Вы находитесь на странице: 1из 102

Model kurikulum

Model Kurikulum (1)Model Ralph Tyler (1949) (2)Model Hilda Taba (1966) (3)Model Stenhouse (1975)

Pembentukan Model Kurikulum Tyler


Berdasarkan kepada empat persoalan dasar: Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai? Apakah pengalaman Pendidikan yang boleh diberi supaya tujuan tersebut dapat dicapai? Bagaimanakah pengalaman Pendidikan dapat diorganisasikan secara efektif? Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan-tujuan tersebut

Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan asal proses pendidikan; Membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah. Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teori

kurikulum dan praktis: ia amat bersistematis dan mempunyai kekuatan untuk mengurus dengan membentuk objektif tingkah laku menyediakan idea yang jelas terhadap hasilan agar kandungan dan tatacara dapat disepadukan serta dapat dinilai hasilan tersebut Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

MODEL TABA

Kurikulum sebagai pelan tindakan;


Pendekatan Bawah-Atas (Bottom-up) terhadap kurikulum di mana guru memainkan peranan utama; Terdapat susunan yang tertib semasa membentuk kurikulum dan berpendapat bahawa guru perlu terlibat sama membantu dalam proses pembentukan tersebut; dan

Tujuh langkah pembentukan kurikulum : (1) Mengdiagnos keperluan (2) Pembentukan objektif (3) Pemilihan kandungan (4) Menyusun kandungan (5) Pemilihan terhadap pengalaman pembelajaran (6) Mengurus aktiviti-aktiviti pembelajaran (7) Penilaian

MODEL STENHOUSE

Kurikulum sebagai Proses;

Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan;
Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta persedianpersediaan yang dilakukan, dan menilai;

Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal yang diperkenalkan oleh Aristotle; Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan ciri-ciri usul Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan

Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus,meneliti secara empiris serta dapat dijadikan asas menjustifikasikannya. Menawarkan untuk: Proses Perancangan: =prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari = prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar dan dipelajari. Justifikasi : Pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawal selia.

= prinsip menentukan susunan pengajaran = panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam konteks sekolah yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasi rakan sebaya dan persekitaran = maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagai konteks situasi dan pelajar serta memahami faktor-faktor kepelbagaian tersebut;

Melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran ( suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepada hipotesis yang boleh diuji : menggalakkan pengujian secara kritis dan bukan menerima secara membuta tuli ; ia bukan sebagai kurikulum pukal yang direkabentuk dengan tujuan untuk disampaikan di mana-mana sahaja);

Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting dan bukan untuk mendefinisi fiturnya. Apa yang penting menurut model teori dan amalan kurikulum ini ialah kandungan dan cara akan berkembang maju apabila guru dan pelajar berinteraksi dan bukannya menentukan objektif tingkah laku yang ketat ; dan

Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar. Mereka perlu sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesipengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya ialah terhadap proses interaksi (perubahan tumpuan daripada pengajaran kepada pembelajaran: bagi guru, proses pembelajaran diberi penekanan yang utama)

TEORI KURIKULUM
TEORI:

Satu set / sistem pernyataan yang menjelaskan serangkaian hal Karakteristik pernyataan : Besifat memadukan Berisi kaidah-kaidah umum Bersifat meramalkan Teori lahir dari suatu proses, menjelaskan suatu kejadian yang menunjukkan sifat universal Guna teori (a) mendeskripsikan, (b) menjelaskan, (c) memprediksikan

TEORI KURIKULUM
TEORI KURIKULUM : Suatu perangkat pernyataan yang memberikan makna terhadap kurikulum sekolah; makna tersebut terjadi karena adanya penegasan hubungan antara unsurunsur kurikulum, karena adanya petunjuk perkembangan, penggunaan dan evaluasi kurikulum.

TEORI KURIKULUM
PERKEMBANGAN TEORI KURIKULUM 1. Franklin Bobbit : kehidupan manusia terbentuk oleh sejumlah kecakapan, diperoleh melalui pendidikan yakni penguasaan pengetahuan, keterampilan, sikap, kebiasaan, apresiasi TUJUAN Kurikulum. Keseluruhan tujuan & pengalaman menjadi bahan kajian teori kurikulum

2.

1920 : pengaruh pendidikan progresif berkembang gerakan pendidikan yang berpusat pada anak. Isi kurikulum didasarkan pada minat & kebutuhan siswa Caswell : konsep kurikulum yang berpusat pada masyarakat kurikulum interaktif yang menekankan pada partisipasi guru 1947 : dirumuskan 3 tugas teori kurikulum : Identifikasi masalah yang muncul dalam pengembangan kurikulum Menghubungkan masalah dengan struktur yang mendukungnya Meramalkan pendekatan di masa yang akan

3.

4.

5. Ralph

W Tyler : 4 pertanyaan pokok inti kajian kurikulum : 1.Tujuan 2.Pengalaman pendidikan 3.Organisasi pengalaman 4.Evaluasi 6. 1963 : Beauchamp : teori kurikulum berhubungan erat dengan teori-teori lain Othanel Smith : sumbangan filsafat terhadap teori kurikulum (perumusan tujuan & penyusunan bahan)

5. Mc

Donald (1964) : 4 sistem dalam persekolahan yakni kurikulum, pengajaran, mengajar, belajar (1960 1965) : 6 komponen kurikulum sebagai bidang study (1) landasan kurikulum, (2) isi kurikulum, (3) disain kurikulum, (4) rekayasa kurikulum, (5) evaluasi kurikulum, (6) penelitian dan pengembangan

6. Beauchamp

7.Mauritz Johnson (1967) : membedakan kurikulum (tujuan) dengan proses pengembangan kurikulum. Pengalaman belajar merupakan bahagian dari pengajaran .

Sumber / landasan inti penyusunan kurikulum :


1. 2. 3. 4. 5.

6.

Bertolak dari kehidupan dan pekerjaan orang tua Menjadi luas, meliputi semua unsur kebudayaan Bersumber pada anak : kebutuhan, perkembangan, dan minat Berdasarkan pengalaman kurikulum yang sebelumnya Nilai (value) Kekuasaan sosial & politik

Sub Teori Kurikulum :


a.

Disain Kurikulum

Merupakan pengorganisasian tujuan, isi, serta proses belajar. 2 dimensi penting yakni (a)substansi (b)model pengorganisasian (bagaimana penggunaan kurikulum dan bagaimana kurikulum di evaluasi)

a.

Rekayasa Kurikulum
Proses memfungsikan kurikulum di sekolah / supaya agar kurikulum berfungsi Bidang pelaksanaan proses rekayasa Keterlibatan personal dalam proses pelaksanaan kurikulum Tugas dan prosedur perencanaan kurikulum Tugas dan prosedur pelaksanaan Tugas dan prosedur evaluasi

5 .PRINSIP DALAM PENGEMBANGAN TEORI KURIKULUM


1. 2.

3.
4.

5.

DIMULAI DENGAN PERUMUSAN / PENDEFINISIAN MEMPUNYAI KEJELASAN NILAI & SUMBER PANGKAL TOLAKNYA MENJELASKAN KARAKTERISTIK DISAIN KURIKULUM MENGGAMBARKAN PROSES PENENTUAN KURIKULUM & INTERAKSI ANTARA PROSES MENYIAPKAN DIRI BAGI PROSES PENYEMPURNAAN

PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADUSEKOLAH RENDAH(KBSR)

1982 KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. Tahun berikut (1983) pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua sekolah rendah. -Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang serius kepada pembangunan kemanusiaan. Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah seperti yang ternyata dalam huraian matlamat

matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspekaspek intelek, rohani, jasmani,emosi,bakat,akhlak,nilai-nilai estetika sosial (Kurikulum Baru Sekolah Rendah,1991;5) Selaras dengan matlamat tersebut, maka objektifobjektif pendidikan di peringkat rendah juga merangkumi aspek-aspek seperti yang dinyatakan.Supaya murid-murid dapat:

Menguasai bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita;

Menguasai

kemahiran

asas

berbahasa,

iaitu

Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya dalam kehidupan harian; Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar; Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal; Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya;

Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni serta menjadikannya asas bagi amalan hidup; Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri;


Memahami dan persekitaran; peka terhadap manusia dan

Mengembangkan bakat dan kreativiti; Memupuk semangat patriotisme; Menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional

PERUBAHAN DALAM KBSR

1988 KBSR telah disemak semula bagi


mengenalpasti kelemahan dan

kekuatannya. KBSR yang dikenali pada


asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah

Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum


Bersepadu sekolah Rendah.

PERUBAHAN DALAM KBSR

Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa perubahan-perubahan dalam KBSR boleh dilihat dari dua persperktif seperti yang berikut:

Secara am

Penerapan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran; Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas dalam aktiviti harian; Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada yang paling asas kepada yang paling kompleks) mengikut tajuk;

penyemakan semula sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran.

Secara khusus

Pengintegrasian unsur penyelesaian masalah danarithmatic perniagaan dalam topik, Wang,Ukuran Panjang dan Berat; Pembahagian mata pelajaran Alam dan Manusia kepada dua mata pelajaran baru, iaitu Sains dan KajianTempatan; Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan semua mata pelajaran teknikalbagi tahun 1 sekolah rendah mulai Januari 2003.

PROSES PELAKSANAAN KBSR


Fokus kepada:~ prinsip, ~ struktur, ~ bidang pelajaran, ~ penekanan, ~ strategi pengajaran dan pembelajaran, ~ penilaian.

Prinsip KBSR Pembentukan dan pengubalan KBSR adalah berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PRINSIP-PRINSIP KBSR Perkembangan individu secara menyeluruh Pendidikan seumur hidup Pendekatan bersepadu Pendidikan yang sama untuk semua murid

Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu Ia merupakan satu pendekatan di mana unsurunsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan secarawujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani danintelek.Ia berlaku melalui 4 cara, iaitu: 1. Penggabungjalinankemahiran Dalam satu mata pelajaran Antara matapelajaran 2. Penyerapan Pelbagai bidang ilmu dalam matapelajaran & merentasi pelajaran Nilai dalam mata pelajaran

3.Kesepaduan antara dua unsur Kurikulum dan korikulum Pengetahuan danamalan 4.Unsur merentasi kurikulum

Prinsip 2: perkembangan individu secara menyuluruh Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata pelajaranyang memainkan peranan penting bagi memenuhikeperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid.

Menurut ahli psikologi, potensi individu tidakboleh dikembangkan secara berasingan. Ini bermakna, setiap potensi memangmempunyai hubungkait dengan potensi yanglain. Contoh: seorang murid yang berpotensi menjadipemain bole sepak yang handal bukan sahajaperlu mengembangkan ilmu (cth:cara-carabermain yang berkesan) dan kemahiran(cth:cekap dan tangkas) mengenai permainantersebut, malahan murid ini juga perlu memupuk sifat kerjasama, mematuhi peraturan, berdisiplin,berbakti untuk sekolah dan

Prinsip 3: pendidikan seumur hidup Secara am, sekolah mempunyai dua peranan: a)Sekolah merupakan institusi formal pertama di manamurid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.Sehubungan itu, maka KBSR membina asas bagisetiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.apabila tamat persekolahan nanti, proses pendidikan tidak berhenti begitu sahaja. Di sebaliknya, setiap individu digalakkan untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing. b)Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untukterus mencari ilmu dan selanjutnya memberisumbangan kepada khazanah ilmu yang

Prinsip 4: pendidikan yang sama untuk semua murid Semua murid pada tahap persekolahan yang samamengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan; yang berbeza adalah bahasapengantar sahaja .

Bidang pelajaran

BIDANG KOMUNIKASI

Memberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas iaitu 3M( membaca, menulis dan mengira)

Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah : BahasaMalaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil DanMatematik. Bahasa melayu

Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alatkomunikasi perpaduan rakyat.

Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehanberbahasa dan menghargai serta menghayati bahasatersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan,dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukunnegara danhasrat falsafah pendidikan kebangsaan.

Bahasa inggeris Diajar sebagai bahasa keduaBertujuan untuk melengkapkan murid denagnilmu dan kemahiran asas dalam bahasatersebut agar mereka berupaya berkomunikasisecara lisan atau bertulis di dalam atau di luar bilik darjah

Bahasa cina Berfungsi sebagai bahasa komunikasi bagimasa-masa tertentu.

Bertujuan memberi murid-murid peluang untukmenguasai kemahiran asas berbahasa dalambahasa cina sama ada secara lisan atau bertulis. Bahasa tamil
Berfungsi sebagai bahasa komunikasi. Bertujuan untuk menghasilkan murid yangberupaya berkomunikasi dalama bahasa tamilsama ada secara lisan atau bertulis.

Matematik Mengandungi 3 komponen pembelajaran iaitu konsep,bahasa dan kemahiran prosedur yang merentasi 3bidang kemahiran iaitu nombor dan operasi, ukurandan sukatan serta masalah bercerita.

Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakankebolehan murid dari segi konsep nombor dankemahiran mengira.
Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalampenyelesaian masalah harian secara berkesan dan berdisiplin.

BIDANG MANUSIA DAN ALAM KELILING

Komponen kerohanian, dan nilai dansikap. Mata pelajaran dalam bidang ini ialah :pendidikan islam, pendidikan moral,sains dan kajian tempatan.

Pendidikan islam

Mengandungi 3 bahagian iaitu : 1)Asuhan tilawah al quran berfokus kepada aspek mengenal,menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Juga menitikberatkan aspek membaca dan menghafaz serta mengetahuipengertian ayat-ayat tertentu dalam al-quran.
2)Asas ulum syariah merangkumi 3 aspek : -akidah :menegaskan aspek keimanan dan keislaman melaluirukun iman dan rukun islam. -ibadat : menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan.-sirah rasulullah S.A.W.- menekankan sirah dan contoh yangdijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian. 3)Asas akhlak islamiah berfokuskan kepada pembentukkan peribadimurid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkah laku muslimdan mukmin.

Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan bakat dan

Pendidikan moral Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi danadat resam pelbagai kaum etnik di negara ini selarasdengan nilai murni sawarjagat dan prinsip-prinsip rukunnegara. Isi kandungan dan penekanan berbeza sejajar dengantahap perkembangan dan kematangan murid. Bertujuan untuk membentuk individu yang berbudi pekertimulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan.Penghayatan dan amalan nilai murni.

Sains Terdiri daripada dua perspektif iaitu :-bidang keilmuan : membekalakan rangka konsep agar murid dapat memahami alam sekeliling, berupayamenggabungkan fakta dan konsep dalam kehidupanseharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru denganyang sedia ada.-Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah :mengembangkan kemahiran menyiasat alam sekeliling,menggalakkan sifat ingin ingin tahu, kreativiti, berfikiranterbuka, ketahanan diri (fizikal dan mental) Bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu,berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukanmasyarakat berbudaya sains

Kajian tempatan Tunggak utama bagi menyemai semangatpatriotisme dalam kalangan murid Dapat memupuk kemahiran sosial, kemahiranbelajar dan kemahiran berfikir dalam kalanganmurid.

Bertujuan untuk melahirkan murid yang taatsetia kepada negara, cintakan tanah air, banggamenjadi rakyat dan sanggup berkorban demimempertahankan bangsa

BIDANG PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Komponen kemahiran hidup, keseniandan kesihatan. Bertujuan untuk meningkatkan lagikemahiran hidup dan penghayataankesenian dan kesihatan. Meliputi mata pelajaran : kemahiranhidup, pendidikan muzik, pendidikan jasmani dan kesihatan.

Kemahiran hidup Berfokuskan kepada pembelajaran eksperimental, iaitumurid-murid belajar cara menggunakan alatan, perkakasdan mesin tertentu semasa mengikuti latiahan amali yangdikendalikan. Bertujuan untuk memberi murid peluang memperoleh ilmuberasaskan teknologi, kemahiran praktis asas,keusahawanan, dan pengurusan diri termasukkeselamatan diri, pengurusan wang, masa dan kerjadengan berkesan. Dalam maat pelajaran ini dititikberatkan tajuk utama iaitu :-merekacipta-Mengurus diri dan

Pendidikan seni Melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yangmencakupi 3 aspek iaitu :a)Pemerhatian yang aktif dan terperinci.b)Interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan.c)Penghayatan karya seni dan alam sekitar.

Untuk mencapai tujuan di atas, sukatan pelajaran diatur untuk memberi fokus kepada empat kegiatan berikut : 1)Melukis dan membuat gambar 2)Membuat rekaan corak. 3)Membina dan membuat binaan. 4)Mengenal kraf tradisional.

Pendidikan muzik

Skop kurikulum berbentuk asas dan umumdengan fokus asas dan umum denganberfokuskan amali yang menyeronokkan.Merangkumi 3 bidang iaitu : Nyanyian Muzik dan gerakan

Pendidikan jasmani dan kesihatan


Menitik beratkan unsur sihat dan aktif Sukatan pelajaran mencakupi 3 aspek utama iaitu :a)Penglibatan yang aktif dan selamat.b)Interaksi yang berkesan dengan rakan sebaya, alatdan bahan.c)Dokumentasi dan penyimpanan rekod penglibatanmurid.

Kandungan mata pelajaran, disusun untuk meliputi 4 tajuk seperti : 1)Perkembagan fizikal dan pergerakan. 2)Sukan dan rekreasi. 3)Jagaan keselamatan. 4)Jagaan dan sayangi diri sendiri.

Kokurikulum Pembelajaran yang dilaksanakan di luar jadualwaktu persekolahan dan berasaskan gerakerjayang terancang, merangkumi 3 aspek iaitu : a)Pasukan berpakaian seragam. b)Persatuan atau kelab. c)Sukan dan permainan.

Kemahiran asas 1.Terdiri daripada 3 kemahiran asas iaitu membaca,mengiran dan menulis. 2.Asas-asas membaca dan menulis ialah : Mendengar Menyebut Mengenal Membentuk lambang, huruf dan perkataan. 3.Asas mengira : Membilang Mengenal angka Menggunakan operasi-operasi matematik

Kemahiran berfikir Bertujuan membolehkan murid memahami, menilai dan mengaplikasikan maklumat yang diterima agar membuat keputusandan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Nilai merentasi kurikulum Penanaman dan pemupukan nilai-nilai seelokeloknyadilaksanakan dalam semua mata pelajaran. Semua guru bertanggungjawab untuk membantu dalam usahamembentuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Guru sebagai rol model untuk membentuk sahsiah murid.

Bahasa merentasi kurikulum 1.Memandangkan bahasa malaysia masih lagimerupakan bahasa pengatar bagi sekolahsekolah rendah rendah kecuali mata pelajarantertentu, maka setiap murid seharusnyamencapai taraf penguasaan yang baik bagiaspek-aspek seperti sebutan, struktur ayat,tatabahasa istilah dan laras bahasa. Gurubertanggungjawab untuk mengembangkandan mengukuhkan penguasaan bahasamelayu murid-murid

Patriotisme merentasi kurikulum

1. Guru bertanggungjawab memupuk semangatpartriotisme dalam diri murid dalam semuamata pelajaran di samping aktiviti kurikulumdan khidmat masyarakat.

Sains dan teknologi

1.Terdapat 4 unsur utama iaitu :


Pengetahuan saintifik yang merangkumi fakta, prinsip, dan konsep Kemahiran saintifik yang menegaskan ketepatan, kejujuran dankeselamatan. Kemahiran saintifik termasuk proses pemikiran dan kemahiranmanipulatif tertentu. Penggunaan teknolgi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Prinsip mudah alih Merujuk kepada dua perkara iaitu:

Pengkaedahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Organisasi bilik darjah.2.Guru tidak terikatdenagn sukatan pelajaran sebaliknay diberikebebasan untuk mengajar tajuk-tajuk yang selaras dengankebolehan , pengalaman dan persekitaran murid.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid 1.Bermaksud bahawa guru seelok-eloknya berfokuskan kepadamurid-murid serta melibatkan mereka secara aktif dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjahatau luar bilik darjah. 2.Guru hendaklah merancang pelbagai aktiviti yang boleh menarikminat murid dan sesuai dengan kebolehan mereka. Penilaian berterusan 1.Dikenali sebagai penilaian formatif yang dijalankan sepanjangtahun, 2.Bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesan perkembangandan kemajuan murid dari segi

Pemulihan dan pengayaan 1.Pemulihan dijalankan pada muridmurid tertentu yangmenghadapi masalah dalam satu-satu mata pelajaran. 2.Pengayaan diberi sebagai pengukuhan kepada murid-murid yangtelah menguasai sesuatu kemahiran agar dapat mengembangkanciri-ciri kretiviti, minat, bakat, daya ingin tahu, sifat berdikari dansebagainya.

Strategi pengajaran dan pembelajaran 1.Strategi p&p kbsr adalah berpusatkan murid,mengambil kira faktor perbezaan individu danberasaskan kebolehan murid yang berbeza-beza.2.Guru hendaklah mengambil tindakan sepertiberikut :

Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan meransang pembelajaran. Mengamalkan prinsip-prisip tertentu dalamproses pengajaran dan pembelajaran

Suasana dan persekitaran yang meransang pembelajaran 1.Dibahagikan kepada dua aspek iaitu:fizikal dan sosio-emosi.

Faktor fizikal Merujuk kepada : 1.Ruang pembelajaran yang disusun secara kreatif denganperabot asas seperti kerusi dan meja. 2.Sudut pembelajaran dan sudut kerja yang dilengkapi denganperabot dan bahan pembelajaran interaktif dan manipulatif agar memberi murid peluang untuk membuat percubaan dan penerokaan .

3.Ruang pameran untuk hasil kerja murid. 4.Bahan rujukan berbentuk bahan cetak atau bahan mediauntuk penggunaan murid. 5.Bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai sertadapat mencabar kebolehan murid.

Faktor sosio emosi Merangumi unsur-unsur berikut : 1.Pertuturan dan perlakuan guru yang berbudibahasa dan bersopan agar dapat memupukkemesraan dan suasana pembelajaran yang kondusif. 2.Keprihatinan guru terhadap kehendak muridyang berbeza-beza. 3.Kebolehan guru untuk memberi galakan dandorongan kepada murid.

ANTARA PRINSIP-PRINSIP PENTING YANGHARUS DIPATUHI GURU DALAM PROSES P& P 1.Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti kurikulumdan kokurikulum 2.Penilaian yang berterusan diberi penekanan bagisemua mata pelajaran 3.Penilaian kendiri ke arah penambahbaikan bertujuanuntuk meningkatkan perkembangan murid 4.Penerokaan cara-cara penyempurnaan tugasan yangdiberikan. 5.Perolehan pelbagai pengalaman bagi mengukuhkankefahaman dan penguasaan kemahiran tertentu

6. Peluang membuat keputusan secara rasional dan keupayaan mempertahankan keputusan 7.Penghargaan kepada hasil kerja murid bagi memupukdan meningkatkan lagi sifat yakin diri, daya saing yangsihat dan berani. 8.Penguasaan kemahiran belajar dan berfikir agar muridlebih berupaya mengurus pembelajaran masing-masing dengan lebih berkesan lagi.

Bagi memastikan keberkesanan p&pbeberapa teknik disyorkan: 1.Main peranan 2.Tunjuk ajar 3.Lakonan 4.Simulasi 5.Sumbang saran 6.Bercerita 7.Lawatan 8.Permainan 9.Projek

Penilaian Penilaian bermaksud proses pengumpulan idea atau maklumat secara sistematik bertujuan untuk membuatpertimbangan dan selanjutnya membuat keputusan. Proses bersistematik bererti mempunyai prosedur atau langkah-langkah tertentu yang perlu diikuti. Maklumat merujuk kepada data berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif boleh diperolehi melaluiujian lisan manakala data kualitatif diperolehi

Pertimbangan bermaksud melihat semula datayang dikumpul dari pelbagai perspektif.

Membuat keputusan bererti membuat tindakansusulan seperti melaksanakan akiviti pemulihan,penganugerahan sijil, tawaran ke sekolahberasrama penuh dan sebagainya.
Penilaian boleh dikatakan sebagai satu prosesmengumpul maklumat untuk membuat keputusanpendidikan mengenai

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)


merupakan penilaian sumatif yang dikendalikan oleh kementerian pelajaran malaysia, untuk menguji pencapaian murid-murid darjah 6. mata pelajaran yang diuji ialah b.melayu, b.inggeris, sains, matematik. Bagi mata pelajaran pend. islam penilaian asas fardu ain (PAFA) dikendalikan bertujuan untukmengenalpasti penguasaan amalan asas farduain yang betul dan sempurna

TINDAKAN SUSULAN Tujuan utama penilaian ialah untuk membuat tindakan susulan . Terdapat 3 tindakan susulan yag biasa dilakukan oleh guru iaitu : 1.Pengukuhan 2.Pemulihan 3.pengayaan

PENGUKUHAN Merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untukmengukuhkan pemahaman dan penguasaan murid serta mendorong mereka untuk belajar dengan lebih tekunlagi Untuk mencapai tujuan ini guru akanmenyediakan dan menambahkan pelbagai latihan sebagai pengukuhan

PENGAYAAN

Aktiviti p&p tambahan dan pelbagaibertujuan untuk meningkatkan ilmu,kemahiran dan pengalaman murid. Merangkumi latihan dan aktiviti p&p yangterancang dan bersifat lebih mencabar

PEMULIHAN Aktiviti p&p yang diberikan kepada murid yanggagal menguasai atau menghadapi masalah tetentu berkaitan dengan kemahiran 3M . Pemulihan dalam kelas adalah bagi murid yang mengalami masalah ringan dan dijalankan olehguru kelas sendiri dalam bilik darjah yang berkenaan. Manakala, pemulihan khas dikendalikan olehguru pemulihan khas bagi murid yangmenghadapi masalah serius dalam pembelajaran.

IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnyadapat memenuhi hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan ke arah penghasilan individu yangberkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1 (Tahap1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat komprehensif dan mengambilkira segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilaimerentasi kurikulum.

Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk parapendidik, murid-murid dan ibu bapa berganding bahudan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR, sudahpasti matlamat FPK akan tercapai dan sistem pendidikannegara kita akan setanding dengan sistem pendidikannegaranegara membangun yang lain di dunia ini.

79

Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan

80

Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006
menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada: Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab

81

Teras ke-2 PIPP


Dasar Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni Matlamat Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai

82

Kurikulum Sekolah Rendah

1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)


1993 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 KBSR (Semakan) 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

83

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

84

Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi Berilmu Pengetahuan Berketrampilan Percaya kepada Tuhan Berakhlak Mulia Berkeyakinan Independent learner

Warga Negara Bertanggung jawab Berbudi Bersatu padu Patriotik Adil Penyayang Berbakti

TERAS PEMBANGUNAN KURIKULUM Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan Wawasan 2020 Rangka Rancangan Jangka Panjang Cabaran Abad Ke-21 Model Ekonomi Baru (MEB) Teori Pembelajaran

Pekerja Berilmu Inovatif Kreatif Dahagakan Ilmu Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi Creator of Technology Belajar Sepanjang Hayat

Global Player
Daya Saing Daya Tahan Kemahiran Berkomunikasi Jati Diri

4 Pillars of Education

85

Pada akhir peringkat pendidikan rendah murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut: penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira kemahiran menaakul, kreatif & inovatif

kesedaran kesejahteraan diri (fizikal & mental)

percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni; jati diri & semangat patriotisme

memahami & menghayati budaya nasional

86

BENTUK BAHAN ORGANISASI

PENGURUSAN KURIKULUM

KSSR

KANDUNGAN

PENTAKSIRAN PEDAGOGI

PERUNTUKAN MASA

87

Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Berasaskan Prinsip KBSR :


- Pendekatan Bersepadu - Perkembangan Individu Secara Menyeluruh - Peluang dan Kualiti Pendidikan yang Sama untuk Semua Murid - Pendidikan Seumur Hidup

88

KOMUNIKASI
Kemahiran Asas (Membaca, Menulis & Mengira)
Bahasa Matematik

MANUSIA DENGAN ALAM SEKELILINGNYA


Kerohanian, Nilai dan Sikap Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Kemanusiaan dan Persekitaran Sains Kajian Tempatan

MURID

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Kesenian dan Rekreasi


Muzik Seni Visual Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan

Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup

89

Komunikasi Sains & Teknologi


Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Kerohanian, Sikap & Nilai


Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal & Estetika


Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Insan seimbang

Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
90

Kreativiti

dan Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Keusahawanan

91

Tahap ll Sekolah Rendah (Tahun 4 6)


pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai

Tahap l Sekolah Rendah (Tahun 1 3)


penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai

Prasekolah
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul

92

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran Standard Kandungan
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

93

Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)

Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran


Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

94

STANDARD KANDUNGAN Bahasa Malaysia


Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul

STANDARD PEMBELAJARAN Bahasa Malaysia


Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

Bahasa Inggeris
Able to express personal response to literary texts

Bahasa Inggeris
Able to respond to: a. Book covers b. Pictures in books c. Characters with guidance

Matematik
Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik
Menamakan nombor hingga 100: a. Membilang objek dalam kumpulan. b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.
95

BIL
1 2 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik

MODUL TERAS ASAS

3
4 5 6 7

MODUL TERAS TEMA

Seni Visual dan Muzik Dunia Sains dan Teknologi Malaysia Negaraku
MODUL ELEKTIF BCSK/BTSK/B. ARAB/B.IBAN
96

BIL MODUL TERAS ASAS


1 2 3 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam Pendidikan Moral

MODUL

MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) SK


360 330

SJKC
300 150 360

SJKT
300 150

360 180 180 60 30 120 120 60 30 120 120 60 30

4 5 6

Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

Matematik

180

180

180

MODUL TERAS TEMA


Seni Visual dan Muzik 8 Dunia Sains dan Teknologi Malaysia Negaraku 60 60 30 60 60 30 60 60 30

MODUL ELEKTIF
9 BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban* 60 (3 waktu di luar jadual waktu)* 30 30 30 Perhimpunan

Jumlah

1380

1380

1380
97

MODUL

MATA PELAJARAN
Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil

Modul Komunikasi

Modul Komunikasi Elektif Modul Kerohanian, Sikap & Nilai

BCSK / BTSK/ Bahasa Arab / B. Iban / B. Semai / Kadazandusun Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan P. Muzik/P. Seni Visual Matematik

Modul Fizikal & Estetika

Modul Sains & Teknologi

Sains Reka Bentuk & Teknologi / TMK

Modul Kemanusiaan

Sejarah/Malaysia Negaraku

98

1. Dokumen Kurikulum
Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2. Buku Teks Berpendekatan Modular

99

Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran & Pembelajaran Belajar Cara Belajar

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Pembelajaran Masteri

PEDAGOG I

Penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Pembelajaran Akses Kendiri

Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

Pembelajaran Secara Kontekstual

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

100

Pentaksiran P&P
Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai Bersifat autentik dan holistik

101

Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21; Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.
102

Вам также может понравиться