Вы находитесь на странице: 1из 30

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA PENGAMBILAN GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) BEKERJA DI SEKTOR SWASTA.

SUSAN BINTI EDWIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.

JUDUL

FAKTOR.FAKTORYANG MEMPENGARUHI KURANGNYA PENGAMBILAN


GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) BEKERJA DI SEKTOR
SWASTA

SESI PENGAJIAN
Saya

: 2011 12012

SUSAN BINTI EDWIN

(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana,{Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

t.
2.
-)-

4.

n
[]

Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( rl )

St]LIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

TERHAD

ditentukan oleh organisasi/badan di


penyelidikan dijalankan )

mana

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap:

Kampunq Kekan"
96300 Dalat.

CIK RAFEIZAH BT MOHD ZULKIFLI


(Nama Penyelia)

Sarawak

Tarikh: l3

Jan 2012

Tarikh: 13Ian2012

cArArAN:

;
I

i,ff?:,t,,fff"tifif,fi:"#ii3,

s'a rampirkan surat daripada pihak berkuasa./organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsaf'ah dan Sariana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi konsep dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

har*t

Elektrik)"

Tandatangan

Nama

Penyelia

EIZAHBT MOHD ZULKIFLI


13

Tariktr

JANUARI2OI2

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA PENGAMBILAN GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) BEKERJA DI SEKTOR SWASTA.

SUSAN BINTI EDWIN

Laporan Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan
Nama

Penulis

: ;

SUSAN BINTI EDWIN

Tarikh

13

JANUAzu2012

iii

Teristimewa Buat

Ibu tersayang:

Rose binti Sute,


Yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan, Serta menjadi sumber inspirasi untuk meneruskan perjuangan

Pensyarah yang disanjungi:

Cik Rafeizah bt Muhd Zulkifli,


Yang sentisa memberi galakan, nasihat dan bimbingan, Semoga perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa sentiasa dirahmati. Insan tercinta:,

Roy Jaivin A/L Santhana Das,


Yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan semangat. Moga semangat yang diberikan berkekalan abadi buat selamanya.

Kehadiran kalian memberi memori yang terindah dan berharga dalam hidup ini. TERIMA KASIH.

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, kajian dan penulisan tesis ini dapat disempurnakan. Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu dan tunang yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan tidak kira dari aspek nasihat mahupun kewangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada penyelia Projek Sarjana Muda ini Cik Rafeizah bt Muhd Zulkifli dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas bimbingan dan tujuk ajar sehingga kajian ini dapat disempurnakan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana telah memberikan kerjasama dalam proses mendapatkan maklumat bagi kajian ini.

Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan yang banyak memberi tunjuk ajar dan sudi berkongsi ilmu. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini. Tanpa sumbangan kalian projek ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Pekerjaan merupakan salah satu keperluan penting dalam kehidupan setiap manusia. Di mana ianya merupakan aset utama bagi manusia untuk mencari sumber pendapatan bagi membantu dalam menyara hidup seharian setiap manusia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kurangnya pengambilan golongan orang kelainan upaya (OKU) bekerja disektor swasta. Terdapat lima faktor telah dikenalpasti pengaruhnya dalam masalah kurangnya pengambilan golongan OKU bekerja di sektor swasta iaitu faktor intelektual, sikap dan sahsiah, kemahiran generik, fasiliti dan produktiviti. Kajian ini melibatkan beberapa buah

syarikat swasta yang terdapat disekitar Johor Bahru, Item-item soal selidik yang dibina telah disemak oleh dua orang pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Data mentah daripada dapatan kajian ini akan di analisis dengan

menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Science) untuk memperolehi nilai skor min serta peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan empat faktor iaitu pengetahuan, sikap dan sahsiah, kemahiran generik dan produktiviti kurang mempengaruhi dalam pengambilan golongan OKU bekerja. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan faktor fasiliti merupakan faktor utama yang mempengaruhi kurangnya pengambilan golongan orang kelainan upaya (OKU) bekerja di sektor swasta.

vi

ABSTRACT

Employment is one of the important requirements in the life of every human being. Where it is the main asset for people to find sources of income to assist in daily living to everyone. Therefore, this study was conducted to identify the factors causing the lack of recruitment of persons with disabilities to work in private sector. There are five factors have been identified its influences in issues of lack recruitment of disabled people working in the private sectors which are intellectual, attitude and personality, generic skills, facilities and productivity. This study involves certain private companies that are around Johor Bahru. The questionnaire item that was built has been reviewed by two lecturers from Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The raw data from the findings of this study will be analyzed using SPSS software (Statistic Package for the Social Science) to obtain the mean score and percentage. The finding results showed four factors which are knowledge, attitudes and personality, generic skills and productivity less influencing the hiring of disabled people. In conclusion, the results of the study revealed that the facility is the main factor that affecting the lack of recruitment of persons with disabilities to work in private sectors.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACK KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian 1.6.1 1.6.2 1.6.3 1.7 Kepentingan Kepada Golongan Kurang Upaya Kepentingan Kepada Majikan Kepentingan Kepada Institut 1 4 9 10 11 11 11 12 13 13

Skop dan Batasan Kajian

viii 1.8 Definisi 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 1.8.5 1.8.6 1.9 Penutup Kurang Upaya Orang Kelainan Upaya Majikan Kemahiran Sikap dan Sahsiah Produktiviti 14 14 15 15 16 17 18 19

SOROTAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 Pengenalan Pekerjaan Ciri-Ciri Golongan Orang Kelainan Upaya 2.3.1 2.4 Kategori Orang Kelainan Upaya 20 20 26 27 32 34 36 38 40 42 44

Kajian-Kajian Lepas 2.4.1 2.4.2 2.4.3 2.4.4 2.4.5 Intelektual Sikap dan Sahsiah Kemahiran Generik Fasiliti Produktiviti

2.5

Penutup

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Pengenalan Rekabentuk Kajian Lokasi Kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen Kajian 3.5.1 Bahagian A 46 46 48 49 50 50

ix 3.5.2 3.6 3.7 3.8 3.9 Bahagian B 51 52 52 53 55 56

Kesahan Instrumen Kajian Kajian Rintis Proses Menjalankan Kajian Analisis Data

3.10 Penutup

ANALISIS DATA 4.1 4.2 Pengenalan Latar Belakang Responden 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Taburan Responden mengikut Jantina Taburan Responden mengikut Bangsa Taburan Responden mengikut Umur Taburan Pendidikan 4.2.5 Taburan Responden Pengurusan 4.2.6 Taburan Responden mengikut Pengambilan Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? 4.3.2 Persoalan Kajian 2: Adakah faktor sikap dan sahsiah mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? 4.3.3 Persoalan Kajian 3: Adakah faktor kemahiran generik mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di 71 68 64 64 63 mengikut Pengalaman 62 Responden mengikut Tahap 58 59 60 60 61 61

x sektor swasta? 4.3.4 Persoalan Kajian 4 Adakah faktor fasiliti mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? 4.3.5 Persoalan Kajian 5: Adakah faktor produktiviti mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? 4.4 4.5 Ringkasan Dapatan Kajian Penutup 77 80 81 74

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 5.1 5.2 Pengenalan Perbincangan 5.2.1 5.2.2 Latar Belakang Responden Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? 5.2.3 Persoalan Kajian 2: Adakah faktor sikap dan sahsiah mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? 5.2.4 Persoalan Kajian 3: Adakah faktor kemahiran generik mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? 5.2.5 Persoalan Kajian 4: Adakah faktor fasiliti mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? 5.2.6 Persoalan Kajian 5: Adakah faktor produktiviti mempengaruhi kurang pengambilan golongan 91 90 88 86 82 83 83 84

xi orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? 5.2.7 5.3 Rumusan Keseluruhan 93 94 95 99 100

Cadangan 5.3.1 5.3.1 Cadangan Kajian Cadangan Lanjutan

5.4

Penutup

RUJUKAN

101

LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C LAMPIRAN D LAMPIRAN E LAMPIRAN F

111 121 123 127 128 136

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

1.1

Pendaftaran Orang Kelainan Upaya Mengikut Negeri, 2006 - 2008

1.2

Jumlah OKU berjaya ditempatkan di Sektor Swasta, 1990 sehingga 2008

2.1

Statistik Kumpulan OKU Bekerja Dalam Sektor Perkhidmatan Awam Mengikut Negeri (2011)

22

2.2

Statistik Kumpulan OKU Bekerja Dalam Sektor Perkhidmatan Awam Mengikut Tahap Pendidikan (1996 2009)

23

2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9

Kakitangan OKU di JKM Skim Perkhidmatan Kakitangan OKU di JKM Peluang pekerjaan mengikut jenis kecacatan Tahap OKU pendengaran Tahap OKU penglihatan Pendaftaran OKU Mengikut Negeri, 2006 - 2008 Pendaftaran OKU Mengikut Kumpulan Etnik, 2006 2008 OKU Mengikut Jenis Kecacatan, 2006 2008 Bancian OKU Johor Bahru 2008 Pembahagian Item Soal Selidik Lima Pemeringkatan Skala Likert

23 24 25 27 27 31 31

2.10 3.1 3.2 3.3

32 49 51 51

xiii 3.4 3.5 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Nilai Alpha Kajian Rintis Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Bangsa Taburan Responden Mengikut Umur Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Taburan Responden Mengikut Pengalaman Pengurusan 4.6 Taburan Responden Mengikut Pengambilan OKU Bekerja 4.7 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan Kajian 1 (N = 59) 4.8 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan Kajian 2 (N = 59) 4.9 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan Kajian 3 (N = 59) 4.10 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan Kajian 4 (N = 59) 4.11 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan Kajian 5 (N = 59) 4.12 4.13 Analisis Purata Peratus Keseluruhan Persoalan Kajian Analisis Purata Min Keseluruhan Persoalan Kajian 80 81 77 74 71 68 64 63 53 55 60 60 61 61 62

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

3.1

Carta Alir Kajian

57

xv

SENARAI SINGKATAN

JKM JPA JTKSM OKU SPOKU SPA SPSS WHO %

Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Orang Kurang Upaya Sistem Penempatan OKU Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Statistic Package for the Social Science World Health Organisation Peratus

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A B C D E F

Borang Soal Selidik Borang Pengesahan Surat Permohonan Surat Permohonan Jadual Kedudukan Daftar OKU Jadual Populasi dan Sampel

111 121 123 127 128 136

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Orang Kelainan Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat (Akta Orang Kurang Upaya 2008). Manakala menurut

Training for Vocational Rehabilition Services (TRAVORS) (2009), Orang Kelainan Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai seseorang yang kehilangan atau luar biasa dalam bentuk tubuh badan, yang mana berinteraksi dengan pelbagai sikap dan halangan persekitaran yang boleh menghalang OKU ini untuk melibatkan diri dalam persatuan sama seperti golongan normal yang lain.

Menurut buku Social competence and employability Skills Curriculum (1989), Orang Kelainan Upaya (OKU) dinyatakan sebagai seorang yang terencat akal dari segi mentalnya, sukar untuk mendengar, pekak, sukar untuk bercakap, kurang upaya secara

2 visual, mengalami gangguan emosi, mengalami kecacatan otot, atau mempunyai pembelajaran spesifik tentang ketidakupayaan diri.

Secara umumnya golongan OKU ini boleh dikategorikan kepada dua kumpulan umum iaitu kelainan upaya secara kekal dan kelainan upaya secara sementara. Antara mereka yang dikategorikan dalam kurang upaya kekal ini ialah golongan yang cacat anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua. Manakala individu yang cedera, sakit dan mengandung dikategorikan sebagai kelainan upaya secara sementara. Pada khususnya, golongan OKU boleh dikategorikan kepada tujuh kategori iaitu kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, kurang upaya pertuturan, masalah pembelajaran, kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam karya Sam Wong (2010), Malaysia mempunyai penduduk seramai lebih kurang 28 juta orang. Berdasarkan statistik tersebut, jumlah OKU di Malaysia dianggarkan seramai 2.8 juta orang. Namun begitu, OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 280 ribu sahaja. Manakala statistik yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (2010), terdapat seramai 248,858 orang telah mendaftar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Pada masa kini, ramai lagi yang tidak tahu nasib golongan OKU di negara ini masih belum terbela sepenuhnya. Hakikatnya, golongan ini sering kali menjadi mangsa stigma masyarakat dan juga faktor keadaan sekeliling di mana faktor kekurangan fizikal menjadi alasan kepada majikan untuk tidak menerima golongan ini bekerja walaupun mereka mempunyai kelayakan.

3 Jadual 1.1: Pendaftaran Orang Kelainan Upaya Mengikut Negeri, 2006 - 2008
NEGERI Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor Terengganu W.P. Kuala Lumpur W.P. Labuan Jumlah TAHUN 2006 24,228 13.963 17,239 8,335 8,964 7,784 20,285 3,690 12,507 12,481 11,920 25,624 12,302 17,729 468 197,519 2007 27,554 15,224 19,561 9.687 10,149 10,149 23,006 4,024 13,824 13,823 13,289 28,969 13,083 19,060 501 220,250 2008 30,840 17,720 22,229 11,322 12,058 12,058 26,310 4,374 15,855 14,087 13,719 34,311 14,828 20,570 573 248,858

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Jun 2010)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, OKU tidak lagi boleh dianggap sebagai golongan yang hanya mengharap simpati dan perlu dibantu tetapi sebaliknya mereka juga boleh menjadi penyumbang kepada aset negara. Ia adalah

sebahagian daripada konsep modal insan yang diketengahkan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dimana kerajaan berpandangan jauh dan menganggap OKU perlu berubah agar menjadi aset yang boleh menyumbangkan kepada keperluan modal insan negara. Mereka (OKU) mungkin ada kekurangan tetapi

sekiranya diberi kasih sayang dan didikan, mereka bukan sahaja dapat menyumbangkan kepada kesejahteraan mereka sendiri malah turut menyumbangkan kepada negara. Kata beliau lagi ketika berucap pada majlis Malam Amal Semai Bakti, ini ialah matlamat

4 terakhir kerajaan untuk mengubah nasib OKU agar menjadi penyumbang kepada negara (Utusan Malaysia 19 September 2006).

Secara amnya golongan ini bukanlah orang yang terlalu lemah sehingga keadaan diri mereka dijadikan aset untuk mendapatkan belas atau simpati dari orang lain. Walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan yang tertentu, tidak semestinya mereka tidak mampu untuk melakukan aktiviti lain sepertimana insan biasa. Golongan OKU tidak bermakna mereka tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja, tetapi mereka masih mampu untuk menggunakan kecerdasan mental dan minda mereka untuk memberi sumbangan yang boleh memberikan kemajuan kepada negara ini, tidak kira dari segi ekonomi mahupun masyarakat.

1.2

Latar Belakang Masalah

Pekerjaan merupakan salah satu aset penting dalam kehidupan tidak kira bagi golongan normal mahupun golongan OKU. Pekerjaan merupakan sumber utama bagi mendapatkan sumber pendapatan dan ianya juga berperanan membekalkan dan menyampaikan pelbagai jenis sumber bekalan maklumat. Selain daripada itu, pekerjaan berkeupayaan untuk membentuk ruangan kerja yang dapat mewujudkan hubungan sosial antara pekerja itu sendiri dan juga orang lain. Mereka yang tidak memiliki pekerjaan akan merasakan sesuatu yang berkurangan terutamanya dari segi kewangan, sosial dan juga dari segi psikologi. Dengan erti kata lain, pekerjaan merupakan keperluan asas untuk kebanyak orang pada zaman sekarang, dimana mereka beranggapan pekerjaan merupakan penentu utama kualiti hidup.

5 Bagi golongan OKU pekerjaan merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan mereka, tetapi masih ramai yang mengabaikan perkara ini dalam kehidupan golongan OKU. Masyarakat luar beranggapan bahawa golongan OKU tidak

memerlukan pekerjaan untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik seperti individu normal yang lain. Mereka juga berpendapat, wang bantuan yang diberikan sudah

memadai untuk menampung kehidupan golongan OKU ini.

Sejak dari dahulu lagi, kita sering mendengar pelbagai jenis isu yang berkaitan dengan golongan OKU. Isu yang sering disebut ialah mengenai isu pekerjaan, di mana golongan ini sering disisihkan kerana sifat mereka yang tidak sempurna. Tetapi Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Ismail Abdul Rahim berkata semua golongan OKU mampu untuk menjalankan kerja seperti orang lain. Faktor usia, jenis kecacatan dan tiada pengalaman merupakan sebahagian daripada alasan yang menyebabkan golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan pekerjaan (Utusan Malaysia, 2007).

Menurut sumber daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bilangan golongan OKU yang telah bekerja masih lagi rendah, walaupun Kod Amalan Penggajian OKU di Sektor Swasta telah dilaksanakan. Tetapi merujuk kepada jadual 1.2, bilangan golongan OKU yang telah diterima bekerja masih lagi kurang daripada tahun 1990 sehingga 2008.

Jadual 1.2: Jumlah OKU berjaya ditempatkan di Sektor Swasta, 1990 sehingga 2008 Tahun 1990 sehingga 2007 2008 Berdaftar 10,332 722 Jumlah Berjaya 7,565 552 8,117

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

6 Menurut The Washington Times (2005), masalah kurang pengambilan bekerja bagi golongan OKU adalah tinggi di seluruh dunia contohnya negara-negara yang membangun, masih terdapat 80% sehingga 90% golongan OKU yang layak untuk bekerja masih lagi tidak mendapat pekerjaan. Tetapi sebaliknya bagi negara

perindustrian, angka golongan OKU yang tidak mempunyai pekerjaan ialah antara 50% sehingga 70%. Menurut South China Morning Post (2006) pula, negara Asia yang lain, golongan OKU di negara mereka juga menghadapi masalah yang sama seperti negara China di mana permohonan kerja golongan OKU ini sering ditolak oleh majikan atau pekerja sejawat yang tidak faham dengan keperluan golongan ini. Menurut Thirumalai Chandroo, Pengerusi education and training organization Modern Montessori International Group daripada Singapore melalui Business Times Singapore (2006), satu sebab utama golongan OKU sukar diterima bekerja ialah kecenderungan majikan untuk salah sangka bahawa golongan ini berkebarangkalian kurang melaksanakan kebanyakan daripada tugas. Ini adalah jauh lebih benar walaupun mereka lebih celik daripada orang lain dan mempunyai bakat-bakat yang tertentu. Selain daripada itu, kebanyakan syarikat tidak menerima golongan orang OKU adalah disebabkan syarikat tidak menyediakan kemudahan yang mempunyai spesifikasi khas untuk golongan ini.

Justeru itu, golongan ini haruslah diberi peluang untuk menunjukkan kemahiran yang telah mereka pelajari atau ketahui kerana ia akan dapat membantu dalam meningkatkan keyakinan diri mereka, memberi pendedahan tentang dunia pekerjaan dan mereka sekaligus boleh belajar untuk mencari punca pendapatan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada belas kasihan orang lain. Menurut Pengarah Kumpulan Komunikasi Perhubungan Awam Sunway Management, Sharzede Salleh Askor (2006), memberi didikan kepada golongan OKU tidak terlalu sukar kerana mereka mampu untuk mendengar dan tidak pernah mencuri tulang walaupun mereka ini lambat untuk memahami sesuatu yang dipelajari. Beliau juga menyatakan, nilai yang paling tingi dalam hidup mereka bukanlah wang ringgit, tetapi pengalaman bekerja lebih penting daripada segalanya (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2006).

7 Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Shafie BP. Mamal (2007) pula mendakwa golongan OKU masih didiskriminasikan oleh segelintir majikan sektor swasta di negara ini. Malah, terdapat ratusan OKU di negara ini yang gagal mendapatkan pekerjaan menyebabkan golongan tersebut hidup susah. Beliau juga menyatakan, sektor swasta tidak seharusnya memandang rendah terhadap kecacatan yang dialami oleh golongan tersebut. Ini kerana, golongan istimewa itu juga mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dan sumbangan mereka perlu diiktiraf. Jika majikan mendiskriminasikan OKU di manakah Apakah mereka yang buta atau bisu tidak boleh

tanggungjawab sosial mereka?

menghasilkan produktiviti yang baik? Majikan seharusnya berasa bahawa mereka tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya (Utusan Malaysia, 10 Jun 2007)

Pekerjaan merupakan keperluan asas dan hak asasi manusia, tetapi OKU menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan yang produktif dan memberikan sumber pendapatan bagi menyara hidup mereka. Bilangan OKU yang berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta kurang memberansangkan. Bagi sektor awam satu pekeliling telah dilaksanakan iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 yang memperuntukan dasar pengambilan 1% OKU menetapkan setiap agensi dan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah membuat OKU sekurangkurangnya 1% daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut tertakluk kepada permohonan oleh OKU dan kesesuaian bidang tugas serta kemudahan.

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan Ke-16 (5 Disember 2009), terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU untuk memasuki alam pekerjaan, antara cabaran utama yang dihadapi oleh golongan OKU adalah persepsi negatif, takut dan kurang keyakinan oleh pihak majikan untuk mengambil golongan OKU berkerja. Selain itu, terdapat juga isu lain yang mempengaruhi peluang bagi golongan OKU untuk

8 memasuki pasaran kerja, iaitu isu aksesibiliti dalam dan luar bangunan (built environment), tempat awam, tempat kerja serta pengangkutan awam.

Sikap kurang percaya majikan kepada kebolehan OKU dalam menyempurnakan tugas yang telah diberikan menyukarkan golongan OKU mendapat tempat dalam pekerjaan khususnya di sektor swasta. Kesedaran majikan khususnya di pihak swasta tidak jauh bezanya dari dulu sehingga kini. Walaupun ada pihak swasta yang

mengambil pekerja OKU, ia hanya untuk jawatan rendah seperti pembantu jualan di pusat membeli belah tukang cuci dan sebagainya.

Kita berharap majikan lebih bersedia untuk mengambil golongan ini sebagai pekerja dengan menyediakan infrastruktur serta menawarkan bentuk pekerjaan yang sesuai untuk mereka supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan bekerja bersama orang lain yang sempurna (Fong Khei Por, 2010).

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memperuntukkan modal bantuan kepada usahawan OKU di seluruh negara yang dilancarakan pada 2007 dengan Bahagian Standard Perburuhan JTKSM sebagai urus setia bagi menilai permohonan usahawan dan diproses oleh JTKSM Selangor. Ia juga bertujuan sebagai satu strategi untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan menerusi usahawan berkenaan kerana kita sedar ramai OKU adalah usahawan berjaya dan mereka boleh menjadi majikan baik untuk OKU lain (Berita Harian, 6 April 2010).

Hasil kajian rambang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) (2010) turut mendedahkan sikap kebanyakan majikan yang enggan menyediakan pekerjaan termasuk infrastruktur sesuai untuk OKU juga menjadi penyebab golongan berkenaan lebih suka bekerja sendiri. Pengarah Tenaga Kerja Kementerian Sumber

9 Manusia, Fong Khei Por (2010), berkata hasil kajian itu juga merumuskan hanya OKU memahami keperluan OKU lain menyebabkan golongan ini lebih sesuai bekerja dengan majikan OKU yang menjalankan perniagaan termasuk secara kecil-kecilan (Berita Harian, 6 April 2010).

Merujuk kepada statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dari tahun 1996 sehingga 2008 bilangan OKU yang mendapat pekerjaan di sektor awam adalah seramai 766 orang di semua peringkat. Manakala statistik daripada Jabatan Tenaga Kerja hanya 7,467 orang OKU yang mendapat pekerjaan daripada 10,635 yang telah mendaftar melalui Sistem Penempatan OKU (SPOKU) atau Jobs Malaysia.

1.3

Pernyataan Masalah

Pekerjaan merupakan aset penting pada masa kini kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan seharian manusia. Di negara kita terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang telah ditawarkan dan ramai yang telah berpeluang untuk mengisi kekosongan tersebut. Berlainan pula nasib golongan OKU, mereka menghadapi masalah untuk mendapat pekerjaan produktif dan pendapatan bagi menyara hidup. Peluang pekerjaan yang banyak tidak memberikan peluang keemasan kepada golongan OKU untuk melayakkan diri dari tersenarai dalam senarai mereka yang diterima bekerja. Peratusan untuk melayakkan mereka mendapat pekerjaan amat rendah atas faktor majikan. Kebanyakan majikan lebih senang menerima insan biasa bekerja daripada golongan OKU. Berdasarkan kepada pelbagai masalah yang timbul, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi kurang pengambilan golongan OKU bekerja di sektor swasta.

10 1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta. Di antara objektif yang dicadangkan ialah:

i.

Mengenalpasti

sama

ada

faktor

intelektual

mempengaruhi

kurang

pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta. ii. Mengenalpasti sama ada faktor sikap dan sahsiah mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta. iii. Mengenalpasti sama ada faktor kemahiran generik mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta. iv. Mengenalpasti sama ada faktor fasiliti mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta. v. Mengenalpasti sama ada faktor produktiviti mempengaruhi kurang

pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.

1.5

Persoalan Kajian

Isu kurang pengambilan bekerja bagi golongan OKU kini makin hangat diperkatakan walaupun pasaran kerja kini masih tinggi permintaannya. Berdasarkan kepada penyataan masalah, persoalan-persoalan yang dijawab melalui kajian ini ialah:

i.

Adakah faktor intelektual mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

11 ii. Adakah faktor sikap dan sahsiah mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? iii. Adakah faktor kemahiran generik mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? iv. Adakah faktor fasiliti mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta? v. Adakah faktor produktiviti mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

Вам также может понравиться