Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
padamu, oh kasih..
Memang kau bukan yang pertama bagiku, pernah satu hati
mengisi hidupku dahulu..
Dan kini semua kau katakan padaku, jgn ada dusta diantara
kita, oh kasih..
8 March 2009, selepas ku tunggu lebih 3 tahun yang hanya angan2 memiliki cinta dari
seseorang, akhirnya terjawab persoalan yang selama ini aku sentiasa bertepuk sebelah
tangan.. ini bukan mimpi ku, tapi ini realiti hidup ku..
Memang tak dinafikan kesilapan ku sebelum ini tidak melayan dengan penuh kasih
sayang pada si dia demi mementingkan keluarga ku yg ketika itu begitu susah. Ketika
terpisah tanpa sempat ku jelaskan segala2nya, Doa tak putus2 untuk kesejahteraan dirinya
dunia akhirat.. tanpa disangka akhirnya Allah beri aku peluang memiliki hatinya sekali
lagi demi niat ku utuk mengubah sikap ku kerana ALLAH… YA ALLAH, BESARNYA
KUASA MU…
Dalam kegelapan malam, lidah kekeluan untuk menyatakan niat sebenar. Solat dilakukan,
Zikir diiringi, harapan menjulang tinggi, singgah sejarah silam yang membuatkan ku
kaku segala2 nya…hati resah gelisah, seolah-olah harapan dan semangat yang diharapkan
bertahun2, gagal sama sekali kerana sejarah silam....
Kata2 yang selama ini ku ingin luah padanya, hanya terpendam kering dalam tubuh jasad
ku tanpa disentuh… Selepas pulang dengan kata2 cinta padanya yang terlalu emosional
tanpa terima sebarang jawapan, aku rebah dalam keadaan hiba, kusut, celaru, resah,
geram, dan segala sifat2 syaitan bermain difikiran ku sambil diiringi ayat2 suci Al-
Quran….akhirnya Allah menunjukkan suatu jalan padaku…teknologi yang membantu ku
menenangkan keadaan.. SMS menggantikan segala kata2 dan harapan ku yang
membuak2 selama ini..
Dengan bermula perbicaraan dalam dunia elektronik, hatinya terdetik untuk
membisikkan AL-FATIHAH di deria pendengaran ku suatu hari nanti, setelah perasaan
takut dengan sejarah silam bermain difikirannya. Hatinya terdetik juga kerana sahabat2
memberi dorongan, mempertimbangkan banyak perkara yang ku sendiri tidak dapat
jangkau pemikirannya…
Satu cinta, bersatu hati menjadi kenyataan, rahmat ALLAH ku syukur tak
terhingga.. Alhamdulillah ku bersatu bersamanya…