Вы находитесь на странице: 1из 4

KEPERLUAN PEMBANGUNAN

MAKMAL HERBA


KOLEJ VOKASIONAL TELUK
INTAN 36000 TELUK INTAN
PERAK

2014

Makmal Herba di Kolej Vokasional Teluk Intan (KVTI) tempat dimana pelajar-
pelajar melakukan latihan amali pemprosesan herba dan menjalani aktiviti Pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Makmal ini juga memerlukan kelengkapan ICT bagi tujuan
pembelajaran dan membolehkan pelajar lebih mendalami kursus herba iaitu satu set
printer pencetak label (Ink Pigment), set projector LCD, printer colour sebanyak dua set,
dan 10 set Komputer LCD bagi melancarkan proses P&P bagi program Herba.
Kelengkapan ini adalah untuk pelajar semester 3 melaksanakan modul yang
ditetapkan iaitu Pembungkusan dan Perlabelan herba. Modul ini memerlukan pelajar
menyediakan bahan pembungkusan sendiri menggunakan asas teknologi
pembungkusan dan pada masa yang sama merekabentuk label untuk produk. Jadi
yang demikian, pelajar memerlukan set komputer bagi melakukan tugasan tersebut
dengan lancar.
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon dana sumbangan bagi membantu
pelajar seramai 30 orang untuk menjalankan modul Pembungkusan dan Perlabelan
Herba dengan lancar.


RASIONAL DAN OBJEKTIF
Permohonan ini adalah untuk
A) Membolehkan pelajar melakukan amali dengan lancar
B) Membolehkan pelajar membuat label bagi produk rekaan
C) Melancarkan proses P&P
D) Mencetak hasil rekaan

TARIKH PELAKSANAAN PERMOHONAN
Sepanjang tempoh semester 3


PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 1 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan

SUMBER KEWANGAAN
Kami mengharapkan pihak Kolej Vokasional Teluk Intan dan juga mana-mana
pihak yang berkaitan sudi untuk menghulurkan dana dan sumbangan bagi
merealisasikan hasrat kami.

PENUTUP
Besarlah harapan kami agar permohonan yang kami rancang ini beroleh
sokongan dari semua pihak agar harapan kami untuk membangunkan dan memahirkan
pelajar ini tercapai.




Disediakan Oleh,



(SUHAIMI BIN RAMLY)
Ketua Unit Herba KVTI






SENARAI BARANG KEPERLUAN DI MAKMAL PEMPROSESAN HERBA

Senarai Keperluan Utama
BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH
1 Epson Stylus Photo
1390 Ink Pigment
1 3000 3000
2 Projetor LCD 1 2500 2500
3 Printer Colour 2 800 1600
4 Set Komputer LCD 10 2000 20,000
JUMLAH 27,100

Lampiran 1

Вам также может понравиться