Вы находитесь на странице: 1из 10

MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

MENENTUKAN PERINGKAT PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN BAHASA 2. MENENTUKAN PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO 3. MEMBINA BAHAN AUDIO DAN VIDEO 4. MENGGUNAKAN PERISIAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR DAN MEMBACA.
1.

Video

Audio/ bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan system computer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.

Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan jugamenimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

Memasukkan unsur video di dalam sesbuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut: 1. Secara terus dengan menggunakan video digital 2. Tetingkap video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video. 3. Tetingkap video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai

Audio
Penggunaan muzik/audio boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu: 1. Muzik latar belakang

Mewujudkan mood dalam sesuatu persembahan Menceriakan persekitaran

2. Kesan bunyi Mewakili sesuatu bunyi

Memastikan pelajar peka terhadap persembahan multimedia yang guru lakukan Contohnya, bunyi ding atau dong apabila butang diklik semasa persembahan

3. Narasi (penceritaan) Tidak banyak digunakan dalam sesuatu persembahan kerana sedikit mengganggu persembahan

Dibina untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan melalui muzik latar belakang dengan sokongan pembesar suara. Boleh digunakan sekali sekala dalam aktiviti supaya pelajar tidak berasa bosan BENTUK VIDEO ANALOG Video analog bukannya suatu bentuk data yang dikenali oleh komputer, ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu tturutan kerangka yang dikodkan sebagai

isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaitu kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bergambar) DIGITAL Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan

Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV
MPG

Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan VCD. AVI (Audio Video Interleave ) Bermaksud Video for Windows.Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital. MOV

Merupakan format video untuk perisian Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company.

Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF Video Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti: 1. AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)

Format ini sering digunakan pada system computer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit. 2. MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3) Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.

3. MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)

MIDI. Format yang boleh diterima pakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis

4. SND/Sound

Format fail yang telah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.

5. WAVE/ WAV

Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh system operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.

6. SUN AUDIO/ AU

Boleh digunakan oleh computer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.

7. MPEG (Moving Picture Experts Group)

Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.

Format fail lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2 MEMBINA BAHAN AUDIO DAN VIDEO Menggunakan perisian Microsoft Window Power Point 2007

MENGGUNAKAN PERISIAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR DAN MEMBACA Cara memasukkan perisian audio ke dalam slide:

Penggunaan Video
Penerbitan Video PendidikanModul Penyuntingan Audio Vidwo Sinopsis Tajuk ini menjelaskan jenis-jenis kamera video, bahagian-bahagian serta fungsi komponen kamera videa. Jenis-jenis syot yang terlibat dalam penerbitan video juga akan diojelaskan. Demi menghasilkan video yang menarik, beberapa teknik pergerakan kamera akan diperkenalkan. Anda juga akan diterngkan seluruh proses penerbitan video. Ini akan diikuti penggunaan video klip tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya anda akan buat penilaian terhadap penggunaan klip video tersebut. Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mengenalpasti jenis-jenis kamera. Mengenalpasti komponen-komponen kamera video. Membezakan jenis-jenis syot yang berlainan. Mengaplikasikan jenis-jenis pergerakan kamera video yang berlainan. Merancang dan melaksanakan rakaman video. Menyunting video. Menggunakan media video dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengenalan Video memainkan peranan yang penting dalam meransangkan pengajaran dan pembelajaran. Media yang mempunyai elemen-elemen multimedia ini sudah pasti dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru sekiranya digunakan dengan baiknya. Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan video untuk perancangan , penghasilan dan penggunaan video sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Perisian-perisian berkaitan dengan video juga diterangkan. Kepentingan Video Dalam Pengajaran Apakah video? Adakah video penting dalam pengajaran dan pembelajaran? Bagaimana video dihasilkan? Video merupakah salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajarnan dan pembelajaran , video mempunyai beberapa keistimewaan.

Keupayaan menunjukkan imej yang bergerak seperti merakan seekor haiwan binatang sedang berlari. Media dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan . Contoh pergerakan haiwan binatang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.

Video berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.

Video berupaya merakam mesej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Contohnya pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh penonton.

Jenis-Jenis Kamera Video Secara amnya kamera video boleh dibahagikan kepada dua iaitu 1. Kamera video analog 2. Kamera video digital

Kamera Video Analog Kamera video analog merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Cara penyimpanan video hasilan jenis ini adalah dalam bentuk kaset video yang terdapat dalam pelbagai bentuk seperti format VHS, VHS-C, Hi * dan U-matic. Video jenis analog ini hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya, Kamera Video Digital Kamera jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk ditital.Biasanya kamera video digital ini menggunakan kaset video yang berada dalam dalam format DVC (Digital Video Cassette). Kamera video jenis ini boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel Fire Wire. Penyunting video yang dihasilkan boleh dibuat dengan menggunakan suntingan yang sesuai.

Bahagian-bahagian yang terdapat dalam sebuah kamera video Lensa: membawa cahaya kepada sensor dan juga untuk memberi fokus kepada imej. Butang Zoom: Butang yang diguna untuk merakam imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal. Butang white balance: butang untuk mengawal keseimbangan warna imej. Gelang Fokus: diguna untuk melakukan fokus secara manual. Sensor Dedahan (Esposure) : Mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa sesuai dengan intensiti cahaya yang diberlukan. Shutter : menentukan cahaya yang masuk ke kamera video. Alat Rakam Suara: Mikrofon dan sistem suara yang dibina untuk merakam bunyi.

Jenis-Jenis Syot Terdapat pelbagai jenis syot yang boleh diadakan semasa merakam video. Jenis-jenis syot yang berlainan menentukan tujuan dan fungsinya dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh BCU (Big Close Up) memaparkan objek secara mikro, CU (Close Up) memaparkan objek secara dekat, MS (Mid shot) memaparkan sebahagian daripada objek, LS (Long shot) memaparkan keseluruhan objek dan VLS (Very Long Shot) memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya. Untuk mendapatkan syot yang tertentu ia dapat dilakukan melalui butang zoom yang terdapat pada kamera ataupun melalui pergerakan kamera video. Beberapa jenis syot yang biasa terlibat dalam video adalah seperti berikut: Big Close; memaparkan objek secara mikro Close Up; memaparkan objek secara dekat.

Medium shot: Memaparkan kedua0dua sebjek dan latar belakang. Waist shot: memaparkan objek setakat pinggang. Long Shot: Memaparkan keseluruhan objek. Very Long Shot: memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya. Over the shoulder ahot: memaparkan subjek dari belakang bahu orang lain.

Pegerakan Kamera Video Terdapat pelbagai jenis pergerakan kamera video dalam menghasilkan video. Jenis-jenis pergerakan kamera video boleh disimpulkan seperti berikut: Panning (Panning right/Panning left): Pergerakan kamera video ke kiri atau ke kanan. Tilting ( Tilt Up/Tilt Down): Pergerakan kamera ke atas atau ke bawah. Dolly (Dollt In/Dolly Out) : Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kiamera yang dipasang pada tripot ditolak (dolly in). Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kamera yang dipasang pada tripot diundur (dolly out) Trucking: Sama dengan dolly atau tracking. Alat Penghasilan Video Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV (DV cassette) atau analog yang menggunakan pita video format VHS. Pita video VHS boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi memerlukan peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada komputer untuk ditukarkan ke bentuk klip video digital. Sedangkan kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV boleh terus dirakam ke cakera nkeras pada komputer melalui penyambungan kabel USB dengan menggunakan perisian tertentu. Perisian Untuk Penghasilan Video Pelbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video dan yang mudah seperti Windows Movie Maker yang tersedia ada pada sistem operasi windows atau perisian yang lebih canggih seperti Adobe Premier, Ulead Media Studio, Ulead Video Studio ,

Penicles, Edius,Let's Edit, Vegas, Avid dan sebagainya. Setiap perisian mempunyai keistimewaan masing-masing terutama untuk menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect), audio dan video yang mampu memberi penarikan kepada penonton. Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada video-CD (fail format.dat) atau DVD (fail format. vob) melalui perisian seperti VCD Cutter atau Chopper VP dan disimpan semula dalam format .mpeg (mpeg1) atau .wmv (Windows media video) agar ia sesuai (compatible) apabila disisip (insert) pada kebanyakan perisian. Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui perisian seperti Any File Converter, Total Video Converter atau seumpamanya dengannya.

Bahan audio dan video boleh juga dimuatturun daripada pelbagai sumber laman web tertentu seperti yang terdapat pada youtube. Walaubagaimanapun penggunaanya tertakluk kepada tyerma dan syarat dalam panduan penggunaan bahan Hak Cipta ISila rujuk Fair use guidelines for educational multimedia- www.libraries,psu.edu/mtss/fairuse/guidline.doc.html) Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera keras atau disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti Windows Movie Maker, DVD Movie Maker (terdapat pada Windows Vista0, Ulead Movie Factory, Roxio Creater DE, Nero Burner atau mana-mana perisian yang seumpamanya dengannya. Perlu dingat penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas, menarik, dalam jangka masa yang bersesuaian dengan tujuan pengajaran. Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran 1. Menetapkan tujuan dan objektif. 2. Menjalankan penyelidikan. 3. Memilih bahan (fakta) yang sesuai. 4. Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio yang sesuai. 5. Menulis skrip melalui format papan cerita (story board). 6. Membuat persediaan untuk penggambaran. 7. Menyedia bahan dan peralatan. 8. Memulakan penggambaran. 9. Memulakan proses menukar video dari DV ke bentuk klip. 10. Membuat rakaman audio. 11. Menyunting dan mengadun audio dan video. 12. Membuat preview hasil rakaman. 13. Mengubahsuai/menyunting. 14. Menukar dormat yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage). 15. Menggunakan dalam pengajaran. 16. Memberi maklum balas dan membuat penilaian. Tugasan Video berupaya membawa masuk ke dalam bilik darjah peristiwa sebenar yang berlaku di luar bilik darjah. Berdasarkan satu tajuk pengajaran sediakansatu klip video bagi tujuan tersebut. Gunakan video itu dalam pengajaran anda untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran .

Panduan Menghasilkan Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat Analisis Sebelum anda menyediakan audio, antara yang oerlu dilakukan ialah perkara-perkara berikut: Analisis Pelajar 1. Apakah latar belakang pelajar? 2. Apakah tahap engetahuan pelajar tentang topik yang akan diajar? 3. Apakah gaya pembelajaran pelajar?

Analisis Kandungan 1. Apakah skop pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran? 2. Apakah objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran? 3. Apakah teknik dan kaedah pengajaran yang akan digunakan?

Peringkat Rekabentuk Rekabentuk Bahan


Video yang disediakan mestilah mengikuti skrip yang disediakan. Tempuh masa video ialah antara 10 hingga 15 minit. Pastikan gambar dan suara dalam video adalah jelas.

Rekabentuk Pedagogi

Pastikan video yang disediakan dapat memberangsangkan pelajar. Aktiviti yang dicadangkan untuk menggunakan video dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah seimbang dengan masa yang digunakan untuk menyediakan bahan media tersebut.

Peringkat Pembangunan 1. 2. 3. 4. Kenalpasti tajuk pengajaran yang sesuai diintegrasikan video. Kenalpasti matlamat video yang akan disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sediakan skrip berkenaan. Anda boleh menggunakan klip video yang sedia ada ataupun merakam video itu sendiri. 5. Sekiranya menggunakan video yang sedia ada, anda perlu menyuntingnya supaya sesuai dengan tujuanpengajaran anda. 6. Untuk video yang dirakam sendiri, anda juga perlu edit sekiranya perlu. 7. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah perancangan penerbitan bahan video untuk pengajaran.

Peringkat Pelaksanaan Cadangkan bagaimana video yang disediakan tersebut akan digunakan dalam peringkatperingkat pengajaran dan pembelajaran tertentu. Laksanakan cadangan anda dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Peringkat Penilaian Cuba buat penilaian terhadap penggunaan video yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan soalan-soalan berikut? 1. Adakah bahan video yang disediakan benar-benar memberi impak terhadap proses pembelajaran? 2. Adakah masa yang digunakan untuk menyediakan video tersebut sesuai dengan masa yang digunakan? 3. Apakag aspek bahan audio yang dihasilkan tersebut perlu diperbaiki/ 4. Apakah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sesuai untuk mengintegrasikan audio yang dihasilkan?

Refleksi 1. Apakah model Rekabentuk pengajaran yang telah digunapakai dalam proses menghabiskan tugasan anda? 2. Terangkan proses penghasilan media audio tersebut secara ringkas . 3. Adakah anda menghadapi masalah semasa menyempurnakan tugasan

Вам также может понравиться