Вы находитесь на странице: 1из 98

KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN : PENEKANAN

KEPADA BINAAN PERENGGAN MELALUI


PENDEKATAN POLA PEMERENGGANAN








BAHARI BIN AHMAD








UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
MAC 2003

















KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN : PENEKANAN
KEPADA BINAAN PERENGGAN MELALUI
POLA PEMERENGGANAN








BAHARI BIN AHMAD
NO. PEND. 20001 - 04759







TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN
DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN






FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM


MAC 2003














PENGAKUAN



Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya
catatkan sumbernya.






22 Mac 2003 ..

BAHARI BIN AHMAD
No. Pend. 20001- 04759










PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya dapat saya menyempurnakan hasil
kajian ilmiah ini untuk memenuhi syarat kursus Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan
Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, bagi sesi pengajian
2000 / 2003.

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang utama saya sampaikan kepada Encik
Seri Lanang J aya bin Haji Rohani selaku pembimbing saya dalam penulisan kajian ini.
Dengan pengetahuan beliau yang mendalam tentang penulisan karangan khususnya dalam
pemerengganan serta pengalaman yang luas dalam selok-belok penyelidikan ilmiah, saya
memperoleh manfaat yang besar sekali. Segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang
diberikannya amat saya hargai.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua para pensyarah yang
pernah mencurahkan ilmu serta rakan-rakan yang telah banyak membantu sehingga
terhasilnya penulisan kajian ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada pihak pentadbir sekolah
kerana memberikan kelulusan dan kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian di
sekolah berkenaan. Tidak lupa juga kepada guru-guru serta pelajar yang sudi memberikan
kerjasama dalam menjayakan kajian ilmiah ini.

J unjungan terima kasih yang tiada terhingga di atas segala jasa dan pengorbanan
ayahanda dan bonda serta seluruh anggota keluarga. Setinggi-tinggi penghargaan buat isteri
tercinta, Puan Siti Zubaidah bt. Mohamad Yusof serta anakanda Shahrul Munir, Nazirul
Mubin, Munirah, Norjehan dan Najihah yang dikasihi. Semangat dan kasih sayang mereka
merupakan nadi penggerak utama penulisan hasil kajian ini dilaksanakan. Kesetiaan dan
kesabaran mereka begitu bermakna dan amat disanjungi.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar kajian ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya dan dijadikan rujukan bagi pihak-pihak yang memerlukannya.


Bahari bin Ahmad,
No. Pend. 20001 - 04759
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim.

14 Mac 2003

ABSTRAK


Kajian terhadap masalah penguasaan kemahiran penulisan ini bertujuan mendapatkan
maklumat tentang penulisan pemerengganan. Antara aspek yang ingin diketengahkan ialah
tahap penguasaan pelajar, aspek yang sukar dikuasai, dan mengetahui sama ada teknik
pemerengganan melalui pendekatan pola pemerengganan yang diajarkan dapat membantu
pelajar meningkatkan kualiti penulisan. Sampelan kajian ini terdiri daripada 20 orang
pelajar tingkatan empat amanah yang terdiri daripada 10 pelajar lelaki dan 10 pelajar
perempuan di Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek, Kuala Kubu Bharu, Hulu
Selangor, Selangor. Untuk kajian ini analisis borang soal selidik, ujian prapengajaran dan
pospengajaran dilakukan. Dapatan yang diperoleh dirumuskan dalam bentuk jadual beserta
huraian terperinci mengenainya. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan didapati para
sampel tidak jelas tentang teknik mengarang. Setelah diperjelaskan didapati bahawa
berlakunya perubahan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan di antara pengajaran
dan pembelajaran pra dengan pengajaran dan pembelajaran pos. Perbezaan ialah purata
pencapaian pada pengajaran dan pembelajaran pra iaitu 57% manakala selepas pengajaran
pos peratus pencapaian iaitu 71%. Aspek yang sukar dikuasai pelajar dalam penulisan
pemerengganan ialah kepautan (koheren) dalam karangan (13 sampel) dan diikuti
pembinaan ayat rangsangan (12 sampel). Namun begitu, kelemahan dalam aspek lain
tidaklah begitu ketara. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat tumpuan yang khusus
tentang konsep-konsep dalam binaan karangan dan binaan pemerengganan secara
mendalam daripada guru berkenaan. J elas menunjukkan bahawa tahap penguasaan
penulisan pemerengganan di kalangan sampel kurang memuaskan. Dengan itu, adalah
penting bagi semua pihak yang terbabit mempertingkatkan tahap penguasaan kemahiran
penulisan khususnya dalam pembinaan perenggan di kalangan sampel/pelajar.

















ABSTRACT

This study is intended to find out the problem in mastering writing skill (paragraph
writing). The aspects that is being fours is the students mastery level, the difficult aspects
and to find out the effectiveness of using paragraphing technique via the paragraphing
approach. The sample population of the study consists of 20 form 4 Amanah comprising 10
male students and 10 female students of Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek, Kuala
Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor. The study was carried out using questionnaires, pre-
test and post test treatment and tabulated using tables and details. Based on the study, it was
found out that the samples were unfamiliar with the techniques of writing. After the
treatment, there was a difference in result (performance). The pre-test result is 57% while
the result for the post-test is 71%. The difficult aspect to mastery is the coherence (13
samples) and construction of sentences (12 samples). However, the weaknesses in other
aspect are not significant. The result also proved that there was no specific attention given
to concepts in writing composition and paragraphing by teachers. It was evident that the
students ability to write paragraphs is not satisfactory. It is hoped that those involved will
try to upgrade the standard of writing with special fours in constructing paragraphs among
students.

























KANDUNGAN


Halaman

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL viii

PERKATAAN SINGKATAN ix


BAB I PENGENALAN

1.1 Latar Belakang 1
1.2 Permasalahan Kajian 5
1.3 Tujuan Kajian 7
1.4 Kepentingan Kajian 8
1.5 Batasan Kajian 9
1.6 Definisi Istilah
1.6.1 Proses Mengarang 11
1.6.2 Penilaian 13
1.6.3 Koheren 14
1.6.4 Kohesi 15
1.6.5 Pemerengganan 16
1.6.6 Karangan 17
1.6.7 Pelajar-pelajar 18



BAB II TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 19
2.2 Literatur Berkaitan 19
2.3 Kajian Berkaitan 35


BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 39
3.4 Alat Kajian 40
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 40
3.6 Prosedur Penganalisian Data 41


BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 43
4.2 Perihalan Sampel 43
4.3 Dapatan Kajian 56


BAB V RUMUSAN

5.1 Kesimpulan 76
5.2 Perbincangan 78
5.3 Implikasi Kajian 80
5.4 Cadangan Kajian Lanjut 83


BIBLIOGRAFI


LAMPIRAN














SENARAI JADUAL





No. Jadual Jadual Halaman


1 Butiran Sampel Mengikut J antina 44

2 Butiran Sampel Berdasarkan Kegemaran/hobi 45

3 Butiran Pengakuan Sampel Terhadap Minat Sampel
Terhadap Bahasa Melayu 45

4 Butiran Sampel Gred Bahasa Melayu Dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR) 46

5 Butiran Sampel Berdasarkan Penggunaan Bahasa
Melayu Semasa Di sekolah 47

6 Butiran Sampel Berintraksi Dalam Bahasa Melayu
Di sekolah 48

7 Butiran Sampel Tentang Mengambil Bahagian Dalam
Pertandingan Bahasa 48

8 Butiran Sampel Tentang Sekiranya Tidak Hadir Ke kelas
Bahasa Melayu 49

9 Butiran Sampel Tentang Kekerapan Menggunakan Bahasa
Melayu Di luar Sekolah 50

10 Butiran Sampel tentang Galakkan Membeli atau Membaca
Bahan Dalam Bahasa Melayu 50

11 Butiran Sampel Tentang Bacaan Selain Buku Teks 51

12 Butiran Sampel Tentang Kekerapan Membaca Akhbar
Atau Majalah Berbahasa Melayu 52


13 Butiran Sampel Tentang Menyimpan Kamus
Dalam Bahasa Melayu Di rumah 52

14 Butiran Sampel Tentang Penulisan Karangan Khususnya
Dalam Pembinaan Perenggan 53

15 Butiran Sampel Dalam Membina Perenggan Pendahuluan 54

16 Butiran Sampel Dalam Membina Perenggan Penutup 55

17 Pengetahuan Sampel Tentang Binaan Dalam Sesebuah
Karangan 58

18 Pengetahuan Sampel Tentang Ayat Topik 59

19 Pengetahuan Sampel Tentang Ayat Rangsangan 60

20 Pengetahuan Sampel Tentang Ayat Arah 61

21 Pengetahuan Sampel Tentang Komponen Dalam Perenggan
Pengenalan 61

22 Pengetahuan Sampel Tentang Komponen Dalam
Perenggan Isi 62

23 Pengetahuan Sampel Tentang Komponen Dalam Perenggan
Penutup 63

24 Pengetahuan Sampel Tentang Kerelevanan Dalam Karangan 64

25 Pengetahuan Sampel Tentang Keutuhan Karangan (Kohesi) 65

26 Pengetahuan Sampel Tentang Kepautan Dalam Karangan
(Koheren) 66

27 Tahap Penguasaan Sampel Dalam Penulisan Perenggan 67

28 Tahap Penguasaan Sampel Dalam Penulisan Perenggan
Selepas Ujian Pos 68

29 Data Berkaitan Aspek Yang Sukar Dikuasai Oleh Sampel 70

30 Data-Data Soal Selidik Penulisan Pos 72


31 Peratus Skor Soal Selidik Tentang Pengetahuan Pelajar
Dalam Aspek Mengarang 73

32 Asas Penilaian Karangan Pelajar 74

33 Skema Skor 74

34 Skor Karangan Sampel 75



































PERKATAAN SINGKATAN





IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS : Ins titut Pengajian Tinggi Swasta

KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PMR : Penilaian Menengah Rendah

PPK : Pusat Perkembangan Kurikulum

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

SPRA : Sijil Pelajaran Rendah Agama

STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
























1





BAB 1




PENGENALAN



1.1 Latar Belakang


Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus dalam semua peperiksaan
yang diadakan sama ada pada peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM). Kelulusan dalam mata pelajaran ini, menjadi syarat utama
bagi melanjutkan pelajaran dan pekerjaan. Penulisan karangan terdapat dalam semua
format peperiksaan Bahasa Melayu yang telah dinyatakan.

Penulisan karangan merupakan masalah yang paling ketara terutamanya di kalangan
pelajar yang kurang menguasai tatabahasa bahasa Melayu. Lebih kurang 44,966 pelajar
Malaysia yang gagal mencapai kelulusan dalam bahasa Melayu peringkat SPM tahun 2000
mengukuhkan lagi bukti ini (Berita Harian Mei 2000).

Antara faktor kelemahan penulisan pelajar berpunca daripada kurang menguasai
cara menulis perenggan yang baik. Kesalahan penulisan biasanya diletakkan kepada



2
pelajar, guru, persekitaran sekolah dan masyarakat. Walau bagaimanapun sebagai seorang
yang terlibat secara langsung dalam sistem pendidikan, pengkaji melihat kelemahan adalah
dari segi teknik pengajaran di dalam kelas khususnya pemerengganan oleh guru.

Marohaini Yusoff (1987) dalam artikelnya Aspek-aspek Dalam Pengajaran
Kemahiran Menulis Di Peringkat Sekolah Menengah menegaskan bahawa kemahiran
menulis perlu bagi pelajar untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan keperluan
kehidupan seharian. Keperluan ini menjadi lebih ketara apabila pelajar telah menamatkan
pengajian mereka. Ini kerana dalam masa menempuh suasana di luar bilik darjah atau di
dalam bilik kuliah di institusi pengajian, dan di dalam sektor pekerjaan pelajar perlu
berhubung dengan baik, sama ada secara formal seperti dalam surat-menyurat, membuat
laporan, notis, ucapan, komentar, wawancara, ulasan, peraturan, kertas kerja, arahan dan
melahirkan perasaan dalam bentuk penulisan kreatif, seperti novel, cerpen dan bentuk puisi,
misalnya sajak atau syair. Oleh yang demikian, pengajaran menulis dan mengarang di
sekolah sewajarnya bermatlamat melahirkan pelajar yang berkebolehan untuk
menyampaikan fikiran dan berkomunikasi secara berkesan dengan anggota masyarakat.

Tambah Marohaini lagi, pengajaran menulis pada peringkat sekolah menengah
memerlukan corak yang dapat memberikan penekanan yang lebih agar pelajar dapat
berfikir untuk mengubah atau menyusun perkataan, frasa, ayat, dan seterusnya perenggan
dalam bentuk karangan. Ini bukan setakat membolehkan pelajar berfikir untuk
menghasilkan isi dan fakta tentang sesebuah tajuk yang diberikan sahaja. Oleh itu,
sewajarnya pengajaran dan pembelajaran menulis karangan pada peringkat sekolah



3
menengah diberi perhatian sepenuhnya dan tidak dianggapkan sebagai satu kemahiran yang
boleh diajarkan secara sampingan dan dikuasai secara semula jadi atau secara langsung
sebagaimana manusia memperoleh kebolehan berkata-kata.

Menurut Awang Sariyan (1991 : 717), karangan sebagai suatu binaan yang disebut
wacana yang utuh lazimnya dapat dilihat sebagai sehimpunan perenggan yang saling
berkaitan. Perenggan pula terbina daripada sehimpunan ayat-ayat. Ayat-ayat dijalin
sedemikian rupa sehingga menjadi seakan-akan satu anyaman yang kemas. Maksudnya,
sebuah perenggan bukan sekadar terdiri daripada ayat-ayat, tetapi ayat-ayat itu mestilah
memperlihatkan pertalian antara satu dengan yang lain.

Tambah beliau lagi, setiap ayat yang dibina itu pula mestilah ayat yang berkesan,
iaitu ayat yang menampilkan sesuatu fikiran atau maklumat dengan jelas dan tidak
menimbulkan kesulitan kepada pembaca. Ayat yang berkesan menjadi prasyarat karangan
yang berkesan kerana ayat ialah bentuk bahasa yang mengandung fikiran yang lengkap.
Dalam membentuk ayat yang berkesan ada enam ciri bagi menentukannya iaitu kesatuan
gagasan atau koherens, kepaduan atau kohesi, penekanan, kepelbagaian, kesejajaran dan
penalaran serta logika. Keenam-enam ciri ini apabila disepadukan akan menghasilkan
karangan yang berkesan dan bermutu.

Seperti yang telah banyak diperkatakan oleh ramai pengkaji, pada dasarnya binaan
karangan yang lengkap harus terdiri daripada tiga komponen utama; iaitu pendahuluan,
badan karangan, dan penutup. Ketiga-tiga komponen ini akan membentuk satu binaan



4
wacana yang utuh (Awang Sariyan,1991; Abdul Aziz Abdul Talib, 1990; Mohd. Ramlan,
1993; Chapman, 1983; Halliday, 1976; dan sebagainya). Binaan ini dapat dilihat sebagai
satu kesatuan atau koherens bagi perenggan berkenaan. Pendahuluan yang baik dan
berkesan ialah perenggan yang dapat memberikan gambaran kasar tentang isu utama yang
akan diperkatakan dalam sebuah karangan. Manakala badan karangan menjadi wadah bagi
beberapa isu penting yang mendukung atau menunjangi tema atau isu pokok karangan.
Akhir sekali, bahagian penutup berfungsi sebagai pengukuhan isi yang diperkatakan.
Dalam bahagian ini, penulis akan merumuskan pendiriannya.

Kebolehan menguasai penulisan memang sukar. Hal ini diakui sendiri oleh
kebanyakan pakar dalam bidang ini. Dengan demikian, tidak hairanlah jika pelajar sekarang
sering mengalami masalah dalam proses penulisan karangan sehingga mengugatkan
pencapaian kelulusan dalam bahasa Melayu sama ada peringkat UPSR, PMR, SPM dan
STPM. Oleh itu , pengajaran penulisan ini harus bersifat beransur-ansur secara sistematis.
Betapa payah sekalipun, sebagai guru Bahasa Melayu hendaklah menerangkan aspek ini
dengan sebaik-baiknya kepada pelajar kerana keupayaan mengarang mempengaruhi
prestasi pelajar dalam kebanyakan mata pelajaran lain bukan sahaja khusus kepada subjek
Bahasa Melayu.








5
1.2 Permasalahan Kajian

Kemahiran menulis sangat perlu bagi pelajar untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan
kehidupan seharian. Menyedari pentingnya kemahiran ini, setiap pelajar didedahkan
dengan kemahiran ini di peringkat sekolah rendah lagi sehinggalah ke sekolah menengah
meskipun dalam tahap yang berbeza-beza. Menurut Henry Guntur Tarigan (1982) dalam
Mohd. Kamal Che Om (1992:5), menulis merupakan tatatingkat yang tertinggi dalam
penulisan bahasa selain lisan, mendengar, dan membaca. Oleh itu untuk menguasai
kemahiran menulis bukanlah mudah bagi semua pelajar.

Ketidakmahiran pelajar terhadap bahasa Melayu menyebabkan masalah dalam
menghasilkan penulisan yang baik. Setiap tahun, apabila keputusan peperiksaan bahasa
Melayu diumumkan didapati pencapaian pelajar tidak mencapai tahap yang diharapkan.
Keseriusan masalah ini diakui oleh Awang Sariyan (1991). Menurut beliau, .. maka
banyaklah karangan yang dihadapkan kepada kita yang masih jauh daripada konsep binaan
wacana yang utuh. Yang baik memang ada; tetapi persoalan yang kita hadapi ialah tahap
keseriusan yang tampaknya tidak banyak berubah dari tahun ke tahun.

Kelemahan ini telah menimbulkan perbincangan di kalangan masyarakat khususnya
yang terlibat dalam bidang pendidikan. Berbagai alasan dan sebab dikemukakan.
Kelemahan ditujukan kepada pelajar, guru, persekitaran sekolah dan masyarakat. Walau
bagaimanapun sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam sistem pendidikan,
pengkaji melihat kelemahan adalah dari segi teknik pengajaran di dalam bilik darjah. Guru



6
lebih menumpukan tentang isi atau fakta dalam kegiatan menulis atau mengarang tetapi
kurang pada aspek-aspek penggunaan bahasa yang baik serta teknik mengarang yang
berkesan dan tidak kepada kombinasi pembentukan pemerengganan yang berkesan.

Perkara ini ada diperkatakan oleh Marohaini Yusof (1989), melalui pemerhatian
dan pengalaman yang lalu, beliau menjelaskan bahawa perhatian guru di dalam mengajar
mengarang di peringkat sekolah menengah lebih kepada penghasilan isi atau fakta bukan
kepada aspek penggunaan bahasa yang baik dan teknik mengarang yang berkesan. Menurut
beliau lagi guru juga tidak merangsang pelajar berfikir untuk menghasilkan atau
memikirkan cara yang berkesan menyampaikan satu mesej atau idea.

Kenyataan Marohaini Yusof (1989) dikuatkan lagi oleh kenyataan Awang Sariyan
(1991), iaitu pengalaman menghadapi karangan calon peperiksaan peringkat menengah
rendah dan menengah tinggi serta esei pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi sering
mendorong saya untuk membuat kesimpulan yang melampau, iaitu pelajar kita tidak
mendapat pendedahan dan orientasi yang cukup dalam hal karang mengarang.

Pengajaran menulis pada peringkat sekolah menengah memerlukan corak yang
dapat memberikan penekanan kepada mengajar pelajar supaya dapat berfikir untuk
mengubah atau menyusun ayat-ayat yang ada keutuhan dan kepaduan dalam perengganan
kepada bentuk karangan, dan bukan setakat membolehkan mereka berfikir untuk
menghasilkan dan menyusun fakta-fakta atau isi-isi tentang sesebuah topik yang diajukan.



7
Perubahan mesti dilakukan dalam penulisan, supaya pelajar dapat berfikir untuk menyusun
perkataan frasa, ayat, dan seterusnya perenggan dalam bentuk karangan yang berkesan.

Untuk ini, pengkaji mengambil inisiatif melakukan kajian untuk melihat sama ada
kenyataan bahawa kelemahan karangan pelajar adalah disebabkan pelajar kurang jelas
tentang mengarang khususnya binaan perenggan adalah benar atau sebaliknya.

Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan untuk mencari di mana kesilapannya. Lokasi
yang dipilih ialah Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek, Kuala Kubu Bharu, Hulu
Selangor. Para pelajar yang menuntut di sekolah ini terdiri daripada semua pelajar Melayu.
Pengambilan pelajar baru tingkatan satu ke sekolah ini, berdasarkan keputusan Sijil
Pelajaran Rendah Agama (SPRA) iaitu 80 peratus ke atas.

1.3 Tujuan Kajian

Secara khususnya, tujuan kajian ini adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah tahap penguasaan kemahiran penulisan perenggan di kalangan pelajar
tingkatan empat?
2. Apakah aspek yang sukar dikuasai oleh pelajar dalam kemahiran penulisan
perenggan?
3. Sejauh manakah teknik pemerengganan yang diajarkan dapat membantu pelajar
meningkatkan kualiti penulisan?



8
1.4 Kepentingan Kajian

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), menulis adalah aspek
yang penting. Senario yang berlaku pada hari ini menunjukkan pelajar sekolah menengah,
kurang mengetahui kemahiran menulis perenggan karangan dengan baik. Oleh sebab itu,
hasil daripada kajian ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada pelajar yang
terlibat dan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, malahan pihak sekolah
atau J abatan Pendidikan Negeri yang bertanggungjawab melaksana, mentadbir dan
menyelaras kurikulum sekolah. Begitu juga kepada penulis-penulis buku-buku teks dan
pengkaji-pengkaji lain yang berminat untuk menjalankan kajian.

Bukan itu sahaja, kajian ini sangat berfaedah untuk dijadikan panduan bagi
membantu guru-guru di dalam merancang, mengenal pasti, menganalisis karangan pelajar.
Setelah menganalisis dan mendapat kesimpulannya, guru-guru seterusnya dapat merancang
strategi untuk mengatasi masalah yang dikesani dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang
sesuai dalam pengajaran penulisan karangan yang lebih berkesan.

Kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), iaitu pihak yang bertanggungjawab
dalam merancang kurikulum pendidikan, kajian ini dapat membantu pihak yang terlibat
merangka strategi dan kaedah yang berkesan dengan menyediakan garis panduan yang
berkesan dan berguna kepada pihak pelaksana terutama guru-guru di sekolah, pensyarah-
pensyarah di maktab perguruan atau di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA,



9
IPTS) untuk melaksanakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai untuk membantu
pelajar dalam pengajaran penulisan pemerengganan.

Kajian ini juga dapat membantu penulis buku teks dan mereka yang ingin
memulakan penulisan buku mengolah penulisan mereka dengan lebih baik dan berkesan.
Dengan cara ini, buku atau nukilan yang mereka hasilkan dapat menambat hati pembaca
untuk membeli atau meneruskan pembacaan isi kandungannya.

Selain itu, kajian ini juga dapat dijadikan panduan ataupun rujukan kepada mereka
yang berminat untuk dijadikan landasan bagi kajian yang lebih mendalam tentang
pemerengganan di dalam karangan pelajar.

Akhirnya, hasil penilaian terhadap pemerengganan karangan di dalam bahasa
Melayu yang didapati daripada pelajar tingkatan empat tersebut akan menggambarkan
penguasaan aspek penulisan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Ini kerana
pelajar-pelajar tingkatan empat yang dikaji ini adalah menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan kepada masalah penguasaan kemahiran penulisan aspek
pembinaan pemerengganan pengenalan, isi, dan penutup karangan pelajar yang berkenaan



10
sahaja. Daripada aspek perengganan itu dipecahkan kepada aspek-aspek yang lebih khusus
seperti berikut;

a. Ayat topik / judul, ayat rangsangan, ayat fokus dan pembinaannya di dalam
perenggan karangan.
b. Cara-cara pengembangan atau pendedahan terhadap ayat-ayat tersebut ( ayat
rangsangan, ayat topik, ayat fokus) yang telah dipilih di dalam perenggan
karangan.
c. Penggunaan dan jalinan penanda wacana (koheren dan kohesi) di dalam
perenggan dalam karangan.

Pengkaji membuat penelitian hanya di Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.. Pelajar-pelajar yang menjadi
subjek kajian ini pula terbatas kepada pelajar-pelajar tingkatan empat. Sampel kajian terdiri
daripada 20 orang pelajar tingkatan empat yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan
10 orang pelajar perempuan. Pemilihan ini dilakukan secara rawak. Sampel-sampel dipilih
berdasarkan pencapaian mereka dalam penulisan karangan dari aspek pemerengganan.









11
1.6 Definisi Istilah

1.6.1 Proses mengarang

Secara umumnya penulisan merupakan satu proses. Proses penulisan dapat
dibahagikan kepada beberapa peringkat. Ruggiero (1981) membahagikan kepada
perancangan, menulis dan menyunting. Manakala MC Crimon (1980), membahagikannya
kepada prapenulisan dan penulisan semula oleh Goh Ong Sing (1991).

Awang Sariyan (1991), pula telah membahagikan proses penulisan secara umum
kepada dua tahap yang besar iaitu tahap persiapan dan penyusunan. Pecahan-pecahan tahap
tersebut dapat digambarkan seperti dalam gambar rajah di bawah.


Persiapan
mental / psikologi
penentuan bidang
penentuan skop
penentuan jadual
penentuan sasaran
pemerolehan maklumat




12

Penyusunan
penyusunan rangka isi
pengembangan isi
penjalinan
penataan format
pengeditan


Menurut Awang Sariyan lagi, keadaan tersebut boleh berubah apabila pelajar
berhadapan dengan soalan ujian. Oleh itu, proses penulisan diubahsuai menjadi seperti
rajah di bawah.


pemilihan judul / soalan
penentuan kunci soalan
penyusunan rangka isi
pengembangan isi / perenggan
penyalinan
penataan format
pengeditan





13
Oleh demikian, pelajar perlu disedarkan dan dilatih untuk mengikuti setiap
langkah dengan sebaik-baiknya bagi menghasilkan tulisan yang baik. Kalau tidak karangan
yang dihasilkan tidak memuaskan yakni dari segi pemilihan tajuk yang tidak tepat, isi tidak
teratur, perenggan tidak betul, dan penjalinan tidak kemas. Seterusnya akan terdapat banyak
kesalahan seperti ayat, imbuhan, pemilihan kata, ejaan dan tanda bacaan bila pelajar tidak
mengedit atau menyemak karangannya.

1.6.2 Penilaian

Menurut Mat Nor Hussin et al. (1989:100), penilaian merupakan satu proses untuk
mendapatkan maklumat bandingan supaya pertimbangan dapat dibuat oleh pihak yang
berkenaan berdasarkan kepada matlamat yang telah ditentukan.

Menurut Abdullah Hassan (1987 : 152), penilaian adalah satu proses sistematis bagi
meninjau proses atau hasil sesuatu rancangan. Bagi Khadijah Abdul Hamid (1978 : 101)
pula, penilaian adalah sebagai satu proses untuk mengukur atau mentafsir kemahiran.

Bagi Abdul Aziz Abdul Talib (1989:941) penilaian sebagai satu proses mentafsir
atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran berdasarkan kepada
jumlah market hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif.

Berdasarkan definisi-definisi di atas dapatlah dirumuskan bahawa penilaian
merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang hasil pengajaran dan



14
pembelajaran supaya dapat pula diperbaiki, diulangkaji atau diberi tumpuan supaya dapat
dikemukakan beberapa cadangan yang membina bagi mengatasi kelemahan-kelemahan
pelajar-pelajar dan juga guru.

1.6.3 Koheren

Perkataan ini berasal dari perkataan Inggeris coherence yang bermaksud kesatuan.
Kesatuan membawa maksud sesuatu ayat yang dibentuk hanya mengandungi satu idea atau
gagasan saja. Menurut Asmah Haji Omar (1987 : 109) telah menyatakan terdapat dua ciri
utama dalam menentukan teks yang padu iaitu keteraturan fikiran dan ketenunan. Apa yang
dimaksudkan oleh Asmah Haji Omar tentang keteraturan fikiran itu ialah koheren. Ia
merupakan susunan fikiran secara lojik dari mula hingga akhir perenggan. Teks yang
mempunyai aliran tersebut akan memudahkan pembaca atau pendengar mentafsir terhadap
teks tersebut.

Sabarti Akhadiah et al. (1988) menggunakan istilah kesatuan bagi koheren. Menurut
Sabarti Akhadiah, sesuatu perenggan itu koheren jika ayat-ayat dalam perenggan itu tidak
terlepas daripada topiknya atau selalu releven dengan topik. Semua ayat terfokus pada topik
sahaja.

Konsep koheren mengikut Wong Keat Seng (1993:307) adalah satu bentuk yang
memperlihatkan fikiran logis dalam suatu teks. Koheren merujuk kepada hubungan logik
antara ayat sehingga melahirkan susunan fikiran yang logik dan bermakna. Hubungan



15
keteraturan di antara klausa atau ayat dapat dicapai melalui penggunaan unsur penjelasan,
sokongan, sebab atau percontohan.

J elaslah, koheren adalah hubungan ayat-ayat dalam perenggan yang berkait rapat
dengan membicarakan atau bertumpu kepada satu tema atau tajuk yang diperkatakan secara
logik dari mula hingga akhir perenggan.

1.6.4 Kohesi

Kohesi ialah daripada perkataan bahasa Inggeris cohesion yang membawa makna
kepaduan. Perkataan ini merupakan salah satu ciri utama dalam pembentukan perenggan.
Konsep kohesi menurut Halliday dan Rugaiya Hasan (1976) merupakan konsep semantik
yang merujuk kepada hubungan makna antara satu unsur dengan unsur yang lain di dalam
teks. Unsur tersebut boleh sahaja dalam ayat atau antara ayat. Dengan erti kata lain,
kepaduan ialah hubungan timbal-balik yang baik dan jelas di antara unsur-unsur
pembentukan ayat iaitu frasa dan kata.

Manakala Mohd. Ramlan (1993) menyatakan bahawa kohesi adalah sebagai satu
bentuk dalam perenggan karangan yang terdapat unsur-unsur kebahasaan yang
menghubungkan ayat-ayat untuk membentuk satu satuan perenggan. Penanda wacana
(penanda hubungan) digunakan dalam menghubungkan ayat-ayat tersebut dalam suatu
perenggan yang berupa kata atau frasa perangkai ayat.




16
1.6.5 Pemerengganan

Perkataan pemerengganan berasal daripada kata dasar perenggan. Raminah Hj.
Sabran (1989) menyatakan bahawa perenggan merupakan unit karangan yang mengandungi
beberapa ayat yang antara satu dengan yang lain mempunyai hubungan dari segi
tatabahasa.

Chaplen (1970:1) pula mendefinisikan perenggan sebagai satu unit penyatuan
maklumat yang dikawal oleh satu idea. Manakala Awang Sariyan (1991:718)
menyimpulkan perenggan sebagai unit wacana yang kecil di dalam penulisan. Berasaskan
konsep perenggan sebagai satu unit wacana, maka perenggan hendaklah ditumpu
seumpama satu binaan yang berstruktur. Ayat judul dan ayat pengembangan merupakan
komponen yang penting dalam pembinaan perenggan.

Menurut Rubey et al. (1978:261) perenggan merupakan kumpulan ayat-ayat tentang
satu idea atau topik. Pada kebiasaanya perenggan mudah untuk dilihat pada penulisan
karangan. Ini kerana, perkataan pertama adalah ditentukan pada ruang tepi sebelah kiri
yang agak ke tengah sedikit.

Pemerengganan dalam konteks kajian ini merupakan kemahiran membentuk satu
wacana di dalam karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara satu dengan
lainnya mempunyai ayat topik yang dikembangkan dalam ayat-ayat, yang menggunakan
penanda-penanda wacana yang sesuai, dan memperlihatkan unsur koherens dan kohesi.



17
1.6.6 Karangan

Menurut Zaba (1962:1), mengarang adalah membuat ayat yang berhubung-hubung
dengan betul, terdiri daripada beberapa perkataan yang tersusun dengan betul sehingga
dapat difahami akan maksudnya. Karangan menurut Kamus Dewan (Teuku Iskandar,
1986:308) membawa erti gubahan, hasil tulisan, ikatan, atau susunan.

Koh Boh Boon (1982:1) menyatakan bahawa karangan merupakan hasil kerja
mengarang iaitu satu proses melahirkan idea atau rangkaian idea dalam bnetuk penulisan
secara tersusun dan lojik. Karangan berdasarkan pendapat Ishak Haron (1979) pula,
karangan sebagai kemahiran merumuskan idea, fakta, dan sebagainya yang terdapat dalam
pemikiran pengarang atau penulis melalui alat komunikasi iaitu bahasa. Karangan juga
bukan sekadar hasil-hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun perkataan,
frasa, dan ayat semata-mata.

Dalam konteks kajian ini, menulis karangan merupakan satu proses penghasilan
penulisan yang terkandung di dalamnya idea, perasaan atau pendapat dengan dipecahkan
kepada perenggan yang memperlihatkan kepertautan dan kepaduan berdasarkan kepada
binaan wacana dan bahasa yang gramatis lagi tepat.







18
1.6.7 Pelajar-pelajar

Sekolah dibina apabila mempunyai pelajar yang cukup bilangannya yang ditentukan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh demikian, pelajar ialah murid sekolah.

Dalam konteks kajian ini, pelajar-pelajar yang dimaksudkan ialah pelajar-pelajar
tingkatan empat sekolah menengah yang terdiri daripada lelaki dan perempuan daripada
komposisi kaum-kaum Melayu, Cina, dan India. Laporan Razak (1956) mengesyorkan
supaya pelajar-pelajar tersebut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pendidikan formal pada peringkat sekolah menengah rendah dan menengah
atas.

Pelajar-pelajar ini telah pun mengikuti pendidikan formal selama sembilan tahun
(bermula daripada pendidikan sekolah rendah kebangsaan) dan 10 tahun (bermula daripada
pendidikan sekolah rendah jenis kebangsaan China dan Tamil). Mereka adalah lulusan
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2001 dan kenaikan mereka ke
tingkatan empat tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka terdiri
daripada pelajar yang berumur puratanya ialah 15+tahun dan 16+tahun menurut Akta
Pelajaran 1961. Setahun berikutnya, mereka akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).






19



BAB ll

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji menyentuh dua aspek utama iaitu literatur berkaitan dan kajian
berkaitan. Literatur berkaitan merujuk konsep-konsep asas yang berkaitan dengan tajuk dan
pandangan-pandangan tokoh mengenainya. Manakala kajian berkaitan pula merangkumi
kajian-kajian lepas yang dilakukan sama ada di luar negara atau di dalam negara.

2.2 Literatur Berkaitan

Menulis sebuah karangan samalah seperti membina beberapa perenggan yang
mengandungi beberapa idea untuk ditempatkan di dalam sebuah cerita. Pernyataan ini
memperlihatkan betapa tanpa perenggan, maka tiadalah karangan. Menurut Azizul Rahman
Abdul Rahman (2000:52) menjelaskan bahawa karangan ialah himpunan perenggan yang
dibentuk dengan menggunakan ayat sempurna dari segi makna dan tatabahasanya.




20
Walaupun kajian ini hendak melihat cara pelajar mengorganisasi perenggan,
pengkaji memilih binaan karangan sebagai bantuan bagi melancarkan kajian. Pengetahuan
binaan karangan perlu sebelum pelajar memerengganankan fakta yang dipilih. Menurut
Roselan Baki (1993:18) karangan, biasanya terdiri daripada tiga komponen; perenggan
pengenalan, perenggan isi, dan perenggan penutupan. Pada dasarnya binaan karangan yang
lengkap harus terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu pendahuluan, isi sokongan
(badan karangan) dan penutup.

Tambah beliau lagi, karangan 350 perkataan biasanya terbina daripada tiga
perenggan isi, manakala karangan 500 perkataan pula mempunyai lima perenggan isi.
Keseluruhannya masing-masing mempunyai lima dan tujuh perenggan. Setiap jenis
perenggan mempunyai binaan dan fungsi yang tertentu pula. Oleh itu, pengajaran dan
pembelajarannya haruslah bersifat terpisah-pisah pada peringkat awalnya. Setelah pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik pembinaan perenggan pengenalan, perenggan isi, dan
perenggan penutupan dikuasai pelajar, barulah diperkenalkan penulisan karangan yang
lengkap.

Penulisan yang terawal tentang cara-cara mengarang dalam bahasa Melayu telah
dilakukan oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba). Dalam buku Ilmu Karang Mengarang
Zaba (1965) telah menyatakan bahawa mengarang itu umpama membuat rumah, iaitu
perlu ada pelan dan terpaksa menyediakan kelengkapan barulah boleh membuat kerja.
Begitu juga apabila hendak mengarang, beliau telah mengemukakan beberapa langkah
untuk mengarang karangan, seperti menyediakan isi karangan terlebih dahulu, kemudian



21
disusun isi karangan tersebut mengikut kepentingannya, beberapa banyak satu-satu
bahagian isi yang hendak ditulis dan langkah-langkah terakhir adalah bagaimanakah
hendak menyusun atau menghidangkan isi karangan agar sedap dibaca oleh pembaca.

Binaan perenggan sebagai satu wacana. Binaan perenggan sebagai satu unit wacana
mesti dilihat sebagai suatu binaan yang berstruktur. Perenggan bukan hanya terdiri daripada
sehimpunan ayat semata-mata. Perenggan mempunyai komponennya sendiri. Menurut
Awang Sariyan (1991) perenggan terdiri daripada ayat judul atau topik dan pengembangan.
Pengkaji memilihnya kerana teknik pemerengganan merupakan salah satu daripada teknik
mengarang yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penguasaan teknik ini akan memastikan faktor
dihuraikan dengan matang dan mantap di samping sokongan penguasaan bahasa.

Roselan Baki (1994) menjelaskan perenggan pengenalan mengandungi ayat
rangsangan, huraian sokongan dan ayat arah. Perenggan isi mengandungi ayat topik dan
huraian sokongan. Menurut beliau lagi, perenggan akhir atau penutup memerlukan suatu
kenyataan penulis tentang keseluruhan penulisan dengan tujuan untuk mengingatkan
pembaca akan idea utama karangan dan sebagai tanda pengakhiran.

a) Ayat rangsangan

Ayat rangsangan ialah ayat pertama di dalam pengenalan. Menurut Roselan Baki
(1994) bahawa ayat rangsangan ini berfungsi untuk merangsangkan pembaca.
Diharapkan apabila pembaca didedahkan dengan ayat rangsangan ini akan timbul



22
rasa ingin tahu, rasa kurang percaya, rasa bimbang, rasa marah, rasa terkejut, rasa
hairan dan lain-lain. Oleh itu penulis perlu memilih perkataan yang tepat untuk
menimbulkannya. Tambah Roselan Baki lagi, aspek yang dapat merangsangkan
pembaca pada dasarnya adalah perkataan-perkataan daripada kategori yang
menghuraikan perasaan, penilaian, keadaan dan suasana. Misalnya:


Perasaan Penilaian Keadaan Suasana
seronok
semangat
keliru
bosan
jemu
berjaya
gagal
baik
memuaskan
mengecewakan
mengagumkan
ngeri
sedih
tenat
parah
tenang
muram
hangat
sepi
bising
hiruk-pikuk
tenang
kelam-kabut

Contoh ayat:
1. Pengetahuan sungguh berharga
2. Memandu laju
.
3. Kasih ibu bapa merupakan
sangat berbahaya.
kasih yang istimewa
4. Maklumat yang ingin disampaikan kepada para pelajar
.
hendaklah tidak
mengelirukan

.



23
Dalam contoh yang diberikan keseluruhan bahagian yang bergaris adalah
pendapat atau pendirian penulis tentang perkara berkenaan. Pendapat yang sebegini
mampu merangsang pembaca kerana pembaca akan tertanya-tanya tentang sebab
penulis berpendapat demikian.

b) Ayat topik/judul

Ayat topik memaparkan idea utama atau isi bagi perenggan tertentu. Apabila
pembaca membaca ayat topik, pembaca akan dapat menjangka sebahagian daripada
huraian yang perlu dipaparkan sekiranya seseorang pembaca mempunyai sedikit
pengetahuan tentang isu yang dibaca. Keadaan ini akan melancarkan proses
pembacaan. Pembaca akan merasa selesa dan seronok untuk meneruskan
pembacaan.

Pernyataan tersebut selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Smalley dan
Ruetten (1982) bahawa ayat topik atau judul sebenarnya dalam perenggan pada
asasnya adalah merujuk kepada kandungan perenggan. Tambah Smalley dan
Reutten lagi, penulis seharusnya mengehadkan topik dengan menyempitkan apa
yang hendak disampaikan itu kepada yang khusus. Oleh itu ayat topik hanya terhad
kepada memperkenalkan topik sebenar dalam perenggan. J adi dalam
pembentukannya, ayat topik tersebut hendaklah menyatakan idea penegasan tentang
keseluruhan topik.




24
Umumnya, sebuah perenggan tidak cukup dengan sebuah ayat sahaja, tetapi
haruslah mengandungi tiga perkara yang penting; ayat topik, ayat sokongan, dan
ayat penutup (Mohammad Fadzeli J aafar, 2001:10). Ayat topik bukan sahaja
memperkenalkan topik atau judul dalam perenggan, tetapi juga mengehadkan
bilangan topik sama ada satu atau dua perkara/idea yang akan disentuh atau
dibincang dalam sebuah perenggan.

c). Ayat Arah/Ayat Tema

Ayat arah ialah ayat akhir dalam perenggan pengenalan. Ayat ini akan menunjukkan
arah karangan, persoalan, perkara aspek atau bidang yang akan dihurai secara
khusus di dalam sesebuah tajuk karangan. Adanya ayat arah ini akan menjuruskan
penulis menulis perkara yang dipersoalkan sahaja. Dalam erti kata lain skop
karangan akan dapat dibataskan, iaitu karangan akan mengarah kepada satu aspek
tertentu. Ayat arah ini seperti yang dijelaskan oleh Roselan Baki berfungsi untuk
memandu penulis menggelakkan penyelewengan, memudahkan penyemakan,
memberitahu pembaca tentang kandungan sesebuah karangan dan memudahkan
pembacaan. Ayat arah bergantung penuh kepada persoalan yang dikemukakan oleh
tajuk.







25
d) Ayat Huraian dan Sokongan

Ayat huraian dan ayat sokongan tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan
karangan sebagai penguat kepala ayat topik atau ayat rangsangan yang dibina.
Kematangan penulis dapat dilihat berdasarkan kemampuannya dalam menghuraikan
fakta dan menyokong fakta yang diutarakan. Ayat-ayat tersebut boleh dilakukan
dalam beberapa cara. Antaranya ialah menggunakan:

i. Keterangan
ii. Contoh-contoh
iii. Definisi
iv. Perbandingan
v. Analisis sebab-akibat
vi. Anekdot (cerita)

Cara-cara di atas boleh digunakan secara bersendirian atau gabungan beberapa
cara. Kesannya bergantung kepada kesesuaian dan kehendak penulis. Cara
menghurai di perenggan pengenalan, isi dan penutup adalah sama.

Perkara pokok yang harus difahami tentang perenggan ialah definisi atau konsep
perenggan. Menurut Raminah Hj. Sabran (1989) mengatakan dalam sesebuah penulisan,
perenggan merupakan unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang di antara satu
dengan lainnya mempunyai hubungan dari segi makna dan tatabahasa. Setiap perenggan



26
lazimnya berbeza dari segi kepanjangan, iaitu bergantung kepada tujuan dan fungsinya,
ditinjau dalam konteks keseluruhan penulisan itu. Setiap perenggan yang baik mestilah
mempunyai pertalian di antara satu sama lain, iaitu berkesinambungan, untuk membentuk
satu kesatuan yang jitu sebagai sebuah penulisan. Oleh demikian, isi yang dibentangkan
dalam setiap perenggan itu mestilah mempunyai pertalian yang erat dengan judul yang
menjadi fokus perbincangan, di samping juga mempunyai kesatuan dalaman, dengan erti
kata bahawa unit-unit dalam perenggan itu sendiri mesti dipertalikan dengan idea utama
supaya dapat memberikan sumbangan untuk menjelaskan atau menghuraikan judul.

Menurut Sulaiman Masri (1988:55) menyatakan dalam pembinaan perenggan,
kesatuan ayat-ayat sangat penting. Kesempurnaan susunan dan urutan ayat demi ayat
menjadi tanda lengkapnya sesuatu perenggan. Perkara ini, boleh dilihat dalam contoh
perenggan di bawah ini.










topik
Rata-rata orang Melayu mengakui bahawa terdapat kaitan yang
pengawalan idea ayat sokongan
rapat antara makanan dengan penyakit. Makanan mempunyai

dua sifat ataupun peranan penting dalam konteks kesihatan;
ayat sokongan
sebagai penawar dan sebagai racun. Kalau dimakan secara

sederhana mendatangkan manfaat tetapi sekiranya dimakan
ayat penutup
berlebihan boleh mendatangkan mudarat. Hakikat ini diakui

oleh orang Melayu sejak zaman-berzaman lagi.


(Hashim Awang, 1988:34)








27
Petikan di atas menyebut orang Melayu sebagai topik dan makanan dengan
penyakit berperanan sebagai pengawal kepada idea. Ayat-ayat seterusnya menjadi
penyokong kepada ayat topik, iaitu cuba menjelaskan kepercayaan orang Melayu tentang
hubungan antara makanan dengan penyakit. Ayat sokongan dalam perenggan ini ialah:

1. Makanan mempunyai dua sifat ataupun peranan penting dalam konteks
kesihatan; sebagai penawar dan sebagai racun.
2. Kalau dimakan secara sederhana mendatangkan manfaat tetapi sekiranya
dimakan berlebihan boleh mendatangkan mudarat.

Ayat sokongan amat penting dalam sebuah perenggan, iaitu sebagai penjelasan kepada ayat
topik. Ayat sokongan menjelaskan ayat topik dengan memberi alasan, contoh, penyataan,
statistik, dan petikan yang sesuai.

Abdul Aziz Abdul Talib (1990:234), menjelaskan konsep perenggan sebagai
karangan kecil yang mempunyai objektif yang tersendiri, khusus, dan berkaitan pula
dengan karangan secara keseluruhan. Karangan mempunyai rangka-rangka yang
menunjukkan pengembangan idea-idea melalui komposisi perenggan. Manakala perenggan
mempunyai rangka tentang isi-isi atau idea-idea utama yang dikembangkan melalui ayat-
ayat yang ada koheren dan kohesi. Rangka perenggan mengikut Abdul Aziz Abdul Talib
(1990:238) seperti berikut:





28

CONTOH 1


RANGKA PERENGGAN
_________________________________________________________
+Satu isi / idea utama (tema kecil karangan)
_________________________________________________________
+Huraian, perbincangan, contoh yang sesuai dan mencukupi, dan terhad
kepada isi di atas. Sebagai pelengkap (penyokong / bukti) kepada idea
utama dan perenggan itu.
_________________________________________________________


Berdasarkan kepada rangka perenggan Contoh 1 Abdul Aziz di atas, sifat-sifat yang
perlu ada dalam sesebuah perenggan yang baik ialah:

1. Perlu mengandungi satu idea atau isi yang menjadi fokus perenggan tersebut.
2. Sesebuah perenggan itu hendaklah sempurna dan lengkap. Dalam tugas tersebut
ayat-ayat yang ditulis hendaklah berpusat hanya kepada suatu isi yang menjadi
fokus.
3. Perenggan yang baik biasanya mengandungi satu ayat topik sebagai ayat yang
pertama dalam perenggan itu. Ayat topik ialah ayat yang mencadangkan kepada



29
pembaca sesuatu isi atau idea utama yang akan menjadi fokus penulisan
perenggan tersebut.

Ada tiga cara untuk menentukan ayat topik (Abdul Aziz Abdul Talib), atau ayat
judul (Awang Sariyan) dan (Sluhi Lamat), atau idea pokok (Mohd. Ramlan);

1. Pengarang boleh meletakkan ayat topik itu pada bahagian awal perenggan,
maka perenggan yang terhasil ialah perenggan deduktif.
2. Perenggan yang bermula dengan bahan-bahan sokongan atau perincian dan
diakhiri dengan ayat topik. Perenggan ini dipanggil perenggan induktif.
3. Kaedah membina perenggan dengan menulis ayat topik pada awal perenggan,
kemudian menggabungkannya dengan bahan-bahan sokongan, dan menutupnya
dengan ayat judul sekali lagi. Ayat topik yang kedua ini diungkapkan dengan
cara yang lain tetapi masih merujuk kepada maklumat atau gugusan yang
dikemukakan dalam ayat topik di awal perenggan. Perenggan jenis ini dipanggil
perenggan gabungan deduktif +induktif (Awang Sariyan,1991; Mohd. Ramlan,
1993; Abdul Aziz Talib, 1990; dan Sluhi Lamat,1993).

Keutuhan sesuatu perenggan ditentukan oleh kesatuan, kepaduan, dan
perkembangan (Awang Sariyan, 1989:328). Bagi Raminah Haji Sabran (1989:210-216),
Abdul Aziz Abdul Talib (1989:329) keutuhan itu terletak pada kepaduan (unity) dan
pertautan (koheren) di antara perenggan. Menurut Mohd. Ramlan (1993), keutuhan sesuatu
perenggan itu perlu ada koheren dan kohesi, pengabung kata dalam ayat (penanda wacana),



30
dan pertalian antara ayat. Keutuhan yang dimaksudkan oleh Mohd. Ramlan adalah sama
dengan keutuhan yang diutarakan oleh Halliday dan Rugaiya Hasan (1976:4). Mereka
berpendapat, konsep keutuhan wacana itu merujuk pautan ciri-ciri linguistik yang
membantu menghubungkan satu urutan ayat sehingga melahirkan sesuatu teks yang padu.
Pada dasarnya konsep pautan ini merupakan konsep semantik yang merujuk kepada
perkaitan kebahasaan yang ada pada sesuatu teks. Pautan ini diperlihatkan melalui
tatabahasa dan sebahagiannya melalui perbendaharaan kata.

Dalam aspek penulisan, koheren dan kohesi boleh dilihat pada asas makro dan
mikro dalam struktur teks. Hal ini terbukti daripada penulisan-penulisan para sarjana.
Sebagai contoh, Soenjono Darjowidjojo (1988) mentakrifkan kohesi adalah keserasian
hubungan antara unsur yang satu dengan unsur yang lain dalam wacana sehingga
terciptalah pengertian koheren. Gutwinsky (1976) yang dipetik dalam Henry Guntur
Taringan (1985) menjelaskan bahawa kohesi adalah hubungan antara ayat dalam sebuah
wacana, baik dalam strata gramatikal mahupun dalam strata leksikal tertentu.

Kohesi merujuk kepada perpautan dan di dalamnya terkandung unsur-unsur
kepaduan dan keutuhan. Sesuatu teks atau wacana dikatakan benar-benar bersifat kohesif
apabila terdapat keserasian bentuk bahasa terhadap ko-teks (situasi dalam bahasa). Dengan
kata lain, ketidaksesuaian bentuk bahasa dengan ko-teks dan juga konteks, akan
menghasilkan teks yang tidak kohesif (J ames, 1980 dlm. Henry Guntur Taringan, 1985).




31
Koheren adalah pengaturan secara rapi kenyataan dan gagasan, fakta, dan idea
menjadi suatu untaian yang logik sehingga mudah memahami pesan yang dikandungnya
(Wohl, 1987 dlm. Henry Guntur Taringan, 1985). Koheren mengandungi unsur-unsur
pertalian dan hubungan dari segi makna wacana. J adi, koheren lebih menekankan aspek
ujaran yang menggambarkan bagaimana kata hubung atau penanda wacana digunakan
untuk menjelaskan makna.

Widdowson (1984) mentakrifkan kohesi sebagai cara ayat dan bahagian-bahagian
ayat disambung bagi memastikan suatu binaan yang terancang. Kohesi, menurut
Widdowson lagi biasanya dilambangkan secara jelas, sementara aspek koheren dilihat
sebagai satu bentuk himpunan persefahaman yang lancar. Sebagai contoh perhatikan satu
perenggan yang padu utuh seperti CONTOH 2.

CONTOH 2
PERENGGAN YANG UTUH (KOHEREN DAN KOHESI)








Banyak negara, terutamanya negara membangun sengaja
mengabaikan kepentingan alam sekitar bagi menarik pelabur ke
negara mereka. Dalam dekad 1970-an banyak negara maju mula
mengeksport teknologi-teknologi mereka yang mencemar alam
sekitar ke negara-negara membangun. Dikatakan bahawa J epun
adalah pengeksport utama pencemaran pada dekad tersebut.
Pengilang J epun terpaksa memindahkan kilang-kilang mereka yang
kuat mencemar ke negara-negara membangun kerana kerajaan
J epun menguatkuasakan undang-undang perundangan yang ketat
bagi mengawal pencemaran yang semakin teruk di sana.


(Mohd. Hamdan Adnan, 1993:6)



32
CONTOH 2 di atas terdiri daripada empat ayat yang saling kait-mengait dan
membentuk satu satuan. Ayat pertama berfungsi sebagai pengendali kerana terdapat ayat
topik, iaitu negara membangun sengaja mengabaikan kepentingan alam sekitar. Ia
dikatakan sebagai pengendali kerana ayat topik itu mengendalikan huraian atau penjelasan-
penjelasan selanjutnya sehingga beserta penjelasan berikutnya membentuk satu satuan
makna.

Perbincangan tentang teori kohesi dan koheren dalam teks Halliday dan Rugaiya
Hasan (1976) dianggap oleh Brown dan Yule (1983) sebagai yang paling komprehensif dan
menjadi teks pegangan dalam bidang kohesi dan koheren. Bagi mewujudkan kepautan dan
kerapian dalam wacana, Halliday dan Rugaiya Hasan menyarankan kohesi terbahagi
kepada beberapa jenis, iaitu kohesi dari segi tatabahasa dan leksikal. Kohesi tatabahasa
dipecahkan lagi kepada perujukan, penggantian, dan elipsis. Penghubung pula berada di
antara kedua-dua jenis kohesi tetapi lebih mirip kepada kohesi dari segi tatabahasa daripada
kohesi leksikal.

Wacana atau discourse pada umumnya merupakan konsep yang meliputi semua
aspek komunikasi yang melibatkan bukan sahaja mesej atau teks tetapi juga pengucapan,
penerimaan serta situasi konteks. Wacana tidak sekadar merujuk kepada komunikasi
bertulis antara penulis dengan pembaca, tetapi turut meliputi komunikasi lisan antara
penutur dengan pendengar serta konteksnya (Normah Abdullah, Che Mohd. Arif Che
Mohd. Yusoff 1997:1034). Menurut Mohd. Sidin Ahmad Ishak (1992:1) wacana digunakan
juga untuk pengertian pada isi misalnya wacana politik, wacana media, atau wacana



33
undang-undang. Manakala Roselan Baki (1994:124) menyatakan bahawa penanda wacana
boleh digunakan dalam dua situasi, untuk menghubungkan dua ayat (lalu membentuk satu
ayat), dan antara perenggan. Penggunaan penanda wacana dalam ayat membentuk perkaitan
antara ayat dengan ayat atau ayat-ayat sebelumnya. Keadaan ini membentuk satu aliran
huraian yang logik serta sistematis.

Kebolehan menggunakan penanda wacana atau penghubung kata dalam ayat akan
membolehkan seseorang penulis menyambung pemikiran dan logik secara berkesan,
menghasilkan penulisan yang jelas, menarik, lebih berkesan sebagai penyalur idea kepada
pembaca. Mohd. Ramlan (1993) telah membahagikan dan menjelaskan penanda wacana ini
kepada:

a. Penanda wacana penunjuk penggunaan kata atau frasa untuk
menunjukkan sesuatu. Contohnya, itu, ini, tersebut dan berikut.
b. Penanda wacana penggantian penanda wacana yang berupa kata, atau
frasa yang menggantikan kata, frasa, atau mungkin juga satuan gramatikal
yang lain. Contohnya, begitu, begini, demikian dan lain-lain.
c. Penanda wacana pelesapan unsur-unsur ayat yang tidak dinyatakan
secara tersurat pada ayat. Pelesapan itu boleh berlaku sebagai pelesapan
seluruhnya, pelesapan subjek, dan pelesapan objek.
d. Penanda wacana perangkaian penanda wacana yang memperlihatkan
adanya kata atau kata-kata yang merangkaikan ayat yang tersebut dengan



34
ayat yang lain. Misalnya, dan, lalu, pada hal, malah, ketika itu, di samping
itu, akibatnya, dalam pada itu, meskipun begitu dan sebagainya.
e. Penanda wacana hubungan leksikal penanda wacana yang disebabkan
oleh adanya kata-kata yang secara leksikal memiliki pertalian. Pertalian ini
mungkin berlaku melalui pengulangan, sinonim, dan hiponim.

Dalam usaha hendak menghasilkan penulisan karangan Ishak Haron (1979) telah
mengutarakan tiga unsur penulisan karangan, iaitu terdiri daripada penulis, karangan, dan
pembaca. Dalam penghasilan karangan itu ada empat proses penciptaan iaitu mempunyai
isi, memilih dan menyusun isi, memilih bentuk karangan yang sesuai, dan menulis
karangan. Selain itu, terdapat dua komponen kemahiran menggunakan bentuk-bentuk
tertentu, iaitu bahasa dan tanda baca. Kedua-dua komponen ini perlu dalam proses
penulisan untuk menyampaikan maksud dengan lebih berkesan melalui pemerengganan.

Secara ringkasnya, perenggan dapatlah ditakrifkan sebagai unit asas dalam sebuah
karangan yang terbentuk oleh beberapa ayat yang berhubungan untuk menyampaikan
sesuatu idea. Takrif ini menjelaskan bahawa sebuah perenggan haruslah berkaitan antara
satu sama lain dan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dan idea dengan baik dan
berkesan.







35
2.3 Kajian Berkaitan

Berdasarkan penelitian terhadap penyelidikan yang lepas, banyak kajian tentang
kesalahan bahasa dan kemahiran penulisan telah dijalankan. Menurut Awang Mohd. Amin
(1990:40), kebanyakan kajian seperti kajian oleh Charters dan Miller (1915), Ashfield
(1922), Geoghagen (1934), dan Guiler (1926) telah membandingkan jumlah kekerapan
bahasa dari segi kesalahan ejaan, penggunaan huruf besar dan sebagainya lebih merupakan
kajian terhadap pelajaran karang-mengarang secara khusus. Kajian-kajian yang
terkemudian seperti kajian oleh Anderson dan staiger (1957), Strom (1960), serta Burns dan
Troxel (1961) pula memberikan tumpuan yang khusus kepada tatabahasa, iaitu aspek
morfologi dan sintaksis. Di samping itu kajian-kajian oleh Braddock dan Richard (1974),
dan kajian Petty dan Burns (1964) telah memasukkan juga kajian tentang aspek-aspek,
tanda bacaan dan penggunaan huruf besar.

Di Amerika Syarikat, masalah kelemahan pelajar dalam bidang penulisan telah
mula mendapat perhatian media massa dan media akademik apabila satu artikel yang
berjudul, Why J ohnny Cant write tersiar dalam jurnal Newsweek pada 8 Disember,
1975. Setelah itu, beberapa perbincangan dan forum tentang masalah penulisan di kalangan
pelajar di bawah tajuk, Curret Writing Crisis in Schools telah diadakan melalui media
televisyen, radio, dan akhbar di Amerika Syarikat.





36
Penulis-penulis dan penyelidik tempatan juga telah menjalankan kajian dalam
bidang kesalahan bahasa. Alias Shamsudin (1969) telah mengkaji tentang tatabahasa, Yap
Soon Hock (1973) telah mengkaji tentang pembentukan perkataan, ejaan, tanda bacaan dan
di samping kajian-kajian lain yang dibuat oleh Azman Wan Chik (1983), Sharifah Fakhirah
dan Teoh Boon Seong (1986), Kamarudin Haji Husin (1986), Abdul Aziz(1987), Awang
Mohamad Amin (1990), Normah Abdullah dan Che Mohd. Arif Che Mohd. Yusoff (1997)
dan sebagainya

Kajian tentang kemahiran menulis khususnya aspek pemerengganan dalam
pembentukan ayat topik serta koheren dan kohesi kurang diberi perhatian oleh penulis.
Dalam konteks penulis tempatan boleh dikatakan tiada penulisan yang telah dihasilkan
kecuali setakat menyebutkan sepintas lalu sahaja. Antara pengkaji tempatan yang pernah
membincangkan aspek ini, oleh Abdul Aziz Abdul Talib (1993), dan Mohd. Ramlan
(1993). Manakala pengkaji atau penulis barat seperti Smalley dan Ruetten (1982), Frank
Cahplen (1970) dan lain-lain lagi.

Daripada pemerhatian dan pengalaman yang lalu Marohaini Yusof (1989)
menjelaskan bahawa perhatian guru di dalam mengajar mengarang di peringkat sekolah
menengah lebih kepada penghasilan isi atau fakta bukan kepada aspek-aspek penggunaan
bahasa yang baik dan teknik mengarang yang berkesan. Menurut beliau lagi guru juga tidak
merangsang pelajar berfikir untuk menghasilkan atau memikirkan cara yang berkesan
menyampaikan satu mesej atau idea.




37
Kajian tentang kemahiran menulis khususnya aspek pembentukan pemerengganan
yang terdiri daripada ayat topik serta kohesi dan koheren amat perlu. Ini memandangkan
kemampuan dalam aspek ini akan mengarah kepada penghasilan penulisan yang baik.
Perkara ini perlu dikuasai setiap pelajar kerana sebahagian besar pendidikan formal
memerlukan kemahiran menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan
maklumat, idea, perasaan, dan pendapat.

Dalam hal ini, pengkaji akan menumpukan perhatian terhadap penulisan tentang
pembinaan ayat dalam sesuatu perenggan.. Selain itu, tentang struktur wacana serta koheren
dan kohesi dalam penulisan yang dijalankan atau dianjurkan oleh penulis-penulis di barat
dan di Malaysia. Oleh kerana kesuntukan masa dan kekurangan kepakaran pengkaji akan
menumpukan perhatian hanya kepada teknik membina perenggan.













38



BAB lll

KAEDAH KAJIAN

3.1 Pendahuluan


Dalam penghasilan sesebuah kajian, kita perlu mengetahui metodologinya. Metodologi
ialah kaedah yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kajian. J ika sesuatu kajian
dilakukan, sudah pasti menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Dalam bab ini juga pengkaji
akan memuatkan kaedah kajian yang digunakan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan beberapa kaedah. Kaedah soal
selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan kemahiran
penulisan karangan di kalangan pelajar. Kaedah analisis karangan melalui ujian bertulis
digunakan untuk mengetahui sejauh mana pencapaian pelajar dalam pembinaan
pemerengganan dalam karangan. Penganalisisan dan penilaian terhadap karangan tersebut
ditinjau dari aspek pembentukan ayat topik, ayat sokongan, komponen-komponen dalam
perenggan, kohesi dan koheren serta penggunaan penanda wacana yang sesuai.




39
Kaedah kepustakaan juga digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat
tentang penulisan dan kajian-kajian berkaitan yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu. Pelbagai sumber bahan bercetak yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk
seperti buku, majalah, jurnal, kertas seminar dan petikan akhbar digunakan sebagai rujukan
dan panduan.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Pengkaji memilih Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek, Hulu Selangor
sebagai lokasi kajian selidik. Sekolah ini ialah sebuah sekolah agama menengah yang
terletak di dalam Daerah Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dan di bawah pentadbiran
J abatan Agama Islam Selangor. Sekolah ini tergolong dalam sekolah agama menengah gred
B luar bandar kerana mempunyai pelajar seramai hampir 400 orang iaitu dari tingkatan satu
hingga tingkatan lima. Pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar Melayu beragama Islam.

Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang
lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak.
Pengkaji hanya mengambil seramai 20 orang pelajar sebagai sampel memandangkan
jumlah itu sudah memadai untuk menjamin objektif kajian dapat dicapai. Selain itu, pelajar
tingkatan empat sudah memiliki kecekapan berbahasa untuk menghasilkan pelbagai jenis
karangan dan telah terdedah kepada bahan-bahan yang lebih mencabar serta mempunyai
asas bahasa Melayu yang agak kukuh.




40
Pengkaji juga turut mengambil seramai tiga orang guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu bagi menjawab soal selidik. Pemilihan 3 orang guru Bahasa
Melayu untuk disoal selidik bertujuan mengenal pasti masalah berkaitan pengajaran
penulisan perengganan di bilik darjah.

3.4 Alat Kajian

Pelbagai alat digunakan dalam kajian ini, antaranya ialah borang soal selidik dan
ujian bertulis tentang kemahiran mengarang dan teknik pemerengganan. Penggunaan soal
selidik adalah untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang pelajar dan guru sertai
mengenai penulisan pemerenggan itu sendiri.

Kajian ujian bertulis adalah berdasarkan hasil kerja pelajar (karangan pelajar). Dua
buah tajuk karangan diajarkan kepada pelajar pada peringkat prapengajaran dan
pospengajaran. Prapengajaran adalah pengajaran karangan yang biasa digunakan manakala
pospengajaran penekanan diberikan kepada teknik pembinaan perenggan.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur yang perlu dilakukan oleh pengkaji dalam pengumpulan data adalah
seperti berikut:

1. Kenal pasti tajuk kajian kemudian pengkaji memilih lokasi kajian.



41
2. Memohon kebenaran daripada pihak yang terlibat untuk melakukan kajian
3. Menetapkan tarikh dan masa yang sesuai bagi melaksanakan kajian.
4. Mula menjalankan kajian di sekolah berkenaan.

Kertas cadangan penyelidikan yang lengkap akan dihantar kepada penyelia untuk
mendapatkan persetujuan dan kelulusan menjalankan kajian. Surat kebenaran daripada
Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris diminta terlebih dahulu bagi
membolehkan kajian dilakukan. Seterusnya pengkaji akan menemui dan berbincang
dengan pentadbir sekolah dan guru-guru bahasa Melayu yang mengajar tingkatan empat di
sekolah terbabit. Kemudian 20 hasil karangan pelajar diminta untuk dijadikan kajian.

3.6 Prosedur Penganalisian Data

Pengkaji akan mengumpulkan hasil ujian penulisan karangan yang ditulis oleh
sampel untuk diperiksa dan dianalisis. Pengkaji akan mengkategorikan aspek-aspek
kelemahan pelajar dalam penulisan pemerengganan. Analisis data akan dibuat dalam
bentuk jadual untuk mengemukakan jumlah kekerapan dan peratus serta diikuti dengan
penghuraiannya. Contoh mengira peratus bagi hasil ujian seperti berikut:

Kekerapan = 20
N sebenar = 40
Peratus (%) =
40
20 x 100
=50 %



42
Tahap pencapaian:

30% =lemah
40% =kurang lemah
50% =sederhana
60% ke atas =baik

(Mohd. Majis Konting, 1994:346)

Dalam bahagian ini dijelaskan semua hasil kajian atau dapatan yang diperoleh.
Hasil dapatan yang dipaparkan adalah berupa maklumat yang diterima dari aktiviti sampel.
Data-data adalah berkaitan dengan soal selidik yang diberikan dan karangan sampel. Bagi
memudahkan penganalisaan pengkaji menggunakan skala pengetahuan pelajar tentang
aspek-aspek karangan. Skala pengetahuan yang ditetapkan seperti, amat tahu, tahu, tidak
pasti, kurang tahu dan tidak tahu. Daripada situ,barulah diketahui hasil dapatan kajian dan
perbandingan dibuat. Sebarang keputusan atau dapatan daripada kaedah analisis pengkaji
ini akan pengkaji laporkan dengan perincian pada pada Bab IV: KEPUTUSAN KAJ IAN.









43



BAB IV

KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Setiap penyelidikan yang dibuat pasti memerlukan keputusannya. Dapatan sama ada positif
atau negatif hendaklah dilaporkan dengan tepat dan jujur. Bahagian ini melaporkan
dapatan daripada hasil penganalisisan data pada bab III . Pelaporan dilakukan menurut
kategori iaitu aspek kelemahan sampel dalam penulisan pemerengganan. Analisis data
dibuat dalam bentuk jadual untuk mengemukakan jumlah kekerapan dan peratus serta
diikuti dengan penghuraiannya.

4.2 Perihalan Sampel

Dalam bab ini, perbincangan tertumpu kepada menjawab persoalan kajian
berdasarkan analisis data yang diperoleh daripada sampel melalui soal selidik dan ujian
yang telah dijalankan. Dua bentuk ujian dibuat iaitu prapenulisan dan pospenulisan.
Sementara soal selidik dalam kajian ini merupakan soalan-soalan yang berkaitan dengan



44
latar belakang, pengetahuan, dan pengalaman pelajar dan guru dalam penguasaan penulisan
khususnya pemerengganan.

Secara terperinci, butiran jantina dapat dilihat dalam J adual 1. Seramai 20 orang
pelajar telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Sampel diwakili oleh 10 orang pelajar
lelaki dan selebihnya perempuan.

Jadual 1

Butiran Sampel Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 10 50
Perempuan 10 50
Jumlah 20 100

Kekerapan membaca dapat dilihat dalam J adual 2. Berdasarkan jadual tersebut,
sebilangan besar sampel gemar membaca iaitu sebanyak 42.9%. Namun begitu masih juga
terdapat sebilangan sampel yang minat bersukan iaitu 28.6%. Kegemaran sampel yang lain
ialah menulis, melukis, dan selainnya yang masing-masing sebanyak 10.7%, 3.6%, dan
14.3%.






45
Jadual 2

Butiran Sampel Berdasarkan Kegemaran/Hobi
Kegemaran Kekerapan Peratus (%)
Bersukan 8 28.6
Menulis 3 10.7
Membaca 12 42.9
Melukis 1 3.6
Selainnya 4 14.3
Jumlah 28 100

Dari segi minat sampel terhadap bahasa Melayu, semua sampel mengakui bahawa
mereka memang berminat dengan mata pelajaran tersebut. Perkara ini boleh dirujuk dalam
J adual 3.

Jadual 3
Butiran Pengakuan Sampel Terhadap Minat
Sampel Terhadap Bahasa Melayu

Minat Kekerapan Peratus (%)
Ya 20 100
Tidak - -
Jumlah 20 100





46
Pencapaian gred Bahasa Melayu dalam PMR sampel keseluruhannya baik.
Berdasarkan J adual 4, seramai 11 orang sampel memperoleh gred A dalam Bahasa Melayu
iaitu sebanyak 55%. Manakala selebihnya memperoleh gred B iaitu sebanyak 45%.

Jadual 4

Butiran Sampel Gred Bahasa Melayu Dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Gred Kekerapan Peratus (%)
A 11 55
B 9 45
C _ _
D _ _
E _ _
Jumlah 20 100












47
J adual 5 menunjukkan kekerapan sampel menggunakan bahasa Melayu semasa di
sekolah. Kebanyakan sampel menggunakan bahasa Melayu dengan sangat kerap iaitu 15
orang (75%). Hanya 4 orang sahaja yang menyatakan kerap. Namun demikian terdapat
seorang sampel yang kurang kerap menggunakan bahasa Melayu di sekolah.


Jadual 5

Butiran Sampel Berdasarkan Penggunaan Bahasa Melayu
Semasa Di Sekolah

Skala Kekerapan Peratus (%)
sangat kerap 15 75
kerap 4 20
kurang kerap 1 5
tidak kerap _ _
Jumlah 20 100


Merujuk kepada J adual 6, sampel lebih gemar berinteraksi dalam bahasa Melayu
dengan semua kawan berbanding dengan guru, iaitu 60%. Sampel berintraksi dengan
semua guru sebanyak 23.3%. Manakala dengan guru Bahasa Melayu sebanyak 6.7%.
Seterusnya dengan guru Bahasa Melayu sahaja tiada pilihan. Namun begitu dengan kawan-
kawan sebangsa, mereka berinteraksi dalam bahasa Melayu di sekolah sebanyak 10%.




48
Jadual 6
Butiran Sampel Berintraksi Dalam Bahasa Melayu Di Sekolah

Interaksi Kekerapan Peratus (%)
Guru Bahasa Melayu 2 6.7
Semua Guru di Sekolah 7 23.3
Guru Melayu Sahaja _ _
Kawan-kawan Sebangsa 3 10
Semua Kawan 18 60
Jumlah 30 100

Berdasarkan J adual 7, 60% atau 12 orang sampel ada mengambil bahagian dalam
pertandingan bahasa di sekolah. Selebihnya menyatakan tidak.

Jadual 7
Butiran Sampel Tentang Mengambil Bahagian
Dalam Pertandingan Bahasa

Ambil Bahagian Kekerapan Peratus (%)
Ya 12 60
Tidak 8 40
Jumlah 20 100




49
J adual 8 menunjukkan butiran sampel tentang perasaan mereka sekiranya tidak
hadir ke kelas bahasa Melayu. Sampel keseluruhannya merasa rugi sekiranya tidak hadir ke
kelas bahasa Melayu. 85% atau 17 orang menyatakan demikian. Manakala 3 orang atau
15% sampel menyatakan tidak rugi.

Jadual 8
Butiran Sampel Tentang Sekiranya Tidak
Hadir Ke Kelas Bahasa Melayu

Perasaan Rugi Kekerapan Peratus (%)
Ya 17 85
Tidak 3 15
Jumlah 20 100

Manakala J adual 9 menunjukkan kekerapan sampel menggunakan bahasa Melayu
sewaktu di luar sekolah. Berdasarkan jadual tersebut, 16 sampel atau 80% menyatakan
bahawa mereka sangat kerap menggunakan bahasa Melayu dan 3 sampel atau 5% pula
menyatakan kerap. Namun seorang sampel iaitu 5% tidak kerap menggunakannya. Kurang
kerap tidak ada seorang pun.







50
Jadual 9
Butiran Sampel Tentang Kekerapan Menggunakan
Bahasa Melayu Di Luar Sekolah

Skala Penggunaan Kekerapan Peratus (%)
Sangat kerap 16 80
Kerap 3 15
Kurang kerap _ _
Tidak kerap 1 5
Jumlah 20 100


Berdasarkan J adual 10, kebanyakan sampel diberi galakkan oleh ahli keluarga untuk
membeli atau membaca bahan bacaan dalam bahasa Melayu. Sebanyak 75% sampel
menyatakan Ya dan sebaliknya sebanyak 25%.

Jadual 10
Butiran Sampel Tentang Galakkan Membeli atau Membaca
Bahan Dalam Bahasa Melayu

Diberi Galakkan Kekerapan Peratus (%)
Ya 15 75
Tidak 5 25
Jumlah 20 100




51
J adual 11 menunjukkan butiran sampel tentang bacaan selain buku teks.
Berdasarkan empat pilihan bahan bacaan yang dinyatakan, surat khabar mencatatkan
jumlah tertinggi bilangan sampel membacanya iaitu seramai 20 orang. Sampel juga gemar
membaca majalah dan buku cerita dengan masing-masing seramai 17 sampel dan 16
sampel. Namun demikian, terdapat beberapa sampel yang tidak membaca buku bacaan lain.

Jadual 11
Butiran Sampel Tentang Bacaan Selain Buku Teks

Pengakuan
Bahan Bacaan
Majalah Surat Khabar Buku Cerita Selainnya
Ya 17 20 16 3
Tidak 3 _ 4 17
J umlah 20 20 20 20

J adual 12 menunjukkan bahawa sampel kerap membaca akhbar atau majalah
berbahasa Melayu seminggu sekali (40%) berbanding setiap hari (35%). Namun begitu,
masih ada yang jarang sekali membaca iaitu berjumlah 25%.








52
Jadual 12
Butiran Sampel Tentang Kekerapan Membaca Akhbar
atau Majalah BerBahasa Melayu

Skala Penggunaan Kekerapan Peratus (%)
Setiap hari 7 35
Seminggu sekali 8 40
J arang sekali 5 25
Tidak pernah _ _
Jumlah 20 100

J adual 13 menunjukkan pengakuan sampel tentang menyimpan kamus dalam
bahasa Melayu di rumah. Berdasarkan jadual, sejumlah 60% (12 orang) sampel
menyatakan bahawa mereka tidak menyimpan kamus berbahasa Melayu di rumah.
Manakala seramai 8 0rang (40%) sampel yang dipilih ada menyimpannya.

Jadual 13
Butiran Sampel Tentang Menyimpan Kamus
Dalam Bahasa Melayu Di Rumah

Menyimpan Kekerapan Peratus (%)
Ada 8 40
Tiada 12 60
Jumlah 20 100




53
J adual 14 di bawah menunjukkan jumlah bilangan perenggan yang sepatutnya
dibina oleh sampel dalam sesebuah karangan. Berdasarkan jadual, terdapat perbezaan yang
ketara dalam membina bilangan perenggan dalam karangan. Tujuh sampel (35%)
menyatakan 6 perenggan. Empat sampel pula (20%) menyatakan lima perenggan dan enam
atau tujuh perenggan. Sebanyak 10% pula menyatakan empat perenggan dan tujuh
perenggan. Terdapat seorang sampel menyatakan binaan perenggan perlu berpandukan
soalan.

Jadual 14
Butiran Sampel Tentang Penulisan Karangan
Khususnya Dalam Pembinaan Perenggan

Bilangan Perenggan Kekerapan Peratus (%)
4 perenggan 2 10
5 perenggan 4 20
6 perenggan 7 35
6 @ 7 perenggan 4 20
7 perenggan 2 10
Berpandukan soalan 1 5
Jumlah 20 100







54
Berdasarkan J adual 15, 70% atau 14 orang sampel membina satu perenggan sahaja
dalam penulisan perenggan pendahuluan. Seorang sampel masing-masing menyatakan dua
perenggan, dua atau tiga perenggan dan lebih daripada satu atau dua perenggan. Selebihnya
menyatakan satu atau dua perenggan.

Jadual 15
Butiran Sampel Dalam Membina Perenggan Pendahuluan

Bilangan Perenggan Kekerapan Peratus (%)
1 perenggan 14 70
2 perenggan 1 5
1 @ 2 perenggan 3 15
2 @ 3 perenggan 1 5
Lebih 1 @ 2 perenggan 1 5
Jumlah 20 100











55
J adual di bawah menunjukkan cara penulisan perenggan penutup berdasarkan
bilangan perenggan. Pemilihan pembinaan perenggan penutup sebanyak satu perenggan
mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 65% berbanding bilangan perenggan lain.
Pemilihan satu atau dua perenggan dan dua perenggan serta lebih daripada satu atau dua
perenggan masing-masing 20%, 10%, dan 5% sahaja.

Jadual 16
Butiran Sampel Dalam Membina Perenggan Penutup

Bilangan Perenggan Kekerapan Peratus (%)
1 perenggan 13 65
2 perenggan 2 10
1 @ 2 perenggan 4 20
Lebih 1 perenggan 1 5
Jumlah 20 100











56
4.3 Dapatan Kajian

Dapatan kajian berkenaan dengan kemahiran menulis karangan yakni penekanan kepada
binaan perenggan melalui pendekatan pola pemerengganan diperoleh melalui borang soal
selidik dan ujian pra dan pos yang dibina oleh pengkaji. Berdasarkan hasil jawapan borang
soal selidik dan ujian pra serta ujian pos yang diterima daripada sampel yang dipilih,
pengkaji berjaya mendapat data yang diperlukan untuk dianalisis dalam bentuk peratusan
dan kekerapan. Semua bentuk analisis ini akan dipersembahkan dalam bentuk jadual bagi
menjawab soalan-soalan kajian berikut:

1. Apakah tahap penguasaan kemahiran penulisan perenggan di kalangan pelajar
tingkatan empat?
2. Apakah aspek yang sukar dikuasai oleh pelajar dalam kemahiran penulisan
perenggan?
3. Sejauh manakah teknik pemerengganan yang diajarkan dapat membantu pelajar
meningkatkan kualiti penulisan?


Soalan Pertama : Apakah tahap penguasaan kemahiran penulisan perenggan di
kalangan pelajar tingkatan empat?

Penguasaan pelajar dalam penulisan karangan aspek pemerengganan dikaji berdasarkan 10
item iaitu;




57
1

Binaan dalam sesebuah karangan
2

Ayat topik
3

Ayat rangsangan
4

Ayat arah
5

Komponen dalam perenggan pengenalan
6

Komponen dalam perenggan isi
7

Komponen dalam perenggan penutup
8

Kerelevanan dalam karangan
9

Keutuhan karangan (kohesi)
10

Kepautan (kesinambungan) dalam karangan (koheren)
.
Untuk menjawab persoalan ini pengkaji merumuskan setiap data dengan menggunakan
jadual-jadual seperti di bawah.












58
Berdasarkan J adual 17, keputusan pengetahuan sampel tentang binaan dalam
sesebuah karangan didapati sejumlah 12 orang sampel atau 60% amat tahu tentang binaan
dalam sesebuah karangan. Hanya tiga orang sampel atau 15% menyatakan tahu tentang
binaan dalam karangan. Walau bagaimanapun lima orang sampel atau 25% tidak pasti
tentang hal ini.

Jadual 17

Pengetahuan Sampel Tentang Binaan
Dalam Sesebuah Karangan

Skala
Pengetahuan
Bilangan Sampel Peratus (%)
Amat tahu 12 60
Tahu 3 15
Tidak pasti 5 25
Kurang tahu - -
Tidak tahu - -
Jumlah 20 100

















59
Butiran pengetahuan sampel tentang ayat topik dalam karangan dapat dilihat dalam
J adual 18. Mereka yang tahu dan amat tahu , masing-masing berjumlah sembilan orang
sampel atau 45% dan enam orang sampel atau 30%. Namun demikian sampel yang tidak
pasti dan kurang tahu tentang ayat topik ini sebanyak dua orang atau 10% dan tiga orang
atau 15%.

Jadual 18

Pengetahuan Sampel Tentang Ayat Topik

Skala
Pengetahuan
Bilangan Sampel Peratus (%)
Amat tahu 6 30
Tahu 9 45
Tidak pasti 2 10
Kurang tahu 3 15
Tidak tahu - -
Jumlah 20 100

















60
J adual 19 menunjukkan pengetahuan sampel tentang ayat rangsangan dalam
karangan. Berdasarkan J adual, 35% sampel tidak pasti tentang ayat rangsangan. Di
samping itu, 40% sampel tidak tahu tentang ayat rangsangan ini, manakala 20% sampel
kurang tahu dan 5% sampel tahu tentang ayat rangsangan.

Jadual 19

Pengetahuan Sampel Tentang Ayat Rangsangan

Skala
Pengetahuan
Bilangan Sampel Peratus (%)
Amat tahu - -
Tahu 1 5
Tidak pasti 7 35
Kurang tahu 4 20
Tidak tahu 8 40
Jumlah 20 100


Keputusan pengetahuan sampel tentang ayat arah dapat dilihat dalam J adual 20.
Berdasarkan jadual hanya sembilan sampel (45%) sahaja yang tahu. Mereka yang tidak
pasti pula sebanyak enam sampel (30%). Dua sampel, masing-masing menyatakan amat
tahu dan kurang tahu. Namun begitu, masih ada juga sampel yang tidak tahu tentang ayat
arah iaitu seorang sampel (5%).







61
Jadual 20

Pengetahuan Sampel Tentang Ayat Arah

Skala
Pengetahuan
Bilangan Sampel Peratus (%)
Amat tahu 2 10
Tahu 9 45
Tidak pasti 6 30
Kurang tahu 2 10
Tidak tahu 1 5
Jumlah 20 100




Jadual 21

Pengetahuan Sampel Tentang Komponen
Dalam Perenggan Pengenalan

Skala
Pengetahuan
Bilangan Sampel Peratus (%)
Amat tahu 2 10
Tahu 10 50
Tidak pasti 6 30
Kurang tahu 2 10
Tidak tahu - -
Jumlah 20 100






62
Berdasarkan J adual 21 di atas, sebahagian daripada sampel menyatakan tahu
tentang komponen dalam perenggan pengenalan iaitu 50%. Kedua yang terbanyak mereka
yang tidak pasti sebanyak 30%. Seterusnya sampel yang amat tahu dan kurang tahu tentang
komponen dalam perenggan pengenalan pula masing-masing memperoleh 10% sahaja.

J adual 22 menunjukkan sebahagian daripada sampel (50%) tahu tentang komponen
dalam perenggan isi. Sampel yang tidak pasti dan kurang tahu tentang komponen ini,
masing-masing mendapat 20%. Selain itu, hanya 10% daripada sampel yang tahu tentang
komponen dalam perenggan isi.



Jadual 22

Pengetahuan Sampel Tentang Komponen Dalam Perenggan Isi

Skala
Pengetahuan
Bilangan Sampel Peratus (%)
Amat tahu 2 10
Tahu 10 50
Tidak pasti 4 20
Kurang tahu 4 20
Tidak tahu - -
Jumlah 20 100






63
J adual 23 menunjukkan pengetahuan pelajar tentang komponen dalam perenggan
penutup. Sebahagian besar sampel (70%) tahu tentang komponen itu. Namun hanya
seorang sampel sahaja yang amat tahu. Selain itu, sampel yang tidak pasti dan kurang tahu
pula masing-masing sebanyak 15% dan 10%.


Jadual 23

Pengetahuan Sampel Tentang Komponen
Dalam Perenggan Penutup

Skala
Pengetahuan
Bilangan Sampel Peratus (%)
Amat tahu 1 5

Tahu 14 70

Tidak pasti 3
15
Kurang tahu 2
10
Tidak tahu - -

Jumlah 20 100



















64
Berdasarkan jadual di bawah, pengetahuan pelajar tentang kerelevanan dalam
karangan, menunjukkan bahawa 40% sampel tidak pasti. Hanya terdapat 10% sahaja yang
tahu. Selebihnya kurang tahu dan tidak tahu menentukan peratusan yang sama iaitu 25%.

Jadual 24

Pengetahuan Sampel Tentang Kerelevanan Dalam Karangan

Skala
Pengetahuan
Bilangan Sampel Peratus (%)
Amat tahu - -

Tahu 2 10

Tidak pasti 8 40

Kurang tahu 5 25

Tidak tahu 5 25

Jumlah 20 100




















65
J adual 25 memaparkan pengetahuan pelajar tentang keutuhan karangan (kohesi). Di
dapati 40% (lapan orang sampel) tidak pasti tentang hal ini di samping 35% (tujuh orang
sampel) kurang tahu. J umlah sampel yang tahu dan tidak tahu masing-masing berjumlah
tiga orang (15%) dan dua orang (10%).

Jadual 25

Pengetahuan Sampel Tentang Keutuhan Karangan (Kohesi)

Skala
Pengetahuan
Bilangan Sampel Peratus (%)
Amat tahu - -
Tahu 3 15
Tidak pasti 8 40
Kurang tahu 7 35
Tidak tahu 2 10
Jumlah 20 100



















66
Jadual 26

Pengetahuan Sampel Tentang Kepautan
Dalam Karangan (Koheren)

Skala
Pengetahuan
Bilangan Sampel Peratus (%)
Amat tahu - -
Tahu 2 10
Tidak pasti 5 25
Kurang tahu 10 50
Tidak tahu 3 15
Jumlah 20 100



Data dalam J adual 26 merupakan gambaran pengetahuan tentang kepautan dalam
karangan (koheren). Sejumlah 10 sampel (50%) kurang tahu tentang kepautan ini manakala
lima orang sampel (25%) menyatakan tidak pasti. Namun begitu sampel yang tidak tahu
pula sebanyak 15% (tiga orang smapel) dan sebaliknya pula 10% (dua orang sampel).

















67
Jadual 27

Tahap Penguasaan Sampel Dalam Penulisan Perenggan



Item
Skala Pengetahuan

Amat tahu Tahu Tidak Pasti Kurang
tahu
Tidak
tahu
1 12 3 5 - -

2 6 9 2 3 -

3 - 1 7 4 8

4 2 9 6 2 1

5 2 10 6 2 -

6 2 10 4 4 -

7 1 14 3 2 -

8 - 2 8 5 5

9 - 3 8 7 2

10 - 2 5 10 3

Jumlah 25 63 54 39 19

Peratus 12.5 31.5 27 19.5 9.5




J adual 27 menunjukkan data berkaitan tahap penguasaan penulisan perenggan
sampel yang dikaji. Sebanyak 10 item dikaji dan keseluruhannya menunjukkan bahawa
sampel tidak mempunyai pengetahuan yang baik dalam aspek membina sesebuah karangan.
Berdasarkan jadual, didapati bahawa peratusan tertinggi berkaitan pengetahuan dalam 10
item hanya 31.5% sahaja iaitu dalam skala pengetahuan tahu. Sampel yang amat tahu



68
dalam aspek karangan hanya 25 orang sampel (12.5%). Selain itu, sampel yang tidak pasti
sebanyak 27%. Namun demikian, sampel yang kurang tahu dan tidak tahu masing-masing
sebanyak 19.5% dan 9.5% sahaja.


Jadual 28

Tahap Penguasaan Sampel Dalam Penulisan
Perenggan Selepas Ujian Pos

Item Skala Pengetahuan
Amat tahu Tahu Tidak Pasti Kurang
tahu
Tidak
tahu
1 12 8

- - -
2 5 15

- - -
3 3 17

- - -
4 2 18

- - -
5 3 17

- - -
6 9 11

- - -
7 15 5

- - -
8 5 15

- - -
9 6 14

- - -
10 8 12

- - -
Jumlah 68 132

- - -
Peratus 34 66

- - -






69
Setelah data soal selidik pos dikaji, didapati bahawa terdapat peningkatan
pengetahuan pelajar berkaitan aspek pembinaan karangan berdasarkan 10 item yang di soal.
Berdasarkan J adual 28, data-data soal selidik pos menunjukkan bahawa kesemua pelajar
mengatakan tahu (66%) manakala selebihnya menyatakan amat tahu (34%).



Soalan Kedua : Apakah aspek yang sukar dikuasai oleh pelajar dalam kemahiran
penulisan perenggan?


Berdasarkan 10 item yang dikaji terhadap sampel melalui soal selidik pra, didapati
bahawa masih terdapat kesukaran yang dihadapi oleh sampel dalam menulis karangan.
Aspek yang sukar dikuasai oleh sampel dalam kemahiran penulisan perenggan ditunjukkan
berdasarkan skala pengetahuan kurang tahu dan tidak tahu. Data berkaitan aspek ini
ditunjukkan dalam J adual 29.












70
Jadual 29

Data Berkaitan Aspek Yang Sukar Dikuasai Oleh Sampel


Item
Skala Pengetahuan
Amat tahu Tahu Tidak Pasti Kurang
tahu
Tidak
tahu
1 12 3 5 - -
2 6 9 2 3 -
3 - 1 7 4 8
4 2 9 6 2 1
5 2 10 6 2 -
6 2 10 4 4 -
7 1 14 3 2 -
8 - 2 8 5 5
9 - 3 8 7 2
10 - 2 5 10 3
Jumlah 25 63 54 39 19
Peratus 12.5 31.5 27 19.5 9.5



Berdasarkan J adual 29 di atas, aspek yang paling sukar dikuasai oleh sampel dalam
menulis perenggan berkaitan dengan item 10 iaitu kepautan dalam karangan. 13 sampel
menyatakan bahawa mereka kurang tahu dan tidak tahu dalam aspek penulisan ini. Selain
itu, item tiga juga mendatangkan masalah kepada sampel iaitu seramai 12 orang sampel
menyatakan kurang tahu dan tidak tahu. Item-item lain yang sering mendatangkan masalah



71
kepada sampel ialah item lapan (kerelevanan dalam karangan), item sembilan (keutuhan
dalam karangan) dan item empat iaitu ayat arah.


Soalan Ketiga : Sejauh manakah teknik pemerengganan yang diajarkan dapat
membantu pelajar meningkatkan kualiti penulisan?

Peringkat awal pengkaji telah membuat ujian pra penulisan ke atas sampel. Setelah menilai
hasil dapatan tersebut, pengkaji membuat pula ujian pos penulisan ke atas sampel. Setelah
data ujian pos dipungut, hasil dapatan dapat dijelaskan berdasarkan jadual di bawah.































72
Jadual 30

Data-data Soal Selidik Penulisan Pos


Item
Skala Pengetahuan
Amat tahu Tahu Tidak Pasti Kurang
tahu
Tidak
tahu
1 12 8 - - -
2 5 15 - - -
3 3 17 - - -
4 2 18 - - -
5 3 17 - - -
6 9 11 - - -
7 15 5 - - -
8 5 15 - - -
9 6 14 - - -
10 8 12 - - -
Jumlah 68 132 - - -
Peratus 34 66 - - -

Setelah data soal selidik pos dikaji, didapati bahawa terdapat peningkatan
pengetahuan sampel berkaitan aspek pembinaan karangan berdasarkan 10 item yang disoal.
Berdasarkan J adual 30, data-data soal selidik pos menunjukkan bahawa kesemua sampel
mengatakan tahu (66%) manakala selebihnya menyatakan amat tahu (34%).





73
Jadual 31

Peratus Skor Soal Selidik Tentang Pengetahuan
Sampel Dalam Aspek Mengarang

Perkara Skala Pengetahuan
Tahu Tidak tahu
Peratus skor
soal selidik pra


44 %

56 %
Peratus skor
Soal selidik pos


100 %

0 %


Berdasarkan jadual di atas, sebelum pengajaran, didapati pengetahuan sampel
tentang beberapa istilah teknik mengarang adalah 44% mengetahui dan 56% tidak tahu.
Manakala selepas pengajaran , didapati pengetahuan sampel tentang beberapa istilah teknik
mengarang adalah 100 peratus mengetahui.

Data seterusnya diperoleh daripada analisis ke atas karangan sampel sama ada
karangan daripada pengajaran pra dan pengajaran pos. Karangan sampel dinilai
berdasarkan skema yang dibentuk sendiri oleh pengkaji bagi memudahkan analisis. Skema
yang dibentuk bagi membolehkan skor diperoleh bukan tujuan penilaian. Di sini pengkaji
hanya hendak melihat perubahan yang berlaku. Skema dapat dilihat di dalam jadual di
bawah.






74
Jadual 32
Asas Penilaian Karangan Sampel
Kandungan Karangan

Skor

1. Fakta relevan dengan tajuk.
2. Keterangan dan contoh relevan dengan
fakta
3. Binaan karangan lengkap dan tersusun
(pendahuluan, isi dan penutup).
4. Binaan perenggan lengkap
(pendahuluan, isi dan penutup).



100

Skor bagi karangan sampel adalah bergantung kepada jadual di bawah.

Jadual 33
Skema Skor
Perkara

Skor

Semua perenggan tepat mengikut asas penilaian


81 100

Satu perenggan tidak menepati asas penilaian


61 80

Dua perenggan tidak menepati asas penilaian


41 60

Tiga perenggan tidak menepati asas penilaian


21 40

Lebih empat perenggan tidak menepati asas
penilaian


0 20




75
Skor karangan sampel dapat dilihat dalam J adual 34 di bawah:

Jadual 34
Skor Karangan Sampel

Kod Sampel


Skor Pengajaran
Pra

Skor Pengajaran
Pos
L1 50 75
L2 70 85
L3 70 70
L4 60 80
L5 45 90
L6 55 80
L7 60 80
L8 50 80
L9 45 65
L10 65 80
P11 55 70
P12 55 60
P13 70 80
P14 60 75
P15 60 85
P16 45 70
P17 40 75
P18 50 70
P19 40 60
P20 50 75
Jumlah 1095 1415
Peratus 56.8 70.8

Berdasarkan skor-skor di atas, perbandingan dapat dibuat. Didapati bahawa
berlakunya perubahan pencapaian sampel dalam penulisan karangan di antara pengajaran
dan pembelajaran pra dengan pengajaran dan pembelajaran pos. Perbezaan ialah purata
pencapaian pada pengajaran dan pembelajaran pra ialah 57% manakala selepas pengajaran
pos peratus pencapaian ialah 71%.



76






BAB V

RUMUSAN

5.1 Kesimpulan

Dalam bab ini, pengkaji akan menyimpulkan setiap data yang diperoleh berdasarkan skala
pengetahuan sampel. Bagi memudahkan penganalisisan, pengkaji meringkaskan skala
pengetahuan yang telah ditetapkan iaitu aras Amat Tahu dan Tahu digolongkan kepada
Tahu dan aras Kurang Tahu dengan Tidak Tahu digolongkan kepada Tidak Tahu.
aras Tidak Pasti dikekalkan.

Maklumat yang diperoleh berdasarkan analisis data dalam bentuk jadual seperti
yang dipaparkan dalam bab lV boleh disimpulkan seperti berikut.

i. Kebanyakan sampel mengetahui tentang binaan dalam sesebuah karangan iaitu
sebanyak 75%. Namun begitu masih terdapat sampel yang tidak pasti iaitu sebanyak
25%. Tiada sampel yang menyatakan tidak tahu tentang binaan sesebuah karangan.




77
ii. Hampir kesemua pelajar yang dipilih mengetahui tentang ayat topik dalam
penulisan karangan. Hanya tiga sampel sahaja yang tidak tahu tentang ayat tersebut.

iii. 60% sampel tidak tahu tentang ayat rangsangan. Oleh itu, tindakan sewajarnya
harus dilakukan oleh guru untuk mengatasi masalah ini. Sampel yang tidak pasti
pula seramai tujuh orang berbanding seorang sahaja sampel yang tahu.

iv. Sebahagian daripada sampel yang dikaji tahu tentang ayat arah dalam karangan.
Selebihnya 15% sampel tidak tahu dan 30% sampel tidak pasti.

v. Berkenaan dengan komponen dalam perenggan pendahuluan, kebanyakan sampel
tahu tentang hal ini iaitu 60%. Namun demikian sampel yang tidak tahu sebanyak
10% dan yang tidak pasti 30%.

vi. Keputusan berkaitan komponen dalam perenggan isi menunjukkan masing-masing
sampel tidak pasti dan kurang tahu dalam hal ini iaitu 20%. Sebanyak 60% pula
sampel tahu tentang komponen ini.

vii. Kebanyakan sampel yang dipilih memilih tahu tentang komponen dalam perenggan
penutup.

viii. Separuh daripada sampel tidak mengetahui tentang kerelevanan dalam karangan.
sampel yang tidak pasti pula sebanyak 40%.



78

ix. Didapati 40% sampel tidak pasti mengenai keutuhan (kohesi) karangan dan 45%
tidak tahu . Selebihnya sampel mengetahui.

x. Hampir keseluruhan sampel mengetahui mereka tidak tahu tentang kepautan
(koheren) dalam karangan. Hanya 10% sampel yang tahu tentang hal ini dan
selebihnya tidak pasti.

xi. Tahap penguasaan dalam penulisan perenggan menunjukkan sampel tidak
mengetahui aspek ini dengan baik. Berdasarkan peratusan hanya 44% sampel sahaja
yang tahu aspek ini. Namun demikian, 29% sampel tidak tahu dan selebihnya 27%
sampel tidak pasti tentang aspek tersebut.

xii. Berdasarkan data soal selidik pos menunjukkan bahawa semua sampel sudah
mengetahui tentang item-item yang terdapat dalam penulisan perenggan.

5.2 Perbincangan

Secara keseluruhan setelah data dianalisa beberapa perkara dapat dijelaskan. Daripada itu,
beberapa tindakan seterusnya dapat dirancang bagi memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Daripadanya juga dapat direnungkan lagi kajian-
kajian lain yang berkaitan untuk dilaksanakan dari masa ke semasa.




79
Melalui soal selidik yang diberikan satu gambaran awal dapat dilihat. Didapati
walaupun sampel-sampel telah sampai ke tingkatan empat, mereka masih kurang jelas
tentang konsep-konsep yang ada kaitan dengan teknik mengarang sedangkan sampel ini
tidak lama lagi akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004.

Secara umumnya didapati para sampel masih tidak jelas tentang teknik mengarang.
Selama ini mereka hanya terdedah kepada berfikir mengumpul dan menentukan fakta
sahaja. Mereka didedahkan tentang isu semasa dan format karangan. Latihan yang sama
diulang-ulang sepanjang tahun dengan tajuk dan format karangan yang lain. Oleh itu
sebagai guru sepatutnya akan terus mencari jalan bagi menjelaskan kepada sampel (pelajar)
teknik mengarang yang baik.

Seterusnya, daripada analisa karangan sampel, didapati sampel lebih berjaya
menghasilkan perenggan yang lebih berkesan melalui pengajaran pos jika dibandingkan
dengan hasil pengajaran pra. Keputusan ini dapat sekurang-kurangnya memberi gambaran
awal tentangnya. Selain itu, keputusan ini selari dengan pendapat Awang Sariyan (1991)
bahawa ketara hasilan karangan pelajar di peringkat menengah atas dan pusat pengajian
tinggi masih jauh daripada sewajarnya. Keadaan ini adalah kerana pelajar tidak terdedah
secukupnya tentang ilmu mengarang. Bagi Marohaini Yusof (1989) pula, proses pengajaran
dan pembelajaran mengarang masa kini memerlukan pendekatan yang baru yang tidak
hanya memberi penekanan kepada pengumpulan fakta tetapi memberi penekanan kepada
cara menyusun perkataan, fakta, frasa, dan pemerengganan semasa menghasilkan karangan.



80
Oleh itu, dapat disimpulkan pengetahuan yang jelas tentang teknik mengarang penting di
samping penekanan kepada penghasilan fakta.

Melalui temu bual dan soal selidik guru berkenaan, selama ini sampel belum
didedahkan tentang konsep-konsep dalam binaan karangan dan binaan pemerengganan
secara mendalam. Menurut beliau biasanya sampel akan dikemukakan sebuah tajuk,
kemudian tajuk tersebut dibincangkan bersama-sama. Fakta-fakta berkaitan akan
dicatatkan. Seterusnya pelajar akan diminta menghasilkan karangan berdasarkan fakta yang
dikumpulkan. Di samping itu guru akan menjelaskan dengan ringkas cara menghuraikan
fakta. Akhirnya karangan sampel dinilai. Proses ini berulang-ulang bagi tajuk yang lain.

Seterusnya daripada pemerhatian pengkaji dan temu bual dengan sampel, mereka
menyatakan rasa lega kerana mengetahui serba sedikit tentang kandungan dan keperluan
sesebuah perenggan.

5.3 Implikasi Kajian

Berdasarkan dapatan penyelidikan ini, sampel dapat menghasilkan penulisan yang
berkesan. Namun demikian, masih banyak permasalahan yang perlu ditangani. Ini kerana
pengajaran penulisan karangan bukan hanya menekankan penemuan atau pencarian fakta
yang berkaitan malahan teknik mengarang juga perlu didedahkan.




81
Guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu haruslah sentiasa peka dengan
perubahan dalam senario pendidikan masa kini. Ini kerana menurut Ishak Haron (1979),
walaupun sampel telah dilatih mengarang didapati sampel masih merasa kaku dan khuatir
apabila hendak menulis atau mengarang atau mengemukakan pendapat dan maklumat yang
ada pada mereka (Marohaini Yusoff dalam Koh Boh Boon 1989), sedangkan matlamat
pengajaran Bahasa Melayu adalah hendak melahirkan sampel yang berkemampuan
menyampaikan fikiran dan berkomunikasi secara berkesan dengan anggota masyarakat

Pengkaji menyarankan pengajaran dan pembelajaran menulis dapat memberi lebih
penekanan kepada mengajar sampel supaya dapat dapat berfikir umtuk mengubah atau
menyusun perkataan, frasa, ayat dan seterusnya perenggan dalam bentuk karangan dan
bukan setakat membolehkan mereka berfikir menghasilkan isi sebuah tajuk.

Dalam hal ini, pengajaran karangan tidak hanya tertumpu kepada menghasilkan
karangan sepenuhnya. Beberapa cara boleh dilakukan seperti berikut.

1) Memilih perkataan yang sesuai bagi merangsang pembaca dan membentuk ayat
darinya.

2) Membuat ayat-ayat;
2.1 Ayat rangsangan
2.2 Ayat topik
2.3 Ayat huraian



82
2.4 Ayat contoh

3) Teknik pengembangan idea melalui;
3.1 Penggunaan keterangan
3.2 Penggunaan contoh
3.3 Penggunaan definisi
3.4 Penggunaan perbandingan
3.5 Penggunaan analisis sebab-akibat
3.6 Penggunaan anekdot

4) Menganalisa perenggan-perenggan karangan daripada akhbar, majalah, atau
karangan rakan.

5) Menghasilkan komponen karangan secara berasingan.
5.1 Menghasilkan perenggan pendahuluan
5.2 Menghasilkan perenggan isi
5.3 Menghasilkan perenggan penutup/kesimpulan

6) Guru yang layak mengajar Bahasa Melayu mestilah guru yang mempunyai
pengetahuan Bahasa Melayu yang tinggi, terlatih dan cekap.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan bergantung kepada kemampuan pelajar,
keadaan persekitaran dan masa. Apa yang penting guru mesti lengkapkan pengetahuannya



83
tentang teknik mengarang. Dengan cara begini pelajar tidak merasa jemu dan tertekan
dengan beban kerja yang berat. Apa yang penting setiap kali sesi pengajaran dibuat, guru
perlu memastikan keberkesanannya.

5.4 Cadangan Kajian Lanjut

Sesuatu kajian tidak semestinya lengkap. Barangkali kajian yang dilakukan ada kekurangan
atau kelemahannya. Bagi diri pengkaji sendiri masih terdapat beberapa kelemahan yang
perlu diperbaiki. Oleh itu, pengkaji benar-benar berharap agar para pengkaji lain dapat
membantu mengatasi kelemahan atau kekurangan ini. Pengkaji telah menyarankan supaya
kajian lanjutan akan memberi pertimbangan kepada perkara-perkara berikut;

I. Memperbanyakkan pemilihan sekolah bagi tujuan kajian.
II. Saiz sampel yang lebih besar.
III. Liputan tingkatan yang lebih menyeluruh.
IV. Pembinaan karangan dan perenggan yang koheren dan kohesi.
V. Menyarankan beberapa teknik yang berkesan bagi pengajaran pemerengganan.

Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan yang telah dinyatakan, maka
diharapkan pengkaji-pengkaji seterusnya dapat memberi dapatan baru berdasarkan hasil
kajian mereka.





84
BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Talib (1989). Pengajaran dan pengujian bahasa. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.

(1990). Karangan : Konsep Isi dan Penyusunan dlm. Dewan Bahasa
34 : 4, hal. 238 242.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akta Pelajaran (1961). Edisi Bahasa Malaysia (1971). Kuala Lumpur : J abatan Percetakan
Negara.

Asmah Hj. Omar (1987). Bahasa malaysia sainstifik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Awang Mohd. Amin (1990). Satu kajian khusus penguasaan bahasa malaysia peringkat
sekolah menengah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan (1991). Kemahiran penulisan dalam konteks pembinaan wacana yang
utuh (Kertas Kerja). Kuala Lumpur : Majlis Peperiksaan Malaysia.

Azizul Abd. Rahman (2000). Pembinaan Perenggan Yang Terakhir dlm. Dewan Siswa 21
: 6, hal. 52.

Azman Wan Cik (1989). Isu-isu dalam pengukuran dan penilaian bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, G. dan Yule, G. (1983). Discourse analysis. Cambridge : Cambridge University
Press.

Berita Harian (2000). 3 Mei.

Chaplen, F. (1970). Paragraph writing. Oxford : Oxford University Press.

Goh Ong Sing (1991). Pengajaran Pembelajaran Bahasa dalam KBSM dlm. Dewan
Bahasa 35 : 3, hal. 10.

Halliday, M. A. K. dan Rugaiya Hasan (1976). Cohesion in english. London : Longman.

http://members.tripod.com/shukor/kajian.html.




85
Ishak Haron (1979). Panduan Pengajaran Bahasa Malaysia Di Sekolah Menengah :
Pembinaan Satu Conceptual Framework Dalam Penulisan Karangan dlm Dewan
Bahasa 23 : 2, hal. 12.

Khatijah Abdul Hamid (1987). Menilai penulisan bahasa malaysia. isu-isu dalam
pengukuran dan penilaian bahasa malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Penguasaan kemahiran menulis.
Subang J aya : Kumpulan Budiman.

Koh Boh Boon (1975) A Study To Locate An Analysis Some Common Errors In The Use
Of Malay Affixes Of Non-Malays Preparing For The Malaysian Certificate Of
Education Bahasa Malaysia Paper dlm. Jurnal Pendidikan J ilid V, hal. 31-35.

Laporan Razak (1956). Report of the education committee 1956. Kuala Lumpur : J abatan
Percetakan Negara.

Mat Nor Hussin, Normah Abdullah dan Marzuki Nyak Abdullah (1989). Kaedah
pengajaran bahasa malaysia KBSM. Petaling J aya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mohamad Fadzeli J aafar ( J un 2001). Membina Perenggan Dalam Karangan dlm Pelita
Bahasa, hal. 10-11.

Mohd. Kamal Che Om (1992). Kemahiran menulis merupakan kemahiran tertinggi yang
perlu dikuasai oleh pelajar. Tanjong Malim : Institut Pendidikan Sultan Idris.

Mohd. Ramlan (1993). Paragraf : Alur pikiran dan kepaduannya dalam bahasa indonesia.
Yogyakarta : Penerbit Andi Offset.


Normah Abdullah dan Che Mohd. Arif Che Mohd. Yusoff (1997). Penggunaan Penanda
Wacana Dalam Kemahiran Mengarang dlm. Jurnal Dewan Bahasa 41 : 11, hal.
1032-1035.

Roselan Baki (1993). Pembinaan Perenggan Sebagai Asas Pengajaran Karangan dlm
Jurnal Pelita Bahasa, J ulai, hal. 18-19.

. (1994). Mengajar Mengarang Secara Proses dlm. Jurnal Pelita Bahasa,
Febuari, hal. 26-27.

Raminah Hj. Sabran (1989). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia untuk
pelatih maktab perguruan. Petaling J aya : Fajar Bakti.





86
Robey, C. L., Hedrick, A. M., and Morgan, E. H. (1978). Handbook of basic writing skill.
New York : Harcourt Brace J ovanovich.

Sabarti Akhadiah, Maidar G. Arsjad dan Sakura H. Ridwan (1988). Pembinaan
kemampuan menulis bahasa Indonesia. J akarta: Erlangga.

Smalley, R. L. dan Ruetten, M. K. (1982). Refining composition skill : Retoric and
grammar for ESL students. New York : Macmillan Publishing Company.

Wong Keat Seng (1993) Pautan dan Pembinaan Teks Dalam Bahasa Melayu : Satu
Tinjauan Awal dlm Dewan Bahasa 34 : 4, hal. 306 - 314.

Zainal Abidin Ahmad (1962). Ilmu mengarang melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Вам также может понравиться