Вы находитесь на странице: 1из 13

Teori bahasa

Tradisional Struktural Transformasi generatif Fungsional

ALIRAN TRADISI
Bermula sejak zaman Yunani, iaitu sekitar abad ke-5 S.M. Pada ketika itu, ilmu tatabahasa merupakan salah satu cabang dalam ilmu falsafah. Ilmu ini digunakan oleh ahli-ahli falsafah untuk mengkaji fenomena tabii alam.

Aliran tatabahasa ini akhirnya terus berkembang di Eropah pada zaman pertengahan dan akhirnya meresap ke dalam beberapa banyak bahasa bumiputera di Eropah pada zaman Renaissance. Asas kepada pemikiran aliran tatabahasa tradisi ialah ilmu logika. Mengamalkan prinsip nosional. Tokoh terkenal yang mempelopori aliran ini ialah Plato (429 347 S.M)

Antara istilah dan konsep yang telah diperkenalkan ialah: 1. Golongan kata Noun a naming word Verb a doing word 2. Ayat ucapan yang mengandungi fikiran Dibahagi kepada 4 iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seru dan ayat perintah. 3. Istilah khusus dalam ayat Istilah subjek, predikat, objek, dan keterangan 4. Istilah khusus untuk menerangkan kenyataan Istilah aktif, pasif, transitif, dan intransitif

ALIRAN STRUKTURAL
Sejarah pertumbuhan teori struktural sering dikaitkan dengan tumbuhnya linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada tahun 1930-an. Aliran ini seterusnya berkembang luas di antara tahun 1940-an hingga pertengahan 1940-an.

Dikenali juga dengan nama aliran taxanomic atau Bloomfieldian (sempena nama tokoh aliran struktural) Muncul kerana penentangan sekumpulan ahli tatabahasa mengenai cara-cara penyelidikan yang dijalankan oleh aliran tradisi. Mereka menentang dasar nosional yang digunakan oleh aliran tradisi untuk mebentuk kategori tatabahasa dan pegangan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal.

Pelopor utama aliran ini ialah Leornad Bloomfield. Sumbangan terbesar Bloomfield ialah buku tatabahasanya yang bertajuk Langauge (1933) yang dianggap oleh ahli tatabahasa sebagai Bible of the American Lingusitics. Teori linguistik yang telah dikemukakan oleh Bloomfield melalui Language telah menyebabkan beliau menjadi pakar rujuk dalam kajian bahasa untuk Amerika dan Eropah.

ALIRAN TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (TG)


Aliran TG dipelopori oleh Noam Chomsky dari Massachussetts Institute of Technology, USA. Ia bermula pada tahun 1957 dengan terbitnya buku Syntactic Structures. Peringkat perkembangan aliran TG terbahagi kepada 2 iaitu: 1. Model Teori Struktur Sintaksis - rumus struktur frasa, transformasi dan fonologi 2. Extended Standard Theory (EST) - komponen sintaksis, semantik dan fonologi

Teori TG menyatakan bahawa seseorang penutur asli bahasa mempunyai kecekapan berbahasa (competence). Kecekapan ini pula ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang bersifat eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas). Dengan adanya set rumus ini, penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami pelbagai ayat dalam bahasanya.

ALIRAN TATABAHASA FUNGSIONAL


Aliran tatabahasa fungsional berkembang dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an. Istilah fungsionalisme sering kali digunakan dalam bidang antropologi dan sosiologi untuk merujuk teori yang berkontras atau cara analisis. Dalam bidang linguistik, aliran tatabahasa fungsional dilihat sebagai suatu cabang aliran khusus dalam tatabahasa struktural.

Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya, malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Mengikut mereka, bahasa tidak boleh dikaji dari segi struktur semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana bahasa itu berubah-ubah sifatnya sewaktu ia digunakan untuk berkomunikasi. Kajian bahasa seharusnya lebih tertumpu kepada perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa itu ketika seseorang itu berkomunikasi.

Aliran ini memberikan tiga fungsi bahasa iaitu: 1. Bahasa menyampaikan idea: Kita berfikir dan mencuba berkongsi pandangan dan pendapat dengan orang lain melalui bahasa. Secara umum, hal ini disebut sebagai fungsi kognitif. 2. Bahasa menyampaikan maklumat: Bahasa mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat mengenai penutur. Apabila seseorang itu bercakap, sama ada dia suka atau tidak, secara tidak disedarinya dia telahpun menyampaikan maklumat tentang dirinya. 3. Bahasa menyampaikan partisipasi kita dalam proses berkomunikasi. Ini bermakna bahasa itu digunakan untuk tujuan-tujuan berinteraksi.

Вам также может понравиться