Вы находитесь на странице: 1из 2

3.0 ICE BREAKING Ice breaking ini diadakan pada hari selasa bertarikh 22.2.

2011 bertempat di tapak perkhemahan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPIS). Penceramah yang menyampaikan ceramah mengenai ice breaking ini ialah Dr.Zaida Nor Bt Zainuddin selaku Unit Kaunseling Hal Ehwal Pelajar. Aktiviti ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 10 pagi. Cara pelaksanaan aktiviti ini adalah mencipta sebuah logo, moto, visi dan tagline bagi setiap kumpulan. Di sana terdapat sepuluh kumpulan yang mewakili kelas PISMP 1.01,1.02,1.06,1.07 dan 1.14. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu barang yang digunakan atau berada dalam kelas. Sebagai contoh kumpulan kami memilih kapur sebagai barang yang akan dipersembahkan. Visi kumpulan kami adalah merealisasikan generasi intelektual dan misi kami adalah melakar ilmu zaman berzaman seperti gambar 1 di bawah. Setiap kumpulan akan dinilai dari segi kemahiran berhujah, kemahiran menjual barang yang dipilih dan kekreatifan dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pendengar.

Gambar 1

Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengenal potensi diri yang ada pada setiap bakal guru yang menghadiri kursus Bina Insan Guru (BIG) ini. Potensi diri yang dimaksudkan adalah bakat-bakat terpendam yang telah dicungkil secara halusnya dalam aktiviti ini. Bakat-bakat yang ada pada bakal guru haruslah diasah seperti mengasah parang yang tumpul lama-lama menjadi tajam. Objektif aktiviti ini diadakan adalah bagi menzahirkan idea-idea yang baru yang ada pada bakal guru. Sebagai contoh menggunakan kapur dan

mengemukankan ciri-ciri yang ada pada kapur bagi menggambarkan ciri-ciri yang patut ada pada seseorang yang bakal bergelar guru. Pada masa yang sama, aktiviti ini sekaligus telah mengasah kreativiti yang ada pada setiap individu tersebut. Hal ini kerana aktiviti ini menerapkan unsur-unsur seni seperti melukis logo. Di sinilah terserlahnya bakat-bakat yang terpendam. Selain itu, kemahiran berkomunikasi di hadapan khalayak ramai juga ditonjolkan dalam aktiviti ini. Ini selaras dengan apa yang dikatakan oleh Penyelaras Program BIG yang mengatakan pembinaan interaksi dan komunikasi sihat dalam seulas bicara. Tuntasnya, aktiviti ice breaking ini amat bagus dalam memupuk semangat kerjasama melalui aktiviti berkumpulan disamping mengenali potensi yang ada pada setiap ini sekaligus bakal melahirkan bakal guru yang dapat member manfaat kepada agama,diri,keluarga,masyarakat dan negara.

Вам также может понравиться