Вы находитесь на странице: 1из 4

NEGERI INI, ANAK

Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya. Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang! Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan yang telah melahirkan ribuan pahlawan.

Rela memilih terbuang dari berputih mata, kerana baginya, mati itu cuma sekali dan tidak harus sia-sia. Mereka tidak rela ini negeri tercinta jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama. Meski darah dan tulang jadi gantian. Kerana baginya: negeri adalah tanah adalah air, adalah api, adalah angin. Adalah maruah, adalah permai, adalah berani,

adalah susila. Adalah segala-galanya. Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan. Tanpa mengira kulit atau warna, tampuk atau asal, percaya atau agama: MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Di negeri ini anak, mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza. Siapa di sini adalah warganya, kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah. Darahnya tetap merah. Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam. Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.

Marsli N.O

Вам также может понравиться