Вы находитесь на странице: 1из 9

DOKUMEN-DOKUMEN UNTUK PENEMPATAN GURU

Salam.
Tahniah kepada semua ISMP yang telah pun mendapat tahu mengenai penempatan
masing-masing.
* Ini adalah pesediaan tidak rasmi. Sila dapatkan yang rasmi melalui suarat
penempatan ataupun arahan-arahan rasmi daripada JPN, Bahagian atau sektor
masing-masing. Untuk pesediaan awal boleh rujuk maklumat di bawah ;


Untuk perhatian ; Gambar di atas adalah contoh Pelantikan Jawatan, bukan
Pengesahan Jawatan. Gred DC41 ke DG41. Tetapi mulai Tahun 2012, bakal guru akan
terus di lantik ke DG41. Tetapi untuk pengesahan jawatan akan memerlukan dokumen-
dokumen ini juga nanti.

Cikgu2 x perlu risau mengenai Medical Checkup, Akuan sumpah, penyata kewangan.
Kerana nanti lapor diri akan di beritahu dan diberikan masa untuk berbuat perkara2
tersebut.
Contoh Tawaran Penempatan
SBP (Bawah)



Contoh Senarai Semak Yang posting di Sarawak (Bawah)

Apa-apa pun, sebelum datang untuk melapor diri, ada beberapa perkara yang mesti
kamu buat. Antaranya;
Akaun KWSP
Dapatkan slip yang ada nombor akaun KWSP korang untuk memudahkan urusan gaji
nanti. Buat siap-siap sebab benda ni sekejap ja 5 min pon x sampai. Manalah tahu
yang pertama kali sampai negeri tersebut ( bagi yang telah kerja).

* Bagi yang tidak pernah bekerja, ada kawan beritahu pun boleh pergi ke pejabat
KWSP buk akauan. Hanya perlu bawa IC. Pun skeejap je x sampai 5 minit.

* Lagi satu KWSP dah buat sistem online untuk memudakan kerja check penyata
terkini, korang kene pergi pejabat KWSP ambil No. Pengaktifan, pastu g laman web
KWSP untuk daftar online.

* kalau tak settle ni, lambatlah urusan gaji sebab gaji akan dipotong sikit untuk
simpanan KWSP selagi korang tak sah jawatan atau tak pilih skim pencen. Sekarang
rate potongan adalah 11% dari gaji pokok.

* Penyata KWSP boleh di minta di cawangan pejabat KWSP terdekat. Tetapi jika
berdaftar I-Akaun, boleh print daripada internet (warna-warni) berbanding hitam putih di
pejabat KWSP. hehe.

Daftar I-Akaun

https://secure.kwsp.gov.my/index.php?tpl=p2_iakn_general&page=activate




Buku Bank

- untuk gaji.
- lebih baik korang bawa buku bank lebih dari satu (kalau ada akaun di bank-bank
berlainan) sebab korang tak tahu bank apa yang paling dekat dengan korang kan?
Lagipun senang in case ada problem nak daftar kemasukan gaji dengan bank yang
korang prefer.
better Maybank lebih baik.

* Ada kawan cakap walaupun status bank kita aktif, kita kite pergi bank untuk
PENGESAHAN No. Akaun Bank, dah dapat pengesahan photostat bawa nanti untuk
urusan gaji (Bank Statement).

* Kawan tu cakap juga kalau selain Maybank, gaji kita akan lambat sehari.


Dokumen-Dokumen
Fotostat dan bawa original copy benda-benda di bawah ni:

*Sahkan siap2 cari tok penghulu masing2 key.
-Salinan Kad Pengenalan
-Salinan Surat Beranak
-Salinan Sijil SPM / STPM/ SMU
-Salinan Sijil Berhenti Sekolah
-Salinan Ijazah ( KPLI sahaja)
-Salinan Transkrip Ijazah / Keputusan peperiksaan Tahun Akhir (KPLI Sahaja)
-Salinan Surat Pengiktirafan JPA (KPLI / IJAZAH LUAR NEGARA)
-Salinan surat nikah dan surat pengesahan majikan suami / isteri *
-Salinan sijil- sijil penglibatan kokurikukum / bakat
-Setiap salinan dokumen telah disahkan
-gambar pasport
statemet kwsp
-Akaun Maybank dan bank lain(dapatkan bank statement)
-IC ayah dan ibu dan surat beranak ( Tak Perlu la bawa original yg ni)
- Salinan Sijil KISSM (Jika dah pergi)
- Salinan Sijil BTN (Jika dah pergi)
- ini untuk fail peribadi korang dan urusan-urusan lain (temuduga pengesahan dan
sebagainya)

* Buat salinan antara 5 hingga 10 set ( Ikut kemampuan bajet dan kemampuan
ketua kampong korang nak sign untuk sahkan. Hehe)

*Salinan perlu DISAHKAN oleh Saksi terlebih dahulu.

SENARAI SAKSI HENDAKLAH terdiri daripada PEGAWAI- PEGAWAI KERAJAAN
(pegawai-pegawai dari Badan SWASTA tidak dibenarkan) yang boleh mengesahkan
butir-butir keterangan diri pelajar dan penjamin-penjamin berkenaan.

Mereka terdiri daripada :-

(1)Penghulu Mukim - yang dilantik oleh KERAJAAN sahaja
(2)Wakil Rakyat - Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Parlimen /Senator.
(3)Pegawai-pegawai - Pegawai-pegawai kerajaan yang menjawat
Jawatan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(Kumpulan A seperti contoh berikut )

-Pegawai Tadbir I Penolong Pengarah
-Jurutera
-Akauntan
-Hakim I Peguam
-Doktor Hospital Kerajaan
-Pengetua Sekolah Menengah
-Pensyarah Universiti Tempatan
-Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas
-Lain-lain jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh
KERAJAAN.

* Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? Semua salinan fotostat hendaklah difotostat
dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas.
Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah
DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti DI ATAS. Salinan fotostat yang
tiada pengesahan TIADA NILAINYA.


Surat Penempatan

-sebab dia sama seperti di atas.
-untuk pengesahan lantikan.
-untuk gaji.
-akan dapat bila lapor diri di JPN/ PPD atau pun selepas korang lapor diri di sekolah
(pedalaman khasnya)

KISSM dan BTN

- untuk pengesahan jawatan (ini selepas pengesahan lantikan)
- kalau belum pergi, boleh mendaftar untuk masuk kursus lepas dah lapor diri.

Yang posting ke Sabah dan Sarawak -

1) Dokumen Perjalanan Terhad Imegresen (2keping gambar terbaru 3.5 cm x 5 cm,
kad pengenalan, surat beranak asal,
2) 10 salinan ijazah, transkrip, diploma,sijil-sijil spm dan sijil2 koko,kad pengenalan,
surat beranak, sijil2 akademik pmr,sijil koko, ke atas dan sijil2 penting.
3) Berat maksimum bagasi 20kg lebih tanggung sendiri
4) Akaun maybank dan bank lain(dapatkan bank statement)
5) Surat akuan sumpah
6) Statemet kwsp
7) Gambar pasport(8 keping) 3.5 cm x 5 cm
8) IC Ayah dan ibu dan surat beranak

Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)

ini penting untuk urusan keluar/masuk sebab bila korang datang sini untuk
bekerja/belajar, kena ada DPT ni. Yalah, macam korang ni foreigner..hehe..Macam
pasport, warna biru. Buat sahaja di pejabat imigresen dengan bayaran RM5 untuk lima
tahun. Boleh juga guna pasport antarabangsa (merah). Tapi korang lagi banyak guna
DPT ni daripada pasport merah tu kot?? Macam yang kerja di Lawas ni, ada dua-dua
pasport sebabnya Lawas terletak di antara Brunei dan Sabah. Untuk ke Brunei aku
perlukan pasport merah, dan untuk ke Sabah/ Semenanjung aku gunakan DPT. Guna
yang merah pon okey jugak.


Penambaikkan daripada ;
http://cheguabbas.blogspot.com/2012/01/persediaan-perkara-perkara-penting.html

Sekian, Terima Kasih

*Jika ada kekurangan dan penambaikkan sila komen.

______________________________________________________________________
______

(1) PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING ( GAJI/ELAUN/INSENTIF)
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-bagi-guru-baru-posting.html

(2) PANDUAN AM UNTUK GURU

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-am-untuk-guru.html

(3) PANDUAN : TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS
LANTIKAN PERTAMA
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-tambang-perjalanan-bagi.html

(4) Maklumat Penempatan ISMP Batch Mei 2012
(BORANG, CARTA, ANALISA, FB GROUP IKUT NEGERI, NO.TELEFON JPN,
BAHAGIAN, SEKTOR DAN PPD)

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/maklumat-penempatan-ismp-batch-mei-
2012.html

Вам также может понравиться