Вы находитесь на странице: 1из 9

ANALISIS TAHUN 1 Dalam sukatan pelajaran tahun 1, terdapat empat topik bidang adab iaitu saya di meja makan,

sayangi ibu bapa, saya dan rakan serta guru pelita hidupku. Berikut adalah skop-skop bagi sukatan pelajaran tahun 1:
tiada saya di meja makan

Negara

Individu

Masyarkat
guru pelita hidupku saya dan rakan

Keluarga
sayangi ibu bapa

Antara tajuk-tajuk kecil yang dibincangkan dalam tajuk saya di meja makan ialah adab sebelum, semasa dan selepas makan. Tajuk ini juga turut menyentuh kelebihan beramal dengan adab makan dan akibat tidak beramal dengan adab makan. Tajuk adab sebelum, semasa dan selepas makan ini sangat sesuai diajar pada tahun 1 kerana selalunya kanak-kanak tidak menjaga adab ketika makan. Apabila mempelajari tajuk ini, murid dapat mengubah perlakuan mereka ketika makan menjadi lebih sopan dan beradab. Tajuk ini juga merupakan suatu latihan kepada murid-murid bagi membentuk sikap mereka. Apabila murid berjaya beradab ketika makan, tentu ketika mereka telah dewasa mereka akan turut beradab. Antara cadangan aktiviti yang sesuai bagi tajuk adab ketika makan ialah simulasi. Guru boleh membawa beberapa keping roti dan memberikannya kepada murid-murid. Kemudian, guru membimbing murid untuk mengamalkan adab ketika makan. Penerapan akhlak yang dijalankan dalam bentuk aktiviti lebih berkesan berbanding penerangan guru semata-mata. Hal ini kerana murid berpeluang melakukan sendiri perkara tersebut dan akan membantu merangsang ingatan murid. Jadi, bagi mengajar akhlak atau adab, guru perlu mempelbagaikan aktiviti berpusatkan murid.

Tajuk yang kedua dalam sukatan pelajaran tahun 1 ialah Sayangi Ibu Bapa. Skop tajuk ini ialah keluarga. Antara perkara yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah adab terhadap ibu bapa, kelebihan beradab dengan ibu bapa dan akibat tidak beradab dengan ibu bapa. Antara aktiviti yang sesuai digunakan untuk tajuk ini ialah soal jawab, nyanyian, dan lakonan. Bagi memulakan tajuk ini, guru boleh memasang lagu berkaitan ibu bapa dan meminta murid sama-sama menyanyi. Kemudian, guru boleh bersoal jawab berkaitan adab mereka terhadap ibu bapa mereka sebelum ini sama ada murid menghormati ibu bapa mereka ataupun tidak. Guru juga boleh membuat aktiviti lakonan di mana murid diberikan beberapa situasi ketika bersama ibu bapa dan mereka perlu melakonkan adab yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan situasi tersebut. Guru boleh memilih situasi yang paling dekat dan selalu berlaku kepada murid. Tajuk adab dengan ibu bapa sesuai diajar pada tahun 1 kerana ketika ini mereka dalam proses membesar dan perlu menjaga adab dengan ibu bapa memandangkan ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan murid. Jadi, murid seharusnya mengetahui dan mengamalkan adab terhadap ibu bapa. Tajuk yang ketiga dalam pelajaran tahun 1 ialah saya dan rakan. Tajuk ini menyentuh skop masyarakat di mana rakan-rakan merupakan lapisan masyarakat yang paling hampir dengan murid selepas keluarga. Selain menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, murid juga meluangkan masa bersama rakan-rakan di sekolah dan ketika bermain. Jadi, tajuk ini sesuai diajar pada tahun 1 kerana tahun 1 adalah permulaan tahun mereka belajar di sekolah rendah. Tahun 1 juga merupakan tahun yang murid akan mendapat ramai kawan kerana memasuki sekolah baru. Bagi memastikan murid mempunyai hubungan yang baik sesama rakan, murid perlu mengetahui adab ketika bersama rakan. Antara perkara yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah adab bergaul dengan rakan, kesan beramal adab bersama rakan, dan akibat tidak beramal adab bersama rakan. Aktiviti yang sesuai bagi tajuk ini ialah guru menggunakan senarai semak untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang apa yang pernah dilakukan oleh murid terhadap rakan-rakan mereka. Selain itu, permainan secara kumpulan juga sesuai dijalankan. Semasa bermain, murid diminta mengaplikasikan adab bersama rakan supaya tidak terjadi pergaduhan sesama murid dan mereka dapat membina hubungan yang baik. Tajuk yang terakhir dalam sukatan pelajaran tahun 1 ialah guru pelita hidupku. Skop tajuk ini ialah masyarakat. Antara perkara yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah amalanamalan baik yang perlu diamalkan oleh murid terhadap guru, kelebihan beradab dengan guru, dan akibat tidak beradab terhadap guru. Tajuk ini sesuai diajar pada tahun 1 kerana tahun 1 merupakan tahun pertama murid berada di sekolah. Jadi, ia merupakan tahun pertama pengalaman murid bersama dengan guru-guru. Selepas ibu bapa dan rakan, guru adalah orang yang paling hampir dengan murid

kerana murid banyak menghabiskan masa mereka di sekolah. Guru juga turut dianggap sebagai ibu apa kedua kepada murid-murid. Murid perlu menghormati guru sebagaimana mereka menghormati ibu bapa mereka. Oleh itu, wajarlah tajuk ini diajar pada tahun 1. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan bagi tajuk ini ialah simulasi. Guru memberikan beberapa situasi di sekolah atau di dalam bilik darjah dan murid perlu melakonkan adab terhadap guru yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan situasi tersebut. Antara situasi yang boleh dilakonkan ialah ketika guru mengajar di dalam kelas, sewaktu terjumpa guru di luar sekolah, dan ketika guru membawa banyak barang. Selain itu, guru juga boleh menasihati murid setiap masa untuk mengamalkan adab terhadap guru. Guru perlu sentiasa menasihati murid supaya sentiasa beradab walaupun tajuk ini telah berlalu. Dalam erti kata lain, guru perlu sentiasa memantau murid di sekolah supaya mengamalkan apa yang telah dipelajari. Tajuk adab terhadap guru sangat mudah dipantau kerana guru berpeluang melihat sikap murid yang sebenar selain sesi pembelajaran berlangsung.

Cadangan Aktiviti Simulasi sumbangsaran Lakonan Soal jawab Nyanyian Permainan Muhasabah melalui Senarai semak Lakonan Amalan berterusan

Standard Pembelajaran

Standard Kandungan

Tajuk

Saya di Meja Makan

Sayangi ibu bapa

Saya dan Rakan

Guru Pelita Hidupku

Sebagai rumusan, tajuk-tajuk di dalam sukatan pelajaran tahun 1 banyak menyentuh tentang adab terhadap diri sendiri dan orang yang paling hampir dengan murid seperti ibu bapa, rakan dan guru. Adab-adab yang dipelajari pada tahun 1 ini merupakan akar atau

tunjang kepada murid bagi mempelajari atau mengamalkan adab yang seterusnya bagi tahun yang berikutnya kerana pada tahun-tahun yang berikut akan menyentuh skop-skop yang lebih luas. ANALISIS TAHUN 2 Dalam sukatan pelajaran tahun 2, terdapat 3 tajuk bidang adab iaitu selamat malam anakku sayang, berkati langkahku dan sekolahku syurgaku. Skop tajuk tahun 2 ini hanya berkaitan individu dan juga masyarakat. Berikut adalah skop-skop tajuk tahun 2:
tiada selamat malam anakku sayang berkati langkahku

Negara

Individu

Masyarkat
sekolahku syurgaku

Keluarga
tiada

Tajuk pertama dalam sukatan pelajaran tahun 2 ialah selamat malam anakku sayang. Tajuk ini menyentuh skop individu iaitu bagaimana adab ketika tidur. Skop berkaitan individu adalah tentang pembentukan akhlak dalam diri individu itu sendiri tanpa membabitkan orang lain. Antara tajuk-tajuk kecil yang dibincangkan dalam topik ini ialah adab sebelum tidur, adab selepas bangun tidur, sebab-sebab perlu mengamalkan adab sebelum tidur dan juga akibat mengabaikan adab tidur. Tajuk ini wajar diajar pada murid tahun 2 kerana ketika berusia 8 tahun, mereka mula dipisahkan tempat tidur dengan ibu bapa. Selalunya kanakkanak takut apabila terpaksa tidur seorang diri di dalam bilik. Jadi, apabila mereka mempelajari tajuk ini pada tahun 2, mereka akan berani dan yakin bahawa Allah sentiasa memelihara mereka ketika mereka tidur. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan ialah sumbangsaran murid berkaitan perkara yang selalu dilakukan sebelum tidur. Kemudian, guru membetulkan tingkah laku yang sering dilakukan oleh murid dengan adab yang patut dilakukan sebelum dan selepas tidur. Selain itu, guru boleh membuat aktiviti berkumpulan dan meminta murid menceritakan adab

sebelum dan selepas bangun tidur. Guru juga boleh menjalankan aktiviti permainan kotak beracun di mana sebuah kotak diedarkan ketika muzik dimainkan. Apabila muzik berhenti, murid yang memegang kotak dikehendaki menjawab soalan yang terdapat di dalam kotak. Guru juga boleh menjalalankan aktiviti menyanyi iaitu nyanyian lagu bertajuk bangun pagi yang sering dinyanyikan oleh kanak-kanak. Tajuk yang kedua di dalam sukatan pelajaran tahun 2 ialah berkati langkahku. Tajuk ini juga menyentuh skop individu. Antara perkara yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah adab-adab masuk rumah, adab-adab keluar rumah, akibat orang yng tidak megamalkan adab masuk rumah, dan kelebihan mengamalkan adab masuk dan keluar rumah. Tajuk ini wajar diajar pada tahun 2 kerana ketika ini mereka menjadi lebih matang berbanding tahun 1. Murid juga selalu keluar masuk rumah seperti hendak ke sekolah, hendak bermain dan sebagainya. Jadi, tajuk ini perlu diajar pada tahun 2. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan ialah lakonan. Guru menyenaraikan adab-adab masuk dan keluar rumah dan meminta murid melakonkannya. Selain itu, guru boleh membuat sumbangsaran berdasarkan gambar yang dipamerkan. Guru menunjukkan gambar berkaitan akibat buruk yang berlaku ketika berada di luar rumah dan meminta murid menyenaraikan sebab-sebabnya. Aktiviti ini akan menyebabkan murid berasa takut jika tidak mengamalkan adab masuk dan keluar rumah. Guru juga perlu menekankan bahawa Allah sentiasa memelihara orang yang sentiasa berdoa memohon perlindungannya setiap masa. Tajuk yang terakhir dalam sukatan pelajaran tahun 2 ialah sekolahku syurgaku. Tajuk ini melibatkan adab murid dengan sekolah. Antara perkara yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah adab-adab semasa berada di sekolah, kebaikan mengamalkan adab di sekolah dan kesan tidak beradab di sekolah. Tajuk ini wajar diajar pada tahun 2 kerana ketika ini murid telah dapat membiasakan diri dengan suasana persekolahan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah nyanyian, sumbangsaran dan lakonan. Cadangan Aktiviti Sumbangsaran Lakonan Permainan kotak beracun Lakonan sumbangsaran Nyanyian Sekolahku syurgaku Berkati langkahku Standard Pembelajaran Standard Kandungan Selamat malam Tajuk

anakku sayang

Sumbangsaran Lakonan

ANALISIS TAHUN 3

tiada

memuliakan kalam ilahi pakaianku pilihanku sopan dalam percakapan

Negara

Individu

Masyarkat
ziarah-menziarahi amalan mulia

Keluarga
tiada

Cadangan Aktiviti

Standard Pembelajaran

Standard Kandungan

Tajuk

Terdapat 4 tajuk adab dalam sukatan pelajaran tahun 3 iaitu memuliakan kalam ilahi, pakaianku pilihanku, sopan dalam percakapandan ziarah-menzirahi amalan mulia. Dalam tajuk pertama iaitu memuliakan kalam ilahi, murid didedahkan berkaitan adab memuliakan al-quran, faedah memuliakan al-quran dan juga akibat tidak memuliakan al-quran. Antara cadangan aktiviti bagi tajuk ini ialah guru membuat simulasi berkaitan cara beradab dengan al-quran. Kemudian, murid dikehendaki membuat semula simulasi tersebut. Murid

juga perlu diberi penerangan yang jelas oleh guru tentang kepentingan dan sebab perlu menghormati al-quran. Tajuk ini sesuai diajar pada tahun 3 kerana pada ketika berusia 9 tahun, murid perempuan mula mencapai akil baligh. Jadi, pendedahan tentang menghormati al-quran sangat penting. Murid yang belum akil baligh tidak ada dosa sekiranya tidak mengamalkan adab dengan alquran tetapi amat digalakkan untuk melatih mereka sebelum akil baligh. Tajuk yang kedua dalam sukatan pelajaran tahun 3 ialah pakaianku pilihanku. Dalam tajuk ini, murid didedahkan berkaitan jenis-jenis pakaian yang menutup aurat, membandingbeza pakaian yang menutup aurat dengan tidak menutup aurat, had aurat lelaki dan perempuan, adab-adab berpakaian, ciri-ciri pakaian menurut islam, faedah mengamalkan adab berpakaian dan akibat tidak mengamalkan adab berpakaian. Tajuk ini sesuai diajar pada tahun 3 kerana ketika berusia 9 tahun, murid perempuan mula mencapai akil baligh. Jadi, mereka wajib menutup aurat dan memilih pakaian yang menurut syariat Islam. Pengetahuan tentang pemilihan pakaian akan menjadikan murid berwaspada dalam berpakaian. Mereka akan meneliti ciri-ciri pakaian tersebut sama ada menutup aurat atau tidak. Antara cadangan aktiviti bagi tajuk ini ialah guru memilih beberapa orang murid ke hadapan kelas. Guru membandingbeza pakaian murid-murid tersebut sama ada menutup aurat atau tidak. Kemudian, guru memberikan penerangan berkaitan tajuk pelajaran. Seterusnya, guru boleh menunjukkan beberapa gambar pemakaian yang menutup aurat dan tidak menutup aurat. Murid dikehendaki mengelaskan pakaian tersebut kepada dua kategori iaitu pemakaian menutup aurat atau tidak.

Tajuk yang ketiga dalam sukatan pelajaran tahun 3 ialah sopan dalam percakapan. Dalam tajuk ini murid didedahkan berkaitan adab bercakap, kepentingan memohon maaf dalam pergaulan seharian, faedah mengamalkan adab bercakap, dan akibat tidak mengamalkan adab bercakap. Tajuk ini sesuai diajar pada tahun 3 kerana pada usia 9 tahun, pemikiran murid bertambah matang dan wajar dilatih supaya sopan dalam percakapan. Selain itu, pada tahun 4, murid akan terlibat dengan aktiviti sosial seperti unit beruniform, persatuan, permainan dan sebagainya. Jadi, murid perlu mengamalkan adab sopan dalam percakapan supaya mereka dapat bersosial dengan baik pada tahun-tahun akan datang.

Antara cadangan aktiviti bagi tajuk ini ialah sumbangsaran berkaitan cara bercakap murid dengan rakan. Kemudian, guru membetulkan cara percakapan murid yang salah. Guru juga boleh meminta murid membuat lakonan berkaitan cara sebenar beradab semasa bercakap. Selain itu, guru boleh memberi borang senarai semak supaya murid sentiasa bermuhasabah dan mengamalkan adab bersopan dalam percakapan. Tajuk yang terakhir dalam sukatan pelajaran tahun 3 ialah ziarah menziarahi amalan mulia. Dalam tajuk ini, murid diajar berkaitan adab-adab ketika berziarah, perkara-perkara yang perlu dijauhi ketika berziarah, faedah beradab ketika berziarah dan akibat mengabaikan adab berziarah. Tajuk ini sesuai diajar pada tahun 3 kerana ketika ini murid agak matang dan merupakan kesinambungan tajuk sopan dalam percakapan. Selain itu, murid tahun 4 selalunya dibawa menyertai lawatan sambil belajar. Jadi, tajuk ini diajar ketika tahun 3 sebagai persediaan dan supaya murid dapat mempraktikkannya ketika menyertai lawatan ketika tahun 4. Antara cadangan aktiviti bagi tajuk ini ialah sumbangsaran murid berkaitan aktiviti yang dilakukan setiap hari. Kemudian, guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan adab berziarah. Kemudian, murid diberi penerangan yang jelas berkaitan adab ketika berziarah. Seterusnya, murid diberikan tugasan secara berkumpulan untuk membandingbeza adab ketika berziarah atau bukan adab ketika berziarah. Sebagai kesimpulannya, bidang adab dan akhlak islamiah sesuai menggunakan kaedah simulasi dan lakonan kerana kaedah ini melibatkan murid untuk merasai situasi tertentu. Mereka berpeluang mempraktikkan adab yang telah dipelajari di dalam kelas. Langkah ini juga merupakan antara kaedah yang berkesan untuk menerapkan akhlak dalam diri murid. Guru seharusnya mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta berusaha untuk melibatkan murid semasa pengajaran berlangsung.

Kesesuaian

Skop

Tajuk

Tahun

Wajar Wajar Wajar Wajar Wajar Wajar Wajar Wajar Wajar Wajar Wajar

Individu Keluarga Masyarakat Masyarakat Individu Individu Masyarakat Individu Individu Individu masyarakat

Saya di Meja Makan Sayangi Ibu Bapa Saya dan Rakan Guru Pelita Hidupku Selamat Malam Anakku Sayang Berkati Langkahku Sekolahku Syurgaku Memuliakan kalam ilahi Pakaianku pilihanku Sopan dalam percakapan Ziarah-menziarahi amalan mulia

1 1 1 1 2 2 2 3 3 3 3

Вам также может понравиться