Вы находитесь на странице: 1из 7

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

___________________________________________________________________

KOD KURSUS NAMA KURSUS : SEMESTER : NAMA :

KRB3033 PENGANTAR BAHASA MELAYU 1 SESI 2012/2013 NOR RUBIAAH BINTI GHAZALI. D20112053957. A07

NOMBOR MATRIK : KUMPULAN E-LEARNING :

___________________________________________________________________ SOALAN TUGASAN BAHAGIAN A (20%) Tujuan akhir dasar pendidikan negara adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan berdasarkan fungsi dan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, aspirasi tersebut wajar diinterpretasikan secara lebih jelas dengan berasaskan Laporan Razak 1956. Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut: i. ii. Tiga fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Tiga kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Soalan ( i ) Pendahuluan : Sistem persekolahan di negara ini, pada dasarnya berpandukan pada sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke-19, iaitu pada peringkat permulaannya, di negeri-negeri selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada Pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Sekolah Cina bukan hanya menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari Negara China, buku teks diimport dari Negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakkan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga member kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Persoalan yang besar dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang Dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah Negara ialah menerusi pendidikan. Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan antara kaum di Negara ini. Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semia sekolah, khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikaso pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

Fungsi Bahasa Melayu : Fungsi Bahasa Melayu yang pertama ialah sebagai bahasa komunikasi di kalangan warga sekolah. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. Ia merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua golongan masyarakat , tidak kira di desa atau di kota, golongan kaya ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh guru-guru dan juga murid-muridnya dalam sesi pengajaran dan juga pembelajaran. Berkomunikasi, lisan mahupun tulisan, adalah suatu keperluan kepada setiap individu dan berlaku pada setiap hari. Dengan kata lain, Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi apabila seseorang individu di sekolah itu, mengalami perkongsian idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain sama ada melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan berbahasa Melayu komunikasi antara warga sekolah akan berlangsung dengan baik dan secara tidak langsung ia juga memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Di samping itu juga, Bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam memenuhi keperluan manusia tetapi juga berfungsi bagi meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan sebagai alat yang digunakan untuk perpaduan antara kaum jelas dinyatakan di dalam Penyata razak 1956. oleh itu, perpaduan rakyat dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Para pelajar perlu digalakkan berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan kaum. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar semasa berada di bangku sekolah lagi. Selain itu, Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi Negara. Contohnya di sekolah, Bahasa Melayu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, urusan surat-menyurat, mesyuarat, perhimpunan harian ataupun mingguan, kegiatan kokurikulum dan sebagainya. Oleh itu, dasar pendidikan Negara berusaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, sama ada di sekolah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan membuktikan keupayaan Bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi

memajukan diri, masyarakat dan Negara. Penggunaannya secara tidak langsung mencerminkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang menolak perkauman dan ketidakadilan dalam sistem pendidikan.

Soalan ( ii ) Kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Negara kita. Apabila bahasa ini digunakan maka Bahasa melayu dapat mengisi erti pendemokrasian pendidikan kerana sebahagian besar rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Apabila semua orang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu maka jurang pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan bukan sistem yang

memisahkan jurang antara rakyat. Dengan adanya Bahasa Melayu sebagai sebagai bahasa rasmi, semua masyarakat di Malaysia boleh berkomunikasi dengan mudah berikutan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum, iaitu Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain. Bahasa juga merupakan bahasa pendidikan yang mana ianya menjadi bahasa komunikasi dalam menyampaikan ilmu agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan manjadi asas pembinaan Negara. Kepentingan Bahasa Melayu seterusnya ialah sebagai lambang perpaduan dan kesatuan masyarakat Malaysia. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan, penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, Bahasa Melayu ialah bahasa penyatuan suara sebagai asas perpaduan. Perpaduan antara satu kaum dengan kaum yang lain semakin kukuh dengan hadirnya penggunaan bahasa yang selaras kerana semua penduduk Malaysia boleh berkomunikasi dengan baik, saling bertukar pengalaman dan ilmu. Dalam hal ini, bahasa itu boleh bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama, dan dengan sedemikian menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat bahasa. Hasil daripada penyatupaduan ini, akan wujudlah satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Penyatupaduan rakyat sesebuah Negara jarang berlaku dengan hanya bersefahaman dalam politik dan agama sahaja. Akan tetapi bahasa yang merupakan alat pengisi pemikiran dan alat untuk

malahirkan pendapat dan fikiran itu merupakan alat perpaduan yang sebaik-baiknya. Dalam hal ini, Bahasa Melayu mendukung tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malysia. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991 penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan baik di peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti terlaksana dengan lancar. Kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat mengungkapkan dan menghuraikan konsep ilmu yang abstrak dan jelas. Bahasa Melayu sudah mampu berfungsi sebagai bahasa akademik dan lengkap dengan laras-laras bahasa, perbendaharaan kata dan istilah untuk memperkatakan pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu serta ilmu sains, Teknologi,

Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran dan Undang-undang, di samping sastera, kemasyarakatan dan agama. Bahasa Melayu hari ini sudah mencapai taraf bahasa ilmu yang lengkap dengan cirriciri keintelektualan dan kesempurnaan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah sepenuhnya mulai tahun 1983 telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira menggunakan pengantar Bahasa Melayu, di samping member pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan kemahiran berfikir. Ia juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketrampilan, berbahasa, bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi.

Penutup : Secara keseluruhannya, Bahasa Melayu merupakan jiwa bangsa Malaysia yang memainkan peranan penting dalam menyatupadukan semua kaum yang terdapat di Malaysia dalam komunikasi seharian di samping member identiti tersendiri kepada Negara Malaysia yang menunjukkan keunikan dan budaya Negara Malaysia. Bahasa melayu juga merupakan bahasa pendidikan yang boleh membantu mengembangkan bahasa menjadi bahasa moden dan membantu proses pembangunan dan perkembangan Negara. Perkembangan dan penguasaan zaman teknologi maklumat bukan alasan untuk mengabaikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda Negara. Dengan menutur Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dapat meningkatkan lagi jati diri dan keyakinan kita untuk maju ke hadapan dan mencipta identiti kita sendiri. Kesimpulannya Bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat martabat bahasa dan bangsa di tannah air kita ini. Oleh sebab itu, segala fungsi Bahasa Melayu
5

iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agar keperkasaan Bahasa Melayu kekal dan dikagumi.

( 1381 Patah Perkataan )

RUJUKAN :

1. Mohd Rain Bin Shaari et al. (2011). KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu. Tanjong Malim: UPSI. 2. Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2012). Fonologi Melayu. Kuala Lumpur: ASLITA SDN BHD. 4. http://www.scribd.com/doc/90635602/Kepentingan-Bahasa-Melayu-Assgnmnt 5. http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-membentuk.html 6. http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/fungsi-bahasa-melayu.html 7. http://aliassidek.blogspot.com/2009/05/fungsi-fungsi-bahasa-melayu.html 8. http://setahintai.blogspot.com/2011/03/kepentingan-bahasa-melayu-sebagai.html 9. http://wwwmuslimprecedent.blogspot.com/2012/04/kedudukan-bahasa-melayudalam.html 10. http://www.scribd.com/doc/37987194/PENGGUNAAN-BAHASA-MELAYU

Вам также может понравиться