Вы находитесь на странице: 1из 4

kangkung goreng

Bahan-bahan ( 2 orang )

kangkung 1 ikat * belacan 1 cm (dibakar dahulu) * ikan bilis 2 sudu besar * bawang putih 2 ulas * bawang besar 1/2 labu * bawang merah 3 ulas * cili api 5 biji (boleh adjust) cili merah 1 biji, di potong2 utk hiasan Garam secukup rasa sos tiram 2 sudu

Cara-cara
1. Tumbuk semua bahan2 yang bertanda *. Tumbuk kasar2 lagi best. Kalau malas boleh guna blender. Dah siap, letak tepi 2. potong kangkung dan bersihkan. Panaskan air di dalam periuk sehingga menggelegak. Masukkan kangkong sehingga tenggelam dan layu. Setelah itu, tos kan kangkong. 3. Utk pastikan keceriaan warna kangkung, betul2 selepas tos, lalukan di bawah air paip/masak (mcm basuh semula kangkung) 4. Dengan minyak yg panas, tumiskan semua bahan2 yg telah ditumbuk hingga naik bau. 5. Masukkan garam, sos tiram, serbuk perasa ikan bilis dan cili merah hiasan 6. masukkan kangkung yang telah direbus dan ditos tadi. biarkan seketika utk pastikan bahan2 tadi sebati dengan kangkong.

Ayam masak merah simply sedap & mudah

Bahan-bahan ( 4 orang atau lebih )


4-8 ketul ayam sedikit serbuk kunyit 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 12 biji cili kering yang di rendam / rebus dlm air panas 1/2 inci halia 2 batang serai yang dititik garam secukup rasa gula secukup rasa (lbh krg 1 sudu besar) 1 sudu besar sos tiram minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng terlebih dahulu. Sebaiknya tidak terlalu garing. 2. Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan beberapa hirisan serai yang dititik(untuk bau & rasa). 3. Bahan yg di blend di tumis dalam sedikit minyak hingga agak garing sambil dikacau....masukkan gula dan sos tiram. 4. Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi. 5. Tambah garam / air jika perlu...dan mengikut kepekatan yang anda suka. Selamat menjamu selera. 6. NOTA: Kalau nak lebih pedas garnishlah dengan hirisan cili merah/cili api dan taburan bawang goreng serta hirisan daun bawang / daun sup.

Sayur Campur Mudah..

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )

3 biji bawang puteh - di ketuk 9 batang kacang bonces - dipotong menyerong. 1/4 bunga kobis 3 keping cendawan kering - direndam hingga kembang belah 4 1 pack tahu jepun - dipotong 5 goreng 1 batang cili merah dihiris menyerong 1/2 sdt minyak bijan minyak untuk menumis Udang puteh kecil/ isi ayam secukupnya 1 sdb Sos tiram Kicap cair / garam secukupnya 1 sdt tepung ubi / tepung biasa pun boleh. Tambah dengan 5 sdm air Lada hitam atau puteh secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya, tumiskan bawang puteh hingga warnanya kekuningan, lalu masukan udang / isi ayam lalu kacau hingga sebati biar hingga udang mengeluarkan jus, biarkan seketika hingga kering sedikit lalu masukan sos tiram kacau rata. 2. Masukan cilli, kobis bunga kacau rata biarkan empok, masukan cendawan dan kacang boncis biarkan kesemua sayaur masak. Masukan minyak bijan sedikit air serta kicap cair sesuaikan rasa. Kacau hingga rata dan sebati lalu masukan lada hitam gau rata lagi dan akhir sekali masukan air bancuhan tepung tadi kacau hingga kuahh menjadi pekat sedikit lalu bolehlah diangkat dan dihidangkan..

Вам также может понравиться