Вы находитесь на странице: 1из 12

Bisaya

Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum Dusun, Murut dan Rungus. Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Visaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja. Visaya yang terdapat di Filipina dikatakan berasal dari Borneodan penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik yang tidak menentu. Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal tahun 977 Masihi dan ini memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong kepada penghijrahan bangsaBisaya ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu berbanding bahasa suku Visaya di Filipina.

Pakaian tradisi perkahwinan Bisaya Sabah Isi kandungan


[sorok]

1 Sejarah bangsa Bisaya 2 Catatan Sejarah dari China 3 Catatan Sejarah Tempatan 4 Asal usul Perkataan Bisaya 5 Fakta Bisaya 6 Sultan Awang Koyoh 7 Ketua Kaum Bisaya 8 Peninggalan Senjata Lama 9 Adat dan kebudayaan 10 Kemahiran Kraftangan 11 Tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah 12 Rujukan 13 Nota kaki

[sunting]Sejarah

bangsa Bisaya

Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).

Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.

[sunting]Catatan

Sejarah dari China

Menurut catatan Pemerintah misi dari China, Chang Ching Tze telah diutus ke Barunai (Po-ni) pada 1370 (Tahun Ke-3, Bulan 9 menurut kalendar Hung-wa). Beliau telah mendapati Ibu Kota Barunai dalam keadaan terbakar seolah-olah telah berlaku peperangan yang besar. Maharaja pada masa itu Sultan Mohammad Shah (Ma-ho-mo-sha [Maha Mokhsa]) dikelilingi oleh pengikutnya seramai lebih kurang 1000 orang. Baginda berkirim salam kepada maharaja China pada masa itu sebagai seorang Muslim.

[sunting]Catatan

Sejarah Tempatan

Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi Raja Pulau Jawa. Si Garampa pula menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya. Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Semaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah.[1]

[sunting]Asal

usul Perkataan Bisaya

Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan Mabisa Iya yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini. Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Sri Visaya. Derek Headly (1950) menyatakan legenda Bisaya Borneo apabilaSultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu Bisai-Yah! yang bermaksud betapa cantiknya. Semua kenyataan diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.

[sunting]Fakta

Bisaya

Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Bangsa Bisaya pada zaman dahulu merupakan suatu bangsa yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati oleh suku kaum asli yang lain di negeri ini. Kemahiran suku kaum Bisaya di atas muka bumi Borneo Sabah ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok rumbia, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buahbuahan dan sebagainya. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak

ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan. Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran di sungai suku kaum Bisaya ialah mereka mahir menangkap ikan dengan menggunakan selambau dan di laut pula dengan menggunakan pukat dan bagang. Pada suatu ketika pelayar Bisaya bernama Awang Semaun bersama rombongannya telah mengelilingi kepulauan Borneo ini bermula dari Sungai Klias dan mereka memasangkan kain putih peraca di hadapan sampan mereka sewaktu dalam pelayaran. Apabila rombongan Awang Semaun kembali di Sungai Klias, mereka medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini sebagai Pulau Peraca dalam bahasa Bisaya dan dalam bahasa Melayu bermakna PulauSaputangan. Kerajaan yang paling tua wujud ialah kerajaan Bisaya dan setelah kewujudan kerajaan Barunah, maka pemerintahan kerajaan Bisaya berpindah ke Barunah dan kemudian berubah menjadi Barunai semasa pemerintahan Sultan Ahmad Shah.

[sunting]Sultan

Awang Koyoh

Sejarah menceritakan apabila Sultan Mohammad Shah berpindah ke negara Barunah, maka Sultan Awang Koyoh dilantik sebagai pemerintah kerajaan Barunah atau Borneo yang berpusat di Kota Klias pada tahun 1370. Sepanjang pemerintahan baginda, Borneo berkeadaan aman dan makmur serta subur. Kelebihan Sultan Awang Koyoh ialah dengan izin Allah Subhanahu wa ta'ala tanah-tanih yang di usahakan baginda akan menjadi tinggi dan subur. Hasil tanaman utamanya ialah halia seperti apa yang telah diusahakan oleh ayahanda baginda dahulu Sultan Mohammad Shah. Selain itu

pohon rumbia juga turut ditanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat baginda disamping pengeluaran padi yang berterusan atau meranau. Baginda Sultan Awang Koyoh tidak memiliki ramai anak dan setiap anak baginda dilatih dengan ilmu perang dan mahir menggunakan pelbagai jenis senjata. Anak-anak baginda yang amat terkenal ialah Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim dan Panglima Awang Alapu atau Lapu-Lapu. Kisah penculikan Sultan Awang Koyoh melalui tipu muslihat Sultan Sulu telah mengakibatkan isteri baginda dibawa lari ke Sulu manakala baginda sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut tetapi telah mendapat kecederaan. Kemarahan anak-anak baginda amat meluap-luap, dengan izin kekandanya Sultan Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim, maka Panglima Awang Alapu mengepalai rombongan perang menuju ke Sulu bagi menjatuhkan kerajaan Sulu. Setelah sampai ke perairan Sulu, tanpa berlengah Panglima Awang Alapu memerintahkan bala tenteranya menyerang kerajaan Sulu tanpa belas-kasihan dan menghancurkannya sehancur-hancurnya kerana selama ini serangan bersifat lanun oleh pihak Sulu telah ditepis dengan hanya menghalau lanun-lanun tersebut. Kesabaran Panglima Awang Alapu tidak terbendung lagi kerana ini melibatkan maruah kaum Bisaya kerana cubaan Sulu menculik ayahandanya dan beliau berazam untuk menghancurkan angkatan lanun yang berpusat di Sulu. Maka sebuah pulau telah dijadikan pangkalan tentera beliau dan sehingga kini pulau tersebut dikenali sebagai pulau Bisaya sempena pahlawan-pahlawan Bisaya yang sanggup mati disana bagi menghalang kemasukan lanun ke perairan Borneo. Setelah penjajah barat menguasai Sulu maka perkataan Bisaya bertukar menjadi Visaya. Kejadian tersebut dirakamkan sekitar 1500 masihi dan sehingga kini, kenangan pahlawan Bisaya yang diketuai Panglima Awang Alapu kekal dalam ingatan sanubari keturunan Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar. Berita terakhir yang

diterima ialah apabila kejayaan Panglima Awang Alapu menumpaskan angkatan tentera Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinand Magellan pada 1521 masihi. Lagu untuk mendodoi anak:

"Awang koyoh memang bijak, ilmu baginda memang tinggi, dimana saja baginda memijak, nescaya tanah menjadi tinggi [sunting]Ketua

Kaum Bisaya

Lebih kurang pada abad ke-13, kaum Bisaya mempunyai ketua yang digelar sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas Kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai Sultan Mohammad Shah pada tahun 1363 Masihi. Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah negeri Borneoketika itu manakala baginda Sultan Mohammad Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan Brunei beragama Islam yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun 1370 Masihi. Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar sebagai Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada tahun

1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil. Baginda mangkat pada tahun 1961 Masihi.

[sunting]Peninggalan

Senjata Lama

Sejarah perjalanan Awang Alak Betatar sebenarnya telah menempuh pelbagai onak dan duri yang bertali arus. Secebis kisah yang tidak diuar-uarkan ialah perjalanan pertama baginda ke gunung Kinabalu yang mana telah membawa penemuan besi tahi bintang atau Karusani. Setelah berjaya menumbangkan tembadau bertanduk emas yang selama ini merosakkan tanaman halianya, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa baginda ke gunung Kinabalu. Besi tahi bintang yang diperolehi baginda telah ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam. Menurut maklumat yang diperolehi, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah, bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang dipinggang baginda sebagai senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla. Sebilah pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh. Oleh itu, senjata yang menjadi tanda keturunan baginda telah hilang dan menjadi misteri sehingga kini.

Cucuk sanggul sebenar berwarna emas

Keris sebenar mempunyai 15 luk

Menurut cerita, seorang nelayan berbangsa Bisaya dari Labuan telah menemui sebilah keris dalam perut seekor ikan dan beliau pernah diberitahu sebelum kemangkatan Sultan Awang Kuyoh, baginda memegang sebilah keris kebesaran

kerajaannya. Keris tersebut juga mempunyai pertalian dengan kesultanan Borneo suatu ketika dahulu. Salah satu senjata yang sehingga kini masih menjadi misteri ialah keris emas yang merupakan senjata sulit Sultan Awang Koyoh bin Sultan Muhammad Shah. Selain itu, andiban emas juga merupakan senjata penting bagi mempertahankan diri daripada musuh. Ini merupakan fakta yang menjelaskan tentang tradisi bangsa Bisaya yang memiliki andiban sebagai senjata warisan keluarga.

[sunting]Adat

dan kebudayaan

Kaum asli Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati orang dewasa kaum asli Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan Kaum Asli Bisaya adalah seperti:

Tarian Liliput Bisaya

Tarian Liliput

Tarian Jipin (Zapin) Bisaya Tarian Sayau bagarus (Tarian menggarus batang rumbia) Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang rumbia)

Tarian memijak sagu

Tarian Minsayau (untuk meraikan kejayaan mengalahkan lanun) Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27 lagu dan 3 lagu berkaitan acara berasik

Muzik kulintangan

Pencak silat Bisaya dengan muzik bamboo Tarik tali Bermain gasing Bermain layang-layang Ugang Bamboo Badaup terutama semasa menuai padi

Acara Bedaup semasa atau selepas menuai padi

Mibulang iaitu penggunaan binatang Kerbau Tarian Bubu Mangalai dengan menggunakan jampi serapah

Ya Bamban Ya Lukah,

Ya Bamban Eh Basari, Main Kita Si Ipar Muda, SiLukah Pandai Menari


Berambit/Bahambit menimbang anak kecil yang lahir pada bulan Safar Lastik/Melastik Panah/Memanah Andiban/Alat membujak binatang liar Perubatan tradisional Bisaya Pakaian Tradisional Bisaya Kuih-muih tradisional Bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih sapit, dll.

[sunting]Kemahiran

Kraftangan

Seperti juga dengan kaum-kaum lain di sabah, kaum bisaya mempunyai kraftangan mereka sendiri. Craftangan mereka adalah berkaitan dengan kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian, membuat sagu dan menangkap ikan. Antara yang terdapat disini adalah kalambigas, lasok dan salihid. Bahan daripada: http://ridzoneldee.blogspot.com/2009/08/kesenian-dan-kraftanganbisaya.html

[sunting]Tuntutan

Sultan Sulu ke

atas Sabah
Pada tahun 1930, mengikut penjelasan daripada Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil, kesultanan Sulu telah membuat tuntutan ke atas Borneo (Sabah) akan tetapi, telah ditolak oleh pihak Mahkamah Tinggi Jesselton pada ketika itu. Tuntutan kedua pada tahun 1942, manakala tuntutan ketiga pada tahun 1962 dan kesemuanya telah ditolak oleh pihak mahkamah. Perkara ini jelas pada waktu itu walaupun Borneo (Sabah) adalah di bawah jajahan British akan tetapi, pihak British memang telah mengakui bahawa kesultanan Borneo (Sabah) memang wujud. Makanya, tuntutan Sultan Sulu ke atas Borneo (Sabah) telah ditolak disebabkan Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil Bin Sultan OKK Setia Pahlawan Awang Kassim Bin Sultan Awang Koyoh Bin Sultan Awang Alak Betatar telah membuat penjelasan dengan panjang lebarnya kepada pihak pegawaipegawai British pada waktu itu serta telah dapat meyakinkan pihak berkenaan.

Вам также может понравиться

  • Jadual Guru Bertugas Mingguan 2017
    Jadual Guru Bertugas Mingguan 2017
    Документ4 страницы
    Jadual Guru Bertugas Mingguan 2017
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Lampiran A Borang Pesanan RMT
    Lampiran A Borang Pesanan RMT
    Документ1 страница
    Lampiran A Borang Pesanan RMT
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Soalan
    Soalan
    Документ5 страниц
    Soalan
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Teks Ucapan GB
    Teks Ucapan GB
    Документ4 страницы
    Teks Ucapan GB
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Minit Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin 2017 (2018 - 07 - 23 04 - 48 - 32 Utc)
    Minit Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin 2017 (2018 - 07 - 23 04 - 48 - 32 Utc)
    Документ1 страница
    Minit Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin 2017 (2018 - 07 - 23 04 - 48 - 32 Utc)
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Soalan KH Tahun 6
    Soalan KH Tahun 6
    Документ8 страниц
    Soalan KH Tahun 6
    sasauball
    Оценок пока нет
  • OPTIMALKAN MATA PELAJARAN
    OPTIMALKAN MATA PELAJARAN
    Документ2 страницы
    OPTIMALKAN MATA PELAJARAN
    Syier Mohd
    Оценок пока нет
  • Borang Kehadiran Murid SR 2017
    Borang Kehadiran Murid SR 2017
    Документ16 страниц
    Borang Kehadiran Murid SR 2017
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Tag Nama
    Tag Nama
    Документ1 страница
    Tag Nama
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Ikatan Serong
    Ikatan Serong
    Документ1 страница
    Ikatan Serong
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Tutorial 2 Moral
    Tutorial 2 Moral
    Документ1 страница
    Tutorial 2 Moral
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Sistem Suria
    Sistem Suria
    Документ1 страница
    Sistem Suria
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Tutorial 2 Moral
    Tutorial 2 Moral
    Документ1 страница
    Tutorial 2 Moral
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Hbef 2203 N
    Hbef 2203 N
    Документ8 страниц
    Hbef 2203 N
    林秀菁
    Оценок пока нет
  • Ikatan seraya untuk kayu berpalang
    Ikatan seraya untuk kayu berpalang
    Документ2 страницы
    Ikatan seraya untuk kayu berpalang
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Ikatan seraya untuk kayu berpalang
    Ikatan seraya untuk kayu berpalang
    Документ2 страницы
    Ikatan seraya untuk kayu berpalang
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Simpulan
    Simpulan
    Документ9 страниц
    Simpulan
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • AL Khawarizmi
    AL Khawarizmi
    Документ4 страницы
    AL Khawarizmi
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Al Ghazali
    Al Ghazali
    Документ4 страницы
    Al Ghazali
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Al Ghazali
    Al Ghazali
    Документ4 страницы
    Al Ghazali
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Esei Individu EDU3109
    Esei Individu EDU3109
    Документ3 страницы
    Esei Individu EDU3109
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • AL - Biruni
    AL - Biruni
    Документ4 страницы
    AL - Biruni
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Ibn Haitham
    Ibn Haitham
    Документ5 страниц
    Ibn Haitham
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Al Farabi Dan Ibn Sina
    Al Farabi Dan Ibn Sina
    Документ5 страниц
    Al Farabi Dan Ibn Sina
    Mohamad Azlan Omar
    Оценок пока нет
  • Dasar-Dasar Kerajaan
    Dasar-Dasar Kerajaan
    Документ82 страницы
    Dasar-Dasar Kerajaan
    Chan Yong Hong
    Оценок пока нет