You are on page 1of 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

TAJUK TUGASAN : KERAJAAN SEBAGAI PEMERINTAH MENJADI ELEMEN PENTING DALAM MENGURUSKAN PENTADBIRAN SESEBUAH NEGARA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT

KEPENTINGAN KERAJAAN SEBAGAI PEMERINTAH

1.0

PENGENALAN Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu

menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia. Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpinpemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

2.0

KERAJAAN SEBAGAI PEMERINTAH Kerajaan juga disebut "pemerintah" merupakan badan dalam suatu pertubuhan yang mempunyai kuasa untuk membuat dan melaksanakan undang-undang dan peraturan dalam sesebuah kawasan tertentu. Lazimnya, kerajaan merujuk kepada kerajaan awam sama ada pada peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa. Bagaimanapun, pertubuhan komersial, akademik, keagamaan dan lain-lain sepertinya juga mempunyai pemerintah dalaman. Saiz kerajaan berbeza mengikut kawasan dan tujuannya.
1

Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 23.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

Kerajaan Malaysia bertanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan fahaman politik. Pembangunan, pendidikan, keselamatan rakyat, persekitaran hidup yang kondusif adalah termasuk dalam tanggungjawab kerajaan. Secara umumnya kerajaan

berfungsi sebagai pengatur kehidupan dalam sesebuah negara untuk mencapai tujuan berikut:

2.1

Ketertiban dan keamanan Negara Penggubalan dan pelaksanaan undang-undang membantu kerajaan mewujudkan ketertiban dan keamanan dalam negara. Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesebuah negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain.

Kerajaan Malaysia sebagai contoh, mempunyai badan tertentu yang berperanan dalam membentuk undang-undang (Badan Legislatif) dan menguatkuasakan undang-undang (Badan Eksekutif). Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan, ialah undang-undang tertinggi seluruh negara yang menyediakan rangka perundangan untuk undang-undang, perundangan, mahkamah, dan aspek-aspek lain

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

pentadbiran

undang-undang.

Perlembagaan

juga

mentakkrifkan

kerajaan, raja, dan kuasa-kuasanya, serta hak-hak rakyat. 2

2.2

Kebajikan rakyat Dalam konteks rakyat, Kerajaan bukan selalunya bermakna wakil yang dilantik oleh mereka, tetapi lebih kerap ialah pegawai dengan siapa mereka mengadakan perhubungan setiap masa. Di sinilah peranan Kerajaan sebagai pemelihara kebahagiaan dan kebajikan rakyat menjadi penting. Kerajaan perlu mengusahakan kesejahteraan dan kemakmuran rakyatnya. Pada masa sekarang, fungsi itu dianggap sangat penting, terutama bagi negara-negara baru atau yang sedang berkembang.

Di dalam sesebuah negara, taraf ekonomi dan taraf hidup rakyatnya terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Jurang sebegini rupa sememangnya wujud dalam mana-mana kerajaan. Jika kebajikan rakyat dinafikan haknya, maka akan berlaku kepincangan dan ketidakstabilan sosial dalam negara. Oleh sebab yang demikian, kerajaan sebagai badan pemerintah yang bertanggungjawab perlulah mengambil kira hal ehwal kebajikan setiap rakyatnya tanpa mengira kaum atau kepentingan yang tertentu tertentu. Pembangunan ekonomi dan sosial harus dilaksanakan demi

kesejahteraan rakyat.
2

Sistem Politik Malaysia. Daripada laman : http://sejarahmalaysia.pnm.my/portal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

2.3

Mengeratkan perpaduan dan keharmonian Pembangunan sosial juga amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara. Dalam sesebuah negara, pembangunan sosial dan pembangunan ekonomi saling melengkapi. Kerajaan sebagai

pemerintah perlu berusaha mengatur langkah dan strategi untuk membina perpaduan dan keharmonian. Kerajaan perlu membina hubungan yang erat dengan rakyat. Hubungan dua hala di antara pemerintah dengan yang diperintah mampu menyumbang kepada keharmonian negara.

Kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian. Tanpa perpaduan dan keharmonian, kestabilan sosial negara akan tergugat dan boleh berpecah belah. Sekiranya perkara yang negatif ini berlaku, maka seluruh sistem kerajaan akan lumpuh dan terganggu. Kerajaan wujud hasil daripada kesepaduan dan kesepakatan anggota masyarakatnya. Apabila

perpaduan menjadi lumpuh, kerajaan juga akan turut lumpuh. Sekiranya kerajaan tidak mampu untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum dan ideologi, maka keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara akan terancam. Rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia pada 13 Mei 1969 jelas membuktikan bahawa tanpa perpaduan, negara akan menjadi huru-hara. 3
3

Nazaruddin Mohd. Jalil, (2001), Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Petaling Jaya:Prentice Hall. 19.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

Menyedari hakikat itu, kerajaan Malaysia terus menggubal Rukun Negara dan ideologi ini telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara mempunyai beberapa matlamat yang penting. Antaranya ialah untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Perpaduan rakyat sangat penting supaya rusuhan kaum seperti yang telah terjadi tidak berulang kembali. Rukun Negara juga bermatlamatkan memelihara cara hidup demokratik, serta mencipta sebuah masyarakat yang adil. Ia juga ingin menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.

2.4

Pertahanan dan keamanan Sesebuah kerajaan bertanggungjawab untuk mengusahakan

pertahanan untuk menjaga kemungkinan serangan dari luar. Negara harus dilengkapi dengan alat-alat pertahanan yang kuat dan canggih. Sesebuah kerajaan juga perlu mempertahankan kelangsungan hidup warganegaranya dari setiap ancaman dan gangguan yang timbul dari dalam mahupun datang dari luar negara. Ancaman dan gangguan tersebut mungkin berupa serangan dari luar negeri mahupun golongangolongan dari dalam negeri yang ingin memecah belah masyarakat dan perpaduan bangsa. Bagi negara-negara yang berkongsi sempadan darat atau laut atau kedua-duanya dengan negara lain, kerajaan perlu sentiasa mengikuti perkembangan negara jirannya kerana ia juga memberi kesan kepada keselamatan dan pembangunannya. Sebarang gangguan kepada keselamatan dalam kawasan kejiranan, sama ada

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

berbentuk konflik dalaman rantau atau luaran rantau, akan membawa kesan ke atas keselamatan negara.

Sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat, Malaysia menyedari bahawa langkah yang paling wajar untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara adalah melalui usaha ke arah keupayaan berdikari yang merupakan teras dasar pertahanan negara. Kerajaan Malaysia telah membentuk Dasar Pertahanan Negara yang mencerminkan hasrat negara untuk mempertahankan kepentingankepentingan strategiknya dan memelihara keselamatan negara. Ia menekankan keperluan mengekalkan sekitaran kawasan kepentingan strategik negara yang stabil dan aman.

2.5

Perhubungan antarabangsa Semua negara di dunia perlu saling bergantungan antara satu sama lain demi kepentingan aspek politik, ekonomi dan sosial masingmasing. Bagi sesetengah kerajaan, pelaksanaan perhubungan

antarabangsa dianggap penting sebagai salah satu strategi untuk mempertahankan kemerdekaan negara, menjamin keselamatan dan kedaulatan negara, memelihara hubungan baik dengan negara-negara lain dan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

Dasar Luar Malaysia yang dibentuk membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa memberi sokongan dan kerjasama terhadap usahausaha untuk mewujudkan perhubungan antarabangsa. Dasar Luar

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

Malaysia adalah berbaik-baik dengan semua negara di dunia. Matlamat pelaksanaan dasar ini oleh Kerajaan Malaysia pula adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan

pembangunan dan kemajuan ekonomi, mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa, menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Sesebuah kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang dinamis dalam strategi melaksanakan perhubungan antarabangsa dengan negara-negara lain untuk memastikan negara dapat terus bersaing dalam dunia yang sedang mengalami perubahan yang pesat dari segi politik, sosial dan ekonomi.

3.0

KESIMPULAN

Kerajaan adalah sebuah badan yang diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir sesuatu negara atau negeri dan bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat di negara atau negeri tersebut. Kerajaan Malaysia

bertanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan fahaman politik. Pembangunan, pendidikan, keselamatan rakyat, persekitaran hidup yang kondusif adalah termasuk dalam tanggungjawab kerajaan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Justeru itu Gagasan 1Malaysia yang ber tujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka telah dilancarkan. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

SISTEM DEMOKRASI

4.0

SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI Berbicara tentang sistem politik atau pemerintahan bererti juga merujuk kepada aspek-aspek kerajaan diklasifisakan. Bentuk kerajaan juga

dipengaruhi oleh pelbagai institusi yang wujud dalam negara berkenaan. Dalam hal ini, satu-satu kajian boleh mempamerkan pelbagai bentuk. Bentukbentuk ini akan berubah berdasarkan fungsi sebenar yang perlu dijalankan oleh kerajaan sebagaimana yang ditentukan oleh rakyat dan pemerintahnya. Walau bagaimanapun sistem pemerintahan sesebuah negara boleh

dikategorikan kepada beberapa bentuk seperti Sistem Autoritarian, Sistem Totalitarisme, Sistem Demokrasi Plebisit, Sistem Demokrasi Berperlembagaan dan beberapa sistem politik lagi. Bentuk-bentuk ini mempunyai perbezaan antara satu sama lain dan ia mempunyai perbezaan yang sangat jelas. 4

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undangundang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut: i. Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua4

Suriati Puteh. (1995). Sejarah Malaysia. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa. ii. Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil iii. iv. v. vi. vii. Rakyat diberi hak mengundi Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain Kebebasan persatuan Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law viii. Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.

4.1 Kelebihan Sistem Kerajaan Demokrasi 4.1.1 Melindungi hak kebebasan individu Demokrasi menjamin hak asasi setiap individu merangkumi semua elemen yang telah dijelaskan sebelum ini. Dengan amalan demokrasi setiap individu mempunyai hak dan suara dalam pilihanraya, bersuara dan meluahkan pendapat, dilindungi undang-undang malahan setiap individu mempunyai hak serta kebebasan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran tanpa halangan dan sekatan.

11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

Ini bermakna setiap individu dihargai dan mempunyai peranan masing-masing dalam pentedbiran sesebuah Negara yang mengamalkan pemerintahan secara demokrasi.

4.1.2

Mencegah pergolakan yang menjejaskan keharmonian kaum Apabila konsep demokrasi memperjuangkan hak kesamarataan antara rakyatnya, ini bermakna setiap individu mempunyai hak yang samarata untuk menentukan halatuju pemerintahan Negara. Pilihanraya menentukan barisan pimpinan yang akan mengepalai tampuk kepimpinan Negara adalah merupakan suara majority rakyat. Peluang ini memberikan satu kepuasa kepada rakyat apabila diberi ruang untuk terlibat dalam pentadbiran Negara apabila merasakan suara dan pilihan mereka dipertimbangkan. Situasi ini akan membantu

mengelakkan rusuhan dalam masyarakat akibat ketidakpuasan hati pada golongan pemerintah.5

4.2 Kelemahan Sistem Kerajaan Demokrasi 4.2.1 Penyalahgunaan kebebasan oleh golongan tertentu Kebebasan bersuara seharusnya melalui saluran yang betul dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang telah

ditetapkan. Namun masih terdapat ahli masyarakat yang akan mengambil kesempatan menggunakan kebebasan bersuara dan
5

Mohd Idris Salleh (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi : Utusan Publication Sdn.Bhd. 64.

12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

berhimpun ini untuk melakukan kekecohan. Demonstrasi jalanan merupakan satu bentuk perhimpunan rakyat yang sering menyebabkan kekeruhan keharmonian yang sedang dikecapi. Menyalahgunakan kebebasan bersuara atau mana-mana hak asasi sehingga menimbulkan kegelisahan dan ketengangan dalam masyarakat boleh membawa kepada kehancuran negarabangsa. 6

Media massa dan juga media cetak pula merupakan saluran yang paling berkesan dalam penyebaran maklumat atau penyampaian berita-berita terkini di dalam negara. Namun kepincangan akan berlaku jika kebebasan ini dsalahgunakan dengan menyebarkan kepercayaan dan pendirian rakyat yang akan mengganggugugat kelancaran pemerintahan.

4.2.2 Gangguan kepada badan legislative dan perundangan Dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat. Dengan erti kata lain rakyat berhak menentukan segalanya. Undang-undang yang baik berkemungkinan boleh dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada rakyat. Situasi ini akan
6

Mohd Idris Salleh (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi : Utusan Publication Sdn.Bhd. 128.

13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

menjadikan

kedudukan

badan

eksekutif

tidak

stabil,

dimungkinkan kerana penghentian di tengah jalan oleh lembaga legislatif setiap saat sehingga dapat menimbulkan krisis kabinet dan pemerintah tidak dapat menyelesaikan program-

programnya.7

4.2.3 Pertelingkahan antara parti politik yang ingin bertanding merebut jawatan dalam barisan kepimpinan Demokrasi member laluan kepada rakyat untuk bebas

berpersatuan, oleh itu potensi atau risiko terdapat banyaknya parti politik yang akan ditubuhkan seumpama cendawan yang tumbuh selepas hari hujan. Keghairahan setiap pemimpin parti berkempen untuk memenangi hati rakyat adakalanya akan menimbulkan ketegangan, kekecohan dan keributan apabila setiap pemimpin parti akan saling tuduh menuduh, keji mengeji dan kutuk mengutuk bagi memenangi hati rakyat. Situasi ini akan menyebabkan terjejasnya keharmonian dan perpaduan kaum di kalangan masyarakat.

5.0

KESIMPULAN DAN PENUTUP Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang

K. Ramanathan .(1989). Asas Sains Politik. Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 53.

14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah

mengutamakan kepentingan negara.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri

seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

SENARAI RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Baharuddin, S. A. (1990). Masyarakat Malaysia yang Membangun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. David Popenoe. (2000). Sociology, Prentice Hall,New Jersey K. Ramanathan .(1989). Asas Sains Politik. Fajar Bakti, Kuala Lumpur Kassim Thukiman (2002), Perspektif Sejarah dan Politik: Malaysia, Utusan Publication & Distibutors SDN.BHD. Mohd Idris Salleh (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi : Utusan Publication Sdn.Bhd. Nazaruddin Mohd. Jalil, (2001), Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan

Kewarganegaraan, Petaling Jaya:Prentice Hall. Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Saat, I.B. (2005). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications. Shamsul Amri Baharuddin .(2007). Modul Hubungan Etnik, Maskha Sdn Bhd Sistem Politik Malaysia. Daripada laman : http://sejarahmalaysia.pnm.my/portal Suriati Puteh. (1995). Sejarah Malaysia. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd

16