Вы находитесь на странице: 1из 9

Al Qadhiyyah Al Islamiyyah

AL QADHIYYAH AL ISLAMIYYAH Dan Keistimewaan Da'wah Ikhwan Muslimin


Qadhiyyah Islamiyyah (Permasalahan Islam) merangkumi waqie' Islam Siyasi dan waqie' Islam Fikri. Pendirian Islam terhadap kedua perkara ini disebut Qadhiyyah Islamiyyah. Peranan Harakah Islam ialah melaksanakan Qadhiyyah Islamiyah ini. Kita memerlukan kedua-dua perkara tadi untuk menilai waqie' Islam. Bagaimanakah waqie' siyasinya? Adakah Islam memerintah atau tidak? Jika Islam berkuasa, adakah ia kuat atau baru bermula? Kemudiannya waqie' fikri. Adakah kita mempunyai jawapan kepada semua persoalan atau tidak? Adakah fikrah Islam fikrah yang paling tinggi atau masyarakat tidak mengenalinya atau tidak menyukainya? Waqie' kedua-duanya inilah yang akan menentukan tindakan bagi sesebuah harakah Islam.

Harakah Islam yang terbaik ialah harakah yang mampu menjadikan fikri seiring dengan kekuatan siyasi. Katakanlah kita kini dalam realiti di mana Islam sedang
memerintah, contohnya semasa zaman khilafah Uthmaniyyah. Pada ketika itu terdapat beberapa penyelewengan. Oleh itu, qadhiyyah Islamiyyah ialah Islam sedang memerintah tetapi terdapat beberapa penyelewengan. Maka tindakan yang betul bagi sesebuah harakah Islam ialah dengan cuba memperbaiki daulah tersebut, cuba memperbetulkan kesilapan atau penyelewengan yang dilakukan. Bukannya dengan merubah daulah tersebut, terutamanya bila terdapat musuh-musuh Islam di sekeliling. Ia cuba memperbetulkan daulah tersebut supaya fikri turut sama sebagaimana siyasi. Ia akan menunjukkan apakah kesilapan kita dan apakah penyelewengan yang sedang kita lakukan dan bagaimana cara mengatasi penyelewengan yang sedang kita lakukan dan bagaimana cara mengatasi penyelewengan tersebut. Maka fikrinya kita perlu pergi kearah itu, jika tidak kita ketinggalan. Katakanlah kita kini dalam realiti di mana Islam tidak memerintah dan kuffar sedang berkuasa. Oleh itu, keperluan qadhiyyah Islam ketika ini berbeza. Kita perlu menjelaskan apakah Islam, apakah maknanya daulah Islam, kenapa daulah kini bukanlah daulah Islam, kenapa Islam merupakan penyelesaian kepada masalah di seluruh dunia. Maka, fikrinya, kita menuju kepada arah yang berbeza. Jika kita dapat melakukannya, kita dalam keadaan yang baik. Jika tidak, kita ketinggalan. Katalah harakah Islam berkembang maju. Kita kini dalam tahap di mana kita mula mengemukakan program-program kita, boleh mencabar kuffar dan berbincang dengan mereka, maka fikrinya, kita akan mula menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan organisasi, mendidik Ikhwan mengenainya, menulis buku-buku berkenaan perkara tersebut dan ke arahnya. |Page1

Al Qadhiyyah Al Islamiyyah

Fikri mestilah seiring dengan siyasi. Jika kita tidak melakukannya, kita ketinggalan dan kita bukanlah satu harakah Islam yang baik.

SEJARAH PERKEMBANGAN GERAKAN-GERAKAN ISLAM


Sekarang, mari kita teliti waqie' Islam siyasi beberapa abad yang terakhir. Selepas kejatuhan khilafah 'Abbasiyyah, mereka yang benar-benar melakukan kebaikan untuk Islam datang dari Anatolia (Asia Minor) iaitu bangsa Turki. Mereka dahulunya adalah kuffar. Mereka ini sangat ganas dan kuat. Muslim sukar mengalahkan mereka. Alhamdulillah, mereka telah menjadi muslim dan sekumpulan kecil telah membentuk Uthmaniyyah dengan tujuan untuk menyebarkan Islam di dunia. Kumpulan tersebut kemudiannya menjadi besar. Mulanya mereka membentuk sebuah daulah kecil di Anatolia (Turki Barat). Kemudiannya ia menjadi daulah yang besar. Mereka pergi ke Eropah dan menakluk banyak tempat. Mereka menakluk Istanbul (Qastantiniyyah). Mereka juga pergi hingga ke dalam Selatan Eropah. Disebabkan mereka telah menjadi satu kuasa yang besar, mereka berfikir, kenapa tidak kita takluk dunia, kemudian kita akan ada daulah di Mesir, daulah di Iran, daulah di India. Mari kita takluk seluruh dunia. Oleh itu, Salim al Awwal (Selim I) mula menakluk seluruh dunia Islam tetapi mereka telah dihentikan oleh daulah Iran (Syi'ah). Mereka tidak membenarkan jajahan Uthmaniyyah berkembang ke Timur. Justeru itu, India tidak termasuk daulah Islamiyyah. Ia muslim tapi dengan mudah dikuasai oleh Britain. GERAKAN WAHABI Kemudiannya di akhir abad ke-18, daulah Islam mula mengimport undang-undang dari Eropah. Ini menjadikan daulah tersebut menyeleweng. Tambahan pula, daulah Islam telah lalai dalam mendidik masyarakat secara Islam. Muslim suatu masa dahulu sangat aktif untuk menjadi seorang yang 'alim (berpengetahuan). Terdapat banyak tempat yang menjadi pusat 'ilmu pengetahuan, dari 'ilmu Islam hingga kepada 'ilmu sains. Tapi, aspek ini telah tidak diambil berat oleh daulah Islam Uthmaniyyah terutamanya di akhir abad ke-18. Hasilnya, ramai orang menjadi jahil dan antara tempat yang paling dekat dengan kejahilan ialah Hijaz, Mekah, Madinah dan Thaif. Masyarakat hampir-hampir menyembah kubur-kubur sahabat-sahabat. Mereka bertanya tentang perkara yang boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dan pelbagai khurafat lagi. Ini menyebabkan salah seorang dari penduduk di situ, Sheikh Muhammad Abdul Wahhab membentuk satu jama'ah, cuba untuk mengatasi masalah kejahilan ini. Maka bermulalah Gerakan Wahhabi. Sheikh Muhammad Abdul Wahhab menjelajah ke seluruh semenanjung cuba menyebarkan Tauhid yang sebenarnya. Beliau cukup menekankan aspek Tauhid. Inilah perkara yang paling dititik beratkan olehnya. Tetapi, gerakannya adalah sebuah gerakan yang primitif. Mereka tidak mempunyai cara untuk mendidik ahli-ahlinya, tiada tandzim dan takwin. Natijahnya, dengan mudah ideologi takfir tersebar. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka adalah kafir, maka dia boleh dibunuh. Mereka telah pergi ke Utara Iraq di mana Syi'ah berada lalu menuduh mereka kafir dan membunuh ramai manusia. Sikap mereka sangat kasar. Ini bukanlah caranya untuk berda'wah kepada Islam. Bila Sheikh Muhammad Abdul Wahhab meninggalkan dunia, seorang amir Muhammad Ibn Sa'ud menerima da'wahnya dan menjadi pemimpin Gerakan Wahhabi. Walau bagaimanapun, |Page2

Al Qadhiyyah Al Islamiyyah

dia membuat kesilapan kerana bekerja untuk menumbangkan kerajaan Uthmaniyyah. Seharusnya waqie' siyasi ketika itulah yang menentukan apakah tindakan yang mesti ia lakukan. Apabila terdapat daulah Islam tetapi ada sedikit penyelewengan serta terdapat ramai pula musuh-musuh Islam di sekeliling, maka bekerja untuk menumbangkan daulah tersebut bermakna membantu musuh-musuh Islam. Seharusnya, dia cuba membetulkannya dengan meneruskan kerja-kerja pengislahan sebagaimana yang telah dimulakan oleh Syeikh Abdul Wahab tetapi dia tidak melakukannya. Sebaliknya, dia telah menyediakan tentera untuk melawan kerajaan 'Uthmaniyyah. Satu lagi kesalahan yang beliau lakukan ialah tidak membuat persediaan yang cukup. Sepatutnya, sebelum mula melawan musuh, kita perlu mempunyai beberapa persediaan. Kita perlu ada waa' dan rakaiz, tetapi beliau tidak melakukannya. Dan dengan sedikit sumber dan ahli yang tidak terikat, mereka ingin melawan kerajaan yang telah tertegak asasnya. Kerajaan 'Uthmaniyyah ketika itu sangat maju. Ia sangat kuat dalam ketenteraan. Bangsa Turki memang bijak dalam ketenteraan dan beliau ingin melawan satu kerajaan yang mempunyai sumber dan tentera yang banyak. Akibatnya, mereka ditewaskan. Dalam tahun 1814, gerakan Wahabi dimusnahkan. Sultan telah menyuruh gabenor Mesir menghantar bala-tenteranya untuk melawan gerakan Wahabi, lalu memusnahkannya. Sejak itu, gerakan Wahabi tidak lagi menjadi satu kuasa politik. GERAKAN SANUSI Salah seorang pengikutnya Muhammad Ibnu Sanusi datang dari Libya dan dia telah pergi ke Hijaz untuk mempelajari Islam di mana di sana dia bertemu dengan gerakan Wahabi. Kemudiannya, dia kembali ke Libya pada tahun 1843, dia telah menubuhkan sebuah gerakan yang dikenali gerakan Sanusi. Dia mengambil 'iktibar dari pengalaman Wahhabi. Dia tidak pergi melawan kerajaan 'Uthamniyyah dan tidak berperang dengan musuh dari Eropah. Sebaliknya, Muhammad Ibnu Sanusi membuat da'wah dengan gaya yang baik. Apabila dia meninggal dunia, anaknya Muhammad As Sanusi membuat lebih baik darinya dengan membentuk zawiyah (suatu kumpulan kecil di mana orang berkumpul dalam setiap kampung). Ahli-ahlinya datang, duduk dan belajar dari pelajaran yang disampaikan, kemudian bercakap dan berbincang mengenainya. Setelah itu baharulah mereka pulang. Nampak di sini yang ahliahlinya sedang dididik (ditarbiyah). Kita boleh membuat kesimpulan bahawa inilah tanda-tanda awal tandzim pembentukan jama'ah. Ia merupakan satu kerja yang besar yang telah dilakukan oleh gerakan Sanusi. Kemudian selepas beliau meninggal dunia, anak saudaranya menggantikan tempatnya dan memimpin gerakan Sanusi hinggalah tahun 1911 di mana mereka melawan Itali yang menjajah Libya. Penjajah telah memusnahkan gerakan Sanusi. GERAKAN MAHDI Di masa yang sama dengan gerakan Sanusi, terdapat satu lagi gerakan di Sudan iaitu gerakan Mahdi. Dalam tahun 1884, Muhammad bin Mahdi menjelajah seluruh sudan dan selatan Mesir. Dia menyatakan bahawa dia akan memerintah dengan Al Quran. Dia meminta bai'ah dari orang ramai. Ramai yang memberikan bai'ah kepadanya. Beliau kemudiannya membentuk bala-tentera lalu melawasn British. Beliau meninggal dalam tahun 1885, dan digantikan oleh seorang amir yang tidak berapa baik dan sangat keras. Oleh itu, ramai meninggalkannya menyebabkan gerakan tersebut mati dalam tahun 1886.

|Page3

Al Qadhiyyah Al Islamiyyah

SULTAN ABDUL HAMID Malah selepas gerakan Sanusi tamat pada tahun 1911, terdapat satu kekosongan yang nyata di antara 1911 dan 1928. 17 tahun tanpa gerakan Islam, yang ada hanya individu, seperti di akhir abad ke-19, Sultan Abdul Hamid. Sultan Abdul Hamid cuba memperbaiki daulah Islam dan cuba menyebarkan waa'. Adalah dikatakan bahawa dalam tahun 1900 dia mempunyai 200 surat khabar dan pada tahun 1905, beliau ada 500 surat khabar. Ini bermakna dia benar-benar cuba untuk menyebarkan idea supaya duduk di bawah satu khalifah. Dia cuba menyedarkan masyarakat tentang musuh-musuh Islam dan tugas serta tanggungjawab sebagai seorang muslim. Dia melakukan perkara yang baik dalam aspek berkenaan tetapi dia bersifat individu. Itulah kesilapan Sultan Abdul Hamid. Dia hanya bergantung pada beberapa individu dan tidak membentuk sebuah gerakan. Persoalan kenapa tidak, kita tidak tahu. Dia bukannya jahil tentang hal tersebut. Pada ketika itu terdapat banyak kumpulan. Kuffar juga mempunyai kumpulan atau parti. Pada masa itu, semua orang Eropah yang berkuasa mempunyai parti mereka sendiri sama ada yang dalam kerajaan atau yang menentang kerajaan. Oleh itu, idea mengenai kumpulan tidak jauh darinya. Mengapa dia tidak membentuk sebuah gerakan, kita tidak tahu. Sehinggalah pada tahun 1924, khilafah dihancurkan sepenuhnya. Kini gerakan Islam perlu bekerja menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut qadhiyyah yang wujud iaitu mengembalikan Islam dan merubah manusia. Pada masa yang sama fikri mesti seiring dengan siyasi. Dalam beberapa abad yang terakhir, fikri telah terkebelakang, seperti kita ingin membina daulah tetapi tiada bahan-bahan berkenaannya yang boleh didapati. Buku-buku yang ada adalah kitab-kitab yang tiada seorang pun yang faham. Ketika zaman Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Muslim lebih 'arif (berpengetahuan) dan para fuqahaa terlibat dalam penulisan buku. Penulisan para fuqahaa menggunakan bahasa yang sangat tinggi. Mereka menulis, contohnya: sunat solat ini adalah berpandukan hadith ini. Hadith ini adalah mursal dan kita tidak boleh menerimanya. Bahasa yang digunakan sangat tinggi. Masyarakat tidak faham apakah hadith ini. Apakah sahih dan apakah pula mursal? Buku tersebut tidak memenuhi kehendak qadhiyyah ketika itu, dan dalam aspek itu, fikri ketinggalan di belakang dalam qadhiyyah. Sebab itulah, setiap gerakan yang hendak bermula mereka menekankan aspek atau isu ini. Hanya intelektual yang pakar sahaja boleh memahaminya. Sesetengah orang cuba menulis mengenai Islam tapi hanya segelintir yang boleh memahaminya. IKHWANUL MUSLIMIN Sekarang tiba peranan Imam al Banna rahmatullahi 'alaih. Sejak masa tumbangnya khilafah, beliau telah mengorbankan masanya berjumpa dengan semua yang dia dapat jumpa, bermuhasabah, meneliti waqie' serta berjaga hingga ke fajar menangis melihat waqie' umat Islam. Alhamdulillah, Allah Ta'ala telah memilihnya untuk mengembalikan dan melakukan sesuatu dengan terbentuknya sebuah jama'ah yang unik yang sesuai dengan realiti yang wujud, dan insyaAllah kita dalam waqie' di mana khilafah akan kembali berkuasa, khilafah yang rasyid, sama seperti khilafah Ar rasyidin atau lebih kuat. Beliau telah menambah beberapa perkara ke dalam gerakan Islam yang merupakan perkara yang sangat berharga kepada Islam: 1. Takwin |Page4

Al Qadhiyyah Al Islamiyyah

2. Fikri dan Siyasi Seiring 3. Takhtit 4. Penglibatan Ahli TAKWIN Pertamanya takwin. Kita menerima seseorang untuk menjadikannya seorang amir. Kita ada seorang naqib. Dia adalah seperti kita. Dia bukan seorang yang istimewa dan yang sangat berpengetahuan. Kadangkala mungkin pengetahuannya kurang tapi dia adalah naqib. Jama'ah memilih naqib dan kita mengikutinya. Dia bertanya kita tentang 'ibadat sunat kita, dia mahu kita berpuasa Khamis depan lalu dia bertanya: "Adakah anta berpuasa?" Jika tidak, dia akan mengambil tindakan terhadap anta. Semua ini merupakan satu perjalanan menuju kepada perlaksanaan Islam secara praktik dan jama'iyy. Kita tidak melaksanakan Islam secara individu tetapi secara jama'iyy. Ini merupakan satu kemajuan yang besar pada gerakan Islam. Ia mencapai satu tahap sebagaimana di zaman Nabi sallallahu 'alaihi wasallam di mana masyarakat memberi keta'atan kepada amir, bukan hanya menjadi ahli atau dengan borang keahlian sahaja. Ketaatan itu diterima sehingga ke peringkat kita akan bertanggungjawab terhadap jama'ah. Mereka (masul) yang bertanggungjawab terhadap seseorang, kadangkala sama tahap malah mungkin lebih rendah berbanding dengan mad'unya. Begitu juga, seseorang akh yang baru boleh menjadi amir dari mereka yang telah lama dalam jama'ah atau yang lebih muda darinya. Mereka terima semuanya. Ini memang sangat berharga ditambahkan pada gerakan Islam. FIKRI DAN SIYASI SEIRING Perkara lain yang beliau lakukan ialah menjadikan tahap bahagian fikri menjadi seiring dengan siyasi. Apa yang beliau lakukan, ialah menyuruh mereka yang berpengetahuan dalam jama'ah supaya menulis mengenai Islam dalam bahasa yang mudah, bukannya menggunakan bahasa yang tinggi. Bahasa yang mudah; Islam sesuai untuk setiap zaman. Dedahkan bagaimana ideologi barat telah gagal menggunakan bahasa yang mudah difahami. Kita tidak perlu tahu apakah hadith mursal, apa makna mawquf, apa makna usul fiqh. Bahasa yang mudah hingga semua msulim boleh faham. Ini satu yang sangat berharga. Kita dapat melihat jama'ah kini terbuka kepada semua, tidak lagi terhad kepada hanya mereka yang berpelajaran. Setiap muslim yang ikhlas kepada Allah, boleh faham apakah maknanya. Memahami sesuatu kes atau menjadi sebahagian darinya dan jika dia mahu, boleh menjadi ahli jama'ah, kerana dia boleh memahami apa yang kita maksudkan. Kita beri dia buku, dia boleh faham. Kita beri dia buku dalam bahasa yang mudah: Islam tidak memerintah, dia mesti bekerja dalam jama'ah. Jama'ah yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan ialah ikhwan. Bahasa yang mudah untuk difahami. Apa yang beliau lakukan ialah menjadikan fikri seiring dengan siyasi. Kita ingin menegakkan Islam, maka semua buku adalah ke rah itu. Sekarang, bila kita berkembang dan kuat, bukubuku akan masuk ke dalam perkara yang lebih mendalam tentang organisasi, bagaimana membentuk kefahaman tentang jama'ah kita, menjaganya dari musnah, menunjukkan beberapa perkara yang akan menjadi penghalang atau cabaran. Itu yang ingin kita tegakkan. Kerja kita menjadi sedemikian. Itulah perkara kedua yang Imam Al Banna rahmatullahi 'alaihi tambah kepada gerakan Islam.

|Page5

Al Qadhiyyah Al Islamiyyah

Sedikit masa lagi, kita akan menunjukkan bahawa ciri ini sangat bernilai tetapi terdapat sedikit kekurangan yang kemudiannya diperbaiki oleh jama'ah. Ini adalah kerana bila kita menulis mudah, maka ramai orang boleh menulis dan kita tidak akan kekurangan orang yang boleh menulis buku. Bilangannya ramai sehingga dalan sejarah Ikhwan kita dapati ratusan telah menulis tentang Islam, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini di mana hanya satu atau dua penulisan saja yang boleh diperolehi. Tetapi, ia ada kekurangannya, sebab bila seseorang yang kurang berpengetahuan menulis, dia mungkin boleh membuat kesilapan, dan orang tersebut tidak nampak kesilapannya. Orang yang berpengetahuan akan dapat melihat kesalahan tersebut dari segi fikrahnya. TAKHTIT Perkara ketiga yang ditambah oleh Imam Al Banna rahmatullahi 'alaihi kepada gerakan Islam ialah takhtit (perancangan). Harakah yang dipimpinnya belajar kesemua harakah yang sebelumnya dan meneliti waqie', mengadakan perancangan untuk hari ini sehinggalah masa bila berhadapan dengan musuh. Apakah marhalah yang telah dilalui dan bagaimana berhadapan dengan masyarakat. Terdapat di sini perancangan yang lengkap, suatu ciri yang tidak pernah wujud pada gerakan Islam terdahulu, seperti mengetahui apa yang akan berlaku 50 tahun akan datang. Imam Al Banna rahmatullahi 'alaihi sangat pasti dan yakin, apa yang beliau perkatakan kepada ikhwan hingga ke peringkat beliau berkata: "Jalan anda sudah ditetapkan. Dan matlamat akhirmu sudahpun diketahui. Dan saya tidak akan menyeleweng darinya, walau apa yang berlaku, kerana saya yakin, itulah jalan yang terbaik untuk mencapai matlamat. Ia mungkin panjang tetapi itulah satu-satunya jalan yang boleh sampai kepada kejayaan." Jadi, perancangan adalah salah satu ciri yang ditambah oleh Imam Al Banna kepada gerakan Islam yang menjadikannya di kedudukan yang tinggi dan sebuah harakah yang baik, insyaAllah mampu menegakkan Islam. PENGLIBATAN AHLI Perkara keempat yang ditambah oleh Imam Al Banna rahmatullahi 'alaihi kepada gerakannya ialah beliau menjadikan junud atau ahlinya melibatkan diri dalam perlaksanaan perancangan tersebut dan memberikan mereka penjelasan yang mendalam tentang apa yang perlu mereka lakukan. Ahlinya tidak dibiar begitu sahaja, tetapi bila dia bersama jama'ah, dia dimaklumkan tentang perancangan jama'ah, apa yang perlu dilakukan hatta mengenai teknik-teknik da'wah. Dengan ini, setiap ahli faham tentang tugas yang seharusnya mereka lakukan. Ini menjadikan perlaksanaan kepada program atau perancangan menjadi kemas dan baik. Setiap ahli sedar dan faham apakah tugas mereka dan apakah yang mereka cita-citakan. Keempat ciri-ciri di atas sangat bermakna kepada Islam. Bila fikri seiring dengan siyasi, ia adalah satu kemajuan yang besar kepada Islam. Kini, kita tidak menghadapi masalah bersuara kepada masyarakat, kita ada bahannya, kita tahu bagaimana untuk mempersembahkannya dan kadang-kala buku-buku kita boleh bercakap untuk kita. Kita menghubungi seseorang muslim, dia menyukai kita, kita berikan dia buku kita. Oleh itu, banyak kerja sudah dilaksanakan olehnya. Jika dia ada kemusykilan, kita mempunyai buku-buku yang boleh menjawab kemusykilan tersebut. Kita tidak lagi ketinggalan dalam menyatakan kes kita dan kini, semua orang boleh |Page6

Al Qadhiyyah Al Islamiyyah

memahaminya hatta kepada mereka yang tidak boleh membaca boleh faham. Kita tidak perlu lagi berda'wah kepada mereka yang telah belajar 4 tahun mengenai Islam (di institusi pengajian tinggi). Begitu juga dengan ciri-ciri yang lain; takwin, contohnya, kita menjadikan jama'ah ini tidak mati. Bila Imam Al Banna dibunuh, jama'ahnya berkembang. Tidak mati dengan kematiannya, malah pesat berkembang. Sementara orang lain, bila mereka meninggal, jama'ah mereka juga terkubur. Gerakan Ibnu Taymiyyah, Gerakan Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, semuanya bila mereka meninggal, jama'ah mereka juga turut tamat. Hanya buku-buku mereka yang tinggal, tetapi tiada orang yang meneruskan usaha mereka. Tetapi, bila pimpinan ikhwan meninggal, jama'ah ini terus hidup. Penerusan berlaku kerana semua faham apakah yang seharusnya mereka lakukan. Malah, jika semua ikhwan meninggal dunia dan hanya seorang sahaja yang hidup, dia akan memperkembangkan jama'ah ini. Ini satu kemajuan yang sangat besar kepada gerakan Islam di abad ini dan Alhamdulillah, dengan rahmat Allah, kitalah yang mempunyai ciri-ciri jama'ah yang tersebut. Sekarang, mari kita kembali kepada bahagian fikri. Telah dinyatakan sebelum ini bahawa Imam Al Banna rahmatullahi 'alaihi, bila dia mengarahkan ahlinya menulis dengan bahasa yang mudah tentang Islam. Mungkin penceramah sendiri boleh menulis buku tentang Islam dengan menyatakan Islam adalah unik dan sebagainya. Muhammad Qutb menulis tentang Islam, Sayyid Qutb menulis, Bahi al Khuli menulis. Kebanyakan mereka tidak mendapat latihan sistematik sebagai penulis Islam. Mereka tidak pergi ke Azhar, belajar 4 atau 5 tahun dan kemudiannya 6 tahun sebelum itu di sekolah menengah agama. Mereka tidak mendapat pendidikan yang formal mengenainya tetapi mereka menulis kerana ia mudah. Mereka tidak perlu sampai kepada perkara yang dalam. Tetapi, kadangkala bila mereka membuat kenyataan, mungkin terdapat kesalahan, contohnya, bila mereka kata yang ini betul atau yang inilah cara yang sebenar yang kita patut lakukan, yang ini betul kerana hadith ini. Hadith ini, kemungkinannya hadith mursal. Mursal yang datang dari tabi'in yang tidak terkenal. Jadi, setengah 'ulama seperti Syafi'e, dia tidak terima hadaith tersebut. Imam Abu Hanifah mungkin menerimanya. Jadi, dia kata ini benar kerana hadith ini mengatakannya. Pada masa lain, dia mungkin membuat kesalahan dangan berkata, kita menolaknya kerana bahan hujahnya hanyalah sebuah hadith mursal. Jadi, dia telah membuat satu kenyataan yang berlawanan. Kadangkala dia guna hadith itu dan ada masanya pula dia menolak hadith tersebut. Ini kerana dia tidak mempunyai pengetahuan untuk membuat suatu penilaian. Inilah caranya para fuqahaa menerima sesuatu hadith. Hadith ini mursal dan ada syarat-sayaratnya untuk menerima hadith tersebut. Inilah kesalahan yang dilakukan terutamanya dalam membuat keputusan. Anatara kesalahannya ialah mencapur-adukkan Islam dengan yang lain. Seseorang mungkin menulis tentang sistem keadilan Islam. Seseorang mungkin bercakap tentang demokrasi Islam, mencampurkan Islam dengan sistem lain. Ini adalah anatara beberapa kesalahan buku yang kita lakukan. Kesalahan lain ialah bila menggunakan 2 hujah yang berbeza terhadap 2 kes yang berbeza. Kita seharusnya mempunyai dasar yang kukuh. Sama ada kita menerimanya atau tidak menerimanya. Lagi kesalahan ialah cara kita persembahkan kes kita. Kadangkala, setengah |Page7

Al Qadhiyyah Al Islamiyyah

buku kita menggunakan cara emosi dalam menerangkan sesuatu tanpa mengikut logik yang betul. Kesalahan yang lain ialah salah ejaan. Jadi, untuk mengelakkan kesalahan-kesalahan ini, jama'ah meminta supaya ahli, bila menulis buku secara amnya, tulis secara umum hingga tidak melibatkan kepada membuat fatwa. Jika ada, ianya terlebih dahulu perlu dipersembahkan kepada kepimpinan untuk melihat adakah ia berdasarkan usul fiqh dan kita akan menerimanya atau tidak. Dengan cara ini, fikrinya kita tidak melakukan kesilapan. Mungkin kesalahan yang dilakukan sesiapa pun tidak nampak, kesalahannya sangat kecil, mungkin dari sainsnya (kaedah atau cara) tidak betul. Jadi, bila seorang akh menulis tentang Islam, dia mestilah cuba mengelak dari membuat fatwa, dan jika ada, perlulah terlebih dahulu dihantar kepada pimpinan. Bila diterima maka ianya akan diterbitkan. Dengan cara ini, kita mengelak masalah yang dihadapi oleh mereka yang tidak melalui pendidikan Islam secara formal dari melakukan kesilapan. Jama'ah secara umumnya mengelak dari melakukan fatwa berkaitan hal-hal feqah kecuali yang berkaitan dengan jama'ah sendiri, teknik-teknik jama'ah, perkara yang berkaitan dengan harakah atau perkara yang berkaitan tarbiyah. Tetapi dalam hal-hal lain, seperti mengenai solat, zakat dan lain-lain. Jama'ah tidak akan menyatakan pendiriannya. Ini kerana Islam adalah satu deen yang praktik. Ia bergantung pada realiti. Tiada siapa tahu bila daulah Islam akan lahir. Salah satu masalah yang wujud ialah perkara yang wujud kini mungkin boleh tiada kemudiannya. Jadi, bagaimana kita dapat membuat fatwa tentang sesuatu yang mungkin akan hilang atau berubah. Lagipun, kita tidak mahu memecah-belahkan muslim dengan fatwa yang tidak sama. Kenapa perlu buat fatwa tentang perkara sunat solat yang ada khilaf dan kemudian memecahbelahkan orang-orang Islam. Setengah akan menyertai jama'ah, setengah tidak atau tubuh jama'ah sendiri. Setengah kata ia sunat tapi tidak. Ia tidak penting kepaa matlamat kita. Tinggalkan khilaf atau perbezaan dalam ijtihad kepada individu. Jama'ah tidak akan menyatakan pendirian dalam perkara tersebut yang berkaitan dengan hal-ehwal kerja seharian. Perkara-perkara harakah, tarbiyah dan siyasah yang bersangkutan dengan orang lain, barulah jama'ah akan mengambil pendirian. Jadi, itulah sedikit perkara asas mengenai perkembangan qadhiyyah Islamiyyah. Alhamdulillah, sekarang qadhiyyah siyasi berjalan seiring dengan qadhiyyah fikri. Sekarang kita akan berjumpa dengan bahan yang terbit, yang agak khusus menyatakan beberapa perkara mengenai wasilah kita kerana kita kini adalah sebuah jama'ah yang kuat, yang berkembang di seluruh dunia, yang hampir sampai pada tahap di mana kita akan berkonfrantasi terus dengan musuh. Kita akan ke arah itu, menguatkan ikatan organisasi, mengelak fitnah dalam jama'ah, bercakap mengenai keperluan tahap terakhir dan sebagainya. Alhamdulillah, kita mempunyai jama'ah yang pertama kalinya sejak beberapa abad terakhir, mempunyai fikri dan siyasi berjalan seiring. Sejak Imam Al Banna datang, gerakan Islam bermula di seluruh dunia. Perkembangannya disokong India, yang dimulai dengan Jama'at Islami oleh Imam Maududi rahatullahi 'alaihi dan kemudiannya dari seluruh dunia. Gerakan Islam pergi ke Indonesia, Malaysia dan sebagainya dan kini gerakan Islam terutamanya Ikhwan sudah berada di seluruh dunia. Kita sudah di tahap berkembang di seluruh dunia hingga penindasan terhadap kita pun akan lebih mengambangkannya lebih |Page8

Al Qadhiyyah Al Islamiyyah

pesat lagi dan tidak dapat memberi sebarang kesan. Lebih banyak penindasan yang dilakukan, lebih ia berkembang dan diterima oleh semua. Hingga sekarang, Alhamdulillah, kita lihat ramai manusia meyakini uslub kita, hatta yang belum bertemu kita. Hanya dengan bahan-bahan kita yang tersebar kepada ramai orang, ianya sudah meyakinkan mereka tentang matlamat kita. Alhamdulillah, kita kini di tahap perkembangan yang sangat pesat bagi harakah Islam. Kita bersyukur kepada Allah, kerananya dan kita berdo'a InsyaAllah, ia akan berakhir dengan kemenangan Islam.

|Page9

Вам также может понравиться