Вы находитесь на странице: 1из 22

1

KONSEP PENJAJAHAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMBANGUNAN


MASYRAKAT PLURAL DI MALAYSIA

Pengenalan
Alam Melayu telah mengalami pluralisme budaya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Hal ini berlaku
apabila adanya interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab praa-Islam, Hinduisme, Buddhisme
Arab Islam dan Eropah (Portugis,Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu.
Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia ini telah mewujudkan fenomena
sosial di Alam Melayu yang digelar fenomena kepluralitian budaya.

Pengertian
Pluralisme adalah ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza
dalam masyarakat. Masyarakat pluraliti pula berlaku apabila wujudnya kepelbagaian bangsa dan
agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi, tanpa paksaan dan fleksibel. Berlainan
dengan masyarakat pluralistik, di mana mereka merupakan masyarakat yang wujud hasil
daripada kepelbagaian bangsa dan agama di suatu tempat pada satu masa secara yang dirancang
dan bercirikan paksaan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.


2
1. PLURALISME BUDAYA ALAM MELAYU

Kewujudan pelbagai etnik di Alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap
pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian bangsa,
agama dan budaya. Masyrakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah
terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.
Mereka datang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan dan kedatangan mereka
turut disertai bersama oleh ahli keluarga. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi
harmoni dengan penduduk, alam sekitar, sistem sosial, politik dan agama. Mereka juga turut
berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan. Contohnya,
masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan
dan mengamalkan pemakaian baju kebaya dalam kehidupan mereka.
Indianisation merujuk kepada proses pengaruh agama dan kebudayaan India di Asia
Tenggara. Tamadun awal Alam Melayu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Hindu dan
Buddha. Namun begitu, menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Hinduisme dan Buddhisme
tidak banyak mempengaruhi masyarakat Melayu. Namun, tidak dinafikan kewujudan pengaruh
Hinduisme dan Buddhisme dalam adat dan seni budaya masyarakat Melayu. Sebagai contoh,
watak-watak wayang kulit yang menggunakan nama-nama Hindu seperti Ramayana, Hanuman
dan Sita Dewi. Penggunaan bunga manggar dan bunga telur serta adat bersanding dalam
masyarakat melayu diambil daripada kebudayaan India. Terdapat konsep-konsep yang dipinjam
daripada kebudayaan Hindu (raja dan kerajaan) dan Sanskrit (negeri atau negara). Sistem
pemerintahan di Alam Melayu awalnya diadaptasi daripada astrologi Hindu melalui perlantikan
pegawai kerajaan secara berangka seperti Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar
Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua. Masyrakat Melayu diterapkan dengan pemikiran
bahawa raja ialah anak tuhan dan perlu dipatuhi dan ditaati. Kebesaran raja-raja dapat dilihat
melalui pembinaan candi-candi besar seperti yang terdapat di Borobudur, Indonesia.
Pembentukan masyrakat pluralistik selepas kedatangan orang Eropah berbeza berbanding
dengan zaman sebelum kedatangan mereka. Orang Cina dan India dibawa masuk ke Tanah
Melayu oleh British untuk memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka. Sebagai contoh,

3
orang Cina digalakkan membuka lombong-lombong bijih timah dan emas. Mereka datang ke
Tanah Melayu tanpa disertai keluarga, dan kedatangan mereka adalah semata-mata untuk
memenuhi keperluan ekonomi-politik British. Oleh itu, asimilasi budaya dan cara hidup antara
kaum etnik tidak berlaku. Namun begitu, kehidupan yang harmonis antara kaum tetap terus
wujud dalam bentuk akomodasi sosial. Keharmonian ini terus berkekalan sehingga ke hari ini.
Sebelum kedatangan penjajah British, ilmu pengetahuan dalam Alam Melayu lebih
banyak berasaskan epistemologi bercorak metafizik yang merujuk kepada ilmu bersumberkan
alam ghaib. Alam ghaib ialah alam bukan material yang wujud diluar pengalaman pancaindera
manusia. Antaranya dapat dilihat dalam amalan perubatan perdukunan atau perbomohan
menggunakan jampi serapah ketika berinteraksi dengan makhluk alam ghaib untuk mengubati
sesuatu penyakit. Kedatangan Briish telah mengubah epistemologi metafizik yang bersifat bukan
material kepada epistemologi fizikal bersifat rasional atau saintifik. Ia merupakan pembuktian
sesuatu pengetahuan menerusi pancaindera yang dipertingkatkan dengan alat saintifik seperti
mikroskop dan sebagainya. Epistemologi ini kemudiannya memperkenalkan ilmu, konstruksi
sosial, perbendaharaan kata, idiom, peta, banci, muzium dan kategori etnik. Kesemua ini
kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

4
2. KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU: KESULTANAN MELAKA

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu berada pada zaman keemasan.
Melaka digelar The Venice of The East berikutan menjadi pusat tumpuan perdagangan dari
seluruh dunia. Melaka merupakan pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara. Faktor-faktor yang
menyumbang kepada zaman kegemilangan Melaka adalah pemerintahan yg sistematik,
perdagangan, kebudayaan dan kependudukan.
Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh. Para pegawai
istana tidak hanya terdiri daripada orang Melayu tetapi terdapat juga kaum lain seperti India.
Jawatan-jawatan yang diwujudkan seperti Temenggong, Bendahara, Laksamana dan Shahbandar
mempunyai peranan penting dalam melaksanakan sistem pemerintahan Melaka dengan teratur.
Melaka mendapat perlindungan Cina dengan bantuan Laksamana Yin-Ching yang melawat
Melaka pada 1403.
Dari aspek perdagangan, kedudukan geografi Melaka yang strategik terletak di kawasan
laluan perdagangan iaitu Selat Melaka yang juga terkenal sebagai spice route telah menarik
ramai pedagang untuk menjalankan urus niaga di Melaka. Melaka telah menjadi pusat
pelabuhan yang sibuk kerana sistem pemerintahan terbuka, kemudahan dan sistem pelabuhan
yang cekap. Panglima dan laksamana yang proaktif dalam menjalankan tugas memastikan
Melaka selamat daripada ancaman perompak dan lanun seperti wujudnya Hukum Kanun Melaka
dan Undang-Undang Laut Melaka.
Dari segi kebudayaan dan kependudukan, proses penghijrahan yang bebas dan semulajadi
tanpa paksaan mewujudkan kepluralitian dalam masyarakat yang di antaranya terdiri daripada
para pedagang dari Arab, India, Cina, Eropah dan negara-negara lain. Imigran tidak memerlukan
pengenalan diri untuk masuk ke Melaka. Mereka berakomodasi dengan masyarakat tempatan
seperti masyarakat Cina dan orang tempatan seterusnya mewujudkan masyarakat baru yang
dikenali sebagai masyarakat Baba.



5
3. PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT PLURALISTIK

1. Masyarakat Plural
Masyarakat plural sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan
pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan
bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut
Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap
bersama-sama di satu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula
terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua- dua istilah masyarakat
plural membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa
telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu
tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.
Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat pluralistik
muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk
mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok- kelompok
yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi
mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa,
budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.
Dalam memahami intipati masyarakat plural yang menumpukan Semenanjung Malaysia sahaja,
perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat plural.
Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi
melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak
dapat digerak menyusuri istilah masyarakat pluralistik. Penggunaan istilah masyarakat pluralistik
itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.
Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara
yang berbeza iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun. Di sini kita akan mengupas kewujudan
masyarakat pluralistik di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing.


6
4. PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU
4.1 JENIS-JENIS PENJAJAHAN: IMPERIALISME DAN KOLONIALISME

Penjajahan di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu Imperialisme
dan Kolonialisme. Penjajahan berbentuk Imperialisme merupakan penjajahan secara fizikal.
Contohnya, penjajah mengaut kekayaan muka bumi seperti bijih timah dan emas demi
kepentingan negara mereka sendiri. Imperialisme British membawa masuk buruh dari China dan
India untuk mengusahakan lombong dan ladang getah.
Manakala penjajahan Kolonialisme pula dapat ditakrifkan sebagai penjajahan secara
fizikal dan juga mental. Ianya dapat dilihat apabila penjajah memperkenalkan sistem sosial,
politik, dan agama mereka kepada penduduk tempatan. Kolonial British berjaya menjajah dan
mengawal kehidupan masyarakat peribumi yang ramai dengan jumlah mereka yang hanya
sedikit.
Portugis dan Belanda menekankan penjajahan berbentuk Imperialisme di dalam misi-misi
kedatangan mereka. Inggeris pula menggunakan senjata serampang dua mata dalam misi-misi
kedatangan mereka iaitu penjajahan berbentuk Imperialisme dan Kolonialisme.



7
4.2 KEDATANGAN PENJAJAH KE TANAH MELAYU
a) Kedatangan dan serangan Portugis ke Melaka
Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang diketuai
oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit
perselisihan faham Sultan telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang
berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai
1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan
membayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan
kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini
telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu.Pada 24
Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

b) Rampasan takhta oleh Belanda
Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606 - Johor berpakat
dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis
mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis
di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor
Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten
Minne Williemson Kaartokoe.

c) Pendudukan British Di Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua
Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Pendudukan British di Tanah Melayu
bermula dari pergolakan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yang
telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Manakala
melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan
oleh Belanda kepada pihak British.

8
Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-
negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan
bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari
peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai
infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan,
perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil.
Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan
telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan
India untuk menampung kekurangan pekerja.Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan
ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian
kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan
antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.
Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai
ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan
lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.Masyarakan
Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani.
Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas
kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan
undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk.
Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke- 19 dimana
berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana migrasi Cina,
mereka juga dilindungi oleh British.


9
d) Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap
pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah
Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa
pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali
sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Dari segi pentadbiran ,
satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang , Melaka , Perak , Pahang ,
Selangor , dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis , Kedah , kelantan , dan Terengganu
diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 , dengan tujuan membalas jasa Siam.


10
5. PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK ZAMAN PENJAJAHAN

Pembentukan masyarakat pluralistik pada zaman penjajahan dapat diterangkan dalam
tiga bahagian, iaitu prinsip, sistem dan struktur serta dasar pentadbiran yang diperkenalkan oleh
penjajah British di Alam Melayu. British telah mengamalkan prinsip epistemologi iaitu
pemisahan antara negara dan agama. Hal ini berlaku kerana semasa kedatangan penjajah British
ke Tanah Melayu, Eropah turut mengalami perubahan yang sama. Ilmu pengetahuan akhirnya
terpisah kepada dua, iaitu agama dan sains moden akibat daripada pertelingkahan antara para
agamawan dan saintis di Eropah. Oleh itu, masyarakat secara umunya telah terpisah kepada dua:
pihak yang menyokong agama dan pihak yang menyokong sains moden. Ilmu yang berasaskan
sains moden mendapat sokongan kuat daripada penduduk Eropah dan akhirnya agama menjadi
anutan individu sahaja. Hal ini kerana ilmu sains mempunyai sifat sarjawagat yang boleh
menyatukan manusia dengan kefahaman yang sama dan membolehkan manusia hidup secara
aman, sebaliknya agama hanya dianggap sebagai penyumbang kepada perselisihan pendapat
dalam kalangan manusia yang akan membawa kepada pergaduhan dan peperangan. Oleh itu,
ilmu sains telah menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia.
Penjajah British telah menguasai pentadbiran negara manakala hal ehwal agama dan adat
istiadat Melayu diletakkan di bawah penguasaan sultan. Malah, merekan turut memperkenalkan
sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa, iaitu kehakiman, eksekutif dan perundangan.
Setiap pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh bercampur aduk.
Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan zaman sebelum kedatangan British, di mana
tiada pengasingan kuasa berlaku kerana Raja dan Sultan mempunyai kuasa mutlak.
Kedatangan penjajah British telah membawa kepada dasar ilmu kolonial yang berasaskan
sains moden yang bersifat rasional dan saintifik dan sekaligus mencorakkan dasar-dasar
pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan penjajah. Sistem pentadbiran telah dipisahkan antara
negara dan agama. Manakala ekonomi yang pada mulanya berasaskan pertanian sara diri,
akhirnya kepada sistem ekonomi perindustrian dan perdagangan (sistem ekonomi kapitalis).
Manakala dari segi pendidikan pula, dwi-sistem telah diperkenalkan, iaitu pendidikan agama dan
pendidikan sekular.

11
6. PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Sebelum tahun 1848, majoriti penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu.
Pada abad ke-19, berlakunya perkembangan perusahaan bijih timah dan perusahaan getah pada
awal abad ke-20. Maka berlakulah penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke
Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi jumlah penduduk
Melayu. Akhirnya, wujudlah masyarakat majmuk berbilang kaum di Tanah Melayu yang
mengamalkan kebudayaan masing-masing dan mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang
berlainan.
Kaum Melayu, Cina dan India hidup dalam keadaan yang harmoni serta mempunyai
persefahaman dan hubungan yang baik. Hal ini terbukti apabila mereka sama-sama berjuang
untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957
dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Terdapat juga kaum dan suku lain di Malaysia. Antaranya adalah Kadazandusun, Bajau,
Murut dan Suluk di Sabah. Kedatangan orang Cina di Sabah adalah hasil daripada pemerintahan
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang menggalakan penghijrahan masuk orang Cina di
lading getah dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah telah meningkat daripada 27,801
orang pada tahun 1911 kepada 50,056 orang pada 1931.
Manakala di Sarawak pula, kaum Bumiputera yang utama ialah Iban, Bidayuh, Melayu
dan Melanau. Pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak telah menggalakkan kemasukan Cina
untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong dan telah meyebabkan peningkatan
dalam bilangan penduduk Cina di Sarawak, kira-kira 5000 orang pada thaun 1871 kepada
123,626 pada tahun 1939.




12
7. IMPLIKASI PENJAJAHAN EROPAH TERHADAP PLURALITI
MASYARAKAT MALAYSIA

7.1 Politik

Kesan penjajahan eropah terhadap kewujudan pembentukan pluraliti masyarakat majmuk
di Malaysia dapat dilihat dengan jelas dari segi aspek politik sama ada dari segi perundangan
mahupun pentadbiran.
Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasar-dasar pentadbiran
yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. prinsip, sistem, struktur dan
dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka. Iainya berbeza sama sekali dengan sistem
dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan diguna pakai di tanah melayu. Ini dapat
dibuktikan melalui perubahan epistemologikal yang besar iaitu dari segi perpisahan diantara
agama dan negara. Kesannya ialah pemerintahan negara telah dikawal secara keseluruhan oleh
penjajah, bagaimanapun segala perkara berhubung dengan agama dan adat istiadat telah diberi
kuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri.
Selain itu, wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur
penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman. Sebelum penjajahan eropah, sistem
pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada adalah dibawah kuasa mutlak raja-raja. Malahan,
perubahan didalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa; eksekutif,
legislatif dan juga kehakiman telah diteruskan didalam operasi dan pentadbiran negara sehingga
ke hari ini.
Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing,
dan undang-undang buruh. Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak
mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah
menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture,
kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan
Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang
orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun

13
1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang
menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang
imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi
merancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan
pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.
Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing
bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap
mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh
pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan
kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan
Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Di
samaping itu, wujudnya undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk
memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia
bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak
pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932, orang-
orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada
pemerintah Inggeris Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan
bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang
berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat
keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat
pribumi.
Namun, selepas merdeka, politik Malaysia menjurus kepada konteks politik domestik,
demokrasi telah berjalan dengan lancar terutamanya pada pilihan raya umum (1955) kerana
kaum Melayu, Cina, India telah bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British.
Melalui kesepakatan antara kumpulan-kumpulan etnik ini, maka terbentuk satu pakatan parti
iaitu Perikatan. Iainya terdiri daripada United Malays National Organisation (UMNO), Malayan
Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC).
Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang
lain dan diubah namanya menjadi Barisan Nasional(BN). Titik permulaan kejayaan BN bermula

14
apabila BN mengamalkan sikap saling bertolak-ansur dan kerjasama antara kumpulan-kumpulan
etnik yang lain justeru mambuka peluang kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada
pembangunan negara.

7.2 Perlembagaan
Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara
Malaysia. Perlembagaan tokoh-tokoh melayu yang berlandaskan kepada kontrak sosial
merupakan persetujuan antara kaum-kaum yang lain. Sebelum kedatangan Inggerish, Tanah
Melayu mengamalkan kontrak sosial ,dan iainya terbahagi kepada 2 peringkat. Pada peringkat
pertama, berlaku pada zaman pluraliti, iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat
dan raja. Janji taat setia ini juga diistilahkan sebagai waad. Kontrak sosial pada peringkat kedua
pula berlaku pada zaman pluralistik, hasil daripada penjajahan British, dimana mereka berjanji
untuk memberikan kemerdekaan dengan syarat orang Melayu bersetuju untuk menerima
kedatangan orang bukan Melayu dan memberikan taraf kerakyatan disamping hak istimewa
orang bukan Melayu. Pada masa yang sama, orang bukan Melayu juga bersetuju dengan
peruntukan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Sehubungan dengan itu, terbentuklah
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee- CLC)
Selepas memperoleh kemerdekaan, sistem perlembagaan berubah kepada Federalisme
berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia). Perlembagaan Malaysia
berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan beberapa perubahan telah
dibuat untuk memudahkan proses penyertaan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Malaysia.
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara dan telah menjadi asas
kepada kontrak sosial dan juga pembentukan parti politik.




15
7.3 Ekonomi
Dasar ekonomi yang diamalkan oleh British ialah dasar ekonomi bebas , laissez faire.
Kesan amalan ini telah mewujudan sistem ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk
kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik.
Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah
perlombongan dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik
berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian,
manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan
ladang.
Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan
perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran bandar
dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan
India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya
ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja
didominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya
Melayu tradisional.
Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja
mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional
iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor
ekonomi moden pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi
aktiviti perlombongan,perkilangan,dan perkhidmatan. Ketidakseimbangan antara etnik jelas
dilihat dalam sektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina
manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja.Sebagai contoh, separuh daripada etnik
Melayu yang terlibat dalam sektor ketiga adalah sektor kerajaan (polis). Manakala dalam sektor
swasta pula dimonopoli oleh etnik Cina dalam bidang pengangkutan, perniagaan, dan kewangan.
Etnik India pula terlibat dengan sektor perkhidmatan awam, pengangkutan awam (kereta api)
,perniagaan dan kewangan.

16
Melalui ketidakseimbangan ini, wujudnya permasalahan ekonomi terutamanya dari segi
jurang pendapatan dan juga pencetus kepada peristiwa 13 Mei 1969. Oleh hal yang sedemikian,
selepas merdeka, kerajaan telah cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan
memperkenalkan langkah pembangunan berencana, antaranya ;
i. Rancangan oramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah
Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-
1960)
ii. Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah
Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia
Pertama (1966-1970)
iii. Dasar Ekonomi Baru
iv. Dasar :Pembangunan Negara
v. Wawasan 2020











17
7.4 Sosial
Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentuk melalui
proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela untuk menjalani
kehidupan serta mencari kekayaan. Kehidupan di Tanah Melayu yang berlandaskan kebebasan
dan tanpa paksaan telah mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan.
Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman
itu. Mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan secara sukarela. Ini dapat dilihat melalui
perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat tempatan yang melahirkan masyarakat Cina
Baba. Walaupun perkahwinan campur telah berlaku antara mereka tetapi mereka masih lagi
mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu. Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa
olah mereka juga turut diterima oleh penduduk tempatan dengan hati yang terbuka.
Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza dengan
zaman sebelumnya. Ini dapat dilihat daripada imigrasi penduduk Cina dan India ke Tanah
Melayu yang digalakkan oleh British untuk kepentingan ekonomi mereka. Oleh kerana tujuan
kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperuan ekonoi British, maka interaksi antara kaum
tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-
masing.
Namun begitu, kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetap menjalani
hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain.
Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini






18
7.5 Pendidikan
Sistem pendidikan adalah elemen yang penting bagi sesebuah negara untuk menuju
kearah pembangunan masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Oleh itu, sistem
pendidikan juga harus dilaksanakan dengan sewajarnya dan dijalankan mengikut kesesuaian dan
keperluan masyarakat sejagat.
Sebelum penjajahan berlaku di Tanah Melayu, sistem pendidikan lebih menjurus kepada
penguasaan dan pengkajian ayat-ayat kitab Al-Quran, iaitu pendidikan Islam diutamakan.
Sebarang permasalahn mengenai isu agama diselesaikan melalui perbincangan dan rujukan
daripada imam dan para guru agama. Pendidikan Islam mula berkembang dengan kewujudan
sekolah-sekolah pondok dan madrasah sebagai tempat mendapat pendidikan.
Namun sewaktu zaman penjajahan British, terdapat empat pendidikan aliran yang
berlainan iaitu, aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Disamping itu, tiga peringkat pendidikan
diadaptasikan di Perseketuan Tanah Melayu ketika itu. Pertama, pendidikan British rendah dan
menengah yang dihadiri oleh anak-anak bangsawan Melayu, dan hartawan Cina dan India.
Kedua, sekolah melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British untuk menjadikan mereka
petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka namun British membenarkan kewujudan
sekolah agama dan mengaji Quran. Ketiga, sekolah vernakular Cina dan India. Kewujudan
sekolah vernakular telah menyebabkan masyakat Melayu, Cina dan India mempunyai
kepentingan tersendiri terutama untuk kaum masing-masing dan bagi aliran pendidikan Cina dan
India, kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasinya berkiblatkan negara asal mereka.
Laporan Barnes 1950 telah menjadi penggerak perubahan kedudukan pendidikan orang
Melayu kerana telah bangkit kesedaran semangat nasionalisme selepas tamat Perang Dunia II
pada tahun. Mengikut Laporan Barnes 1950, kewujudan sekolah vernakular tidak menyumbang
ke arah perpaduan kaum, di mana antara syor Jawatankuasa Barnes adalah sekolah-sekolah
vernakular Melayu, Cina, dan Tamil hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis
sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan. Tetapi masyarakat Cina merasa kedudukan mereka
tergugat dan atas desakan kaum mereka sendiri, juga kerana terhasilnya Laporan Fenn-Wu 1951.
Perubahan pendidikan sentiasa berlaku ketika itu kerana kehendak rakyat perlu dipenuhi bagi

19
menjamin perpaduan dan kesejahteraan negara. Pembentukan Ordinan Pelajaran 1952 adalah
untuk mengatasi impak daripada hala tuju Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951
yang berlainan matlamat.

Walaubagaimanapun, semasa era pascamerdeka sistem pendidikan telah berubah corak
baru yang berorientasikan unsur-unsur tempatan. Pendidikan kebangsaan dibentuk untuk
keseragaman kukirikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. Usaha kearah ini telah
dilakukan semenjak sebelum merdeka lagi apabila dua laporan iaitu Penyata Razak (1956) dan
Penyata Rahman Talib (1960). Matlamat kedua-dua laporan ini adalah menggunakan satu bahasa
pengantae tunggal iaitu bahasa melayu.

Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberi perhatian oleh
kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957. Hal demikian menjadikan dasar-dasar penting dalam Laporan Razak 1956 dan
laporan Rahman Talib 1960 yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan melalui Akta Pendidikan
1961.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahasa Melayu telah dijadikan
bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris masih lagi digunakan sebagai bahasa rasmi.
Walaubagaimanapun, pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun
1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 atas prinsip :
i. Sekolah pelbagai aliran dan sistem pengajaran dalam bahasa ibunda masing-
masing dibenarkan.
ii. Sekolah Cina dan India wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu
daripada mata pelajaran.
iii. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain
berteraskan Malaysia dan
iv. Bukan lagi berteraskan negara Cina dan India.

Semasa rancangan Malaysia kedua, iaitu 1971-1975, rancangan pendidikan negara
ditumpukan pada tiga bidang, iaitu: (1) menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan
perpaduan negara, (2) memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara

20
mengenai tenaga rakyat, dan (3) memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang
maju berasaskan sains dan teknologi moden. Bagi mencapai rancangan itu, strategi untuk
melaksanakannya disediakan, iaitu melaksanakan Bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar
utama disemua sekolah secara berperingkat, mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan
peluang pelajaran di antara kawasan dan antara kaum melalui pembinaan sekolah dan
kemudahan sekolah di luar bandar, dan meningkatkan mutu pelajaran. Pada tahun 1983, kerajaan
Malaysia telah wujudkan rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk
dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara; dan tahun 1989 kerajaan melaksanakan
rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua sekolah menengah
seluruh Malaysia. Kedua-dua KBSR dan KBSM mempunyai objektif yang sama, iaitu sebagai
alat perpaduan kaum dan negara.




21
8. KESIMPULAN
Pluraliti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat Malaysia namun ianya juga
bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk diakhiri terutama sekali dalam masyarakat
pelbagai etnik di Malaysia yang masih kaya dengan adat budaya kaum masing-masing.
Perpaduan dan gabungan tiga kaum yang terbesar di negara ini terutamanya pada zaman
darurat yang memerlukan kaum-kaum utama bersatu padu dan bekerjasama dalam bidang politik
telah memberi peluang besar etnik-etnik di Tanah Melayu untuk menilai hubungan etnik ketika
itu.
Perpaduan seperti ini telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu dan masih lagi kekal hingga kini. Kewujudan etnik-etnik yang berasingan kekal
sehingga penjajah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu dan memberi kemerdekaan pada 31
Ogos 1957.
Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting
adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap
masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Perlu
ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat,
penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku
di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka
tindakan untuk membina Negara-Bangsa. Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang
berteraskan kepada sejarah bangsa peribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan
yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Identiti Negara-Bangsa
adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur
patriotisma Negara-Bangsa.




22
9. RUJUKAN

1. Joginder Singh Jessy .1964. History of Malaya (1400-1959). Penang . United Publishers
& Peninsular Publications.

2. Shamsul Amri Baharuddin. 2011. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam, Selangor.
UPENA.

3. J. Kennedy, M.A . 1967. History of Malaya A.D 1400-1959. New York. St Martins
Press Inc.

4. http://www.scribd.com/doc/13097947/Sejarah-Kewujudan-Masyarakat-Majmuk-Di-
Malaysia, Penjajahan dan Kewujudan Masyarakat Majmuk.

5. http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-3-pluralistik-zt1042-presentation/download,
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia.

6. http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf, Mior
Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin. Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan
Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional.

Вам также может понравиться