Вы находитесь на странице: 1из 9

ASSIGNMENT 1

SEPTEMBER 2013 SEMESTER




SUBJECT CODE

: EEA622
SUBJECT TITLE

: EDUCATIONAL ASSESSMENT
LEVEL : MASTER OF EDUCATION


STUDENTS NAME

: CLARENCE CHRISTOPHER DE GUZMAN
MATRIC NO.

: E60105130090
PROGRAMME

: MASTER OF EDUCATION
ACADEMIC FACILITATOR

: MAZREN BIN TIKUSAN
LEARNING CENTRE

: KOTA MARUDU

Sebelum kita pergi lanjut tajuk tugasan pada kali ini. Adalah amat elok untuk kita menyelami
erti peperiksaan dan erti pentaksiran itu sendiri.
Peperiksaan
Peperiksaan secara umumnya dapat ditakrifkan sebagai satu cara untuk mengukur keupayaan
dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yang diikuti.
Peperiksaan juga dikira sebagai kayu ukur bagi menentukan keupayaan serta kemampuan
seseorang di dalam sistem pemarkahan sama ada cemerlang, baik, sederhana atau gagal.
Peperiksaan dapat menggalakkan pelajar mengambil berat terhadap apa yang dipelajarinya
serta mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri atau mata pelajaran. Peperiksaan mampu
mempertingkatkan diri seseorang daripada malas kepada rajin, gagal kepada jaya, sederhana
kepada baik dan baik kepada cemerlang. Peperiksaan merupakan salah satu jalan yg cerah
untuk kecemerlangan ilmu dan kehidupan di masa hadapan di samping menilai kemampuan
pelajar untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yg lebih tinggi-IPT. Pelajar, ibu bapa
serta guru perlu ingat bahawa peperiksaan bukanlah suatu keadaan untuk melabelkan
seseorang itu sebagai 'pelajar bodoh' (stupid) atau 'pelajar pandai'(clever), kerana peperiksaan
bukanlah satu ukuran MUTLAK untuk menguji pencapaian seseorang.
Pentaksiran
Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan
Greek Assidere iaitu bermaksud Duduk di sisi seperti dinyatakan di atas sesuai dengan
apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang
Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan
sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran
secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau
belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap
yang lebih tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia
yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun
mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik
menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.



Perbezaan peperiksaan dengan pentaksiran
Jika pentaksiran merupakan proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem
atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya
mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh
mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu
sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan
ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai diguna
untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain
iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan.

Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi
maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi
individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai murni, budi pekerti, penampilan
diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir
sepenuhnya menggunakan peperiksaan.

Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif
dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal
yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan. Hal-hal
tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman,
pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik.

Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti
sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan
guru-guru mengajar tidak mengikut kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini
diperhatikan daripada fenomena murid Tahun Enam sekolah rendah yang tidak lagi belajar
seawal bulan Julai kerana murid-murid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan
UPSR. Mereka akan diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki
menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali (ada yang sehingga empat kali).

Ibubapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak ke
pusat tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan. Anak yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu dikatakan gagal
dalam pembelajarannya. Sekolah yang prestasinya dalam sesuatu peperiksaan merosot
berbanding prestasi tahun sebelumnya, walau pun hanya 0.1%, merasa tertekan kerana
prestasi guru dan pentadbir sekolah dianggap merosot.

Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh mengguna
proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses mendapatkan
maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai
atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif
seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang
berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh
didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat
pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz
dan senarai semak (check list).
Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, takulan dan
pemerhatian. Sebagai analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat
seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga
seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya
menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau
bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan
kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang
yang mentaksir dan mengikut keadaan.
Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses
memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan Ahmad
mendapat markah 90% dalam ujian Matematik, oleh itu dia adalah seorang murid yang
cemerlang dalam mata pelajaran itu, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran
atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh
jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah
seperti Baik, Cemerlang, Menguasai tahap pencapaian minimum dan Boleh membaca
dengan kefahaman yang tinggi. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian
boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif.
Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan
seperti layak memasuki aliran Sains. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau
interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga
membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat,
memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku
secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan
sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran-pembelajaran.

Wajarkah tindakan di atas berlaku dalam sistem pendidikan kita? Jika kita menganggap tidak
wajar, maka wajarkah pula kita memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, PMR dan
SPM serta mencadangkan pentaksiran berasaskan sekolah sahaja? Rata-rata peserta Seminar
Sistem Pentaksiran Kebangsaan yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat pendidik,
pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta parti politik tidak bersetuju ketiga-tiga
peperiksaan itu dimansuhkan. Mereka sepakat menyatakan bahawa peperiksaan perlu ada dan
menganggap penekanan kepada peperiksaan (exam oriented) hanya merupakan persepsi
masyarakat. Jika kita dapat memberi penekanan yang sama kepada pentaksiran dalam aspek
ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni melalui pentaksiran berasaskan
sekolah, pentaksiran alternatif, pentaksiran autentik, pentaksiran prestasi, pentaksiran
formatif dan pentaksiran untuk pembelajaran, dengan sendirinya persepsi tersebut dapat
dicairkan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi & rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS mentaksir bidang akademik
dan bukan akademik.
PBS merujuk kepada ujian yang diberikan oleh guru kepada pelajar selepas tamat satu topik
pembelajaran.Ujian-ujian yang diberikan diuji dengan pelbagai BAND bermula Band 1
hingga Band 6 yang berbeza tahap kesukarannya serta soalan yang berbeza mengikut
kehendak pencapaian yang telah digariskan.
Melalui sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini, guru tidak lagi perlu meramal
bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama, tidak perlu melaksanakan
latih tubi terhadap topik tertentu.
Sebaliknya, pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang
dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan malah format pentaksiran baharu itu
membolehkan murid dinilai berdasarkan hasil lebih luas dalam jangka masa yang lebih
panjang.

Ia bertujuan untuk menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan
standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi
peperiksaan sejajar usaha kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014.

Ia merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek),
efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Secara spesifik, PBS dioptimumkan bagi mentaksir bidang akademik dan bukan akademik,
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif
(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) berasaskan sekolah.

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS),
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan
Pentaksiran Psikometrik.
PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah
iaitu contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian,
kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
Bagi PP pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat
sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian
murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan.
Selain itu, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum
(contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau
tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain
sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur
kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir,
kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.
Jika dikaji lebih teliti, PBS ini sebenarnya sudah lama ditaksir melalui pemberian kerja rumah,
kuiz, projek, ujian lisan serta pelbagai aktiviti melibatkan pembelajaran pelajar samaada di
dalam mahupun luar bilik darjah. Penambahbaikan PBS yang dijalankan bermula tahun lalu
menggariskan standard dan penggunaan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk
tujuan merekodkan pencapaian pelajar secara berterusan.
Masalah yang timbul dalam PBS
PBS jika dikaji lebih mendalam lagi sebenarnya bagus akan tetapi keberkesanan kepada
perkembangan pelajar mungkin akan terhad. Terdapat beberapa masalah yang terlibat dalam
proses perkembangan/pencapaian pelajar dengan adanya penggunaan sistem PBS di
sekolah. Antaranya adalah :
1) Sistem P&P (pengajaran dan pembelajaran) dalam bilik darjah menjadi agak terhad.
- Bila adanya system PBS, guru seolah dikerah untuk menghabiskan satu-satu topik dengan
segera agar ujian PBS dapat dijalankan. Tambahan lagi, guru tidak dapat menerangkan
kesemua subtopik kerana tidak semua subtopik akan diuji dalam ujian PBS.
- Sebelum memberikan ujian PBS kepada pelajar, guru terlebih dahulu menyediakan evidens
(soalan-soalan yang akan diuji). Kemudian, guru juga akan menyemak kertas evidens
berkenaan. Selepas itu, aktiviti merekod dan dokumentasikan pencapaian. Persoalannya
disini , Bagaimanakah seorang guru dapat menghabiskan kesemua kerja berkenaan dalam
masa berada di sekolah agak terhad. Mungkin kerja tersebut boleh dibawa ke rumah.
2) Masalah Pelajar
- Ketidakhadiran pelajar ke sekolah bukanlah satu masalah yang agak asing lagi. Bagaimana
hendak memberikan ujian PBS jika pelajar tersebut tidak hadir. Adalah mustahil bagi
memastikan dahulu supaya semua pelajar dapat hadir untuk mengambil ujian. Atau membuat
soalan lain secara berasingan bagi pelajar yang tidak hadir.
- Selepas menyemak ujian PBS berkenaan, guru juga dikehendaki merekodkan pencapaian
pelajar ke dalam sistem.Bagaimana pula jika pelajar berpindah ke sekolah lain?. Tidakkah ini
akan menyusahkan para guru sahaja. dipendekkan cerita PBS ini tidak begitu efektif dan
praktikal.

3) Buang waktu dan pembaziran kertas.
- Ujian PBS yang dijalankan sudah memakan waktu P&P. Adalah agak merugikan untuk
proses P&P yang sewajarnya. Jika dibandingkan dengan peperiksaan awam (UPSR, PMR,
SPM dan STPM), guru akan lebih serius untuk mengajar dan tidak memikirkan mengenai
PBS sahaja. Maka,para pelajar juga akan lebih bermotivasi tinggi untuk belajar.
- Ujian PBS seperti juga ujian-ujian bulanan yang kadang-kala dijalankan kadang-kala
sebaliknya. Dah namanya ujian, sudah tentu melibatkan banyak kertas. Bagaimana jika
tidak. Bukankah sudah berlaku pembaziran disitu Di era yang kian membangun ini, takkan
lah kita masih melakukan pembaziran kertas lagi?
Pihak yang bertanggungjawab dalam merealisasikan sistem PBS ini harus mengkaji
semua, benar atau tidak seorang guru dapat mengukur tahap pencapaian pelajar melalui ujian
PBS semata-mata, sedangkan ramai dari kalangan guru sendiri masih tidak mampu
mengintergerasikan PBS dengan baik. Tambahan lagi, pelajar tidak akan serius untuk belajar
dan akan banyak bermain kerana mereka tahu subjek yang mereka belajar tidak akan dinilai
dalam peperiksaan yang besar.
Bukan tidak ingin menyokong usaha kerajaan dalam penggunaan sistem PBS, tetapi
perkembangan pelajar sebenarnya tidak dapat diukur melalui secara kuantiti mahupun
kualitatif. Pada pendapat saya, sistem PBS ini juga bukan membantu mengurangkan beban
kerja guru, malah menambah kerja guru dari aspek pengkeranian Guru dah kurang masa
memikirkan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat para pelajar dalam proses P&P jika
sudah sibuk dengan sistem PBS ini.
4) Internet yang lembap
Tetapi, adakah sistem ini boleh diakses kesemua sekolah. Secara umumnya, sistem ini akan
berfungsi jika ada talian internet kerana sistem ini beroperasi secara ONLINE. Jika sekolah
tersebut mempunyai capaian internet, pelaksanaan sistem ini akan dapat berjalan dengan baik.
Namun jika sekolah tersebut tiada capaian internet terutama sekolah-sekolah di pedalaman,
bagaimana pihak sekolah hendak mengemaskini data pentaksiran yang diperlukan. Bukan
semua sekolah di pedalaman mempunyai capaian internet. Kalau ada pun, capaiannya adalah
amat perlahan dan adakalanya langsung tidak boleh mengakses internet. Jadi bagaimana
guru-guru hendak memasukan data yang diperlukan dalam sistem ini.
Ada diantara cadangan yang dikemukakan oleh pihak lembaga peperiksaan semasa
bengkel yang dilakukan disetiap daerah adalah dengan pihak sekolah menggunakan
kemudahan yang ada di PKG atau PPD bagi mengemaskini data. Cadangan yang diberikan
ini adalah baik kerana di PPD atau PKG sendiri mempunyai kemudahan internet dan juga
mereka juga boleh membantu dari segi teknikal. Tetapi masalah yang akan timbul adalah jika
pengisian itu mengambil masa yang lama, sekolah akan kekurangan guru serta jarak sekolah-
sekolah ke PPD dan PKG ada diantaranya berjarak beratus-ratus kilometer. Jadi berbaloikah
pergi ke PKG dan PPD semata-mata melengkapkan data pentaksiran dalam sistem ini. Jika
ditanya kepada guru-guru yang mengajar dipedalaman, mesti timbul permasalahan ini.

Namun kalau diikutkan, sebagai orang yang diamanahkan menjadi seorang pendidik, segala
penat perit dan halangan perlulah dihadapi dengan cara bijaksana oleh guru yang
bertanggungjawab. Jika tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang telah diamanahkan,
tidak akan majulah pendidikan negara.
Namun, diharap pihak kementerian perlulah memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah
talian internet di sekolah-sekolah pedalaman kerana semakin hari, dunia pendidikan semakin
maju tetapi sistem internet kita ketinggalan.

Вам также может понравиться