.3

AMALAN RASUAH

Rasuah merupakan amalan yang dijadikan sebagai jalan pintas bagi seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa yang paling singkat. Mereka yang melakukan gejala ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya hanya mengutamakan keuntungan kepada diri mereka sahaja. Bagi penganut agama Islam, ajarannya melarang semua umat Islam daripada mengamalkan gejala rasuah ini seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukummenghukum.

Rasuah merupakan perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Bagi mereka yang telah terjebak dalam gejala rasuah ini akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.

Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya. (al-Baqarah : 188)

Dalam konsep yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza: daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi" dan sebagainya. Kemuncak bagi segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura- pura bertindak jujur pun tidak 7

ada sama sekali! Rasuah yang muncul dan wujud di dalam bidang politik dan pentadbiran / birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Selain itu juga rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan berlakunya jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak dan penyeludupan kerana kesannya adalah lebih luas lagi. Bagi memahami masalah ini adalah penting untuk dapat membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas). Sama ada sesuatu hal atau perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung kepada perlaksanaan undang-undang di sesebuah negara atau wilayah berkenaan. Contohnya, memberi dana oleh parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara atau wilayah yang tertentu tetapi ia masih dianggap sah di tempat atau kawasan yang lain.

1.4

INDEKS PERSEPSI RASUAH

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency Internasional 2008, membabitkan satu kajian di 180 buah negara. Negara Denmark. Sweden dan New Zealand berada pada kedudukan teratas dengan skor 9.3. Negara Somalia berada ditangga tercorot dengan skor 1.0 manakala Malaysia berkongsi kedudukan dengan Negara Jordan, Hungry, Costa Rica dan Cape Verde di tangga ke -47 dengan skor 5.1. Skor 10 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan sangat bersih manakala skor kosong pula mewakili amalan rasuah yang sangat teruk. Pertubuhan Integriti Antarabangsa, Global Integrity mengatakan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) adalah tanpa mengira tahap pendapatan dimana ancaman korupsi pertama yang mendepani majoriti negara ialah aliran wang tanpa aturan dalam proses politik.

Pada tahun 2012, pencapaian Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menunjukkan peningkatan dengan berada di kedudukan tangga ke-54 daripada 176 buah negara berbanding di kedudukan ke-60 daripada 183 negara tahun lalu berdasarkan kata Transparency Internasional Malaysia ( TI-M). Kedudukan ini juga adalah menunjukkan skor CPI Malaysia pada kedudukan ke-49 daripada skala 0 hingga 100 berbanding ke-43 pada 2011. Selain itu juga negara Malaysia kekal menjadi negara ketiga di rantau Asia Tenggara di belakang negara Brunei dan Singapura. Peningkatan yang baik ini adalah kesan ETP (Pelan Transformasi Ekonomi), GTP (Program Transformasi Kerajaan), dan NKRA (Bidang Utama 8

Keberhasilan Negara). Ia juga adalah hasil usaha yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan seperti Pemandu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM )

2.0

ANALISIS EKONOMI KE ATAS PERBUATAN RASUAH

Perbincangan mengenai ekonomi rasuah ini adalah termasuk di dalam isu-isu penting tentang sumber dan punca rasuah dari perspektif ekonomi, kesan atau kos amalan rasuah ini ke atas sesebuah firma, industri dan juga ekonomi negara serta ke atas diri individu dan masyarakat. Kebanyakkan isu gejala rasuah ini dibincangkan dari sudut moral dan etika sahaja dan tidak burang untuk membicarakannya dari aspek ekonomi. Konsep rasuah adalah bersifat multifaceted dimana ia melibatkan berbagai-bagai unsur dan bentuk. Secara umumnya ia lebih dianggap sebagai penyalahgunaan kedudukan, awam dan tidak kurang juga swasta untuk memperolehi keuntungan persendirian. Ia turut cenderung untuk berlaku apabila seseorang individu itu menganggap kedudukan yang diperolehinya sebagai satu peluang bagi membuat keuntungan peribadi dan bukannya sebagai suatu tanggungjawap dan amanah beberapa pihak yang perlu ditunai atau dipenuhi.

Terdapat tiga jenis rasuah yang diberi penekanan. Ini termasuklah rasuah pentadbiran, rasuah dalam urusan perolehan awam dan juga rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara. Rasuah dalam pentadbiran merujuk kepada bagimana penguatkuasaan dan juga perlaksanaan secara menyeleweng sewenang-wenangnya pada peraturan, undang-undang dan juga garis panduan yang berkuatkuasa oleh kakitangan awam untuk tujuan memperolehi keuntungan peribadi secara tidak sah. Ia diukur dengan pelbagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah berbanding dengan jualan hasil yang diperolehi. Jika berat peraturan atau undang-undang yang dilanggar maka lagi tinggi jumlah rasuah yang perlu dibayar. Rasuah bagi perolehan awam merupakan suatu dimensi yang penting rasuah yang mana ia melibatkan agihan atau peruntukan kewangan dan juga sumber awam ataupun kerajaan. Ia lebih kerap diukur sebagai peratusan bayaran rasuah untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan. Rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara pula merupakan tindakan yang dilakukan oleh ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta bagi mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undang-undang, peraturan, arahan dan lain9

lain dasar kerajaan supaya memihak kepada mereka serta menguntungkan dengan memberi sogokan yang berunsurkan kewangan. Institusi yang kerap menjadi tumpuan termasuklah akta-akta parlimen, peraturan bank pusat, perundangan. Rasuah dikesan dengan cuba mempengaruhi keputusan-keputusan mahkamah sivil ataupun perdagangan

Secara keseluruhannya, amalan dalam gejala rasuah ini melibatkan kos sama ada dalam bentuk peningkatan dalam perbelanjaan awam, pembaziran sumber, peningkatan dalam kos urus niaga, pengurangan dalam keluaran, kemerosotan dalam kualiti infrastruktur dan perkhidmatan dan sebagainya. Hasil beberapa kajian, rasuah boleh mengakibatkan berlakunya salah agihan kemahiran dan termasuk masalah guna tenaga tidak penuh oleh beberapa golongan kemahiran yang penting dalam sesuatu masyarakat. Kita kerap mendengar, melalui rasuah seseorang akan diberikan jawatan yang kanan ataupun tugasan yang lumayan di samping menyekat peluang yang sama kepada individu lain yang lebih sesuai dan berkelayakan. Kesannya hasil kerja yang diperoleh selalunya lebih berbentuk inferior jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh individu yang lebih cekap dan berkebolehan. Analisis ekonomi terhadap rasuah lebih cenderung mengakibatkan pengurangan di dalam pelaburan domestik dan pelaburan asing langsung (FDI). Banyak faktor yang mempengaruhi pelaburan terutama pelaburan langsung asing. Selain daripada insentif pelaburan yang ditawarkan, faktor-faktor lain adalah seperti kos buruh, sumber asli tempatan, saiz dalam pasaran domestik dan juga kecekapan dalam urusan tadbir ekonomi dan kerajaan yang meliputi juga tahap rasuah, birokrasi dan juga red tape.

Keadaan sesebuah ekonomi yang menghadapi masalah dalam urus tadbir yang teruk, birokrasi dan red tape yang membebankan serta tahap rasuah yang kronik menyebabkan berlakunya kos pelaburan yang meningkat. Kesannya pelaburan akan berkurangan melainkan para pelabur diberikan insentif seperti pelepasan cukai yang lumayan. Situasi tersebut akan menyebabkan negara menanggung dua jenis kerugian iaitu rasuah yang dibayar oleh pelabur dan jumlah cukai yang dilepaskan oleh kerajaan. Jika urus tadbir diambil perhatian serius dan diperbaiki dengan membentras gejala rasuah, kedua-dua kerugian ini akan dapat diatasi. Satu kajian yang telah dijalankan dimana jika negara Filipina boleh mengurangkan gejala rasuah kepada tahap yang terdapat di Singapura, ia dapat meningkatkan nisbah pelaburan kepada KDNKnya sebanyak 6.6 mata peratusan. Dalam kajian yang sama, bagi sebuah negara yang korupsi mengurangkan amalan rasuah adalah sama dengan kesan pengurangan cukai koporat melebihi 20 mata peratusan dalam usaha menarik lebih ramai dan minat 10

pelabur. Dalam erti kata yang lain, dengan mengawal amalan rasuah, sesebuah negara yang korup mampu untuk menarik sejumlah pelaburan asing yang sama tanpa memberikan apa-apa pelepasan cukai yang lumayan hanya dengan mengawal amalan rasuah. Selain dari itu, rasuah juga kerap mengakibatkan herotan (distortion) dalam perbelanjaan dan pelaburan awam serta punca kepada kemerosotan kualiti infrastruktur fizikal seperti jalan raya, jambatan, pelaburan dan sebagainya berasaskan kepada beberapa pertimbangan. Pertama, gejala rasuah adalah lebih cenderung untuk meningkatkan perbelanjaan awam dengan melebihi daripada yang diperlukan. Lagi besar perbelanjaan awam sesebuah projek awam maka lagi luas ruang untuk para pegawai tinggi kerajaan yang tidak jujur memanipulasikan keadaan. Kedua, projek-projek mega atau raksasa yang melibatkan pembinaan infrastruktur lebih disukai daripada projek-projek untuk pembangunan luar bandar, sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan. Ini disebabkan untuk melakukan rasuah adalah lebih luas dan lumayan lagi. Ini memberi kesan ke atas pendapatan, kebajikan serta kualiti hidup penduduk luar bandar dan golongan miskin. Ketiga, perbelanjaan bagi kendalian, operasi serta penyelenggaraan alat-alat jentera dan lain-lain aset kerajaan kurang diminati daripada perbelanjaan pembelian mesin dan peralatan baru. Keempat, amalan gejala rasuah ini lebih cenderung untuk mengurangkan hasil pendapatan kerajaan akibat daripada pelepasan cukai yang telah diberikan sebagai insentif bagi pelaburan dan pengelakan daripada membayar cukai dengan merasuah pegawai-pegawai berkenaan. Kajian seterusnya adalah berkenaan dengan peningkatan dalam gejala rasuah dari tahap yang terdapat di Singapura kepada tahap yang terdapat di Pakistan boleh menyebabkan peningkatan nisbah perbelanjaan kepada KDNK sebanyak 1.6 mata peratusan di samping mengurangkan nisbah hasil kerajaan kepada KDNK sebanyak 10 mata peratusan. Akhir sekali, amalan gejala rasuah ini adalah faktor yang menyumbangkan kepada memperlahankan dan membantutkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara. Sebagai contoh, jika dalam tempoh 1960 hingga 1985, negara Bangladesh dapat mengurangkan rasuah kepada tahap Singapura dengan kadar pertumbuhan perkapita tahunan sebanyak 4 peratus boleh

ditingkatkan sebanyak 1.8 mata peratusan iaitu bersamaan peningkatan sebanyak 50 peratus daripada kadar pertumbuhan perkapita yang benar-benar dicapai dalam tempoh tersebut. Satu peluang yang terlepas begitu sahaja kerana ia gagal untuk membanteras gejala rasuah. Pelbagai langkah, kaedah dan strategi yang perlu diambil untuk menggarap masalah gejala rasuah ini. Beberapa langkah, kaedah dan strategi tersebut telah dan sedang dilaksanakan di 11

negara Malaysia seperti membuat pengisytiharan aset oleh pegawai-pegawai kerajaan dari semasa ke semasa, memperbaiki urus tadbir kerajaan supaya lebih telus, sistematik, cekap dan profesional, mewujudkan beberapa sistem check and balance, membina sistem pentadbiran awam yang dan lebih berorientasikan dalam perkhidmatan pengurusan dan meritokrasi, awam,

kebertanggungjawaban

ketelusan

perbelanjaan

kebertanggungjawaban pemimpin-pemimpin politik dan juga pegangan yang teguh kepada Rule of Law . Namun langkah, kaedah dan strategi tersebut bukan setakat adanya sahaja tetapi lebih penting jika ia dilaksanakan sepenuhnya serta kelihatan oleh masyarakat dilaksanakan dengan cekap, adil dan saksama. Keseluruhannya, gejala rasuah boleh menghancurkan kepercayaan sesebuah masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada. Rasuah juga dilihat dapat merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi. Gejala rasuah turut membantutkan perkembangan kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain pengubahsuaian sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta pula ia turut menyebabkan berlakunya peningkatan perbelanjaan kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat / jabatan yang korup (duit kopi?) serta risiko pembatalan projek / konsesi. Terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan" namun dapatan penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku. Ia sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat / jabatan yang korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru.

Gejala rasuah juga boleh menjejaskan persaingan sihat dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang ada "hubungan" dilindungi daripada persaingan dan ini melahirkan syarikat / industri yang tidak berdaya maju. Di samping itu juga, gejala rasuah boleh menimbulkan kekacauan di dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat / jabatan awam (mungkin juga kontraktor) telah" mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya). Kesannya dapat dilihat dari aspek keselamatan, keselesaan dan kesan alam sekitar projek tersebut akan menjadi pertaruhan. Rasuah boleh menjejaskan kualiti untuk perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya dan

sekaligus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan kerajaan.

12

3.0

ANALISIS UNDANG-UNDANG AKTA RASUAH

Pembentukan entiti pencegahan rasuah di Negara Malaysia telah bermula dengan sebuah unit kecil iaitu di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mana telah bertanggungjawab menjalankan aktiviti pencegahan rasuah. Ketika itu, siasatan kes rasuah telah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Khas) di bawah kuasa pasukan Polis DiRaja Malaysia manakala pendakwaan kes rasuah pula telah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Kerajaan kemudiannya mengambil langkah drastik dengan menggabungkan usaha pencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan pembentukan satu badan baru iaitu Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.

Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahan rasuah di negara Malaysia telah diwujudkan secara undang-undang apabila Akta Biro Siasatan Negara diperkenalkan. Ini sekaligus mengubah entiti BPR kepada Biro Siasatan Negara (BSN). Perubahan tersebut telah meluaskan lagi kuasa perundangan BSN dengan pemberian mandat bagi membuat penyiasatan kes yang ada kaitan dengan kepentingan negara, disamping kes rasuah. Perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 telah diluluskan oleh Parlimen pada 13 Mei 1982. Akta ini meletakkan semula tugas pencegahan rasuah kepada BPR yang secara rasminya juga menggantikan BSN. Perubahan bertujuan memartabatkan lagi peranan BPR sebagai entiti tunggal yang diberi tanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.

Pada tahun 2008, Parlimen sekali lagi telah bersetuju agar satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR)yang sedia ada. Ia selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional. Dengan itu juga, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 digantikan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ia telah mula beroperasi secara rasminya pada 1 Januari 2009 bersama-sama penguatkuasaan Akta SPRM 2009.

Transformasi yang dialami oleh BPR kepada SPRM bukan pada nama semata-mata. Ini kerana perubahan adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, kebebasan dan ketelusan tindakan pencegahan rasuah di Negara Malaysia dan sekaligus menangkis 13

persepsi negatif terhadap entiti pencegahan rasuah ini yang sebelumnya dianggap tidak bebas dan juga tidak telus. Justeru itu, mekanisme check and balance diwujudkan melalui pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Selain itu, Jawatankuasa Aduan (JA), Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) memainkan peranannya bersama-sama penubuhan SPRM dengan fungsi untuk memantau, menasihati serta memastikan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya ini dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan, bebas dan telus. Keanggotaan bagi kelima-lima entiti bebas dipilih berdasarkan individu yang berintegriti tinggi dan cemerlang dalam perkhidmatan dan profesion masing-masing. Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak dapat menjamin sejauh mana keberkesanannya menghentikan rasuah dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, satu transformsi

masyarakat secara berperingkat perlu ada untuk memastikan kejayaan berterusan. Bagi memastikan setiap orang berwawasan sama dengan SPRM, lazimnya badan itu akan berganding dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, penuntut dan guru, perbadanan-perbadanan besar sehinggalah perniagaan-perniagaan kecil, dan orang ramai sebagai langkah menarik penyertaan mereka dan memupuk sokongan awam di dalam usaha memerangi rasuah.Kerajaan Negara Malaysia turut mengakui bahawa rasuah, jika tidak ditangani akan menjejaskan segala perancangan dan program transformasi kerajaan (GTP).

Peruntukkan perundangan terhadap gejala rasuah serta kesalahan lain seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang telah diperluaskan lagi sejajar dengan arus perubahan masa dan keadaan. Hukuman bagi kesalahan rasuah juga semakin berat dan kuasa menyiasat bagi SPRM juga telah diperluaskan. Selain itu juga, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kesemua perbicaraan rasuah dalam tempoh setahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Rasuah. Sasaran yang telah ditetapkan bagi tujuan ini adalah dari 85%, 90% dan 95% kesemua kes rasuah yang dibicarakan masing-masing dari tahun 2013 hingga 2016. Pelbagai peruntukan dari aspek perundangan dan akta rasuah, penambahbaikan berterusan SPRM dan yang terbaharu pelantikan bekas presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri yang Bertanggungjawab bagi Integriti Negara membuktikan keazaman dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi kerajaan negara Malaysia. Langkah yang diambil dalam memperluaskan undang undang pencegahan rasuah Malaysia merangkumi penglibatan beberapa pihak baru termasuk abang / adik ipar, 14

ayah ibu mertua, menantu, sepupu, emak saudara dan bapa saudara merupakan suatu langkah yang berani tetapi mungkin perlu dalam perang mencegah rasuah yang sedang berleluasa sekarang. Lulusnya rang undang undang SPRM 2008 ini, telah memperlihatkan lebih ramai lagi mereka yang tidak disabit kesalahan dahulunya, kini boleh didakwa

dibawah peruntukkan undang-undang dan akta rasuah yang baru ini. Berikut adalah statistik rasmi dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia:

TAHUN

JUMLAH TANGKAPAN

2003

339

2004

497

2005

485

2006

557

2007

590

Data berikut telah menunjukkan jumlah tangkapan rasuah yang meningkat dari 339 kes dalam tahun 2003 kepada 590 pada tahun 2007, iaitu kadar kenaikan 18.5% setahun. Data ini juga menunjukkan jumlah tangkapan yang dibuat dan ini menjadi kes sebenar sudah pasti lebih tinggi setelah dikira kes kes yang tidak di ketahui umum. Dari sudut pandangan positif Badan Pencegah Rasuah kini semakin berkesan kerana mampu menaikkan jumlah tangkapan setiap tahun. Sebaliknya angka ini boleh juga diinterpretasi sebagai tanda meningkatnya gejala rasuah di negara Malaysia yang amat membimbangkan. Penggunaan pendekatan undang undang juga didapati kurang berkesan disebabkan pengamal rasuah seperti

15

penjenayah yang lain pasti akan menemui loopholes dalam perundangan untuk meneruskan amalan buruk mereka.

Perkara ini telah dibuktikan dengan satu kes yang berkaitan berlaku baru baru ini dimana usaha Kementerian Pengangkutan bagi mengurangkan jumlah kemalangan dengan mensyaratkan teksi, lori, van penumpang dan bas perlu diperiksa tiap-tiap tahun untuk memperbaharui lesen. Jika dilihat tujuannya adalah baik, tetapi dalam suasana sekarang, ini akan memberi peluang baru bagi pengamal rasuah dalam kerajaan. Berikut adalah kedudukan terkini Malaysia berdasarkan Indek Persepsi Rasuah (IPR) bagi tahun 2009 hingga 2012 adalah seperti berikut:

TAHUN

IPR

RANKING (Berbanding lebih 170 negara)

2009

4.5

56

2010

4.4

56

2011

4.3

60

2012

4.9

54

Nota

: Bacaan IPR menunjukkan peningkatan yang baik.

Bacaan : Ranking atau kedudukan semakin rendah semakin baik.

16

4.0

ANALISIS ETIKA DALAM PERBUATAN RASUAH

4.1

DEFINISI ETIKA

Etika didefinisikan sebagai suatu prinsip-prinsip kelakuan seseorang individu yang dapat diterima secara moral dimana ia melibatkan kepercayaan tentang betul atau salah sesuatu tingkah laku atau perbuatan. Ini bermakna etika merupakan amalan-amalan yang murni dimana ia menjadi pegangan bagi seseorang individu, kumpulan, persatuan, pekerjaan dan sebagainya diterima oleh masyarakat dan berupaya dalam membentuk akhlak dan sahsiah diri serta kumpulan atau organisasi dengan cemerlang. Amalan etika yang baik turut dijadikan amalan oleh kakitangan organisasi yang bekerja dengan jujur, amanah, menepati masa, cekap, berhemah tinggi dan produktif . Etika yang baik dapat memberi gambaran atau imej positif kepada sesebuah organisasi, syarikat dan jabatan .

4.2

RASUAH DAN HUBUNGKAIT DENGAN MASALAH ETIKA DAN MORAL

Permasalahan dalam gejala rasuah ini sememangnya semakin berleluasa di negara kita dan memang tidak dinafikan bahawa gejala ini semakin mendapat perhatian daripada semua pihak. Kes rasuah ini adalah merupakan kes yang sangat berkait-rapat dengan masalah etika dan moral. Mereka yang terlibat dengan gejala tersebut sama ada memberi atau menerima rasuah merupakan orang yang tidak beretika serta kurang nilai-nilai moral.

4.3

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN ETIKA DAN CARA PENYELESAIAN

Usaha untuk menanamkan sikap dan fahaman nilai-nilai etika dan moral di kalangan individu penting bermula daripada peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat apabila individu tersebut telah berkecimpung dengan kerjaya mereka adalah berpatutan. Saranan pembentukan etika tersebut adalah mengambil kira lima faktor utama iaitu pengaruh

17

keluarga, pengaruh rakan, pengalaman hidup, nilai-nilai peribadi dan prinsip moral serta faktor keadaan atau situasi. Pengaruh keluarga merupakan pengaruh utama atau yang paling berkesan di dalam pembentukan etika seseorang individu. Ini kerana setiap individu sebenarnya lebih cenderung untuk mengikut atau mencontohi sikap ibu bapa mereka dan ini menyebabkan apa sahaja nilai-nilai moral dan etika yang diamalkan oleh ibu bapa tesebut dicontohi oleh individu atau anak-anak mereka. Pengaruh rakan juga adalah sangat kuat di dalam pembentukan peribadi serta nilai-nilai moral dan etika seseorang individu itu. Di peringkat sekolah, kanak-kanak khususnya murid-murid sekolah lebih banyak bergaul dengan rakan-rakan mereka dan menghabiskan masa mereka bersama-sama dengan rakan-rakan mereka. Oleh yang demikian, segala tindak-tanduk atau perbuatan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka akan dicontohi oleh mereka sesama sendiri tanpa mengambil-kira sama ada perbuatan itu baik atau buruk. Dari segi pengalaman hidup pula, setiap detik memori atau pengalaman yang dialami setiap hari sebenarnya menjadi satu pedoman dan pengajaran kepada kita untuk terus mempelajari sesuatu pengalaman yang baru di dalam hidup kita. Setiap perbuatan serta tindakan yang dibuat sama ada ianya beretika mahupun tidak asalkan kita pernah mengalaminya secara tidak langsung akan mendorong diri kita sama ada mengelak ataupun meneruskan perbuatan yang kita pernah lakukan. Semua ini sebenarnya menjadi salah satu faktor di dalam pembentukan nilai-nilai etika dan moral di dalam diri kita Nilai-nilai peribadi dan prinsip moral ini juga mampu membentuk etika peribadi serta dapat membantu seseorang untuk mempertimbangkan antara positif dan negatif serta pro dan kontra sesuatu perbuatan yang dilakukannya. Manakala faktor situasi ataupun keadaan pula adalah satu faktor yang lebih cenderung untuk memerangkap seseorang itu ketika berada dalam sesuatu dilemma atau menghadapi masalah. Faktor keadaan juga akan mendorong seseorang untuk bertindak dengan mengikut keadaan tertentu. Etika seseorang akan dapat dilihat semasa mereka sedang menangani sesuatu situasi atau keadaan yang tertentu.

Berdasarkan kepada semua faktor penting dalam pembentukan etika seseorang individu dengan ini jelas sekali bahawa kesemua faktor ini apabila dinilai dengan berdasarkan pro dan kontra serta dikaitkan dengan saranan oleh pihak saintis sosial adalah berpatutan.

18

4.4

TEORI-TEORI TAAKULAN ETIKA

Sejarah intelektual bermula semenjak 2400 tahun yang lalu telah dipenuhi dengan beberapa percubaan untuk memartabatkan standard nilai-nilai moral dan mewujudkan sistem-sistem etika. Tidak terdapat satupun sistem atau teori etika yang benar-benar berkesan di dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika ketika ini. Terdapat sekurang-kurangnya lima sistem atau teori etika yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika bagi sesuatu pengurusan pentadbiran. Teori-teori etika tersebut adalah ; 1. Eternal Law ( Undang-undang Abadi ). 2. Utilitarianisme ( Classical Teleological Ethical Theory ). 3. Universalisme (Classical Deontological Ethical Theory ). 4. Distributive Justice Theory. 5. Personal Liberty Theory.

4.4.1

LATAR BELAKANG DILEMA YANG DIHADAPI

Dilema yang saya hadapi ialah ketika sesi temuduga bagi jawatan pembantu tadbir sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri . Sesi temuduga ini terhad bagi mengisi 20 kekosongan jawatan Pembantu Tadbir di semua daerah. Disebabkan kekosongan jawatan ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri iaitu di bahagian temuduga banyak menerima senarai calon yang memohon untuk jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, hanya 20 orang sahaja yang akan diterima bagi mengisi jawatan tersebut. Bagi permulaan di dalam melaksanakan proses pemilihan, bahagian kemasukan rekod akan mengurangkan permohonan untuk sesi temuduga yang diterima sehingga 100 permohonan sahaja sebelum pemilihan yang terakhir seramai 50 orang calon sahaja. Bagi mengurangkan permohonan tersebut tugas ini diberikan kepada seorang pegawai atasan saya yang mana bertindak sebagai penyelia. Keperluan untuk menyegerakan pengisian kekosongan tersebut oleh pihak Jabatan Pendidkan Negeri, saya dan juga rakan sejawat telah diberikan tugasan bagi membantu pegawai tersebut untuk mengurangkan jumlah permohonan tersebut. Kami telah diarahkan untuk memilih 90 permohonan sahaja manakala bagi 10 permohonan akan dipilih oleh beliau sendiri. Setelah 19

50 permohonan temuduga dipendekkan, kami mendapati bahawa baki 10 permohonan tersebut terdiri daripada saudara-mara dan anak rakan penyelia kami. Terdapat banyak permohonan yang telah diserahkan kepada pegawai tersebut tidak diproses dengan sewajarnya kerana beliau hanya menyenarai pendekkan permohonan yang diterima dari saudara-mara dan kenalannya sahaja walaupun terdapat ramai calon yang lebih berkelayakan dan memenuhi syarat bagi mengisi jawatan tersebut. Sebagai orang bawahan pegawai tersebut, kami terperangkap didalam dilema sama ada harus atau tidak untuk kami melaporkan segala tindakan yang telah dilakukan oleh pegawai tersebut kepada pihak atasan. Rasa serba salah ini menyebabkan sekiranya kami melaporkan perbuatan beliau kepada pihak yang berwajib, kami bimbang tindakan itu nanti boleh menyebabkan peluang kerjaya kami akan musnah. Namun, kami telah sebulat suara dan mengambil risiko atas kerjaya kami dengan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab. Persoalan etika terhadap keputusan permasalahan ini akan diterangkan berdasarkan kaitannya dengan teori-teori dalam etika.

4.4.2 TEORI ETERNAL LAW (UNDANG-UNDANG ABADI). Hukum alam atau undang-undang abadi ialah suatu hukum atau etika yang ada hubungannya dengan agama dan kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan agama dan kepercayaan bagi sesebuah masyarakat atau kaum. Setiap agama ada menetapkan hukum untuk kaumnya dan ia seharusnya mesti dipatuhi. Kelebihan teori ini ialah ia di terima pakai oleh semua golongan yang berpegang pada agama dan di terima sepanjang zaman. Kekurangan pada teori ini pula ialah ia tidak universal kerana setiap agama ada pegangan, pemahaman dan kepercayaan masing-masing. Sebagai seorang yang beragama Islam, saya yakin bahawa pegawai saya telah melakukan kesalahan dimana telah berlaku ketidakadilan kepada pemohon yang lain (tidak adil dalam konteks Islam bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada haknya). Menyekat hak pemohon yang lain dengan jelas menunjukkan pegawai itu telah melakukan perbuatan yang haram di sisi agama Islam kerana agama Islam memerintahkan kepada kita agar berlaku adil kepada semua manusia iaitu keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dicintai, dan keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dibenci sehingga perasaan cinta itu tidak bersekongkol dengan kebathilan, dan perasaan benci itu tidak mencegah dia dari berbuat adil dan memberikan 20

kebenaran kepada yang berhak menurut Dr.Yusuf Qardhawi. Berdasarkan teori hukum undang-undang abadi atau Eternal Law ini, saya seharusnya cuba untuk menasihati pegawai tersebut dan jika tidak berjaya barulah saya boleh melakukan cara yang lain seperti yang telah di bincangkan.

4.4.3 TEORI

ETIKA

UTILITARIANISME

(CLASSICAL

TELEOLOGICAL

ETHICAL THEORY). Teologikal merupakan terma yang telah wujud dalam bahasa Greek yang membawa maksud hasil keputusan atau kesan. Teori ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat seseorang individu dan terma inilah yang dikatakan Utilitarianise. Teori ini amat bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau sesebuah masyarakat itu betul, ia akan mendatangkan faedah dan jika tidak, ia boleh membawa kepada keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini dengan berdasarkan suara majoriti. Kekurangan yang ada pada teori ini ialah ia hanya mengutamakan suara majoriti sahaja dengan mengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti. Berdasarkan kepada teori ini, pegawai tersebut seharusnya tidak mengambil saudara-mara atau kenalannya untuk menjadi calon yang layak mendapat tempat mengisi kekosongan jawatan tersebut. Ini kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada masyarakat tetapi faedah hanya pada dirinya sendiri sahaja. Jika saudara-maranya dipilih, pegawai tersebut akan disenangi oleh kaum keluarganya sahaja dan tindakannya hanya menyekat peluang orang lain untuk mencari pekerjaan. Sekiranya pegawai itu memberi peluang kepada orang lain, dia dapat membantu masyarakat dengan menaikkan taraf sosio ekonomi keluarga orang lain. Dengan penggunaan teori ini, tindakan yang patut di ambil ialah dengan memberikan peluang untuk pemohon yang berkelayakan untuk ditemuduga bagi mengisi jawatan yang ditawarkan.

4.4.4 TEORI UNIVERSALISME (CLASSICAL DEONTOLOGICAL ETHICAL THEORY). Pendekatan Teori Universalisme membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini adalah berdasarkan kepada niat seseorang itu dan

21

bukannya bergantung kepada hasil daripada tindakannya. Jika niat seseorang itu baik, maka ia akan membawa kesan hasil dari tindakannya menjadi baik. Teori ini turut menganggap bahawa semua manusia tidak mudah dipengaruhi antara satu sama lain dan dengan

menggunakan teori ini juga semua orang akan mendapat layanan yang sama rata. Kekurangan pada teori ini ialah kita sebagai manusia tidak dapat menilai sejauh manakah niat baik seseorang itu dan bagaimana mahu menginterprestasinya. Ini kerana adalah mustahil untuk memberikan layanan yang sama rata kerana setiap orang mempunyai perasaan, nilai, moral dan pemikiran yang berbeza. Berdasarkan kepada teori ini, pegawai tersebut sepatutnya tidak mengambil calon-calon pilihannya kerana masih ramai calon yang lain berkelayakan untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

4.4.5 TEORI DISTRIBUTIVE JUSTICE THEORY. Teori Distributive Justice Theory amat menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni dalam sesebuah masyarakat. Teori ini sangat mementingkan kerjasama di antara satu institusi atau masyarakat. Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan juga sumbangan yang diberikan oleh seseorang itu. Kekurangan teori ini ialah ia cuba menidakkan kelebihan yang ada pada seseorang individu itu. Berdasarkan teori ini saya dapati pegawai atasan saya tidak dapat untuk mengagihkan hak kesamarataan dan gagal melihat kebolehan calon sebelum membuat keputusannya.

4.4.6 TEORI PERSONAL LIBERTY THEORY. Menurut teori yang di cadangkan ini, tumpuannya adalah kepada kebebasan atau hak seseorang individu itu. Undang-undang atau nilai sesebuah masyarakat yang cuba untuk menyekat kebebasan individu sepatutnya di tolak. Seseorang itu mempunyai hak bagi memegang kekayaan atau pun apa sahaja yang dimilikinya tanpa berkongsi dengan orang lain dan mereka juga mempunyai hak untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang disukainya. Seseorang individu tersebut turut dibenarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. Kelemahan teori ini terletak pada definisinya yang

22

sempit tentang kebebasan yang mana akan memberikan kesan yang negatif kepada mereka yang lain. Berdasarkan teori ini, pegawai pemilih sepatutnya diberi hak bagi memilih calon yang di kehendaki di mana cara yang di lakukan oleh pegawai pemilihan tersebut tidak bertentangan dengan etika dalam teori ini. Namun kesan negatifnya sangat besar dimana tindakannya berupakan cubaan untuk memperdagangkan masa depan orang lain.

5.0

KESIMPULAN

Gejala rasuah merupakan musuh utama bagi menjayakan program pembangunan di sesebuah negara. Ia turut membantutkan perkembangan ekonomi dan merencatkan perjalannya. Gejala rasuah ini juga memberi kesan yang sangat dahsyat bukan sahaja kepada seseorang individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negara. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan sukar untuk dihapuskan. Rasuah adalah suatu gejala sosial dan jenayah yang amat berbahaya. Ia wujud akibat kesan perilaku manusia yang tiada pedoman, rendah asas akhlak, dhaif akal-budi, bersifat tamak, pilih kasih, dorongan nafsu dan cita-cita yang melulu. Demi kepentingan peribadi secara rakusnya mengumpul kekayaan material dan merebut pangkat atau kedudukan melalui jalan tidak sah. Justeru itulah, semua pihak khususnya penjawat awam seharusnya perlu lebih prihatin untuk terus membanteras dan memerangi jenayah rasuah dengan apa jua cara yang boleh dan termampu sama ada melalui perundangan, peraturan dan pendidikan. Dengan cara ini sahaja dapat menjamin keutuhan Perkhidmatan Awam dan membebaskan negara dari terus dibelenggui gejala yang kurang sihat ini.

23

6.0

LAMPIRAN

24

25

26

7.0

RUJUKAN

Abdul Rahim M. (2001), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, SungaiBesi, Selangor: Sanon Printing Corporation Sdn Bhd.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1992) Teknik Pengajaran DanPembelajaran (cetakan kedua). Kuala Lumpur: Percetakan RinaSdn Bhd. Dr. Muhammad Diah Jurini (2008). OUM320 Professional Ethics ,(cetakan kelapan) Seri Kembangan Selangor: Open UniversityMalaysia (OUM).

Leonard J. B (2006). Business & Professional Ethics for Directors,Executives &Accountants , (4thEdition) ,Toronto,: ThomsonHigher Education.

Mok Soon Sang (2005), Siri Pendidikan PTK (Teras DanProfesional), Kuala Lumpur: Multimedia ES Resources Sdn Bhd.

Mok Soon Sang (2005),Siri Pendidikan PTK (PengurusanPengajaran dan Pembelajaran), Kuala Lumpur: Multimedia ESResources Sdn Bhd. Pelan Induk Pembangunan Persekutuan 2006 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perutusan Khas Hari Guru 2007 YB. Dato Sri HishammuddinTun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia

27

Вам также может понравиться