Вы находитесь на странице: 1из 10

Cadangan Penyelidikan

MPU1023






Nama: Komalavalli A/P Velipandian
No Matrik: MP131239








Tajuk: Minat Membaca d kalangan pendidik di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor
Bahru.

Nama Pensyarah: Professor Mohamed Najib Abdul Ghafar










2

Tajuk: Minat membaca buku ilmiah dalam kalangan pendidik di Maktab Sultan Abu Bakar,
Johor Bahru.

Bab 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Seorang pendidik bertugas memindahkan ilmu dan kemahiran kepada orang yang menerima
ilmu tersebut. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab seorang pendidik, melengkapkan diri
dengan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa. Dapatan kajian
menunjukkan 3 punca utama masyarakat di Malaysia tidak suka membaca. Antaranya ialah
kerana mereka lebih berminat kepada aktiviti lain (60.4%), tiada masa lapang (15.2 %) dan
(13.5%) pula tidak berminat untuk membaca. Kajian ini berkenaan minat membaca buku
ilmiah dalam kalangan pendidik di Maktab Sultan Abu Bakar.

1.2 Latar belakang masalah
- Menurut satu kajian yang dilaksanakan secara usaha sama antara Perpustakaan Negara
Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia, secara purata setiap rakyat Malaysia hanya
membaca satu halaman buku setiap tahun.
- Profesion sebagai pendidik amatlah berat dan memerlukan individu yang mahir dan berilmu
pengetahuan tinggi kerana mereka yang akan membentuk generasi masa depan negara kita.
Menurut data EMIS, 30 November 2013, jumlah pendidik di sekolah rendah adalah sebanyak
241,068 orang dan sekolah menengah mempunyai 178,872 orang pendidik. Secara
keseluruhan, jumlah pendidik di Malaysia adalah 419, 940 orang.
-Dapatan kajian, menunjukkan individu yang membaca, berbuat demikian hanya untuk
mengambil peperiksaan, membuat tugasan atau untuk melaksanakan sesuatu tugas yang
memerlukan pembacaan. Individu sedemikinan sesuai digelar illiterate literates Jurnal
Pendidikan 2004, Universiti Malaya (Mahzan Arshad, 2003)

1.3 Penyataan Masalah
Persoalan yang timbul apakah tahap minat membaca buku ilmiah pendidik di Maktab Sultan
Abu Bakar?





3

1.4 Objektif Kajian
(i) Meninjau minat membaca dalam kalangan pendidik di Maktab Sultan Abu Bakar,
Johor Bahru.
(ii) Meninjau tahap bacaaan buku ilmiah dalam kalangan pendidik di Maktab Sultan Abu
Bakar, Johor Bahru.
(iii) Mengkaji minat membaca buku ilmiah dalam kalangan pendidik di Maktab Sultan
Abu Bakar, Johor Bahru.

1.5 Hipotesis
Hipotesis nol 1: Wujud minat membaca dalam kalangan pendidik di Maktab Sultan
Abu Bakar, Johor Bahru.
Hipotesis nol 2: Wujud bacaan buku ilmiah dalam kalangan pendidik di Maktab Sultan
Abu Bakar.
Hipotesis nol 3: Wujud minat membaca buku ilmiah dalam kalangan pendidik di
Maktab Sultan Abu Bakar.
1.6 Rasional
(1) Pendidik atau lebih dikenali sebagai guru merupakan agen penting dalam sistem
pendidikan Malaysia. Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan
sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang
kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak-anak didik.
(2) Membaca itu jambatan ilmu merupakan kata hikmah yang jelas menunjukkan
kepentingan amalan membaca.
(3) Teras PIPP (2013-2025), juga menekankan kualiti guru. Oleh itu, amat penting bagi
pendidik melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terkini dan meningkatkan kemahiran
diri.
(4) Pendidik ialah golongan yang kurang membaca mungkin disebabkan oleh faktor
persekitaran kerja yang terlalu sibuk dengan bebanan tugas dan menghadapi masalah
kekangan masa.
(5) Minat membaca buku ilmiah boleh ditingkatkan dan dijadikan amalan atau aktiviti harian
wajib oleh para pendidik.
(6) Kajian ini mungkin sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada para pendidik tentang
kepentingan minat membaca buku ilmiah.


4

1.7 Skop / Kekangan
(1) Kajian ini membuat andaian bahawa minat membaca pendidik menjadi faktor utama
kepada masalah kurang bacaan buku ilmiah dalam kalangan pendidik.
(2) Kajian ini juga tidak dapat mengawal faktor luaran yang boleh mempengaruhi minat
pendidik seperti media sosial ( Facebook, Tweeter & sebagainya), bebanan kerja, kekangan
masa, dan persekitaran sosial.

1.8 Kerangka teori
(i) Henry Guntur menyatakan bahawa membaca adalah suatu proses yang dilakukan serta
dipergunakan oleh pembaca untuk memperoleh pesan yang hendak disampaikan oleh penulis
melalui media kata-kata atau bahasa tulis (1989:7)
(ii) B.F Skinner menyatakan, belajar merupakan tingkah laku yang hubungan antara
perangsang (S) dan respon (R) yang terkenal dengan teorinya iaitu Operant Conditioning
Theory.
(iii) Thorndike menyatakan dua prinsip belajar, iaitu law of effect dan law of exercise
yang terangkum dalam teorinya The Connectiosim Theory.
1.9 Definisi istilah
(a) Pendidik : ialah orang yang mendidik: guru.
(b) minat: keinginan atau kesukaan, kecenderungan kepada sesuatu , (Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2005)
(c) Membaca: bermaksud memerhatikan isi kandungan yang bertulis dengan teliti
dan memahami apa-apa yg tertulis. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005)
(d) Buku ilmiah: buku bersifat ilmu pengetahuan.

Bab 2 SOROTAN PENULISAN
- Berasaskan ilmu pengetahuan inilah individu dalam sesuatu masyarakat melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai seorang anggota untuk memajukan dirinya sendiri, keluarga dan
seluruh masyarakatnya (Hiebert,Gallimore, & Stigler, 2002).
- Para pendidik harus menjadi model kepada para pelajarya dengan menunjukkan bahawa
membaca dapat meningkatkan daya intelektual dan keperibadian seseorang (Freeman, 2002).

5

- Membaca meningkatkan rohani dan emosi yang menjadikan individu sedar kepentingan
menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara. Hal ini terbukti di banyak negara
maju, rakyatnya dari golongan yang gemar membaca dan menjadikannya sebagai aktiviti
wajib dalam kehidupan.(US Department of Education, 2002).
- Menurut artikel for Those Who Want to Lead Read yang ditulis oleh John Coleman,
menyatakan bahawa, membaca selama enam minit boleh mengurangkan stress 68% dan juga
meningkatlan kesihatan.
Finally, an active literary life can make you more personally effective by keeping you
relaxed and improving health. For stressed executives, reading is the best way to relax,
as reading for six minutes can reduce stress by 68%, and some studies suggest reading may
even fend off Alzheimers, extending the longevity of the mind.( John Coleman, For Those
Who Want to Lead, Read).

BAB 3 Metadologi
3.1 Rekabentuk
Kajian dibuat berbentuk penerokaan analitikal dengan data yang diperoleh daripada tinjauan
menggunakan soal selidik yang akan ditadbirkan kepada pendidik di Maktab Sultan Abu
Bakar.

3.2 Populasi/ sampel/tempat
(1) Populasi kajian adalah keseluruhan warga pendidik yang berkhidmat di Maktab Sultan
Abu Bakar. (seluruh populasi)

3.3 Instrumentasi
(1) Soal selidik yang digunakan dibina berdasarkan .........
(2) JPU soal selidik adalah seperti berikut:
Faktor Jumlah item No. item
Motivasi 32 1, 6, 11, 16, 21, 26,
Harga bahan 32 2, 7, 12, 17, 22, 27,
Kepentingan membaca 32 3, 8, 13, 18, 23, 28,
Halangan bahasa 32 4, 9, 14, 19, 24, 29,
Beban kerja 32 5, 10, 15, 20, 25, 30


6


3.4 Analisi data
(1) Skor setiap item dibuat berdasarkan skala Likert 5 skala. Min akan dikira untuk setiap
faktor minat membaca buku ilmiah. Perbandingan akan dibuat antara faktor minat untuk
membaca buku ilmiah.
(2) Analisis ini dilaksanakan untuk meninjau tahap minat membaca buku ilmiah dalam
kalangan pendidik.

3.5 Takwim kalender
TARIKH TINDAKAN
Tahun : 2014
Feb-Mac
Membina cadangan dan sorotan penulisan
April Membina soal selidik dan melaksanakan
kajian rintis
Mei Analisis data dan tafsir data
Jun Laporan Kajian


Rujukan
Anne E.Cunningham & Keith E. Stavonich.2001.What reading does for the mind.
Juornal of Direct Instruction.
Mahzan Arshad.2004. Kajian terhadap minat membaca di kalangan pendidik. Jurnal
Pendidikan 2004, Universiti Malaya.
Mohd Najib Abdul Ghafar.2003.Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.













7

LAMPIRAN A

Soal Selidik Kajian Minat Membaca Dalam kalangan Pendidik di Maktab Sultan Abu
Bakar, Johor Bahru.

Saudara saudari sekalian,
Saya sedang menjalankan satu kajian mengenai minat membaca buku ilmiah dalam kalangan
pendidik di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Bersama-sama ini saya harap saudara
dapat melibatkan diri dengan lengkap. Proses ini tidak akan mengambil lebih daripada 20
minit masa saudara.
Segala maklumat peribadi adalah RAHSIA dan hanya akan digunakan untuk kajian
sahaja. Kesudian saudara melibatkan di dalam kajian ini, saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Yang benar,

.........................................
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai.

Tel: 07-5576160-4129













8

Bil ITEM 1 2 3 4 5
1 Saya sentiasa membaca buku ilmiah untuk mengisi masa lapang saya
dengan berfaedah.

2 Saya akan membeli buku ilmiah sebagai koleksi bacaan saya.
3 Saya membaca buku buku ilmiah untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran saya.

4 Saya suka membaca buku ilmiah dalam bahasa yang saya mudah
fahami.

5 Saya akan membaca buku ilmiah setiap hari walaupun sibuk dengan
tugasan kerja.

6 Saya lebih suka membaca buku ilmiah kerana motivasi daripada rakan
pendidik yang lain.

7 Saya akan membaca buku ilmiah sekiranya harga buku ilmiah lebih
murah.

8 Saya membaca buku ilmiah untuk memberi maklumat yang lebih
mendalam kepada para pelajar tentang mata pelajaran yang saya ajar.

9 Buku ilmiah yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris tidak menjadi
penghalang kepada saya membaca buku ilmiah.

10 Beban kerja yang banyak menjadi penghalang utama untuk saya
membaca buku ilmiah.

11 Saya suka membaca majalah-majalah hiburan berbanding buku ilmiah.
12 Saya lebih suka sekiranya saya mendapat buku ilmiah sebagai hadiah
hari jadi saya.

13 Saya membaca buku ilmiah memantapkan diri saya dengan
pengetahuan terkini selaras dengan keperluan semasa.

14 Buku ilmiah yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris, menggugat
minat saya membaca buku ilmiah.


15 Beban kerja yang banyak tidak menghalang saya dari membaca buku
ilmiah.

16 Saya percaya bahawa pembelajaran sepanjang hayat amat penting
kepada semua manusia, terutamanya kepada pendidik.

17 Sekiranya terdapat pameran buku, saya akan menggunakan peluang
tersebut untuk membeli buku ilmiah dengan harga yang lebih murah.



9

18 Membaca buku ilmiah dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya
sekaligus menjadikan saya seorang yang lebih berkeyakinan.

19 Bahasa yang diggunakan dalam buku ilmiah amat tinggi
arasnya,menyebabkan saya terpaksa merujuk kamus.

20 Setelah penat bekerja di sekolah, saya akan membaca buku ilmiah.
21 Saya akan mengajak anak murid membaca buku ilmiah yang telah saya
baca.

22 Saya lebih suka meminjam buku ilmiah dari perpustakaan daripada
membelinya.

23 Saya berkongsi maklumat tentang buku ilmiah yang saya baca dengan
rakan-rakan dan para pelajar.

24 Saya lebih suka buku ilmiah yang mempunyai gambar yang berwarna
daripada buku yang mempunyai tulisan.

25 Saya membahagikan masa saya dengan baik di samping tugasan kerja
untuk membaca buku ilmiah.

26 Saya terpaksa membaca buku ilmiah kerana takut disoal oleh pelajar.
27 Para pendidik perlu diberi boucar buku sebagai pemangkin minat
membaca buku ilmiah.

28 Membaca pelbagai buku ilmiah menjadikan saya seorang yang lebih
mantap dalam pengajaran.

29 Buku ilmiah banyak dalam bahasa Melayu meningkatkan motivasi
untuk saya menbaca buku ilmiah.

30 Pada hari cuti, saya menggunakan peluang tersebut untuk membaca
buku-buku ilmiah.











10

LAMPIRAN B

Вам также может понравиться