Вы находитесь на странице: 1из 50

NAMA PELAJAR : MAIZATUL HUSNA BINTI ABD YADI (GB 01948) NOR RASYIDAH BINTI ISMAIL (GB01970)

Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW merupakan mukjizat paling besar pengaruhnya, isi kandungannya sangat relevan dengan kehidupan seharian. Salah satu kemujizatan atau keistimewaan Al-Quran ianya dapat dibuktikan dengan ilmu sains moden.

Betapa pentingnya sains dan Al-Quran sehingga Allah menurunkan ayat yang pertama didalam al-Quran iaitu: Firman Allah dalam surah Al-Alaq ayat 1-5 Maksudnya : Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

ayat ini menjelaskan bahawa Islam amat mementingkan budaya ilmu dan menyeru umatnya supaya bersungguh-sungguh dalam proses pencarian ilmu pengetahuan. Ketegasan Islam dalam proses pencarian ilmu dapat dibuktikan dengan fakta bahawa wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w memberi penekanan kepada pembacaan sebagai wahana penting usaha keilmuan.

Firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 30: Maksudnya: Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tidak melihat bahawa langit dan bumi itu dahulunya berpadu (satu unit ciptaan) (ratqa) lalu Kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan Kami jadikan dari air segala benda hidup. Tidakkah mereka beriman?

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting, iaitu: Mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Mengenai hakikat kehidupan, iaitu air adalah asas bagi segala hidupan.

Dua perkataan dalam ayat ini iaitu ratqa dan fataq dapat dijelaskan: Ratqa berasal daripada perkataan Arab rataqa yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup. Fataq berasal daripada perkataan Arab fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Quran ini adalah sebuah fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini menyimpulkan bahawa alam semesta, bersama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui sebuah letupan besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari alam tiada sebagai melalui sebuah letupan titik tunggal. Fakta ini, yang baru berjaya diketahui melalui kajian yang dijalankan di dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Quran 1400 tahun lalu

Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku letupan yang kuat sekitar 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Selepas itu ia berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya menjadi bintang-bintang, planetplanet, galaksi dan seumpamanya.

Firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 5 Maksudnya: Dia telah menciptakan langit dan Bumi sebagai kebenaran. Dia memutar malam ke atas siang dan memutar siang ke atas malam. Dalam Al-Quran, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab kawwara yang diertikan sebagai memutar.

Di dalam Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J. Milton Cowan, kawwara bermakud membalut sesuatu benda mengelilingi benda lain, dilipat sebagai sehelai pakaian yang terhampar. (Sebagai contoh, dalam perbendaharaan kata bahasa arab, perkataan ini digunakan untuk merujuk perbuatan memutar sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti orang yang sedang memakai serban).

Maklumat yang diertikan di dalam ayat di atas mengenai siang dan malam yang memutari antara satu sama lain adalah maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Hal ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk sfera. ini bererti bahawa di dalam Kitab Al-Quran, yang diturunkan di abad ke-7, bentuk sfera bumi telah dikiaskan.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 32: Maksudnya: Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.

Sifat langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan di abad ke-20 ini. Ruang atmosfera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan alam hidupan untuk wujud. Sementara memusnahkan sejumlah meteor besar dan kecil yang menghampiri bumi, sekaligus menghalangnya dari jatuh ke muka bumi dan membahayakan makhluk hidupan.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 29: Maksudnya: Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berberkehendak menuju langit, lalu di jadikannya tujuh lapisan langit.. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu.

Kajian saintifik kontemporari juga mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain. Penakrifan yang dilakukan berdasarkan kriteria kandungan unsur atau jumlah suhu telah memastikan atmosfera bumi adalah terdiri daripada tujuh lapisan. Berdasarkan kepada model Limited Fine Mesh (lFMMii), iaitu sebuah model atmosfera yang digunakan untuk meramal keadaan cuaca selama 48 jam turut menyimpulkan bahawa atmosfera terbina daripada tujuh lapisan.

Berdasarkan kepada definisi geologi moden berhubung tujuh lapis langit adalah seperti berikut: 1) Troposfera 2) Stratosfera 3) Mesosfera 4) Termosfera 5) Eksosfera 6) Ionosfera 7) Magnetosfera

Al-Quran telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting. Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 31: Maksudnya: Dan Kami jadikan di bumi ini gunungganang yang teguh supaya ia tidak bergoncang bersama mereka....

Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama melalui sebuah pancang yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan di dasar bumi. Melalui cara ini, ia menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama. Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah isostasi.

Definisi isostasi; Keseimbangan di dalam kerak bumi dikekalkan oleh sebuah kandungan material batu-batan di dasar permukaan di bawah tekanan graviti. Peranan penting gunung-ganang yang ditemui melalui hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Quran berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Allah.

gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan. Firman Allah dalam surah al-Naml ayat 88 maksudnya: Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.

Pergerakan gunung-ganang adalah disebabkan oleh pergerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi terapung di atas lapisan mantel yang lebih padat. Pada awal kurun ke-20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua bumi pada asasnya bercantum bersama seawal pembentukannya, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.

Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener adalah benar ketika mengemukakan fakta tersebut pada tahun 1980-an, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam sebuah gugusan daratan yang besar 500 juta tahun lalu dipanggil Pangaea yang terletak di kutub selatan.

Dianggarkan 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Salah satu dari benua gergasi ini ialah gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Manakala yang satu lagi dipanggil laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali lebih kurang 150 juta tahun selepas pemisahan ini, gondwana dan laurasia terbahagi kepada bahagian yang lebih kecil.

Allah merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan penghanyutan dalam ayat di atas. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah Hanyutan Benua (Continental Drift) untuk fenomena ini.

Besi adalah sebuah unsur yang disebutkan dalam Al-Quran di dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan melalui firman Allah dalam surah ini ayat 25 maksudnya: ....dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....

apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud secara fizikal diturunkan dari luar angkasa, seperti dalam kes hujan dan sinaran matahari. Kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan. Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintangbintang gergasi di luar angkasa.

Unsur besi hanya dapat dihasilkan di dalam bintang yang lebih besar berbanding matahari di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila jumlah besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, ia akan gagal untuk menampungnya dan yang akhirnya meletup dalam letupan yang dipanggil nova atau supernova. Hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta dan bergerak melalui celah ruang angkasa sehingga ditarik oleh kuasa graviti sebarang objek di cakerawala.

Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Quran sebagai berikut: Firman Allah dalam surah al-Rahman ayat 1920 Maksudnya: Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.

Sifat lautan, yang terbentuk bersama walaupun tidak bercampur-baur antara satu sama lain adalah sebuah penemuan terbaru di dalam bidang oceanographi. Akibat dari sejenis daya fizikal yang dipanggil ketegangan permukaan (surface tension), kandungan air dalam dua lautan yang berbeza tidak akan bercampur sebati. Disebabkan oleh ketumpatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutan dari bersebati dengan larutan lain, seolah-olah di sana terdapat dinding nipis yang memisahkannya.

Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, ketegangan permukaan mahu pun oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika AlQuran diwahyukan.

Air tidak hanya penting dalam proses kejadian langit dan bumi, ia juga penting bagi hidupan-hidupan di dunia. Hal ini ditegaskan Allah di beberapa tempat dalam Al-Quran, sebagai contoh, dalam surah al-Anbiya ayat 30 maksudnya: "Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

Dan melalui surah al-Nur ayat 45 bermaksud: Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air. Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006, pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan. Tanpanya, kehidupan tidak boleh wujud dan sekiranya ia wujud, ia tidak boleh berterusan tanpa air.

Kenyataan bahawa hidupan bermula daripada air mendapat kekuatan tambahan dengan penemuan terbaru yang mendapati hidupan mungkin bermula di bawah lautan. Mengikut BBC News Online bertarikh 9 September 1998, di segmen Sci/Tech bawah tajuk Springing To Life Under The Sea, saintis-saintis mengatakan rahsia mengenai kewujudan hidupan yang awal di dunia mungkin wujud 9 000 kaki di bawah lautan Atlantik. Di situ para saintis menemui semburan hidrogen dan selepas mereka mengkaji persekitarannya, mereka merasakan ia sesuai bagi melahirkan kehidupan di peringkat awal.

Susu ibu adalah sebuah sebatian yang tiada tandingan diciptakan oleh Allah sebagai sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan sekaligus berperanan meningkatkan kerintangan melawan penyakit. Bahkan makanan bayi tiruan yang dihasilkan melalui teknologi pemakanan terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi yang sungguh menakjubkan ini.

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 14, Maksudnya: Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan dari susuan setelah dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu.

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu formula. Kolostrum yang terkandung dalam susu ibu mempunyai khasiat yang tinggi. Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-birit, selsema dan radang paru-paru. Susu ibu mengandungi bahan anti kuman, antaranya dikenali sebagai macrophages yang mampu membunuh bakteria, kulat (fungus) dan virus, malah 80 peratus daripada sel yang terdapat dalam susu ibu terdiri daripada macrophages ini.

Oleh itu, bayi yang meminum susu ibu sedikit sebanyak mendapat ketahanan daripada pelbagai jenis penya.kit seperti radang paruparu (pneumonia), radang saluran pernafasan (bronkitis), jangkitan telinga, dan campak (German measles). Hal ini dinyatakan dalam laporan oleh pihak tertinggi bahagian pemakanan dan ubat-ubatan di Amerika iaitu U.S. Food and Drug Administration (FDA) di www.fda.gov dalam artikel bertajuk BreastFeeding Best Bet for Babies.

Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh termasuk dalam aspek pendidikan dan pengajian ilmu sama ada bersifat keagamaan ataupun selainnya seperti ilmu sains .Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu sains selagi tidak membawa kepada kemudaratan atau bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Umat Islam mesti bersaing mempelajari ilmu sains memandangkan ia adalah sebahagian daripada tuntutan ajaran Islam.

Вам также может понравиться