Вы находитесь на странице: 1из 3

http://senangnokingat.blogspot.com/2011/09/kemahiran-saintifik.

html
Cerita sebuah kelas, di pinggir bandar.... Cikgu: pelajar-pelajar cuba lihat di luar jendela, apakah yang kamu lihat? Pelajar 1: langit yang luas warna biru cikgu Pelajar 2: burung terbang dengan formasi v. Pelajar 3: pokok yg daun-daunnya sudah kekuningan cg. Cikgu: terima kasih semua , ok kenapa langit berwarna biru? Burung terbang dengan formasi v dan daun pokok berwarna kekuningan? Pelajar 3: kerana pokok itu tidak cukup air . Cikgu: apa akan berlaku jika pokok itu tidak cukup air? Pelajar 2: ia akan mati. Cikgu: jadi apa yg harus kita lakukan? semua pelajar: siram air cg.....

Fakta mengenai burung: Kepakan sayap burung di depan, memberi daya dukung bagi burung di belakangnya. Burung di belakang tidak perlu susah-payah menembus air wall di depannya. Hasilnya, seluruh kawanan burung dapat menempuh jarak terbang 71 % lebih Jauh dari terbang bersendirian. Cerita tersebut adalah pembelajaran yang menerapkan Kemahiran Saintifik iaitu kemahiran untuk menjalankan sains. Terdapat dua kategori kemahiran iaitu kemahiran proses sains dan manipulatif. Apakah yang dimaksudkan dengan SAINS itu sendiri? Jawapan mengenai Sains mungkin berbeza-beza ia mungkin boleh jadi satu cara mengetahui alam, boleh jadi satu bidang ilmu tentang alam juga bidang kajian alam. Pendapat yang berbeza melalui kata kunci yang sama iaitu alam terjadi kerana perspektif manusia itu berlainan anatara satu dan yang lain. Lihat sahaja situasi di atas apabila guru menyuruh melihat luar jendela, ada pelajar melihat ke tanah, ada yang mendongak ke langit walaupun melalui jendela yang sama. Kemahiran Proses Sains. 1) memerhati

Proses mengumpul maklumat tentang objek melibatkan sebahagian atau semua deria. cth: daun pokok itu bewarna kuning.

2) mengelas

proses memerhati dan mengenalpasti perbezaan dan persamaan. cth: daun pokok yang bersaiz besar lebih banyak bewarna kuning bebanding daun kecil.

3) mengukur dan menggunakan nombor


kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai. cth:menyukat bacaan termometer yang direndam dalam air panas.

4) membuat inferens.

Kemahiran membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa bedasarkan pemerhatian, logik dan pengalaman awal. cth: daun pokok itu kuning kerana tidak cukup air.

5) meramal

kemahiran menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku/ cth; pokok itu akan mati jika tidak cukup air.

6) berkomunikasi

kemahiran merujuk kepada menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat dalam pelbagai bentuk.

7) menggunakan perhubungan ruang dan masa


kebolehan memperihalkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa. cth: dalam masa sejam sebuah kereta boleh dipandu sejauh 80Km dengan halaju sekata.

8) mentafsir maklumat

kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul. cth: jika lebih besar Q, lebih panjang O

9) mendefinasi secara operasi


memberitahu apa yang perlu dibuat setiap langkah. cth: mengukur jarak mengufuk pancutan air.

10) mengawal pembolehubah

satu faktor keadaan atau hubungan yang boleh diubah.

11) membuat hipotesis


menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasarkan inferens cth: semakin tinggi tekanan semakin jauh jarak mengufuk pancutan air.

12) mengeksperimen

kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis, merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi.

Вам также может понравиться