Вы находитесь на странице: 1из 2

Cara Untuk Mengenalpasti Individu Berkeperluan Khas Terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti mahu secara fizikal

ataupun dalaman untuk mengenalpasti individu berkeperluan khas ini. Berikut merupakan beberapa simpton-simpton luaran yang dapat dikenalpasti terjadi kepada individu berkeperluan khas secara keseluruhannya:

1. Kesukaran sewaktu makan Kanak-kanak berkeperluan khas akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanakkanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.

2. Masalah pernafasan Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

3. Masalah tidur Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

4. Masalah Pertuturan Kanak-kanak berkeperluan khas tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan ba bbling sound. Kanakkanak seperti ini juga sering tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.

5. Masalah Pendengaran Kanak-kanak berkeperluan khas hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunayi.

6. Masalah Penglihatan Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

7. Reaksi Yang Tidak Normal Kanak-kanak berkeperluan khas sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).

Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal. Kanak-kanak ini mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Вам также может понравиться