Вы находитесь на странице: 1из 21

Hubungan Etnik (WAJ 3106)

Aznal Sharul Erma Farah

Soalan 1 Cabaran perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia dan cara-cara untuk mengatasinya.

Perpaduan
Perpaduan merupakan aspek yang paling utama jika sesebuah negara itu menginginkan keharmonian terpelihara sampai bila-bila. Kemantapan dari aspek ekonomi dan pelbagai industri yang menyumbang kepada arus kemodenan dan ketamadunan tidak akan terhasil jika unsur perpaduan dalam kalangan rakyat sesebuah negara itu tidak diperhebatkan.

Malaysia telah menempuhi pelbagai pengalaman pahit bagi mencapai kemerdekaan disaluti dengan semangat perpaduan. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Jadi, bagaimana kita bina perpaduan?

Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah.

Cabaran-Cabaran Perpaduan

Ekonomi

Nilai Etnik Yang Berbeza

Ekonomi
Penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik.

Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah.
Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.

Melayu-sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan unsur kemiskinan.

India- harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku.

Cina- terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu.
Timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Perbezaan Pekerjaan

Perbezaan pekerjaan ini sebenarnya wujud akibat dasar

pecah dan perintah yang diamalkan oleh kerajaan British


semasa mereka memerintah di tanah Melayu. Kerajaan British telah memisahkan kaum-kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal mereka. Kaum Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan kampung dan luar bandar sebagai petani atau nelayan.

Orang india pula kebanyakan menjadi buruh di estet-

estet dan ladang-ladang manakala orang cina berada di


bandar sebagai pelombong dan peniaga.

Ini juga telah mewujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum serta

polarisasi antara kaum. Unsur perpaduan sekaligus akan


terhakis sedikit demi-sedikit dan tidak mustahil ianya akan hilang serta merta.

Cara Mengatasinya
Memperkenalkan Revolusi Hijau bagi menambahkan

pengeluaran beras berasaskan pengenalan penanaman padi dua kali setahun dengan menggunakan benih yang berhasil tinggi, bahan kimia, sistem pengairan dan alat jentera.

Para petani di kawasan Revolusi Hijau tanpa mengira jenis kaum telah mendapat faedah daripada projek ini seperti di kawasan pengairan Muda di Kedah dan Perlis. Antara tahun 1965 dan 1975, pendapatan petani di kawasan ini telah meningkat sebanyak 2.4 kali ganda (Jomo, 1991).

Kerajaan negeri menjayakan projek-projek sosioekonomi PPRT melalui agensi negeri masing-masing seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, PERDA, KEDA dan JENGKA bagi membantu masyarakat tnpa mngra kaum & agama.
Mohd Taib (2000) menjelaskan bahawa tiga agensi kerajaan yang aktif memberi bantuan ialah KEMAS (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Baitulmal.

Pengenalan Dasar Ekonomi Baru dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) yang menyatakan salah satu objektifnya ialah pembasmian kemiskinan dan untuk menyamaratakan bidang ekonomi rakyat sekaligus mengurangkan perbezaan pekerjaan. Proses pelaksanaan dasar dan strategi pembasmian kemiskinan dan kesamarataan sektor pekerjaan lebih banyak melalui proses melibatkan perancangan dan pelaksanaan agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, kementerian-kementerian dan agensiagensi di bawahnya. Usaha tersebut sedikit sebanyak telah mengurangkan jurang perbezaan pekerjaan dan kemisikinan setiap kaum di Malaysia.

Perbezaan Nilai Etnik


Cabaran yang kedua adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan.

Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan.
Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun.

Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat akan berlaku. Masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik.

Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka.

Golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal

ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian


mereka.

Cara Mengatasinya
Laksanakan aktiviti yang berunsurkan perpaduan. Wajibkan semua kaum. Program seperti Program 1 Malaysia, program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi programprogram yang lain perlu diperbanyakkan. Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaanperayaan setiap etnik yang diamalkan dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara.

Program-program seperti ini diperlukan kerana, ini dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan menghormati adat-resam kaum lain.

Program-program seperti ini dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan menghormati adatresam kaum lain.

Hal ini akan menjalinkan hubungan yang erat antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ibu bapa perlu mendorong anakanak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik.
Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain. Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh memecah belahkan kesepakatan.

Kesimpulannya..
Sebagai bangsa Malaysia, Harus kuasai bahasa ibunda.

Saranan Ibu Bapa

Program Dan Polisi Perpaduan Tidak Harus Dipolitikkan

Semangat patriotik hendaklah disemai dalam diri setiap kumpulan ras supaya negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar melalui pemikiran mahupun secara langsung. Negara yang maju dari segi ekonomi dan sosial

mestilah bertulang belangkang rakyat yang bersatu.

Вам также может понравиться