Вы находитесь на странице: 1из 2

Sekolah Wawasan cara terbaik menyatukan pelajar berbilang kaum.

Ibadat kata pepatah Melayu, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,
Tuan Pengetua, guru-guru, serta warga dewan sekalian. Saya amat Bersyukur
kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah memberikan keizinan-Nya untuk
saya berdiri di sini bagi menyampaikan pidato yang bertajuk Sekolah Wawasan
cara terbaik menyatukan pelajar berbilang kaum.
Sidang pendidik yang dikasihi sekalian,
Adakah anda biasa dengar tentang Sekolah wawasan? Sekolah
Wawasan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan bangsa
Malaysia yang akan menghapuskan jurang perkauman dan lebih bersifat cinta
akan negara. Seperkara yang perlu diingat, masyarakat Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum dan isu-isu sensitif akan mengundang konflik yang membawa
padah. Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menerapkan
semangat muhibah dan perpaduan di kalangan masyarakat kerana dunia
persekolahan sangat luas dan memakan masa yang panjang.

Sidang hadirin warga dewan budiman,
Tujuan utama konsep Sekolah Wawasan ini ialah memberi peluang
kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan berinteraksi
bersama-sama dalam sesuatu kawasan yang sama, demi memupuk, dengan
lebih awal lagi, perpaduan dalam kalangan anggota-anggota berbilang kaum.
Sekolah Wawasan merupakan pengelompokan yang boleh didirikan
dengan dua atau tiga jenis aliran sekolah dalam satu kawasan yang sama, iaitu
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Sehubungan itu, memandangkan sekolah-sekolah tersebut terletak dalam satu
kawasan yang sama, maka kemudahan-kemudahan infrastruktur yang
disediakan akan dikongsi bersama. Perkongsian kawasan dan kemudahan
sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai masyarakat
majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum.
Melalui Sekolah Wawasan, dapatlah kita menggalakkan guru-guru dan
pelajar-pelajar pelbagai kaum bersama-sama menyertai aktiviti-aktiviti yang
ditentukan. Contohnya, aktiviti beramai-ramai seperti merentas desa, permainan
bola sepak, bola keranjang dan sebagainya. Perkhemahan dan khidmat
masyarakat seperti membersihkan sekeliling kawasan sekolah dan aktiviti
keceriaan sekolah yang dijalankan oleh tiga jenis aliran sekolah bersama-sama
juga dapat menjalinkan hubungan yang baik, memupuk nilai kerjasama, toleransi
serta integrasi nasional dapat direalisasikan pada masa akan datang. Maka
wujudlah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Sidang hadirin bervisi,
Sekolah Wawasan merupakan tempat yang dapat menggalakkan
generasi muda ini beinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
Komunikasi adalah terbuka merentasi kaum etnik melalui pergaulan semasa
rehat dan aktiviti kokurikulum. Jika dalam kehidupan sehari-harian mereka sudah
bercampur gaul, maka agak janggal jika di sekolah mereka diasingkan mengikut
kaum.
Dengan kata-kata ini, saya sudahi pidato saya dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Вам также может понравиться