Вы находитесь на странице: 1из 10

Cara pendidikan awal kanak-kanak

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga
memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.
Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran,
penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya
dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang
dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses
yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari
apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu atau kemahiran yang diperolehi ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun
sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science,
1990).
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya
adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka
tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam
hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan
pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu
diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.

Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa adanya
penyemaian aqidah dan pemantapan akhlaq, maka sudah pastilah nilai penghayatannya kontang dan proses
aplikasinya tidak dapat diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang
dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi pencapaian tinggi yang
hakikatnya dalam ruang lingkup yang sempit yang hanya didasarkan kepada ketinggian pencapaian akademik
sedangkan dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya. Maka jika inilah yang berlaku
dalam dunia pendidikan pada hari ini, ini bererti pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap
individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup
membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca
dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlaq murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk
diaplikasikan dalam kehidupan

Kepentingan Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal dan Cabaran

Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan
cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam
cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu
dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak
merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi
pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang.
Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.

Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia , dapatan kajian
membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa
dan pemangkin kepada visi wawasan halatuju negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya
menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat
memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial
kehidupan masyarakat di negara tersebut.

Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa
yang tak sampai setengah abad ia mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan
oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan
oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada
pencapaian akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan
kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah
menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan
mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi
semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan.

Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak,
diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka
berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan.
Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan
intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna
perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.

Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 8085% perkembangan
otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat
perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru
itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak
merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

Satu persoalan yang ingin saya kemukakan disini, adakah apa yang kita rancangkan hari ini pastinya nanti dapat
melahirkan generasi rabbani pewaris anbiya dan ulama? Ada bukti yang menunjukkan, masih timbul persoalan
dan keraguan di sudut hati para penyelidik yang membuat kajian , pemerhatian, peka dan prihatin kepada
perkembangan kanak-kanak Islam hari ini. Sebahagiannya masih mencetuskan, kenapa tahap pemikiran kanak-
kanak Islam secara umumnya tidak 'advance'? Kenapa ketrampilan, pemikiran, kewibaan, daya intelek kanak-
kanak Islam selalu dikatakan agak ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak di negara-
negara barat umpamanya?. Mengapakah anak-anak ini meskipun disemai dengan benih-benih keimanan masih
terjebak dengan gejala social yang memalukan di kala besarnya? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan
kurikulum pendidikan Islam atau mungkin kekeliruan berlaku dari segi aplikasi? Adakah mungkin kerana ini
yang kita katakan kita memerlukan satu tajdid dan perubahan? Mungkinkah pendidikan kanak-kanak di
peringkat awal berasaskan binaan kurikulum integratif boleh menjadi salah satu cara penyelesaiannya?Justru itu
suatu yang amat wajar untuk kita meneliti kembali kurikulum pendidikan anak-anak di peringkat awal usia ini
jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah generasi serba boleh, berketrampilan, berwawasan , tinggi daya
keintelektualan dan utuh imannya.

Definisi Kurikulum untuk Kanak-kanak

Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-peraturan Kurikulum
Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum pendidikan bila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah sesuatu yang melibatkan
program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti, peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk
bagi sesuatu yang dipelajari dan juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan
kanak-kanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu yang dikaitkan
dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan
hariannya samada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5
tahun dari National Children Beaureu , United Kingdom berpandangan bahwa kurikulum untuk kanak-kanak di
peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah merangkumi perkara-perkara berikut:
Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-kanak
Segala aktiviti, sikap dan tingkahlaku samada yang dirancang atau tidak , samada digalakkan atau
ditegah
Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun dan juga rutin harian yang
dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu sendiri
Peranan yang dimainkan oleh orang dewasa untuk menyusun atur, mengarah, mempengaruhi dan turut
serta bersama melakukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak
Penglibatan ibubapa dalam perkara-perkara yang disebutkan (NCB, 1989, p.11)
Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-
kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan
pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada
pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan
atau mempelajarinya (Department for Education and Science, 1990).

Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat awal
perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang dididedahkan kepada kanak-kanak samada
ianya dirancang ataupun tidak ,secara langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak
sepanjang proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari sikap, nilai dan
tatasusila yang ditonjolkan oleh guru, orang dewasa, keluarga dan masyarakat sekitar

Dalam ertikata lain kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan
pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang dewasa, segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh
kanak-kanak itu sendiri, termasuklah juga bahasa/ teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa dan
kanak2 menggunakannya dikalangan rakan sebaya atau orang lain malah segala apa yang mereka boleh lihat dan
dengar dari persekitaran mereka. Terkadang-kadang kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi,
yang tidak dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai contohnya masa atau perhatian
yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan
kanak-kanak merasakan sesuatu perkara itu lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu.

Contoh yang paling dekat bila seseorang kanak-kanak kecil meminta ayah membasuhkan tangannya selepas
makan tetapi si ayah sibuk membaca suratkhabar, maka si anak mungkin akan memahami bahawa membaca
suratkhabar itu lebih penting dari membasuh tangan. Jadi tidak hairanlah kalau si kecil selepas dari peristiwa itu
tidak membasuh tangan selepas makan sebaliknya terus ingin membaca buku, mungkin kerana ia merasakan
yang membaca buku lebih penting dari membasuh tangan berdasarkan sikap yang ditonjolkan oleh si ayah
walaupun pada hakikatnya bukanlah si ayah bermaksud begitu, namun inilah yang dikatakan kurikulum yang
tersembunyi. Inilah konsep utama yang perlu difahami

Binaan Kurikulum Integratif

Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh memberi maksud kesepaduan
iaitu menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik
berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Kurikulum integratif juga boleh memberi
maksud kesepaduan pelbagai kemahiran dalam satu-satu pengajaran atau mungkin juga kesepaduan
kepelbagaian cabang-cabang ilmu dalam sesuatu subjek yang di ajar.

Dalam kertas kerja ini saya ingin memfokuskan huraian mengenai binaan kurikulum yang integratif kepada tiga
aspek. Pertama, integratif dari segi kesepaduan maklumat yang disampaikan kepada kanak-kanak. Dalam
ertikata lain ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak di
peringkat awal usianya perlulah suatu yang komprehensif dan bersepadu bukannya terpecah-pecah mengikut
subjek kerana ini akan menjadikan kanak-kanak menjadi keliru dan seolah-olah ada batasan dalam mendalami
sesuatu ilmu atau pengetahuan yang didedahkan kepada mereka. Jika sesuatu pengalaman pembelajaran yang
didedahkan kepada kanak-kanak adalah berasaskan subjek maka sudah pastinya perasaan dan naluri ingin tahu
mereka terbatas dengan pemfokusan kapada subjek dan mereka akan menjadi rigid sebaliknya jika pendedahan
pengalaman pembelajaran adalah berasaskan kepada penggarapan aspek perkembangan dan bersesuaian dengan
tahap dan kebolehan kanak-kanak, nescaya kanak-kanak akan lebih kreatif, memiliki daya kemahiran berfikir
yang tinggi serta memperolehi kemahiran meyelesaikan masalah yang dapat membentuk semangat jati diri dan
keyakinan yang tinggi. Pendidik kanak-kanak sepatutnya menggarap potensi kanak-kanak berasaskan apa yang
ia tahu kerana ini menjadikan kanak-kanak lebih berminat untuk mendalami sesuatu perkara. Berbicaralah
dengan manusia mengikut kadar kemampuan akalnya Begitulah pesanan rasul s.a.w. kepada umatnya.

Dapatan dari kajian ilmiah mendapati kanak-kanak di prasekolah terutamanaya tadika aliran agama adalah diajar
berasaskan subjek dan bukannya berasaskan penggarapan aspek perkembangan. Mungkin ini adalah satu tajdid
atau pembaharuan yang perlu dilakukan.

Kedua, integratif dari segi kesepaduan aspek-aspek perkembangan dan potensi yang digarap di peringkat awal.
Sememangnya pengalaman pembelajaran seseorang kanak-kanak di peringkat awal usia mampu memberikan
kesan yang positif atau negatif kepada perkembangannya di masa hadapan samada dari segi kognitif, emosi,
sosial dan aspek-aspek perkembangan yang lain bergantung kepada cara bagaimana kanak-kanak mendapat
pendedahan. Kalau dari awal perkembangan kerohanian dan sosio-emosi mereka dititikberatkan, hasilnya akan
lahirlah anak-anak yang berwibawa, taqwa, cekal hati, tinggi nilai harga diri, berketrampilan dan mampu
menghadapi cabaran masa hadapan. Tetapi sebaliknya jika pendedahan awal yang mereka dapat hanya
menumpu kepada perkembangan akademik atau satu aspek perkembangan semata-mata, maka akan pincanglah
aspek perkembangan yang lain malah boleh memberi kesan negatif pula kepada perkembangan personaliti
seseorang kanak-kanak. Setiap aspek perkembangan kanak-kanak perlu digarap dengan sempurna tanpa
melebihkan satu dari yang lain kerana sekiranya ini berlaku, sel-sel neuron dalam otak yang tidak dirangsang
dengan pendedahan kepada pengalaman pembelajaran yang menjurus kepada sesuatu aspek, ia akan mati begitu
sahaja. Andai ia digarap dari segi intelek tetapi emosinya tidak terdidik, maka perkembangan sosialnya juga
tidak mantap dan sudah pastinya ia tidak mampu menjadi pemimpin ummah yang baik pada masa yang akan
datang.Alangkah ruginya kita umat Islam mengabaikan nikmat kurniaan Allah begitu saja sedangkan neuron
itulah jika digarap dengan sempurna mungkin menjadi pemangkin kepada sesuatu perubahan kepada umat
manusia. Setiap kanak-kanak adalah individu yang unik yang perlu dipenuhi hak dan keperluan mereka agar
dengan itu potensi mereka dapat digarap sebaik mungkin kerana mereka adalah aset utama sesebuah negara.

Ketiga, integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan barat dan Islam dalam mendidik anak-
anak. Kita ambil apa yang baik dari barat apa yang boleh dilihat dengan mata kasar tentang amalan-amalan dan
pendekatan-pendekatan mereka mendidik kanak-kanak dan kita sepadukan dengan pendekatan Islam yang kaya
dengan teori dan khazanah ilmu yang berbagai. Sesuatu program pendidikan awal kanak-kanak ini perlu
dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan integratif dan bersepadu gabungan Islam , Barat dan Timur .

Di barat misalnya modul program pengasuhan kanak-kanak dipelopori dengan pelbagai bentuk kurikulum
seperti Montessori, Reggio Emilio, Early Learning Goals, High Scope dan sebagainya. Manakala di
Timur di Jepun misalnya, penekanan kurikulum kepada aspek hygiene, kesihatan dan pemakanan sihat
manakala di New Zealand sebagai contoh, Te Wariki menekankan kepada pendidikan yang berkonsepkan
kebudayaan dan menghormati tatacara kehidupan masyarakat Maori.

Dalam sejarah Islam, begitu ramai ilmuan dan cendiakawan yang memberi sumbangan kepada ilmu pengasuhan
perkembangan, dan pendidikan kanak-kanak. Ibnu Miskawaih misalnya begitu menekankan pentingnya
pendidikan akhlaq dan pembentukan sahsiah yang mulis manakala Imam Al-Ghazali yang banyak menyumbang
kepada perkembangan sosio-emosi kanak-kanak, begitu menekankan aspek belajar melalui bermain sebagai asas
pengasuhan.

Ibnu Sina juga tidak terkecuali menyumbang dalam bidang ini apabila beliau membincangkan kepentingan
hygiene dan penjagaan kesihatan kerana dua faktor ini adalah asas kepada pembentukan fizikal yang sihat.
Kemampuan kanak-kanak mendapatkan pengalaman adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang
lain telah diketengahkan oleh seorang lagi ilmuan hebat islam iaitu Ibn Khaldun. Manakala Ibn Jamaah pula
mengupas tanggungjawab pendidik dari segi memahami tingkahlaku kanak-kanak dan menanganinya melalui
kaedah pengukuhan.

Falsafah pendiddikan awal kanak-kanak yang berteraskan kepada pendekatan integratif tersebut jika diteliti
secara mendalam adalah didasarkan kepada konsep-konsep berikut yang disepadukan antara dua pandangan:

1. Pembinaan akhlaq dan pembentukan sahsiah.
2. Bermain adalah tugas utama kanak-kanak.
3. Kanak-kanak adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain.
4. Rangsangan neurologi dan deria melalui penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti.
5. Memberi kebebasan dan ruang kepada kanak-kanak bagi mengenal pasti apa yang mereka mahu dan mampu
lakukan.
6. Memenuhi keseimbangan keperluan rohani, fisiologi, psikologi dan pembesaran fizikal kanak-kanak.
7. Persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat.
8. Keperihatinan terhadap persekitaran dan penyediaan pemakanan yang sihat dan bersih.
9. Menghormati kepelbagaian dan hak-hak yang sama rata.

Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka kearah pembinaan
syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam menghadapi arus globalisasi yang semakin
mencabar. Semua ibu bapa pastinya ingin melahirkan generasi yang berfikiran mantap , kritis dan kreatif dalam
setiap aspek kehidupan.

Namun, satu penemuan yang ingin saya ketengahkan di sini setelah menyingkap fakta dari lipatan sejarah silam.
Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-teori dan ilmu-ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak,
pendidikan keibubapaan dan pendekatan moden mendidik anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori oleh
barat dan tidak releven dengan Islam. Seringkali matapelajaran psikologi atau subjek perkembangan kanak-
kanak yang di ajar di institusi sekolah dan pengajian tinggi dirujuk kepada penemuan yang diketengahkan oleh
barat. Hakikatnya pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya dipelopori oleh para
ilmuan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita sering menyebut tentang Jean Piaget dan
teori Perkembangan kognitif tetapi kita melupakan Ibnu Sina (370-428 Hijria = 980-1036 AD) yang
membicarakan hal yang sama berkurun-kurun lamanya sebelum Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan
tentang Emotional Intelligent yang dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun (733-808
Hijria = 1332-1406 Masehi)telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya almuqaddimah.
Kita mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu di kalangan kanak-
kanak tanpa merujuk penulisan Al-Ghazali dan hujah-hujahnya tentang hal tersebut dalam membicarakan isu-
isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.

Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan bermain melalui belajar
sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-
ciri semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc Millan dan
pelbagai lagi teori mengenai permainan dari perspektif barat disebut-sebut dan dijulang. Kiranya ia sudahpun
dipelopori oleh begitu ramai tokoh cendikiawan Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ikhwan Safa dan
sebagainya. Malah banyak hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-
kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
Namun, hadis-hadis sebegini seperti tidak diberikan perhatian dan jarang dikupas. Lalu apabila umat Islam
berbicara mengenai perkembangan kanak-kanak sudah pastinya penulisan sarjana barat menjadi rujukan tanpa
menyedari atau mungkin alpa, telah ada usaha sebegini dibukukan dan dihurai oleh ulamak terdahulu sebagai
contohnya Ibn Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya tuhfatul maudud fi ahkam almaulud

Umat Islam yang mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya arif tentang teori-teori
yang dikemukakan oleh Behaviourist, Social Learning Theory dan sebagainya. Antara idea utama yang
dikemukakan oleh teori ini ialah kanak-kanak relajar melalui pemerhatian dan mudah meniru apa saja
perlakuan. Untuk mengekalkan tingkahlaku baik yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak, maka perlulah
mereka selalu diberi pengukuhan. Alangkah bijaknya tokoh ilmuan Islam Imam Al-Ghazali yang terlebih awal
mengupas begitu detail persoalan sebegini dalam kitabnya Ihya Ulumuddin dan mengemukakan lima aspek
utama dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (Role model),
Mulahazah wa mutabaah (Observation and imitation), itiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab
(Reward and punishment) dan nasihat (advice) sebagai penyelesaian

Imam Al Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu menjadi role model atau
ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibubapa sebenarnya adalah kurikulum
dalam pendidikan seorang kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru
perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh Imam Al Ghazali, kanak-
kanak belajar melaui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau Itiyad dan sukarlah untuk
dibentuk. Dalam menangani masalah ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi pengukuhan dan
ganjaran baik atau hukuman. Jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi nasihat yang pendekatannya
adalah mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal. Seperti yang tertera dalam kitab karangannya ayyuha al-
walad.

Ini adalah antara contoh mengaplikasi teknik mendidik anak-anak di peringkat awal umur berasaskan kurikulum
integratif menampakkan kesepaduan antara pandangan sarjana barat dan ilmuan Islam dalam menilai dan
menyelesaikan masalah menanangani sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan seorang kanak-kanak.
Pendekatan integratif juga memberi pengertian kesinambungan antara teori dan praktik, pembuktian antara
kepercayaan dan amalan juga kesepaduan antara amanah yang dijulang dengan perlaksanaan yang perlu
dibuktikan.

Hakikatnya, dalam Islam telah nyata dan terserlah segala teorinya namun dari segi aplikasi, selalunya sarjana
barat akan cuba melaksanakan dengan mencubanya melalui kajian-kajian ilmiah dan melakukan eksperimen
yang lebih mendalam lalu setelah yakin dengan kesannya yang efektif lalu mereka mendabik dada mengatakan
inilah teori baru dan yang untungnya kerana mereka mengamalkannya.! Realitinya, inilah punca kemunduran
umat Islam dalam dunia globalisasi. Tidak ada yang kurang dan tidak ada cacat celanya agama Islam, tetapi
sikap umatnya yang perlu diubah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga
mereka sendiri mengubahnya... Sungguh benarlah firman Allah!

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan dari kertaskerja ini, saya ingin membawa perhatian para hadirin budiman. Perkataan kanak-
kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl ( ) yang berasal dari perkataan tafula ( ) yang
membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi
pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna
memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi
kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu diberikan
perhatian.

Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering melihat atau memang sedar
masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendektan berhemah dalam membentuk perilaku dan
mendisiplinkan anak-anak. Ia seperti sudah menjadi budaya mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-
anak. Walhal begitu banyak hadis dan saranan ulama yang menyebut tentang peri pentingnya mendidik anak
dengan kesabaran dan kelembutan. Namun realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, menghukum
anak yang melakukan kesalahan selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik.

I mam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, sesungguhnya anak-anak kita adalah permata. Dalam
membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah
suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni
tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh
emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik.
Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran
dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah
kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian,
yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui
kebiasaan.

Ini lah juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak. Kembali dan
rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendidkiawan Islam dalam membentuk dan mendidik
generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia yang berlandaskan pendekatan integratif seperti yang
disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik
melalui seruannya: Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang
yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan,
maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa
kepada berbohong dan berkelakuan jahat

>http://yusnizanmdyusof.blogspot.com/2012/06/cara-pendidikan-awal-kanak-kanak.html
























Kesan Daripada Pendidikan Awal Kanak-kanak
Tempoh awal perkembangan kanak-kanak biasanya bermula dari usia lapan tahun. Pendidikan yang
disampaikan pada usia ini memainkan peranan yang sangat penting dimana ianya dapat membantu
perkembangan seorang kanak-kanak. Melalui pendidikan awal kanak-kanak kita boleh
mentafsirkannya sebagai pembelajaran melalui proses permainan. Beberapa kajian telah
menunjukkan bahawa pada usia lapan tahun perkembangan otak seorang kanak-kanak berkembang
dengan pantas serta mampu belajar dengan cepat. Pengambilan makanan yang seimbang juga
membantu kepada pertumbuhan dan perkembangan seorang kanak-kanak. Oleh itu pendidikan awal
ini sememangnya membantu kepada pertumbuhan dan perkembangan mental kanak-kanak. Kajian
juga menunjukkan bahawa pendidikan yang pelbagai dapat mempengaruhi perkembangan otak
seorang kanak-kanak. Oleh itu penbelajaran dan pengalaman melalui pendidikan awal ini dapat
menyokong perkembangan seorang kanak-kanak untuk sepanjang hayat.

Terdapat beberapa kejayaan yang dapat dilihat melalui pendidikan awal ini dimana ianya
membolehkan proses pembelajaran berkembang dengan lebih lama. Hari ini pendidikan memainkan
peranan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Pelaburan dalam pendidikan perlulah
dilakukan seawal yang mungkin dan mereka tidak perlu menunggu untuk ke sekolah mengikut usia
yang sepatutnya. Hakikatnya adalah pendidikan awal merupakan perkara penting dalam kehidupan
kanak-kanak yang membantu kepada perkembangan emosi, sosial dan juga intelektual. Pendidikan
awal kanak-kanak ini mampu mengetahui keupayaan petumbuhan mental seorang kanak-kanak dari
masa ke semasa dan ianya menjadi satu keperluan bagi pertumbuhan seorang kanak-kanak.
Menjadi satu keperluan untuk semua ibu bapa agar memahami dengan jelas bahawa pada usia lapan
tahun lagi seorang kanak-kanak sudah dapat mengenali diri mereka sendiri dan mula untuk bergaul
dengan orang di sekeliling mereka. kanak-kanak ini mempunyai pemahaman dan tingkah laku yang
sedikit kekurangan dan atas sebab inilah pendidikan awal kepada kanak-kanak perlu diberi
penekanan sejak mereka berusia lapan tahun lagi. Kanak kanak juga perlu didedahkan mengenai
kehidupan agar mereka lebih berpengetahuan dalam lingkaran mereka. Menurut pakar kanak-kanak
bahawa permainan yang interaktif mempunyai banyak kelebihan yang mana ianya dapat membentuk
perkembangan dalam kemahiran sosial dan diplomatik dikalangan kanak-kanak. Akhirnya melalui
kursus-kursus yang diperkenalkan ianya dapat membantu seseorang kanak-kanak agar lebih matang
serta meningkatkan kesabaran. Permainan ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran kendiri
serta membantu pertumbuhan minda. Oleh itu permainan juga merupakan perkara penting dalam
pendidikan awal kanak-kanak.
Justeru itu perkara utama yang membantu untuk membina kejayaan seorang kanak-kanak adalah
melalui pendidikan awal kanak-kanak. Dalam tempoh awal zaman kanak-kanak, membentuk tabiat
bukanlah perkara yang mudah dimana mereka ini tidak akan berubah dengan mudah dan sudah
menjadi tugas pendidik serta ibu bapa supaya mendidik mereka dengan menekankan nilai-nilai positif
dalam pendidikan awal kanak-kanak agar mereka dapat mencapai kejayaan terutamanya dalam
bidang pendidikan. Kekurangan dalam mendidik mereka sejak dari zaman kanak-kanak boleh
meninggalkan kesan yang negatif dalam membentuk perkembangan mereka. Sesungguhnya
tanggungjawab dari tenaga pengajar serta ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak mempunyai
personaliti yang baik perlu diasuh sejak dari kecil lagi.
Pendidikan awal kanak-kanak membolehkan mereka didedahkan dengan persekitaran pendidikan
yang sistematik, membentuk personaliti diri serta membolehkan mereka bergaul dengan masyarakat
luar. Hal ini juga mendorong mereka untuk lebih bersifat belas kasihan, hormat menghormati dan
bertimbang rasa. Kesan jangka masa yang panjang merupakan kualiti yang terbaik bagi
perkembangan seorang kanak-kanak ianya bukan sahaja membantu kanak-kanak meningkatkan
taraf sosial, kognitif dan kemahiran kendiri tetapi juga membantu dalam perkembangan otak serta
menguatkan lagi daya imaginasi mereka kearah perkembangan yang positif.
>http://oze.my/memoplusgold/kesan-daripada-pendidikan-awal-kanak-kanak/














Kesan Positif Pendidikan Awal Kanak-kanak
















Kesan-kesan positif yang diperoleh dalam pendidikan awal kanak-kanak antaranya ialah:

Mereka lebih bersedia untuk menghadapi proses pembelajaran ketika melangkah ke dunia
persekolahan.
Selain itu juga,pemikiran mereka menjadi lebih matang bersesuaian dengan tingkat usia mereka.

Daya kreativiti dan minat mereka terserlah kerana di pusat pendidikan ini kebolehan mereka
dicungkil oleh tenaga pengajar.Di samping itu juga,mereka mudah untuk bergaul dengan rakan-rakan
yang baru dan dapat menyesuaikan diri di tempat baru tanpa perlu rasa terasing.

Sikap mereka secara tidak langsung berubah menjadi lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung
kepada ibubapa

Oleh itu,peranan ibubapa sangat penting bagi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan
asas yang kukuh demi menjamin masa depan yang cemerlang.

>http://pendidikan25.blogspot.com/2010/08/kesan-positif-pendidikan-awal-kanak.html

Вам также может понравиться