Вы находитесь на странице: 1из 17

1

. Nisbah

ini menggambarkan tanggapan para pelabur dan orang awam terhadap keupayaan pengurusan syarikat semasa.

2. Nisbah yang berkaitan dengan pasaran adalah :

(a) Nisbah Harga / Perolehan (Price /Earnings). Nisbah ini menunjukkan amaun ringgit yang sanggup dibayar oleh pelabur untuk setiap ringgit keuntungan yang dijanakan oleh syarikat. Lebih tinggi nisbah ini , lebih menarik saham biasa pada pandangan pelabur.

Formula : Nisbah Harga / Perolehan (P / E) = ____Harga Saham___ Perolehan Sesaham

(b) Nisbah Pasaran/ Buku Nisbah ini memberi gambaran tentang persepsi pelabur terhadap saham syarikat. Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur sanggup membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham tersebut. Nilai buku merupakan jumlah ekuiti pemilik yangtercatat dalam Kunci Kira-kira. Nilai buku sesaham dikira dengan membahagikan jumlah ekuiti pemilik dengan bilangan saham. Formula : Nisbah Pasaran/ Buku = ___Harga Saham___ Nilai Buku Sesaham

Sebelum

mengira nisbah harga perolehan, syarikat perlu mengira perolehan bagi setiap unit sahamnya. Perolehan sesaham adalah untuk mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh syarikat bagi setiap saham biasa yang diterbitkan iaitu:

Perolehan

sesaham =

Untung bersih Jumlah saham biasa diterbitkan

Contoh

pengiraan: Tahun 2004: RM150,00050,00 0 unit = RM3.00 seunit Tahun 2005: RM120,00050,00 0 seunit = RM2.40 seunit

Setelah

mengira perolehan sesaham, syarikat akan dapat mengira nisbah harga perolehan iaitu:
Nisbah harga perolehan = Harga Pasaran Saham Biasa Perolehan Sesaham

Andaikan harga pasaran saham biasa bagi tahun 2004 dan tahun 2005 masing-masing adalah RM14.00 dan RM8.00 Oleh itu nisbah harga perolehan adalah: Tahun 2004: RM14.00/ RM3.00 = 4.67 kali Tahun 2005: RM8.00/ RM2.40 = 3.33 kali

Pada tahun 2004, setiap saham biasa syarikat telah dijual dengan harga 4.67kali daripada jumlah perolehan bagi setiap saham biasa.

Manakala pada tahun2005, setiap saham biasa telah dijual dengan harga 3.33 kali daripada jumah perolehan bagi setiap saham biasa. Didapati bahawa, nisbah harga perolehan pada tahun 2005 kurang daripada tahun 2004.

Oleh

kerana nisbah harga perolehan mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan perolehan sesaham syarikat, maka ini dapat membantu pelabur membuat penilaian terhadap perolehan syarikat pada tahun-tahun akan datang.

Nisbah pasaran kepada buku menggambarkan persepsi pelabur terhadap saham syarikat. Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur sanggup membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham tersebut. Nilai buku merupakan jumlah ekuiti pemilik yang tercatat dalam kunci kira-kira.

Nilai buku sesaham dikira dengan membahagikan jumlah ekuiti pemilik dengan bilangan saham. Nilai buku sesaham = Jumlah ekuiti pemilik Bilangan saham (unit) Nisbah pasaran kepada buku = Harga Saham Nilai Buku Sesaham

Contoh pengiraan: Nilai buku sesaham

Tahun 2004: RM650,000/ 50,000 unit = RM13.00 Tahun 2005: RM 590,000/50,000 unit = RM11.80

Nisbah pasaran kepada buku Jika harga pasaran saham seunit adalah RM2.00 pada tahun 2004 dan 2005: Tahun 2004: RM2.00/ RM13.00 = 0.15 atau 15% Tahun 2005: RM2.00/ RM11.80 = 0.17atau 17%

Вам также может понравиться