Вы находитесь на странице: 1из 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal : Ke- _______

Minggu Praktikum : ___________

Tarikh Peristiwa / Kejadian :_______________ HINGGA ___________

Tajuk Jurnal :































Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal : Ke- ___3____

Minggu Praktikum : ____Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian :___15April____________ HINGGA ___18 April________

Tajuk Jurnal : Masalah Kekangan Masa

1. Masalah /Peristiwa:

Masalah yang wujud pada minggu ketiga ini ialah masalah kekangan masa untuk
menyiapkan sesuatu kerja seperti projek dan tugasan sendiri. Saya masih
mempunyai satu tugasan projek yang perlu disiapkan. Saya juga perlu mencari guru
kokurikulum untuk mencari bahan berkaitan dengan kokurikulum supaya dapat
dimasukkan ke dalam portfolio.

2.Analisis
Masalah ini mungkin timbul kerana saya sangat sibuk dengan waktu mengajar kelas.
Pada minggu ini juga saya telah diselia oleh pensyarah pebimbing. Oleh itu, segala
persiapan perlu saya lakukan dengan lebih awal. Selain itu, saya juga ada terlibat
dengan program MTQ untuk murid-murid pendidikan khas. Saya mengorbankan
masa satu hari tanpa mengajar untuk mengikuti guru-guru yang bertugas untuk
membawa murid-murid pendidikan khas yang mewakili MTQ ke SK Pendidikan
Khas.

3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya perlu bijak mencari masa yang sesuai seperti masa yang tiada waktu
mengajar di dalam jadual waktu untuk melakukan tugasan yang lain.
b) Saya perlu berkolaborasi dengan guru kokurikulum sekolah itu untuk
membantu saya dalam menyiapakan tugasan kokurikulum.
c) Saya perlu bekerjasama dengan rakan praktikum saya untuk sama-sama
menyelesaikan tugasan kokurikulum.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu yang akan datang.
Saya akan cuba mempercepatkan pergerakan saya untuk menyiapkan tugasan yang
telah diberikan. Sejurus ada waktu kekosongan di dalam jadual waktu saya, saya
akan terus pergi berjumpa dengan guru kokurikulum untuk meminta bahan-bahan
yang berkaitan dengan kokurikulum.







INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH
5. Penilaian Kejayaan

Saya akan meminta kerjasama rakan dan guru pebimbing untuk membantu dalam
meyelesaikan masalah. Saya juga akan bertanyakan kepada kesemua guru-guru
yang ada di sekolah itu tentang cara ingin mendapatkan bahan-bahan kokurikulum.



























Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................

Вам также может понравиться