Вы находитесь на странице: 1из 4

Al-quran dan sains

Al-Quran telah menyatakan bahawa proses penciptaan manusia melalui empat tahap.Tahap-tahap
tersebut adalah percampuran air mani lalu menjadi alaqah(ketulan darah) dan menjadi mudghah(ketulan
daging) setrusnya menjadi tulang-tulang.hal ini telah terbukti di dalam Al-Quran pada surah Al-Mukminun
dan bukti ini boleh diterima oleh setiap manusia.Sebelum manusia ditugaskan untuk menjadi
khalifah,manusia telah diberikan beberapa keistimewaan oleh-Nya.Keistimewaan tersebut telah
dinyatakan di dalam Al-Quran dan telah mengangkat darjat manusia di sisi Allah.Oleh itu Kita sebagai
manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipangdang hina
oleh masyarakat.Bagi memikul tanggungjawab ini,pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah
sangat penting bagi melancarkan tugasan yang telah di berikan oleh Allah SWT kepada kita.

Pendebungaan ialah proses penyatuan sel jantan daripada biji debunga dengan sel
telor (betina) dari ovul, bagi menghasilkan buah. Kebanyakan pokok buah-buahan
didebungakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan lain-
lain. Pendebungaan melalui serangga hanya berlaku kepada bunga-bunga
yang berwarna terang dan mempunyai ranggi yang besar serta cukup kuat untuk
menyangga berat serangga yang melawatnya. Debunga juga melekit.
Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat :22 yang bermaksud
" untuk proses pendebungaan , Kami mengutuskan angin"
Firman Allah ini adalah untuk membuka ruang kepada kita supaya mengkaji sistem
pendebungaan yang terdapat pada bunga-bunga pokok .

Melalui kajian didapati :

PERTAMA : Pendebungaan melalui angin berlaku pada bunga-bunga yang rangginya
tidak terang serta tidak menarik perhatian serangga. Jenis debunganya pula amat
ringan dan kering. Faktor-faktor ini memudahkan debunga-debunga tersebut
berpindah ke stigma bunga walaupun tiupan angin berlaku dengan perlahan.
KEDUA : Terdapat sesetengah bunga yang hanya dilawati oleh oleh jenis serangga
yang tertentu sahaja kerana tidak semua jenis serangga menyukai jenis bunga yang
sama.
KETIGA : Pendebungaan secara kacukan pula berlaku kepada bunga yang debunga
kurang berpeluang sampai ke stigma disebabkan kedudukan stigmanya yang lebih
tinggi daripada stamen seperti jagung, kurma atau bunga lain yang seumpamanya.
Perihal Pendebungaan:
"Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami
turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah
kamu yang menyimpannya"
(al-Hijr 15: 22)


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada)
kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada
manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan
dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari
berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk
(kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada
semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran

al Baqarah : 164

Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun al-Quran
bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai
petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.
Walau bagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang
kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.

Sains ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan oleh
manusia. Secara dasarnya, penemuan yang sahih tentang alam tidak akan
bercanggah dengan al-Quran. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang
daripada Allah: al-Quran diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah.
Kedua-duanya adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya
adalah suatu hubungan yang harmonis.

Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah ayat 53 dalam
surah Fussilat yang bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti
kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga
jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."

Ada ulama yang mentafsirkan ayat ini secara yang berbeza sedikit. Bagi mereka
ayat ini bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran
Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas
kepada mereka bahawa Islam itu benar."

Walau bagaimanapun, dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir
berkata, "(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang
menunjukkan bahawa al-Quran ini adalah benar." Untuk menerokai dan
mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan.

Seterusnya, berhubung dengan firman Allah yang bermaksud, "Dan pada diri
mereka sendiri," Imam Ibn Kathir berkata, "Berkemungkinan yang dimaksudkan
oleh ayat ini ialah apa yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang
menakjubkan, sebagaimana yang dapat dilihat dalam ilmu tasyrih (anatomi).
Kesemua ini akan menampakkan kebijaksanaan Yang Maha Pencipta." Untuk
mengenali organ serta memahami sistem yang terdapat dalam tubuh manusia, sains
juga diperlukan.

Konklusi yang dibuat as-Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini amat menarik
sekali. Dalam al-Asas fit Tafsir beliau berkata, "Dalam buku saya bertajuk Ar-
Rasul' saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat
dalam ayat ini. Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka
sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa
yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka
akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Saya telah
memberikan banyak contoh berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca
kitab tafsir ini (iaitu al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih
jelas."

Dalam Tafsir al-Azhar pula Hamka berkata, "Dalam ayat ini dinyatakan bahawa al-
Quran ini kian lama kian nyata kebenarannya. Bukti kebenaran itu akan muncul di
segenap penjuru bahkan pada diri mereka (manusia) sendiri. Mungkin beberapa
perkara yang diterangkan Quran tatkala ia mula diturunkan belum difahami tetapi
kelak (ketika zaman berubah) dan otak manusia menjadi (semakin maju) akan
nampaklah kebenaran itu. Sudah 14 abad Quran diturunkan dan semakin
berkembang pengetahuan manusia tentang alam (semakin) bersinarlah rahsia
kebenaran Quran."

Justeru, ayat ini merupakan jambatan antara sains dan Quran. Ia mengisyaratkan
bahawa penemuan-penemuan sains masa kini yang berkaitan dengan alam dan
manusia akan menampakkan, tanpa ragu-ragu lagi, kebenaran al-Quran. Yang
penting ialah kajian sains yang dilakukan mestilah merupakan suatu kajian yang
sahih dan ayat al-Quran yang hendak ditafsirkan mestilah merupakan satu ayat
yang boleh dikaitkan dengannya, selepas merujuk kepada tafsiran yang muktabar.
Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk
memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.

sumber: www.danialzainalabidin.com

Вам также может понравиться