Вы находитесь на странице: 1из 21

FAKTOR-FAKTOR PSIKOLOGI YANG MEMPENGARUHI PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN BIOLOGI: SATU KAJIAN TINJAUAN DI SEKOLAH MENMENGAH

KEBANGSAAN SERI PERHENTIAN , PONTIAN, JOHOR DARUK TAKZIM

SABARIAH BINTI BAKRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor psikologi yang mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran biologi. Kajian ini memfokuskan lima aspek iaitu hubungan pelajar dengan guru, sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh rakan sebaya dan faktor dorongan keluarga. Responden adalah terdiri daripada 53 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil aliran sains tulen yang mengambil mata pelajaran biologi dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun 2004 nanti. Kajian ini dilakukan di satu sekolah didaerah Pontian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perhentian, Johor. Satu set soal selidik mengandungi lima aspek iaitu hubungan pelajar dengan guru, faktor sikap pelajar, minat pelajar, faktor hubungan pelajar dengan guru dan faktor dorongan keluarga telah dibina digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik mengandungi soalan mengenai latar belakang responden, latar belakang ibu bapa responden dan item soalan sebanyak 30 soalan. Data dianalisis secara manual dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pelajar tidak menghadapi masalah berkaitan hubungan pelajar dengan guru, sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh rakan sebaya dan faktor dorongan keluarga. Analisis data juga memperlihatkan pelajar bersetuju bahawa aspek hubungan pelajar dengan guru, aspek sikap pelajar, aspek minat pelajar, aspek pengaruh rakan sebaya dan aspek dorongan keluarga mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran biologi.

ABSTRACT

The aim of this research is to survey about physiological factor were influence student in study in biology subject. This research focus on five aspect. All of five aspects are teacher and students communication, students attitude, student interest , friends influence and family actuation factor. The respondents were 53 form four students in science stream class and take biology subject in peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia in 2004. This research was survey in Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perhentian, Pontian Johor. A questionnaire was used to collect the data regarding five aspects are teacher and students communication, students attitude, student interest , friends influence and family actuation factor. A questionnaire contain question about student, student parents and 30 question about aspect of research. The data was analyzed in frequency and percentage. The findings from this research revealed that student did not have a problem about aspects teacher and students communication, students attitude, student interest , friends influence and family actuation factor and student agree that all these aspect can influence them in studying biology subject.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan buat kesemua orang perseorangan yang terlibat dalam membantu pengkaji untuk menjalakankan kajian ini. Penghargaan terutama buat pensyarah pembimbing iaitu Encik Roslee bin Ahmad yang banyak membantu daripada awal hingga akhir projek ini dijalankan. Penghargaan juga buat para penilai yang terlibat. Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan dan sokongan dan sama-sama memberi panduan sepanjang projek ini dilaksanakan. Jasa kalian tetap dikenang.

DEDIKASI

Segala Puji Bagi ALLAH S.W.T Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah Jutaan Terima Kasih Buat Permata Hatiku Ibu dan Ayah Puan Saniah Saru dan Encik Bakri bin Arman Kalian Terlalu Banyak Mengorbankan Segalanya Untukku Di Dunia Ini Buat Abang Tersayang, Shahrim, Dirimu Banyak Membantuku Mengharungi Kepayahan Buat Adik-Adik Tersayang Terima Kasih Di atas Semangat Yang Sentiasa Kalian Berikan Buat Sahabat-Sahabat Ku Kalian Memberikan Warna-Warna Yang Indah Sepanjang Hidupku Di sini Berdiri Teguh Disaat Diriku Memerlukan Pertolongan Dan Bantuan Jasa-Jasa Kalian Hanya Tuhan Yang Dapat Membalasnya

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PERAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL

ii ii iv v vi vii-xi xii

BAHAGIAN SATU PENDAHULUAN

BAB I

Pendahuluan

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Pengenalan Latarbelakang Masalah Penyataan Masalah Persoalan Kajian Objektif Kajian Kepentingan Kajian

1 3 4 5 6 6

viii 1.7 1.8 1.9 1.10 Skop Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah Kesimpulan 7 7 8 9

BAHAGIAN DUA SOROTAN PENULIS

BAB II

Sorotan Penulis

2.1 2.2

Pengenalan Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Biologi 2.2.1 Hubungan Pelajar dengan Guru 2.2.2 Sikap Pelajar 2.2.3 Minat Pelajar 2.2.4 Pengaruh Rakan Sebaya 2.2.5 Faktor Keluarga

10 12

12 13 14 15 15 17

2.3

Kesimpulan

BAHAGIAN TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB III

Metodologi Kajian

3.1 3.2 3.3 3.4

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Tempat Kajian Populasi Kajian

18 18 19 20

ix 3.5 Instrumen Kajian 3.5.1 3.6 3.7 3.8 3.9 Soal Selidik 20 21 23 24 25 26

Kajian Rintis Prosedur Kajian Kaedah Penganalisaan Data Kesimpulan

BAHAGIAN EMPAT ANALISIS DATA

BAB IV

Analisis Data

4.1 4.2 4.3

Pengenalan Kaedah Analisis Analisis Maklumat Responden 4.3.1 Bahagian A (Latarbelakang Responden) 4.3.2 Bahagian B (Latarbelakang Keluarga Responden) 4.3.2.1 Pekerjaan Ibu Bapa 4.3.2.2 Pendapatan Ibu Bapa 4.3.2.3 Tahap Pendidikan

27 27 28 28 30 30 32 33 34 34 36 38 40 42 44

4.4

Analisis Item Soal Selidik 4.4.1 Hubungan Pelajar Dengan Guru 4.4.2 Sikap Pelajar 4.4.3 Minat Pelajar 4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya 4.4.5 Faktor Dorongan Keluarga

4.5

Kesimpulan

x BAHAGIAN LIMA RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V

Rumusan, Perbincangan dan Cadangan 5.1 5.2 Pengenalan Perbincangan 5.2.1 Bahagian A (Latarbelakang Responden) 5.2.2 Bahagian B (Latarbelakang ibu bapa Responden) 5.2.3 Bahagian C (Faktor-faktor Psikologi yang Mempengaruhi Pelajar dalam Pembelajaran Mata pelajaran Biologi) 5.2.3.1 Hubungan Pelajar dengan Guru 5.2.3.2 Sikap Pelajar 5.2.3.3 Minat Pelajar 5.2.3.4 Pengaruh Rakan Sebaya 5.2.3.5 Faktor Keluarga 5.3 5.4 Rumusan Cadangan 5.4.1 Cadangan Kepada Guru 5.4.2 Cadangan Kepada Pengkaji 5.5 Kesimpulan 49 50 51 52 53 54 56 56 56 58 46 46 46 47 48

BAHAGIAN ENAM SENARAI RUJUKAN

Senarai Rujukan

59-60

xi BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN

a). Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

b). Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah Oleh Jabatan Pendidikan Neferi Johor.

c). Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah Oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

d). Borang Soal Selidik.

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

HALAMAN

3.1 3.2 3.3 3.4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Jadual skala Likert yang digunakan dalam analisis data Jadual Susunan Item Soalan Mengikut Aspek dan Jenis Penyataan Jadual Skala Likert kepada Skala 3 mata Tahap Penilaian Peratusan Jadual Peratusan Pencapaian Responden dalam PMR Peratusan Pekerjaan Ibu Bapa Responden Peratusan Jumlah Pendapatan Ibu Bapa Responden Peratusan Tahap Pendidikan Ibu Bapa Responden Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Aspek Hubungan Pelajar dengan Guru

22 22 25 26 29 31 32 33 34

4.6 4.7 4.8

Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Aspek Sikap Pelajar Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Aspek Minat Pelajar Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Aspek Pengaruh Rakan Sebaya

36 38 40

4.9

Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Aspek Faktor Dorongan Keluarga

42

4.10 4.11

Purata Peratusan Mengikut Aspek bagi Penyataan Berbentuk Positif Purata Peratusan Mengikut Aspek bagi Penyataan Berbentuk Negatif

44 44

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Proses pembelajaran dan pengajaran disekolah melibatkan interaksi dua dan lebih individu iaitu antara pelajar dan guru dan sebaliknya. Interaksi antara guru dan pelajar juga melibatkan persekitaran yang mempengaruhi pembelajaran pelajar. Melalui hubungan ini pendekatan psikologi digunakan kerana ianya akan membantu memahami tingkah laku semasa berinteraksi untuk membina hubungan yang baik (Crow L.D, 1983).

Psikologi adalah berkaitan dengan maklumat tentang cara individu atau sekumpulan manusia pada peringkat umur yang berlainan memberi gerak balas terhadap rangsangan alam sekitarnya (Crow and Crow, dalam Haron Abas 1993). Psikologi juga memberi makna kajian yang dibuat secara sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku manusia (N.L Munn dalam Haron Abas 1993). Psikologi dalam pendidikan menurut Wittroc,MC,1992 (dalam Haron Abas 1993) ialah kajian tentang masalah dalam pembelajaran seharian didalam kelas seperti masalah hubungan dengan rakan dan guru, masalah keyakinan dan pengaruh rakan sebaya. Menurut Crow (1983) psikologi pendidikan menghuraikan dan menerangkan tentang pengalaman, perkembangan serta faktorfaktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang individu.

Menurut Crow (1983) psikologi dalam pendidikan bertujuan untuk mengenalpasti beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Di antara faktor tersebut ialah perkembangan individu, elemen dalam pembelajaran seperti konsep, klasifikasi, jenis, prinsip dan teoriteori pembelajaran, faktor motivasi, pengamatan dan penanggapan, pemikiran, pemindahan pembelajaran dan kemahiran belajar. Pendekatan psikologi dalam pembelajaran berperanan sebagai pendekatan untuk membentuk tingkah laku yang diingini, mengawal dan menilai tingkahlaku serta meramal gerak balas manusia. Sebagai contoh, melalui psikologi, guru dapat mengukur kemampuan pembelajaran pelajar, perhubungan yang wujud antara peringkat kematangan dengan kesediaan untuk belajar, mengetahui sejauh manakah faktor baka dan alam sekitar dapat memberi sumbangan kepada pembelajaran dan sebagainya. Berdasarkan pendekatan psikologi ini, seterusnya guru dapat mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar seperti pelajar kurang persediaan kearah perubahan beransuransur dalam alam pendidikan, pelajar kurang memberi rangsangan daripada persekitaran dan guru, masalah menguasai teknikteknik pembelajaran, masalah dalam pertumbuhan dan perkembangan jasmani, mental, sosial, emosi serta faktor motivasi. Dengan mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar dalam aspek psikologi ini guru boleh menentukan sejauh manakah kejayaan dalam dalam pengajaran yang sebahagiannya bergantung kepada pelajar itu sendiri.

Daripada pelbagai kajian yang dibuat keatas elemen psikologi seperti hubungan pelajar dengan guru oleh Rigsby dan Macdill,1975 (dalam Haron Abas,1993) menyatakan bahawa terdapat faktor psikologi yang boleh mempengaruhi pembelajaran. Faktor psikologi tidak dapat dipisahkan daripada proses pengajaran dan pembelajaran, maka mengenalpasti masalah pelajar dalam elemen psikologi dapat membantu guru dan pelajar untuk membentuk hasil pembelajaran yang diingini. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah yang wujud, namun melalui pendekatan psikologi adalah merupakan salah satu alternatif yang baik untuk mengenal pasti masalah pelajar dalam pembelajaran.

1.2

Latar Belakang Masalah

Masalah pembelajaran dalam kelas seringkali boleh dikaitkan dengan persediaan pelajar dari pelbagai aspek. Guru hanya mempersiapkan pelajar kearah menghadapi berubahan beransur-ansur dalam pembelajaran. Kebolehan pelajar menguasai pembelajaran dalam kelas seterusnya mempengaruhi prestasi akademik pelajar.(Haron Abas ,1993)

Terdapat beberapa masalah psikologi yang dihadapi oleh pelajar. Menurut Zakiah 1959 (dalam Haron Abas, 1993), menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar menghadapi masalah berkaitan dengan kewangan, dorongan keluarga, sikap dan emosi, serta pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya. Kebanyakkan faktorfaktor masalah ini menjurus kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang boleh dikaitkan dengan perkembangan jasmani, mental, sosial dan emosi. Di antara contoh lain ialah pelajar menghadapi masalah untuk samasama bersaing dengan rakan mereka yang mempunyai corak pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza dengan mereka. Sikap dan motivasi pelajar pula dilihat sebagai kesan daripda faktor persekitaran pelajar dan pembentukan watak dalam diri pelajar itu sendiri. Symond, 1936 (dalam Haron Abas,1993) menyatakan faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran pelajar adalah seperti keadaan fizikal, kemudahan belajar yang disediakan disekolah dan faktor kesediaan guru mengajar satu-satu mata pelajaran

Prestasi akademik pelajar bergantung kepada kebolehan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam kelas dengan baik. Dalam kajian ini prestasi pelajar yang dilihat ialah prestasi akademik pelajar sains. Kebanyakkan pelajar sains boleh menguasai mata pelajaran teras mereka dengan baik tetapi bagi mata pelajaran elektif seperti fizik , kimia, biologi, matematik tambahan, lukisan kejuruteraan dan sebagainya amat kurang memuaskan. Pencapaian pelajar mata pelajaran elektif ini seterusnya menjadi kayu ukur

kepada keseluruhan prestasi peperiksaan mereka. Kebanyakkan kajian yang dibuat menyatakan bahawa pencapaian pelajar yang kurang memuaskan ini berpunca daripada kesukaran pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam kelas (Haron Abas, 1993). Diantara faktor yang menyebabkan situasi ini ialah masalah psikologi yang dihadapi oleh pelajar seperti kurang minat dan motivasi terhadap mata pelajaran sains. Oleh yang demikian adalah penting untuk mengetahui apakah masalah psikologi yang dihadapi oleh pelajar yang boleh memberi kesan dalam pembelajaran dan prestasi akademik mereka.

1.3

Pernyataan Masalah

Pembelajaran yang berkesan bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting seperti faktor psikologi. Psikologi merupakan elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Coop,1974). Menurut Symond (1936) sekurangkurangnya terdapat lima faktor psikologi yang seringkali mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran. Di antara faktor tersebut ialah sikap, minat, keadaan keluarga dan persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajarannya. Faktor ini seterusnya boleh mempengaruhi prestasi pelajar dalam satu-satu mata pelajaran.

Walaupun terdapat pelbagai pendekatan dilaksanakan oleh guru untuk menghasilkan pembelajaran berkesan, pendekatan dalam menyelesaikan permasalahan pelajar perlu dititikberatkan. Di antara pendekatan ini ialah melalui pengetahuan mengenai masalah-masalah psikologi yang mempengaruhi pembelajaran pelajar. Menyedari kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka wajar bagi guru-guru Sains memberi penekanan terhadap faktor psikologi yang mempengaruhi pembelajaran pelajar dimana dalam kajian ini dikhususkan dalam pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran biologi.

Persoalan kini ialah adakah pelajar menghadapi masalah psikologi berkaitan dengan aspek yang telah dikenalpasti iaitu aspek hubungan pelajar dengan guru, sikap

pelajar, minat, persepsi pelajar, , pengaruh rakan sebaya dan faktor keluarga. Oleh yang demikian kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengkaji masalah psikologi pelajar dalam aspek yang telah dinyatakan. Kajian ini memfokuskan lima aspek iaitu aspek hubungan pelajar dengan guru, sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh rakan sebaya dan faktor dorongan keluarga.

1.4

Persoalan Kajian

Persoalan dalam kajian ini ialah:

i.

Adakah pelajar menghadapi masalah psikologi dalam pembelajaran biologi berkaitan dengan aspek hubungan pelajar dengan guru ?

ii.

Adakah pelajar menghadapi masalah psikologi dalam pembelajaran biologi berkaitan dengan aspek sikap pelajar ?

iii.

Adakah pelajar menghadapi masalah psikologi dalam pembelajaran biologi berkaitan dengan aspek minat pelajar ?

iv.

Adakah pelajar menghadapi masalah psikologi dalam pembelajaran biologi berkaitan dengan aspek pengaruh rakan sebaya ?

v.

Adakah pelajar menghadapi masalah psikologi dalam pembelajaran biologi berkaitan dengan aspek faktor dorongan keluarga ?

1.5

Objektif Kajian

i.

Meninjau permasalahan pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran biologi berkaitan aspek hubungan pelajar dengan guru.

ii.

Meninjau permasalahan pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran biologi berkaitan aspek sikap pelajar.

iii.

Meninjau permasalahan pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran biologi berkaitan minat pelajar.

iv.

Meninjau permasalahan pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran biologi berkaitan aspek pengaruh rakan sebaya

v.

Meninjau permasalahan pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran biologi berkaitan aspek faktor dorongan keluarga.

1.6

Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini adalah penting untuk memberi gambaran serta maklumat yang lebih jelas sama ada pelajar menghadapi masalah berkaitan masalah psikologi atau tidak yang akan mempengaruhi pembelajaran mereka. Gambaran yang lebih nyata akan dapat dilihat apabila bidang psikologi yang dikaji akan dibahagikan mengikut bahagian atau domainnya yang lebih spesifik seperti perkembangan dan pertumbuhan individu, sikap, minat, motivasi serta persepsi terhadap elemen seperti guru, rakan sebaya , keluarga , peribadi dan sekolah.

Hasil kajian ini juga dapat membantu guru dan para ibu bapa untuk membantu pelajar menaikkan prestasi akademik dan daya pembelajaran pelajar didalam kelas. Selain itu hasil kajian ini mungkin boleh digunakan untuk dijadikan panduan guru-guru kaunseling dalam usaha mengenalpasti kelemahan pelajar terutamanya pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran khususnya pelajar dalam aliran sains yang sukar untuk mendekatkan diri mereka dengan perkhidmatan kaunseling disekolah

1.7

Skop Kajian

Skop kajian ini untuk mengetahui dan mengkaji masalah psikologi pelajarpelajar dalam mata pelajaran biologi di sebuah sekolah di daerah Pontian. Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Mengengah Kebangsaan Seri Perhentian. Kajian dilakukan keatas pelajar melibatkan kepelbagaian dari segi bangsa, agama, keturunan dan jantina. Kajian ini melibatkan tindak balas pelajar mengenai permasalahan psikologi yang dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran biologi. Permasalahan ini merangkumi aspek aspek hubungan pelajar dengan guru, sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh rakan sebaya dan faktor dorongan keluarga sahaja.

1.8

Batasan Kajian

Batasan kajian dalam penyelidikan ini meliputi kajian mengenai masalah psikologi dalam aspek yang dikenalpasti iaitu aspek hubungan pelajar dengan guru, sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh rakan sebaya dan faktor dorongan keluarga.

1.9

Definisi Istilah

1. MasalahMengikut kamus dewan bahasa dan pustaka 2000 masalah bermaksud kerumitan, kesulitan yang memerlukan jalan penyelesaian. Masalah dalam kajian ini ialah segala bentuk kerumitan yang mendatangkan akibat kepada responden dalam kajian ini.

2.

Psikologi Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka 2000 psikologi bermaksud ilmu

yang mengkaji tentang fikiran dan perlakuan manusia, kebijaksanaan memahami sifat manusia, pola pemikiran individu atau kumpulan. Menurut Saniah Sayuti, 2000 psikologi merupakan bidang kajian yang melibatkan pola pola sikap dan tingkah laku manusia yang dapat dilihat.

3.

Faktor Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka 2000 faktor bermaksud punca

keadaan yang dapat mempengaruhi atau mengubah sesuatu keadaan yang lain

4.

Biologi Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka 2000 biologi merupakan kajian sains

bukan struktur, fungsi, perkembangan taburan dan proses-proses hayat organisma hidup, kajihayat

5.

Minat Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka 2000 minat bermaksud keinginan,

kegemaran, kesukaan, kecenderungan kepada sesuatu. Zainudin (2000) menyatakan

bahawa minat ialah perkara yang kerap dilakukan yang dapat mendatangkan kepuasan pada individu tersebut.

6.

Motivasi

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka 2000 motivasi bermaksud semangat dan minat yang kuat yang mendorong seorang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu.

7.

Sikap Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka 2000 sikap bermaksud kelakuan,

perangai, tingkah laku. Haron Abas (1993) menyatakan sikap sebagai kesediaan dan kecenderungan untuk bertindak kearah objek mengikut ciri-ciri setakat mana ia telah menjadi kebiasaan.

1.10Kesimpulan

Bab 1 ini menerangkan secara keseluruhan yang terdapat dalam kajian. Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah psikologi pelajar dalam aspek yang telah dipilih iaitu aspek hubungan pelajar dengan guru, sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh rakan sebaya dan faktor dorongan keluarga. Penerangan dalam bab 1 ini dapat memberi kerangka yang jelas mengenai keseluruhan kajian yang dijalankan ini.

Вам также может понравиться