Вы находитесь на странице: 1из 19

DAYA & GERAKAN

2.1 Gerakan Linear


Kuantiti Fizik Maksud, Kuantiti, Simbol dan unit
Jarak, l Jumlah panjang lintasan yang dilalui dari satu lokasi ke tempat yang
lain.
Kuantiti : Skalar SI unit : meter (m)
Sesaran,l a) Jarak yang mempunyai arah tertentu
b) Jarak terpendek dari satu titik ke titik yang lain mengikut
arah yang tertentu.
Kuantiti : vektor SI unit : meter (m)
Laju, v Laju ialah kadar perubahan jarak

Laju = jarak yang dilalui
Masa yang diambil

Kuantiti : Skalar SI unit : ms
-1



Halaju, v Halaju ialah kadar perubahan sesaran

Halaju =



Arah halaju adalah arah sesaran.
Kuantiti : vektor SI unit : ms-
1

Purata Laju
v =



Contoh : Sebuah kereta
bergerak dengan purata laju/
halaju 20ms
-1

Secara purata , kereta itu
bergerak dengan jarak /
sesaran 20m dalam masa 1 s
untuk keseluruhan perjalanan.

Purata halaju
v =


Laju seragam Laju yang mempunyai magnitud yang sama

Halaju seragam Halaju yang mempunyai arah dan magnitude yang sama.
Sesuatu objek mempunyai halaju
yang tidak seragam jika :
a) Terdapat perubahan dalam arah gerakan @ gerakan itu
tidak linear.
b) Magnitud halaju berubah
Pecutan , a

a =



unit : ms
-2

Apabila halaju objek berubah, objek mengalami pecutan.

Pecutan ialah kadar perubahan halaju.

Pecutan =






Pecutan positif




-
- Halaju objek bertambah dari halaju awal , u kepada halaju
akhir yang lebih besar, v
Nyahpecutan



Pecutan negatif

Kadar pengurangan laju dalam arah yang tertentu



Halaju objek berkurang dari halaju awal, u kepada halaju akhir yang
lebih rendah , v.

Pecutan Sifar Objek yang bergerak dengan halaju seragam, di mana magnitude
dan arah halaju tidak berubah- tidak memecut

Pecutan seragam Halaju meningkat secara seragam

Apabila sebuah kereta bergerak dengan seragam @ pecutan
seragam 5ms
-2
, bermaksud halaju kereta bertambah sebanyak 5ms
-
1
setiap saat kereta itu bergerak.


Malar = seragam
Halaju meningkat = pecutan
Halaju berkurang = nyahpecutan
Halaju sifar = objek pegun /rehat
Halaju negative = objek bergerak pada arah yang bertentangan.
Pecutan sifar = halaju malar
Pecutan negative = nyahpecutan

Contoh 1

Setiap hari Rahim berjalan dari
rumah ke simpang yang terletak
1.5km dari rumahnnya.Kemudian
dia berpatah balik dan berhenti di
warung Pak Din yang terletak
0.5km dari rumahnya.





Contoh 2

Setiap pagi Amirul berjalan ke rumah Ahmad yang terletak 80m di
timur rumah Amirul. Mereka berjalan ke sekolah yang terletak 60m
ke selatan rumah Ahmad .

a) Berapakah jarak yang dilalui oleh Amirul dan sesaran dari
rumahnya.




b) Jika masa yang diambil oleh Amirul untuk bergerak dari
rumahnya ke rumah Ahmad dan kemudian ke sekolah ialah
15minit, berapakah laju dan halaju yang diambil oleh Amirul.





a) Berapakah sesaran Rahim
dari rumahnya

- Apabila dia sampai di
simpang?
- Apabila dia berada di
warung Pak Din ?





b) Selepas makan , Rahim
bergerak kembali ke
rumah. Apabila dia
sampai di rumah ,

i) Berapakah jumlah jarak
yang telah dilalui oleh
Rahim?
ii) Berapakah jumlah
sesaran dari
rumahnya?








Contoh 3
Syafiq berlari dalam satu pertandingan mencapai jarak 60m dalam
masa 12s.

a) Berapakah laju Syafiq dalam m/s.
b) Jika dia mengambil masa 40s untuk melengkapkan larian,
berapakah jarak yang telah dilalui olehnya?








Contoh 4
Sebuah kapal terbang berlepas menuju kearah utara dengan halaju
300km/j dalam masa 1 jam.Kemudian, kapal terbang itu bergerak ke
timur dengan halaju 400km/j dalam masa 1 jam.

a) Berapakah purata laju kapal terbang itu?
b) Berapakah purata halaju kapal terbang itu?
c) Berapakah perbezaan antara purata laju dan purata halaju
kapal terbang itu?









Menghubungkait antara sesaran, halaju, pecutan dan masa menggunakan pita detik.
Formula
Halaju







Masa ,t = 10 detik x 0.02s
= 0.2s

Sesaran ,s = x cm
Halaju ,v = s/t=x cm
0.2s

Pecutan



Masa yang diambil , t = (5-1 )x 0.2s =0.8s
@ t =(50-10)detik x 0.2 = 0.8s


Halaju awal ,

u = x
1
0.2

Halaju akhir,
v = x
2

0.2

Pecutan,
a = v-u
t

Pita Detik
Menggunakan : 12V a.c bekalan kuasa.
1 detik = selang masa antara 2 titik
Masa yang diambil untuk menghasilkan 50 detik pada satu pita detik ialah 1 saad.
Oleh itu selang masa antara 2 titik yang berterusan ialah 1/50 = 0.02s
1 detik =0.02s

CARTA PITA DETIK JENIS GERAKAN











Halaju seragam
- Gerakan perlahan
Halaju seragam
- Gerakan laju









Contoh 6
Rajah menunjukkan carta pita detik bagi troli yang bergerak.Frekuensi pita detik yang digunakan ialah
50Hz.Setiap bahagian mempunyai 10 detik.

a) Berapakah masa antara dua titik?
b) Berapakah masa untuk satu pita detik?
c) Berapakah halaju awal?
d) Berapakah halaju akhir?
e) Berapakah selang masa perubahan dari
halaju awal ke halaju akhir?
f) Berapakah pecutan objek.










Jarak antara titik bertambah secara
seragam.
Halaju objek bertambah secara seragam.
Objek bergerak dengan pecutan seragam.
Jarak antara titik berkurang secara
seragam.
Halaju objek berkurang secara seragam
Objek mengalami nyahpecutan seragam.
2.2 Graf Gerakan
Graf Sesaran Masa






Halaju diperolehi daripada kecerunan graf.

A-B : kecerunan graf adalah positif ( +ve) dan
seragam halaju seragam

B-C : kecerunan graf = 0 , halaju =0, objek
dalam keadaan rehat.

C-D : kecerunan graf negative (-ve) dan
seragam.Halaju adalah ve dan objek bergerak
pada arah yang bertentangan.
Graf Halaju-Masa






Luas di bawah graf Jarak /Sesaran
Kecerunan Positif Pecutan Seragam
(A-B)
Kecerunan Negatif Nyahpecutan Seragam
(C-D)
Kecerunan Sifar Halaju Seragam /Pecutan
Sifar
(B-C)

Graf s vs t v vs t a vs t
Halaju sifar



Halaju negatif



Halaju seragam


Pecutan seragam

Nyahpecutan Seragam




Contoh 7

Berdasarkan graf s-t di atas
a) Kira halaju pada

i) AB
ii) BC
iii) CD

b) Terangkan pergerakan objek pada

i) AB
ii) BC
iii) CD
c) Cari :
i) Jumlah jarak
ii) Jumlah sesaran
iii) Purata laju
iv) Purata halaju objek yang bergerak.





Contoh 8
v/ms
-1


20


10


0 10 20 30 40 m/s

-10

a) Kira pecutan
i)JK ii) KL iii)LM


b) Nyatakan pergerakan objek di
i)JK ii)KL iii)LM


c) Jumlah sesaran?
d) Purata halaju?









2.3 INERSIA
Inersia Inersia adalah kebolehan objek
mengekalkan keadaan pegun@ jika
bergerak terus bergerak dengan halaju
seragam.

Hukum Pertama Newton Suatu objek akan berada dalam keadaan
pegun @ gerakan dengan halaju seragam
sepanjang garis lurus kecuali dikenakan
oleh satu daya luar.
Hubungan antara inersia dan jisim Semakin besar jisim, semakin besar inersia
Situasi yang melibatkan inersia
Situasi Penerangan

Apabila kadbod ditarik dengan cepat, duit syiling akan
jatuh ke dalam gelas.
Inersia duit syiling mengekalkan ia dalam keadaan pegun.
Duit syiling akan jatuh ke dalam gelas disebabkan oleh
graviti.
Sos cili di dalam botol mudah untuk dituang jika botol
digerakkan ke bawah dengan cepat dan berhenti secara
tiba-tiba.
Sos di dalam botol bergerak bersama-sama dengan botol.
Apabila botol berhenti dengan tiba-tiba, sos akan terus
bergerak disebabkan oleh kesan inersia.
Badan akan bergerak ke hadapan apabila kereta berhenti
dengan tiba-tiba.
Penumpang berada dalam keadaan gerakan apabila
kereta itu bergerak.
Apabila kereta berhenti dengan tiba-tiba, inersia
penumpang mengekalkan dia dalam keadaan gerakan.
Oleh itu apabila kereta berhenti, penumpang akan
bergerak ke hadapan.

Seorang budak lelaki berlari dari lembu dalam bentuk
gerakan zig-zag.Lembu mempunyai inersia yang besar
menyebabkan ia sukar untuk mengubah arah gerakan.


Kepala penukul dilekatkan dengan ketat pada
pemegangnya dengan mengetuk hujung pemegangnya.
Kepala penukul terus bergerak ke bawah walaupun
ketukan pada pemegang dihentikan .
Ini menyebabkan bahagian atas pemegang masuk dengan
lebih dalam ke dalam kepala penukul.
Titisan air pada payung yang basah akan jatuh apabila
budak itu memutarkan payung.
Ini kerana titisan air pada permukaan payung bergerak
secara serentak apabila payung diputar.
Apabila payung berhenti berputar, inersia titisan air akan
terus mengekalkan ia dalam keadaan gerakan.
Cara untuk mengurangkan kesan
negatif inersia

Ciri- ciri keselamatan dalam kereta
a) Tali pinggang keledar yang mengikat penumpang pada
kerusi akan mengelakkan penumpang terhumban ke
hadapan.
b) Beg udara dipasang di bahagian hadapan penumpang
untuk melindungi penumpang daripada berlanggar dengan
bahagian depan kereta.

Barang-barang yang diikat pada lori perlu diikat.
Jika tidak , perkara yang berikut mungkin berlaku
a) Apabila lori mula bergerak, barang-barang yang
asalnya pegun, menentang gerakan dan mungkin jatuh
keluar dari lori.
b) Apabila lori di perlahankan dengan tiba-tiba, barang-
barang yang pada asalnya bergerak, akan terus
bergerak ke hadapan.

Lori yang membawa kayu balak @ muatan yang berat
selalunya mempunyai struktur besi yang kukuh di
ruang antara tempat duduk pemandu dengan
muatan.Struktur besi berfungsi menahan muatan
daripada terhumban ke depan dan mencederakan
pemandu itu.

Untuk keselamatan,tangki pada lori tangki dibina
daripada beberapa tangki yang lebih kecil.Tujuanya
adalah untuk mengurangkan kesan inersia.
Hubungan antara jisim dan inersia.


Dua baldi yang kosong di gantung dengan tali dari siling.
Satu baldi diisi dengan pasir sementara satu baldi lagi
dibiarkan kosong.
Kedua-dua baldi ditolak secara serentak
Baldi kosong didapati lebih mudah untuk ditolak
berbanding baldi yang diisi dengan pasir.
Apabila kedua-dua baldi berayun dan dipaksa untuk
berhenti, baldi yang dipenuhi pasir memberikan lebih
rintangan kepada tangan.
Ini menunjukkan bahawa baldi yang lebih besar jisimnya
memberikan lebih rintangan untuk mengubah keadaan
dari keadaan pegun @ dalam keadaan gerakan.
Objek dengan jisim yang besar mempunyai inersia yang
lebih besar.

2.4 MOMENTUM
Definisi Momentum = jisim x halaju =mv
SI unit = kgms
-1

Prinsip Keabadian Momentum Jumlah momentum suatu sistem adalah tetap jika
tiada daya luar bertindak pada system itu.


Perlanggaran Kenyal Perlanggaran Tidak Kenyal


Kedua-dua objek bergerak secara berasingan dan
mempunyai halaju yang tersendiri selepas
perlanggaran.
Momentum terabadi
Tenaga kinetik terabadi
Jumlah tenaga terabadi
Dua objek melekat dan bergerak
bersama-sama dengan halaju
akhir yang sama selepas
perlanggaran.
Momentum terabadi
Tenaga kinetik tidak terabadi
Jumlah tenaga terabadi


Jumlah momentum sebelum = Jumlah momentum selepas

m
1
u
1
+ m
2
u
2
= m
1
v
1
+ m
2
v
2

Jumlah momentum sebelum = jumlah
momentum selepas
m
1
u
1
+ m
2
u
2
= (m
1
+m
2
)v

LETUPAN
Sebelum letupan kedua-dua objek melekat
bersama-sama dan dalam keadaan
rehat.Selepas letupan kedua-dua objek
bergerak dalam arah yang bertentangan.
Jumlah momentum
sebelum letupan :
adalah sifar
Jumlah momentum
selepas letupan :
m
1
v
1
+ m
2
v
2

Daripada prinsip keabadian momentum :

Jumlah momentum = Jumlah momentum
Sebelum perlanggaran selepas perlanggaran

0 = m
1
v
1
+ m
2
v
2

m
1
v
1
= -m
2
v
2


-ve bermaksud arah gerakan yang bertentangan.
Contoh letupan (Prinsip Keabadian Momentum)
Apabila senapang ditembak, peluru yang
berjisim m, bergerak dengan halaju yang
tinggi, v.Ini mewujudkan momentum
dalam arah ke hadapan.
Daripada prinsip keabadian momentum,
momentum yang sama tetapi
bertentangan arah dihasilkan
menyebabkan senapang tersentak ke
belakang.
Aplikasi dalam enjin jet:
Gas yang berkelajuan tinggi dilepaskan
dari belakang dengan momentum yang
tinggi.
Ini menghasilkan momentum yang sama
tetapi bertentangan arah untuk menolak
jet itu kehadapan.
\\






Pelancaran Roket
Bahan api oksigen dan hidrogen dipam ke
ruang pembakaran .
Kedua-dua unsur bercampur & dibakar dalam
ruang pembakaran.
Pembakaran ini menghasilkan satu gas pada
suhu yang tinggi dan isipadu yang besar.
Gas yang panas dipancut keluar dari ekzos
dengan halaju yang tinggi dan mewujudkan
satu momentum yang besar kebelakang.
Satu momentum yang sama magnitude juga
dihasilkan ke atas roket tetapi berlawanan
arah.

Bot Kipas di kawasan berpaya
Kipas menghasilkan pergerakan udara
kebelakang dengan kelajuan yang tinggi.Ini
menghasilkan momentum kebelakang yang
besar.
Berdasarkan prinsip keabadian momentum,
momentum yang sama tetapi bertentangan
arah akan terhasil dan bertindak ke atas
bot.Oleh itu bot bergerak ke hadapan.
Sotong
Sotong melepaskan diri dengan
menghembuskan jus yang banyak ke
belakang.Satu momentum ke belakang
terhasil.
Bahagian depan badan sotong terpaksa
bergerak depan supaya satu momentum ke
depan terhasil.

Contoh






Sebuah trak berjisim 1200kg bergerak dengan
30m/s berlanggar denga kereta yang berjisim
1000kg yang bergerak pada arah yang
bertentangan dengan halaju 20m/s.Selepas
perlanggaran, dua kenderaan bergerak bersama-
sama.Apakah halaju kedua-dua kenderaan selepas
perlanggaran?


Penyelesaian?????????
X M





Seorang lelaki menembak sebuah sebuah pistol
yang berjisim 1.5kg.Jika jisim peluru ialah 10g dan
mencapai kelajuan 300m/s selepas tembakan,
apakah halaju sentakan pistol tersebut??
Penyelesaian???
Contoh
Sebuah kereta berjisim 1200kg terlibat dalam
suatu perlanggaran dengan sebuah lori yang
berjisim 4800kg yang bergerak pada halaju
79.2kmj
-1
.Selepas perlanggaran, kereta dan lori itu
melekat dan bergerak bersama-sama dengan
halaju 21.6kmj
-1
.Hitungkan halaju kereta itu
sebelum perlanggaran.







Penyelesaian?????
Contoh
Sebutir peluru berjisim 10g ditembak dari sepucuk
senapang yang berjisim 4kg dengan halaju 200ms
-
1
.Berapakah halaju sentakan senapang itu?


Penyelesaian??







Contoh
Sebiji peluru berjisim 100g ditembak daripada
sepucuk senapang berjisim 1kg.Jika halaju peluru
selepas tembakan ialah 150ms
-1
, berapakah halaju
sentakan senapang?
Penyelesaian??











2.5 DAYA
Keseimbangan Daya

Apabila dua daya yang bertindak ke atas
objek adalah seimbang, ia akan saling
membatal.
Daya bersih adalah sifar.

Kesannya

Objek akan berada dalam keadaan pegun.
Halaju =0 @ bergerak dengan halaju malar ,
a=0










Berat,W =Daya angkat ,U Tujahan enjin,F = rintangan udara,G

Daya yang tidak seimbang

Apabila daya yang bertindak pada objek tidak
seimbang, maka terdapat daya bersih yang
bertindak ke atas objek.
Daya bersih ini dikenali sebagai daya tidak
seimbang @ daya paduan.

Kesannya : Ia menyebabkan sesuatu jasad
- Mengubah keadaannya dari keadaan
rehat.(objek akan memecut)
- Mengubah arah gerakan (objek yang bergerak
akan mengalami nyahpecutan @ mengubah
arah gerakan)














Daya, Jisim & Pecutan
Hukum Newton Kedua






Apabila daya bersih, F bertindak ke atas jisim, ia
menyebabkan berlakunya pecutan, a

Pecutan yang dihasilkan oleh daya ke atas objek
adalah berkadar terus dengan magnitud daya
bersih yang dikenakan dan berkadar songsang
dengan jisim objek.Gerakan pecutan adalah sama
dengan daya bersih.

Daya = jisim x pecutan
F = ma
Hubungan antara a & F
a F
Pecutan ,a
berkadar terus dengan F.


Hubungan antara a dan m
a 1/m
Pecutan , a berkadar
songsang dengan
jisim, m


LATIHAN

1.Berapakah daya yang diperlukan untuk
menggerakkan 2kg objek dengan pecutan 3ms
-1

jika

a) Objek berada di atas permukaan yang
licin?
b) Objek di atas permukaan dimana purata
daya geseran yang bertindak k etas atas
objek ialah 2N








2. Ali mengenakan daya 50N untuk menggerakkan
10kg meja pada halaju malar.Berapakah daya
geseran yang bertindak ke atas meja.










3. Yang manakah diantara system berikut akan
menghasikan pecutan yang maksimum.




2.6 IMPULS DAN DAYA IMPULS
Impuls Perubahan momentum
mv-mu
units : kgms
-1
or Ns
m = jisim
u =halaju awal
v = halaju akhir
t = masa Daya Impuls Kadar perubahan momentum dalam pelanggaran
@ letupan
mv-mu
t
Unit : N
Kesan
perubahan masa
Daya impuls berkadar songsang dengan sentuhan
masa.
Masa lebih panjang daya
impuls berkurang

Masa lebih pendek daya
impuls meningkat
Situasi untuk mengurangkan Daya Impuls dalam Sukan
Situasi Penerangan

Tilam tebal digunakan dalam acara lompat galah @ lompat
tinggi.
Tilam yang tebal akan memanjangkan masa hentakan
semasa mendarat dan mengurangkan daya impuls.
Ini dapat mengurangkan kecerderaan kepada atlet.








Penjaga gol akan memakai sarung tangan untuk meningkatkan masa
pelanggaran.
Ini akan mengurangkan daya impuls.
Atlet lompat tinggi akan membengkokkan kaki apabila mendarat.
Ini adalah untuk memanjangkan masa agar daya impuls yang
bertindak terhadap kaki dapat dikurangkan.
Ini dapat mengurangkan kecederaan yang serius.
Situasi yang meningkatkan Daya Impuls

Seorang karate yang hebat dapat mematahkan kayu yang tebal
dengan menggerakkan tangannya dengan kelajuan yang tinggi.
Masa hentakan yang singkat akan menghasilkan daya impuls yang
besar.

Kepala penukul yang bergerak dengan
Soalan
Seorang lelaki seberat
60kg melompat dari
tingkat 1 sebuah rumah
yang terbakar.Halaju
sebelum sampai ke
tanah ialah 6ms
-1


a) Kira impuls
apabila kakinya
menjejak
tanah.
b) Berapakah
daya impuls
yang bertindak
ke atas kaki
lelaki itu jika
dia
membengkokk
an kakinya dan
mengambil
masa 0.5s
untuk berhenti.
c) Berapakah
daya impuls
yang bertindak

ke atas kaki
lelaki itu jika
dia tidak
membengkokk
an kakinya dan
berhenti dalam
masa 0.05s.
d) Apakah
kelebihan
apabila dia
membengkokk
akan kakinya
apabila dia
mendarat.

Soalan 2
Rooney menendang
bola dengan daya
1500N.Masa sentuhan
antara kasut dengan
bola ialah 0.01s.
a) Berapkah
impuls yang
diterima oleh
bola.
b) Jika jisim bola
ialah 0.5kg,
berapakah
halaju bola itu?












CIRI-CIRI KESELAMATAN DALAM KERETA








Komponen Fungsi
Perehat kepala Mengurangkan kesan inersia ke atas kepala pemandu
Beg udara

Вам также может понравиться