Вы находитесь на странице: 1из 37

PEMBINAAN JAMBATAN

DEFINISI

Jambatan merupakan satu binaan daripada kayu, besi,
konkrit dan lain-lain yang berfungsi menghubungkan
dua tempat yang dipisahkan oleh binaan atau struktur
lain seperti sungai, selat, jalan raya, landasan
keretapi, dan lain-lain tanpa menutupi binaan tersebut
dan laluan di bawahnya.
Fungsi jambatan

Jambatan bukan sahaja untuk lintasan kenderaan dan
pejalan kaki tetapi juga digunakan untuk menempatkan
beberapa perkhidmatan lain seperti :

a) Paip bekalan air
b) Paip gas
c) Paip bekalan elektrik

Konsep jambatan

i.Tegangan
ii.Mampatan

Kedua-dua ciri ini merupakan elemen terpenting bagi
membolehkan jambatan itu memanjang.

Semasa menanggung beban, jambatan akan melentur
dan terdapat juga struktur yang menegang dan sebahagian
lagi mengalami mampatan.

Kefahaman dalam ciri-ciri mampatan dan tegangan
sesuatu bahan dan bagaimana untuk mengawal daya
yang bertindak akan memudahkan para jurutera dalam
menentukan jenis jambatan dan panjang sebuah jambatan.


J enis-jenis jambatan

Terdapat pelbagai jenis jambatan yang dapat dilihat
pada hari ini. Teknologi pada hari ini membolehkan
jambatan yang dibina mempunyai nilai estetika yang
tinggi dan berupaya menjadi tarikan pelancong.
Pengkelasan jambatan bergantung kepada beberapa
perkara dan fungsi jambatan tersebut, bahan utama
yang digunakan, jenis reka bentuk, struktur binaan dan
sebagainya. Secara amnnya, jambatan boleh dikelaskan
kepada tiga kumpulan utama iaitu:
1. Jambatan konkrit
2. Jambatan keluli
3. Jambatan kayu

Berikut merupakan jenis - jenis jambatan dan
bahan yang digunakan untuk membuat jambatan
Struktur jambatan terdiri daripada :
Super Struktur (Struktur Utama)
i. Turapan (wearing surface)
Turapan ialah bahagian yang terletak di atas geladak dan
berfungsi untuk mengurangkan kehausan yang disebabkan
oleh trafik. la biasanya terdiri daripada bahan berbitumen
yang berketebalan dari 2 inci hingga 4 inci (51mm 102
mm ). Ketebalan turapan ini mungkin bertambah sekiranya
penurapan semula dijalankan.

ii. Geladak (deck)
Geladak ialah bahagian struktur jambatan yang berehat di
atas atau bergabung dengan sistem struktur yang direka
untuk mengagihkan beban jambatan secara memanjang.
Geladak berfungsi untuk mengagihkan beban yang
bertindak di sepanjang jambatan secara merentasi keratan
jambatan.

iii. Anggota utama (primary members)
Anggota utama berfungsi untuk mengagihkan beban
secara memanjang. Di samping itu, ia biasanya
direkabentuk untuk merintangi lenturan dan tegangan.

iv. Anggota sekunder (secondary members)
Anggota sekunder merupakan anggota yang mendakap di
antara anggota utama untuk merintangi perubahan bentuk
rangka super struktur. Di samping itu, ia juga berperanan
mengagihkan sebahagian beban menegak yang bertindak
di antara anggota utama seperti diaphragms dan parapets.

Jenis Contoh Pembinaan Julat Rentang
Solid slab

Di tapak 5 15m
Voided slab

Pra-tuang 6 15m
Inverted-Tee

Pratuang-T
Papak di tapak
12 24m
I-Beam

Pratuang-I
Papak di tapak
12 35m
Double-Tee

Di tapak 25 40m
Single-spine
Box Girder

Pra-tuang & Di
tapak
30 200m
Multi-cell
Box Girder

Pra-tuang & Di
tapak
30 100m
Twin-spine
Box Girder

Pra-tuang & Di
tapak
30 200m
Rectangular
Box

Pra-tuang & Di
tapak
30 150m

Jadual 1 : Bentuk konkrit untuk super struktur
Sub Struktur (Struktur bawah)
i. Tembok Landas (abutment)
Tembok landas (abutment) penyokong hujung ialah struktur
penahan tanah yang berfungsi untuk menyokong anggota
super struktur dan overpass di kedua-dua hujung bagi
sesebuah jambatan. Abutment akan menentang daya
memanjang bagi tanah di bawah jalan overpass.

ii. Tembok Sambut (piers)
Tembok sambut ialah struktur yang menyokong super
struktur pada titik perantaraan di antara tembok landas. Ia
adalah penting untuk menambahkan keceriaan estetik.
Selain itu, ia mempunyai pelbagai bentuk berdasarkan
aplikasi tertentu.



iii. Penggalas (bearing)
Prinsip utama penggalas ialah:
Mengagihkan beban dari super struktur ke sub struktur
Menyesuaikan pergerakan diantara super struktur dengan
sub struktur

Terdapat beberapa jenis penggalas, pemilihan terpulang
kepada rekabentuk dan beban. Diantaranya terdapat
penggalas pot mekanikal, sliding bearings, rocker and pin
bearings, roller bearings, penggalas elastomerik dan
penggalas lengkung (curved bearings). Di Malaysia biasa
menggunakan penggalas mekanikal dan penggalas
elastomerik dengan rujuk lampiran katalog penggalas.
Penggalas boleh diklasifikasikan kepada 2 iaitu penggalas
tetap dan penggalas pengembang. Penggalas tetap
membenarkan pergerakan putaran tetapi tidak
membenarkan pergerakan peralihan. Manakala penggalas
pengembang membenarkan pergerakan putaran dan
peralihan.
vi. Penapak (pile caps)
Penapak ialah struktur yang terletak di bawah tembok
sambut dan berfungsi untuk memindahkan daya yang
ditanggung ke cerucuk. Tembok landas juga mempunyai
penapak dengan rekabentuknya bergabung dengan
tembok landas maka jarang diasingkan dan akan dikenali
sebagai tembok landas.

v. Cerucuk (piles)
Cerucuk talah anggota struktur yang ditanam ke dalam
tanah pada kedalaman tertentu apabila keupayaan galas
tanah tidak selamat untuk menanggung beban daripada
sub struktur. Ia mungkin diperbuat daripada konkrit, kayu
atau keluli.

Rajah 2 : Menunjukkan elemen-elemen jambatan
Kerja-kerja pembinaan jambatan
Pembinaan jambatan selalunya memerlukan asas
cerucuk untuk menghantar segala bebanan
struktur ke lapisan tanah bahagian bawah yang
kukuh dan stabil. Asas cangkat (shallow
foundation) jarang sekali digunakan oleh kerana
bebanan yang ditanggung adalah tinggi disamping
daya tanggung tanah dilapisan atas adalah kecil.
1) Pengkelasan Asas Cerucuk
Pengkelasan ke atas asas cerucuk adalah dibuat mengikut
kaedah pembinaannya seperti berikut :
Cerucuk hentaman (driven piles)
Cerucuk pengorekan, tuang insitu (bored piles)
Cerucuk hentaman, tuang insitu (driven cast in place
piles)

Cerucuk hentaman adalah terdiri dari jenis-jenis berikut :

Cerucuk dari kayu sama ada bakau atau biasanya
kempas yang diawet dengan tekanan
Cerucuk konkrit tetulang biasa
Cerucuk konkrit prategasan
Cerucuk keluli umpamanya dari jenis keluli gelek H
2) Kaedah Penanggungan Beban
Daya penanggungan beban yang dihasilkan oleh cerucuk adalah
berdasarkan kepada ciri-ciri berikut :

Tanggung hujung (end bearing) yang dihasilkan apabila
bahagian hujung cerucuk terletak di atas lapisan asas yang
kukuh umpamanya granite atau batu kapur pejal.

Gisiran kulit (skin friction) yang berlaku di antara permukaan luar
cerucuk dengan tanah disekelilingnya, umpamanya di kawasan
tanah liat.

Gabungan bersama diantara tanggung hujung dan geseran.


Rujuk gambarajah 3
Gambarajah 3
3) Persediaan Awal
Sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan, persediaan awal
hendaklah dibuat merangkumi perkara-perkara berikut :
i. Sistem untuk menentukan kedudukan dan aras cerucuk seperti yang
terdapat dalam lukisan kerja. Tanda rujukan umpamanya batu aras
hendaklah berada di luar kawasan kerja untuk mengelakkan sebarang
ganguan keatasnya.
ii. Mengenalpasti jenis loji dan lain-lain peralatan yang digunakan untuk
penanaman cerucuk disamping kaedah dan cara penggunaannya.
Umpamanya, berat pengetuk hendaklah sepadan dengan berat
cerucuk yang digunakan.
iii. Menentukan nilai set untuk pukulan pengetuk bagi mengawal
betapa dalamnya penanaman cerucuk apabila ianya dari jenis
tanggung hujung.
iv. Menyediakan borang data penanaman cerucuk.
v. Menyediakan peralatan untuk mengawal aligment dan kecerunan
cerucuk yang bakal ditanam. Ini adalah terdiri dari plum bob yang
digantungkan, sesiku dan spirit level.
Lihat gambarajah 4
Gambarajah 4
4) Kaedah Pengendalian Cerucuk
i. Cerucuk konkrit tetulang biasa dan prategasan
hendaklah diangkat dengan cara yang betul melalui
lubang penyangkut yang di sediakan setelah konkrit
mencapai kekuatan tertentu. Cerucuk yang disusun
secara bertindih hendaklah dilapikkan dengan kayu
pada lubang penyangkutnya.

ii. Pihak kontraktor hendaklah menyerahkan segala
salinan sijil ujian pembuat mengenai cerucuk keluli
yang bakal digunakan.


5) Penamanan Cercuk
Ketika penanaman cerucuk dijalankan, jumlah pukulan untuk
setiap kaki yang ditanam hendaklah dicatatkan ke dalam
borang data yang disediakan. Untuk cerucuk tanggung
hujung, pukulan pengetuk hendaklah diberhentikan apabila
jumlah pukulan bagi setiap kaki yang tertanam sudah sampai
kepada anggaran yang dibuat oleh Jurutera Projek
berdasarkan kepada pengiraan nilai set.

Apabila sambungan dilakukan ke atas cerucuk yang
memerlukan penembusan seterusnya hendaklah dipastikan
bahawa bahagian penyambung dilakukan dengan sempurna
di bawah penyeliaan yang rapi. Pastikan agar kedua-dua
cerucuk yang disambung berada dalam aligmentyang lurus.
Ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku sebarang momen
lentur yang menjejaskan keupayaan struktur cerucuk. Kualiti
kerja mengimpal ke atas sambungan hendaklah benar-benar
sempurna.

Lihat gambarajah 5

Gambarajah 4
6) Ujian Cerucuk
Ujian ke atas cerucuk dijalankan dengan tujuan-tujuan
brikut:-

i. Memeriksa keupayaan tanggung muktamad (ultimate
bearing capacity).
ii. Memeriksa keutuhan struktur cerucuk setelah
ditanam.
iii. Mengkaji hubungan di antara bebanan dan penurunan
cerucuk.
7) Susunan Peralatan dan Prosedur Ujian
i. Permukaan kepala cerucuk yang diuji hendaklah diratakan.

ii. Penyokong (support) kapada beban lawan (kentledge) hendaklah berada
sekurang-kurangnya 1.3m dari cerucuk yang diuji.

iii. Beban lawan hendaklah disusun sedemikian rupa supaya pusat gravitinya
selari dengan paksi cerucuk. Berat beban lawan hendaklah lebih tinggi iaitu
kira-kira20% dari beban ujian maksima.

iv. Tolok tekanan , tolok dail dan jek hidraulik hendaklah diklabirasikan terlebih
dahulu sebelum digunakan. Keupayaan jek hidraulik mestilah melebihi diantara
1.2 hingga 2.0 kali ganda beban ujian maksima.

v. Sekurang-kurangnya tiga dan sebaiki-baiknya empat tolok dail hendaklah
digunakan untuk menyukat penurunan cerucuk. Ianya hendaklah dipasangkan
kepada rasuk yang disokong dengan kukuh.

vi. Berdasarkan penentuan Binaan Jambatan JKR ujian beban maksima
seberat 2 kali beban rekabentuk hendaklah dikenakan selama 48 jam.
Penurunan cerucuk yang dibenarkan hasil dari beban ujian maksima adalah
30mm. Penurunan sebenar (permanent settlement) yang dibenarkan setelah
pengembalian semula (recovery) sebaik sahaja beban ditanggalkan adalah
5mm.

Lihat gambarajah 5

Gambarajah 5
Abutment dan Pier
Tujuan utama pembinaa abutment dan pier adalah untuk menghantar
segala tindak balas bebanan dari superstuktur ke bahgian asas
jambatan. Disamping itu, abutment juga adalah bertujuan untuk
menahan tanah yang ditambun dibelakangnya. Kebiasaanya kedua-
dua struktur tersebut adalah dibina dari konkrit tetulang biasa.
Kepala cerucuk yang sempurna ditanam adalah dipotong diparas
pemotongan (cut off level) dengan meninggalkan tetulang besi utama
kira-kira 1m untuk ditambatkan kedalam pile cap. Permukaan bawah
pile cap kemudiannya ditempatkan dengan lapisan konkrit jisim bagi
menyediakan permukaan yang bersih.
1) Kerja Konkrit- Abutment dan Pier
Kebiasaannya, konkrit yang digunakan untuk kedua-dua struktur ini
adalah dari gred 26 N/mm.
Perkara-perkara berikut hendaklah diberikan perhatian
khusus semasa menjalankan kerja-kerja konkrit di
paras pemotongan cerucuk:-

Tetulang besi untuk pile cap diikat dan diletakkan
diatas blok pemisah (cover block) yang disusun di atas
konkrit jisim. Ini adalah untuk mendapatkan penutup
(concret cover) yang sempurna.

Pastikan agar konkrit ditempatkan dikawasan yang
kering tanpa terdedah kepada sumber air yang
mungkin menyerap masuk. Air hendaklah sentiasa
dipam keluar sehingga konkrit telah benar-benar set.


Pembinaan Superstruktur
1) Pelancaran Rasuk

Rasuk konkrit prategasan terbahagi kepada dua jenis:
i. Prategasan tegas dahulu berbentuk inverted T
ii.Prategasan tegas kemudian berbentuk I

Pilihannya adalah bergantung kepada kedudukan tapak
binaan. Rasuk prategasan tegas dahulu biasanya dibuat di
kilang dan dihantar ke tapak. Panjangnya adalah terhad
contohnya 18.9m sahaja disebabkan masalah
pengangkutan.
Rasuk prategasan tegas kemudian biasanya dibuat di
tapak dan adalah lebih panjang, contohnya 31.24m
menurut piawai JKR.


Ketika menjalankan kerja-kerja pelancaran rasuk, penyelia
tapak hendaklah mengambil perhatian ke atas perkara-
perkara berikut:-

i. Rasuk hendaklah diangkat melalui tempat
penggantungannya dengan cara perlahan-lahan tanpa
sebarang kejutan.
ii. Kerja-kerja pelancaran rasuk tidak menganggu
kedudukan alas tanggung (bearing) dan dowel bar.
Kedudukan rasuk, alas tanggung dan dowel bar
hendaklah menepati lukisan kerja.

Biasanya pelancaran rasuk jenis tegas dahulu adalah
dengan menggunakan kren. Rasuk tegas kemudian yang
lebih berat dan panjang memerlukan rel, rasuk pelancar
sementara (launching girder) dan kren.

2) Bearing

Fungsi-fungsi bearing:
i. Untuk memindahkan bebanan dari superstruktur ke
substruktur.
ii. Memberikan kemudahan pergerakan (expansion and
contraction) kepada struktur.
iii. Memberikan kemudahan lenturan kepada geladak
ketika menerima bebanan.
iv. Untuk mengurangkan getaran ke atas struktur
jambatan disebabkan beban mengejut.


Jenis-jenis Bearing Elastomeric:
i. Laminated- mempunyai beberapa lapisan elastomer
yang dicantumkan kepada plat
ii. Keluli yang terdapat didalamnya.
iii. IPad - hanya mempunyai satu lapisan elastomer
sahaja.
iv. Strip' - bearing jalur yang panjang.

Faktor-faktor Pemilihan Bearing Laminated dan Pad:
i. Berat beban yang ditanggung
ii. Saiz pergerakan dan lenturan geladak
iii. Keluasan permukaan penyokong di atas atau abutment


Persediaan awal sebelum bearing di pasang ke
tempatnya:

i. Bearing elastomeric adalah diletakkan di atas lapisan
epoxy mortar untuk menghindarkannya dari rosak
disebabkan permukaan konkrit yang kasar.

ii. Sebelum menempatkan lapisan epoxy mortar
permukaan konkrit dibawahnya hendaklah kering, bersih
dari minyak dan segala kekotoran.

iii. Epoxy Mortar hendaklah disediakan berdasarkan
kepada arahan pembuatnya. Lapisan ini hendaklah
disediakan dengan paras yang tepat dan sempurna.
3) Dowel Bar
Fungsi- fungsi Dowel Bar
i. Menghalang dari berlaku sebarang pergerakan di bahagian
bearing tetap, tetapi membenarkan lenturan dari geladak.
ii. ii. Memindahkan bebanan ufuk dari superstruktur ke
bahagian sustruktur. Beban-beban tersebut adalah terdiri
dari kuasa pembrekkan dan penarikan dari kenderaan,
tiupan angina dan sebagainya.

Kaedah penempatan Dowel Bar
i. Ditambatkan ke dalam abutment atau pier di bahagian
bawahnya disamping menembusi bearing dan seterusnya
bahagian bawah rasuk.
ii. Ditambatkan ke dalam abutment atau pier di bahagian
bawahnya manakala bahagian atasnya menembusi ke
dalam diaphragm penghujung(end diaphragm).

4) Pembinaan Lantai Geladak

Besi Tetulang

Penutup konkrit hendaklah disediakan
secukupnya untuk memastikan ketahanan
tetulang struktur.

Penyambungan besi tetulang hendaklah dilakukan
berdasarkan kepada lukisan kerja. Biasanya
penyambungan tetulang utama adalah dibuat
secara selang-seli. Penyambungan secara
kimpalan tidak dibenarkan di bahagian yang
kritikal untuk mengelakkan dari terjejasnya sifat-
sifat atau kekuatan tetulang.

Konkrit
i.Biasanya dari gred 31 N/mm untuk memberikan
kekuatan, ketahanan dan daya kalis air yang baik.
ii.iSambungan pembinaan (consruction joint) hendaklah
mendapatkan persetujuan awal dari Jurutera Projek.
iii.Pastikan tidak berlaku sebarang sambungan sejuk (cold
joint)) yang akan menyebabkan keretakan lantai konkrit.
iv.Pengawasan yang rapi semasa menempatkan konkrit di
atas kepingan asbestos, memastikan ianya tidak akan
pecah. Konkrit yang masuk di ruangan kosong antara
rasuk-rasuk inverted T akan menambahkan bebanan mati
ke atas keseluruhan struktur jambatan.
v.Shear Connector rasuk hendaklah berada dalam
keadaan seperti yang terdapat di lukisan kerja.
vi.Paip saluran pengaliran air dari permukaan geladak
hendaklah disediakan secukupnya.


Peralatan J ambatan
i.Kerb dan handrail
ii.Konkrit parapet
iii.Guadril

Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian semasa peralatan
dipasang
i.Alignment yang betul tanpa bengkang-bengkuk.
ii.Anchor Bolt untuk menerima tiang railing hendaklah dari
bahan, saiz dan kedudukan yang ditentukan. Pastikan ianya
ditambatkan ke dalam konkrit secukupnya.
iii.Besi tetulang untuk pembinaan parapet hendaklah menepati
kehendak lukisan kerja.
iv.Handrail keluli hendaklah dikimpal dengan sempurna diberikan
rawatan permukaan (surface treatment) dan cat menepati
kehendak penentuan kerja.

Pengendalian Kemudahan-kemudahan Awam
Biasanya jambatan juga memberikan perkhidmatan
sampingan kepada kemudahan-kemudahan awam seperti
kabel elektrik, talian telefon dan paip bekalan air. Untuk
menepati ciri-ciri keselamatan dan kecantikan, pemasangan
kemudahan-kemudahan tersebut hendaklah dilakukan
berdasarkan kepada penentuan dan lukisan kerja.
Gambarajah 6
Gambar-gambar jambatan

Вам также может понравиться