Вы находитесь на странице: 1из 1

Tips untuk pembentangan viva Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Pembentangan Viva adalah salah suatu syarat utama dalam penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi semua IPG di seluruh negara. Pelaporan Kajian Tindakan yang telah dilaksanakan selama beberapa bulan dibentangkan dalam suatu persembahan individu yang memakan masa selama

20 minit dihadapan para

pensyarah, pembaca dan moderator. Walaupun para pensyarah selalu memberi tekanan kepada semua
pelajar mengenai cara pembentangan viva yang terbaik, semua pelajar seharusnya menguasai semua teknik pembentangan viva yang berteraskan keyakinan dan mutu slaid persembahan.

Tips utama pembentangan viva terbaik :

Slaid pembentangan viva perlulah : 1. Slide pertama dimulakan dengan nama pelajar, nama kursus, tajuk kajian / penyelidikan tindakan. 2. Slide kedua senaraikan outline ( apa yang hendak dipersembahkan semasa viva ) 3. Slide ketiga masukkan objektif kajian tindakan 4. Slide keempat dan slide seterusnya , barulah masukkan perbincangan yang penting tentang kajian ilmiah 5. Pemilihan slide seeloknya warna yang cerah dan lembut. Kosong pun takpe. Elakkan yang colourful. 6. Bilangan slide sebaiknya 16-18. Memandangkan masa pembentangan adalah 20 minit sahaja. 7. Seeloknya buat dalam bentuk point agar pensyarah, pembaca dan moderator mudah faham. Jangan masukkan ayat yang panjang berjela-jela.

Semasa pembentangan viva, pelajar perlulah menguasai teknik berkomunikasi dihadapan dengan betul. Teknik berkomunikasi perlulah : 1. Yakin dengan setiap pengucapan. 2. Faham dengan kajian / penyelidikan yang telah dilakukan. 3. Boleh menepis semua persoalan dan 'hentaman' pensyarah. 4. Seeloknya buatlah soalan predictable dahulu. Jangkakan apakah persoalan yang pensyarah, pembaca dan moderator bakal keutarakan. Adakah ianya berkaitan dengan hasil dapatan yang drastik? Adakah kajian ini bersesuaian dengan tahap murid / sampel yang dikaji?

Вам также может понравиться