Вы находитесь на странице: 1из 10

Artikel Oleh Sangtawal Sakranta.

Tajuk: Hidup Jiwa tasawuf : Bhg 3 - Mengenal Allah.




Sumber : Disunting dari buku-buku:
1. Mengenal Allah- Satu Kajian Tesis Phd mengenai ajaran Tasawuf Sheikh
Abd.Samad Al-Palimbani Oleh Dr.M.Chatib Quzwani.
2. Berpetualang ke Aceh-Sirih Pulang Ke Gagang,bab 10 Angkara Nuruddin?
Mula kejatuhan Aceh tulisan Radzi Sapiee.
3. Al-Makrifah- Pelbagai Aspek Tasawuf Di Nusantara-Jilid I- tulisan Allayarham Hj
Wan Mohd Saghir Abdullah.
Dalam artikel kali ini, saya ingin mengajak anda semua melihat sepintas lalu kaedah mengenal Allah
mengikut pandangan tasawuf dari mata-hati para ulama tasawuf serta cabaran yang terpaksa
dihadapi oleh pejuang ilmu tasawuf merentasi zaman yang selalu dipandang sepi dan negatif usaha
mereka,malah ada yang menuduh mereka ini sebagai mulhid,sesat dan menyesatkan.Perbezaan
pendapat antara ulama feqah dan ulama sufi ini mencapai kemuncaknya bila ulama feqah yang bukan
ahli sufi cuba membahaskan ayat-ayat berunsur syathahiyat seperti Ana al-Haq menggunakan
aqal mereka tanpa melalui sendiri pengalaman perjalanan kesufian yang penuh misteri dan rahsia itu.

Para Ulama Sufi tidak dapat dinafikan lagi memainkan peranan yang besar dalam penyebaran dakwah
islam ke Nusantara.Sejarah islam mencatatkan bahawa seorang ulama besar sufi iaitu Sheikh Abdullah
Arif pernah menyebarkan dakwahnya ke Aceh pada abad ke-12 M lagi .Beliau yang merupakan seorang
Wali Allah adalah murid kepada Sultan Para Wali yang terkenal iaitu Sheikh Abdul Qadir Al-
Jailani.Sebuah kitab tasawuf yang masyhur karangan Sheikh Abdullah Arif iaitu Bahrul Lahut itu
mencerminkan aliran sufi pegangannya.Didalamnya ada membicarakan kejadian Nur Muhammad secara
terperinci dan mendalam sekali.Tulis Hj W. Mohd Saghir dalam bukunya Al-Makrifah jld- I ,m/s 7
uraian kitab Bahrul Lahut itu sangat jauh dan dalam pengambilannya tak ubahnya seperti berbicara
dengan rumuz yang bersumber dari Abu Manshur al-Hallaj dan Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi
layaknya.

Pada Abad ke-18,kebanyakan para ulama nusantara telah kembali ke tasawuf Sunni Al-Ghazali.Sebagai
contohnya Sheikh Abdus-Samad Al-Palimbani telah menterjemahkan dua buah kitab Al-Ghazali iaitu
Lubab Ihya Ulumiddin kepada Sairus-Salikin dan Bidayatul Hidayah kepada Hidayatul-Hidayah.Dalam
karyanya yang terbesar iaitu Sairus Salikin,beliau ada menyebutkan nama-nama Syamsuddin As-
Sumatrani dan Ibnul Arabi dan menganjurkan kitab kitab mereka itu hanyalah boleh dibaca oleh
penuntut-penuntut tasawuf yang sudah mencapai peringkat muntahi sahaja.Beliau juga menyebutkan
ajaran Al-Arabi dengan menggunakan nama Al-Ghazali menunjukkan beliau telah merumuskan atau
memahami inti kepada ajaran Al-Arabi itu lalu membuat penyesuaian mengikut Tasawuf Sunni Al-
Ghazali pula.

Ibnul Arabi (561H/1165M 638H/1240M) adalah orang pertama yang memperkenalkan ajaran
Wahdatul-Wujud(Keesaan Wujud) yang memandang alam semesta ini adalah sebagai penampakan
lahir (Tajalli) dari nama-nama dan sifat-sifat Tuhan yang sebenarnya ialah esensi-Nya yang mutlak itu
hanya satu saja,walaupun penampakannanya berbeza-beza.
Dari ajaran Al-ghazali ,yang selanjutnya sangat terkenal dalam tasawuf seperti Hakikat Muhammad (al-
haqiqat al-muhammadiah).Hakikat Insan(al-haqiqat al-insaniyyah),Prototaip-prototaip atau kenyataan
mantap ( al-ayaan as sabithah),yang diertikan sebagai stadium-stadium antara dalam proses
penampakkan yang Qadim dan abadi itu.Istilah yang lebih penting ialah Insan kamil (al-insannul-kamil)-
yang dianggap sebagai penampakkan lahir yang paling sempurna dari nama-nama dan sifat-sifat Tuhan
itu.( mengenal Allah - pengantar m/s XV )

Ajaran Wahdatul Wujud ini sering dianggap Pantheisme,tetapi pantheisme Al-arabi ialah yang bertolak
dari asumi bahawa Tuhan itu adalah suatu wujud mutlak,tiada terbatas,Qadim dan abadi,yang
merupakan sumber dan dasar dari semua yang ada, yang pernah ada dan yang akan ada,lalu secara
beransur-ansur mengambil bentuk akosisme ,yang menganggap alam fenomena ini hanya bayang-
bayang dari realiti yang berada disebaliknya.(ibid.,hlm.54)

Namun bagi Al-Ghazali(450H/1058M 505H/1111M) pula,pandangan bahawa yang ada hanya Allah
itu adalah pandangan batin atau musyahadah orang-orang arif tingkat tertinggi(as-siddiqin)yang telah
mencapai suatu peringkat kesedaran yang disebut fana dalam tauhid,yakni terpusatnya seluruh
kesedaran batin seseorang kepada Allah,sehingga ia tidak menyedari lagi wujud dirinya dan wujud
semua makhluk(Wahdatusy-syuhud).Pandangan batin ini menurut Al-ghazali adalah sekilas saja,seperti
kilat dan jarang bertahan lama,dalam kata lain pernyataan bahawa yang ada hanya Allah itu bagi Al-
Ghazali adalah perasaan orang arif yang dialami dalam masa masa tertentu sahaja,bukan suatu
ungkapan atau gagasan yang berterusan mengenai hubungan-Nya dengan alam semesta ini seperti yang
diperkatakan Al-Arabi itu.Malah bagi Al-Ghazali apa yang disebut oleh Al-Arabi sebagai prototaip-
prototaip Mantap atau al-ayan as-sabitah itu tidak ada tempatnya.

Ajaran Al-Arabi berkembang dalam kurun ke-17 di Acheh Melalui Hamzah Fansuri dan anak murid nya
Syamsudin As-Sumatrani.fahaman ini pernah dikecam Oleh Sheikh Nuruddin Ar-Raniri yang
menganggap penganut ajaran ini sebagai Wujudiyyah yang mulhid (Wahdatul Wujud yang sesat).Dalam
masa yang sama Sheikh Nuruddin memperkenalkan pula suatu ajaran yang disebutnya Wujudiyyah yang
Muwahhid.

Dalam artikel ini saya tidak mahu menyebut tentang ajaran Sheikh Nuruddin,kerana bagi saya Sheikh
Nuruddin adalah seorang ulama yang perlu dipersalahkan bila mengetahui siapa sebenarnya ulama
yang datang dari Ranir India ini.Beliau datang setelah ketiadaan Hamzah Fansuri dan Syamsuddin As-
Sumatra-i untuk membela diri dan ajaran tasawuf peringkat tinggi atau muntahi ini,iaitu semasa Sultan
Iskandar Thani(1636-1641), yakni selepas era kegemilangan islam Aceh pada waktu Sultan Iskandar
Muda Mahkota Alam.Beliau yang berasal dari Gujerat ini,dengan pangkat Mufti serta Qadi malikul Adil
Aceh berjaya menghasut Sultan supaya membakar seluruh karya-karya agung Tasawuf yang bernilai
Hamzah Fansuri dan muridnya Syamsudin As-Sumatrani,iaitu semua kitab atau catatan ilmu tasawuf
yang tidak sealiran dengannya didepan masjid Baitul Rahman.Mungkin dia adalah ulama upahan
Belanda untuk menghancurkan Islam khususnya di Aceh dan secara amnya di Nusantara,saya tidak
pasti tetapi fatwanya yang menyatakan ajaran mereka adalah sesat dan pengikutnya halal dibunuh
adalah satu konspirasi yang paling besar dalam sejarah umat islam Nusantara.

Yang menjadikan saya hairan ialah mengapa didalam kitab karangannya iaitu Bustanus Salatin(Taman
Raja-Raja),Nuruddin tanpa sedar amat mengkagumi dan memuji Sheik Syamsudin seperti berikut :
Pada masa itu wafatlah Syeikh Syamsuddin bin Abdullah as-Sumatra-i yaitu pada malam isnin 12
hari bulan rajab pada hijrah 1039 tahun.bahawa Sheikh itu alim pada segala ilmu dan ialah yang
termasyhur pengetahuannya pada ilmu tasawuf dan beberapa kitab yang ditalifkannya.(Al-makrifah
jld 1,m/s 52),padahal dalam kitabnya yang lain iaitu Tibyan fi Marifatil Adyan ,Nuruddin ada
menyebut Maka tatkala zhahirlah kaum wujudiyah yang zindiq Mulhid,lagi sesat,daripada murid
Sumatra-i yang sesat maka berbahaslah mereka itu dengan kami beberapa hari di hadapan hadhrat
Sulthan Iskandar Tsani Aliuddin Mughayat Syah bergelar Marhum Darus salam,ialah mendirikan agama
Allah dengan keteguhan yang amat ajaib.(Al-Makrifah-jld I, m/s 152).Dalam ayatnya itu, disamping
beliau mengecam Syamsuddin dan pengikutnya,beliau juga membodek raja dan mengangkat dirinya
sebagai pendiri agama Allah dengan keteguhan yang ajaib!

Menurut banyak catatan sejarah,beliau mula tiba di Aceh pada tahun 1637M/1047H, yang pada waktu
itu Sultan Iskandar Thani baru berumur 1 tahun.Bukankah waktu kelahiran Nuruddin, Gejerat sedang
ditakluk oleh Portugis?Goa menjadi markas utama percaturan kafir untuk menakluki
Nusantara.Bukankah kitab sejarah melayu kita pernah dibawa ke London,diambil oleh portugis dan
disimpan di Goa dan siapakah pula yang membawa kitab sejarah melayu atau hikayat melayu itu dari
Goa ke Aceh sedangkan waktu itu Aceh dalam era pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota
Alam(1607 1636M).Bukankah Sultan iskandar Muda Mahkota Alam pernah cuba untuk membebaskan
Melaka setelah jatuh ke tangan Portugis 1511,maksudnya Aceh juga amat memusuhi Portugis.

Professor Naquib Al-Attas dalam bukunya The Mysticism of Hamzah Fansuri pun melihat ada sesuatu
yang tidak kena dengan tindakan Nuruddin mengeluarkan fatwa tersebut.Ulamak ini pernah
mengarang lebih kurang 25 buah kitab tasawuf semata-mata untuk membantai ajaran tasawuf Hamzah
Fansuri..dia juga telah diangkat dan dijulang oleh pengikutnya sebagai penyelamat akidah terulung Aceh
dan kitabnya bertebaran di alam nusantara selepas menghapuskan semua kitab dan catatan tasawuf Al-
fansuri.Beliau juga mengarang kitab Bustanus Salatin atau Taman Raja-raja yang penuh dengan ayat-
ayat bodekan untuk raja.Penulis buku Berpetualang ke Aceh ,Radzi Sapiee juga percaya yang Nuruddin
pernah bertemu dan berkenal-kenalan dengan Bendahara Johor Tun Sri Lanang,penulis kitab Sejarah
Melayu dalam tahun 1612 1615,dimana waktu itu Tun Sri lanang menjadi tahanan Aceh bersama
beberapa pembesar melayu yang lain.Ada kemungkinan Sejarah Melayu yang ditulis itu berdasarkan
maklumat dari Nuruddin.(BKA-siri-sirih pulang ke gagang,m/s 84).kalau begitu,ada kemungkinannya
Sejarah Melayu yang kita baca hari ini telah diubahsuai oleh Orientalis lalu jadilah ia versi Raffles atau
Shellabear.

Bagi saya misi Nuruddin sangat jelas dan lebih fokus iaitu ; untuk menghancurkan ajaran tasawuf
peringkat tinggi atau Muntahi fahaman Hamzah Fansuri dan muridnya Syamduddin as-Sumatra-i atau
ingin melumpuhkan rahsia atau alter rahsia tersembunyi bangsa melayu-islam nusantara iaitu amalan
tasawuf peringkat tinggi yang juga menjadi penyebab kepada keagungan dan kegemilangan islam
sebagaimana kita pun tahu Sultan Malikus Salih atau Merah Silu sendiri adalah raja lagi wali yang
mengamalkan tasawuf peringkat tinggi ini dan sejarah keagungan kerajaan islam Aceh di zaman Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam adalah kerana baginda juga adalah pengamal ajaran tasawuf peringkat
Muntahi ini.

Misi dan fokus beliau ini dapat kita lihat dalam Kitabnya Fathul Mubin,beliau menulis

Ya Tuhanku!,ku hadiahkan kiranya kitab ini semata-mata demi Hadrat-Mu jua,dan sesuatu pun tiada
hamba menghendaki balasan,hanya memandang wajahMu Yang maha Tinggi dalam syurga.Inilah
haluanku,kiriman kepada segala saudaraku yang di Pulau Aceh,yang di negeri Kedah,dan yang Pulau
Banten,dan yang di Pulau Makasar,dan di negeri Johor,dan yang di negeri Pahang,dan yang di negeri
Patani,dan yang di negeri Sanggora dan kepada segala daerah negeri yang di bawah angin.Dipeliharakan
Allah kiranya mereka itu dari segala bahaya dari dunia,serta diteguhkan dan ditetapkan Allah kiranya
mereka itu dalam agama islam,dijauhkan dari beritiqad salah dan sesat.
(Al-makrifah-jld 1,m/s 199)

Kecelaruan pemahaman tasawuf mengikut aqal Nuruddin terserlah bila beliau menghentam karya
Hamzah Fansuri dalam fathul Mubin tetapi tanpa disedarinya,dia telah mengambil atau tercedok tulisan
Al-Fansuri pula untuk melawan atau membahaskan karya al-Fansuri sendiri.Ini jelas tertulis beginipada
kurasy kesepuluh,halaman 9,juga berasal dari Rubai

Kata Manshur yang Saiyidil Asyiq,
Mengatakan dirinya itulah Khaliq,
Mengatakan Anal haq janganlah takut,
Itulah ombak menjadi laut*karya Hamzah fansuri.+

Lalu Nuruddin ,dalam halaman yang sama,tersilap salin tulisan Hamzah Fansuri dalam kitabnya Zinatul
Muwahhidin.sebagai ulasan kepada syair diatas berbunyi

Adapun Ahlul Asyiq,tiada dapat ia menyembunyikan rahsianya,jikalau dikatanya perkataan yang
bersalahan dengan syariat sekalipun maka tiadalah dosa.Seperti kata maula rum yakni akulah
Allah,akulah Allah.Ini menunjukkan dia juga bersetuju dengan al-Fansuri sebenarnya tetapi tidak mahu
mengakui kehebatan dan ketinggian ilmu al-fansuri! Jika dia tahu itu adalah tulisan al-Fansuri atau
muridnya Syamsuddin as-Sumatra-i,nescaya dia akan mengecam habis-habisan tulisan itu.Inilah tahap
yang membezakan antara dua orang ulama itu,satunya menulis dengan kekuatan aqal dan seorang lagi
menulis setelah beroleh makrifatullah.
Kata Hamzah Fansuri :

Kita ini bandingan cermin,
Itulah pandang sekalian mursalin,
Lengkap kepada kafir dan mumin,
Nyatalah sifat RabbilAlamin

Katanya lagi dalam syairnya yang lain:

Marifat itu terlalu ajib,
akan pakaian wali yang beroleh nasib,
Barang siapa mendapat ia menjadi jaib,
Kepada rabbilAlamin manzalnya qarib

Melihat kepada keseluruhan isi kitabnya yang banyak bertaburan itu,tujuan Nuruddin adalah satu, iaitu
hanyalah untuk menyanggah ilmu Al-Fansuri dan Syamsuddin as-Sumatra-i sahaja,tetapi dalam masa
yang sama beliau juga ada merujuk isi atau fakta penulisan kitabnya dari al-Hallaj dan Al-Arabi tanpa
sedikitpun mengecam atau membantah ajaran al-Arabi dan al-Hallaj padahal isi dan intipati ajaran al-
Fansuri adalah sefahaman dengan al-Arabi.Ini dikuatkan lagi dengan pujiannya pada al-Hallaj dalam
kitabnya Fathul Mubin dengan membenarkan pula syathahiyat al-Hallaj dan Sheikh Yazid al-Bistami
malah katanya merujuk kepada al-Hallaj : dan Hallaj itu pun syahid fi sabilillah jua(ibid,kurasy 11,hlm
17),malah beliau memuji al-Hallaj dalam perenggan lainnya dengan menyebut al-Hallaj melakukan
sembahyang sunat sebanyak seribu rakaat setiap malam dan pada malam sebelum dia disula itu ,al-
Hallaj sempat sembahyang solat sunat sebanyak 500 rakaat.( Al-makrifah-jld 1, m/s 199)

Jika diteliti kebanyakan kitabnya,Nuruddin hanya membahaskan ajaran al-Fansuri ataupun Syamsuddin
secara perbandingan istilah-istilah tasawuf atau bahasa sufi saja.Untuk membahaskan ajaran al-
fansuri,beliau banyak merujuk kepada kitab-kitab dan hujah ulama lain orang .Walaupun begitu beliau
diakui mempunyai akal dan ingatan yang sangat baik untuk berhujah sedangkan beliau sendiri adalah
lebih cenderung kepada ulama feqah dan dipersetujui ramai ulama yang beliau tidak mengamalkan apa-
apa tariqat.

Bila kita renungi kisah konspirasi keatas Hamzah fansuri ini,teringat pula kepada konspirasi kejam
peristiwa pembunuhan Al-Hallaj.Ketika itu beliau tenang menghadapi hukuman bunuh dengan kejam
secara disula dan kemudian dibakar,yang kemudian abunya dibuang ke Sungai Tigris.Sejarah dan
cabaran telah berulang terhadap perjuangan tasawuf namun Allah SWT tidak akan menghapuskan ilmu
tasawuf ini dari hati-hati hambanya yang terpilih,sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Yunus,ayat
ke-62 yang bermaksud:

Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tiada kekhuathiran terhadap mereka dan tidak pula
mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.Untuk mereka
berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan akhirat,tiada perubahan di dalam kalimah-kalimah
Allah(janji-janji).Yang demikian itulah kemenangan yang besar

Apa yang menjadi persoalan saya lagi ialah mengapa Nuruddin begitu tergesa-gesa meninggalkan Aceh
pada tahun 1054H/1654M dan kembali ke Ranir India,sehinggakan tidak sempat menghabiskan kitabnya
yang terakhir iaitu Jawahirul Ulum iaitu Manikam Segala Ilmu Pada menyatakan Maklum sehinggakan
beliau menyuruh anak muridnya menyudahkan tulisan kitab itu.Mungkin misinya sebagai orang
suruhan Belanda sudah tamat atau telah ditamatkan biarpun hanya tinggal di Aceh selama 7 tahun
sahaja!!!Nuruddin meninggal dunia di Ranir India,kampung halamannya pada 10.9.1659,kitabnya yang
terakhir ketika di sana juga tidak sempat dihabiskan bertajuk Minuman Syurga bagi umat Muhammad
pada jalan tasawuf lalu disudahkan oleh muridnya Salah-ad-Din Ibrahim bin Abdullah dengan jalan
memasukkan khutbah( Al-Makrifah,jld I, m/s 222).

Kembali kita kepada perbincangan asal artikel ini iaitu mengenal Allah,dalam buku Mengenal Allah Dr
M.Chatib Quzwani,dalam tesis phdnya,pada m/s 66 telah membuat satu kesimpulan yang menarik
tentang konsep aliran tasawuf Al-Palimbani dengan menulis Menurut Al-palimbani,sumber terakhir ini
menjelaskan 7 peringkat nafs al-ammarah,al-lawwamah,al-muthmainnah,ar-radhiah,al-mardiyyah
dan al-kamilah.Setiap peringkat nafs tersebut mempunyai
perjalanan,alam,tempat,keadaan(hal),lintasan batin(warid) dan sifat-sifatnya.

Dalam ajarannya,hati(qalb),roh dan nafs itu,nampaknya tidak dianggap sinonim seperti halnya dalam
ajaran Al-Ghazali tadi.Disini,hati dan roh dianggap sebagai tempat bagi nafs,roh adalah lapisan dalam
dari hati,yang didalamnya masih ada lagi beberapa lapisan lagi,iaitu sirr,sirrus-sir,khafi dan
akhfa.sehingga manusia,dengan tubuh jasmani sebagai lapisan luarnya,terdiri dari 7 lapisan.dalam
ajaran ini,nafs itu dianggap berpindah tempat dan berubah alam menurut peringkat kesedaran dan
pengetahuan

Disini,saya ringkaskan jalan-jalan yang perlu ditempuh oleh seorang salik mengikut Al-Palimbani iaitu
bermula perjalanan dengan ilallah = kepada Allah di alam ajsam kepada lillah= kerana Allah di alam
misal kepada alallah=tiada jatuh tilik mata hatinya itu melainkan atas syuhud(pandangan batin) akan
perbuatan Allah Taala yang terbit dari kudrat Allah swt jua di alam arwah kepada maallah= serta
Allah di alam al-haqiqatul-muhammadiyyah,tempatnya di dalam sirr kepada fillah= dalam Allah di
alam Lahut,tempatnya didalam sirrus-sirr,iaitu keadaan atau halnya ialah fana daripada diri dan fana
daripada segala sifatnya yang basyirah(kemanusiaan),tetapi nafs yang berada dalam peringkat ini tidak
mempunyai warid kerana yang dikatakan warid itu menurut Al-Palimbani hanya ada serta dengan
iktibar sifat,sedangkan pada peringkat inigugur segala iktibar sifat,asma dan afal orang yang sedang
berada pada peringkat ini sifatnyazuhd fi ma siwallah,yakni benci akan segala barang yang lain selain
Allah,Redha dia dengan tiada ittiradl(membantah)serta karam ia di dalam syuhud jamal(keindahan)
Allah yang Mutlak.

Perjalanan diteruskan dari fillah kepada anillah= yakni mengambil ilmu dari Allah Taala dan kembali
ia kemudian daripada sampaikepada Allah taala itu kepada makhluk kerana memberi
irsyad(bimbingan) akan makhluk di alam asy-syahadah atau ajsam ,tempat letaknya di khafi.

Perjalanan terakhir ialah menuju kepada billah= yakni dengan kudrat Allah Taala dan iradat-Nya dan
dengan quwwah(daya) Allah taala dan dengan haul(upaya)-Nyaalamnnya ialah syuhudul-kasrati fil-
wahdah dan syuhudul-wahdat fil-kasrah iaitu memandang keberbilangan di dalam keesaan dan
memandang keesaan didalam keberbilangan.tempatnya ialah diam didalam akhfa.Pada persinggahan
akhir inilah si salik itu digelar Insan kamil pada martabat kamil(sempurna)
mukammil(menyempurnakan),yang khawas(khusus) lagi khawashul-khawash(khusus dari yang khusus).
///

Ensiklopedia Nusantara: Bahr al-Lahut bicara aqidah, tasawuf
Tuesday, September 05, 2006
Berita Harian, 5 september 2006
Oleh Wan Mohd Shaghir Abdullah

SELEPAS membanding pelbagai riwayat dan tarikh yang termaktub dalam pelbagai penulisan di dunia
Melayu, saya berpendapat risalah berjudul Bahr al-Lahut adalah penulisan berbentuk risalah atau kitab
yang pertama dihasilkan di dunia Melayu.

Risalah Bahr al-Lahut pertama kali saya perkenalkan dalam buku berjudul Perkembangan Tasawuf dan
Tokoh-Tokohnya di Nusantara diterbitkan oleh Al-Ikhlas, Surabaya, 1980. Pertama kali diperkenalkan
ialah manuskrip yang ditulis dalam bahasa Arab. Lebih kurang sepuluh tahun sesudah itu ditemui pula
beberapa manuskrip terjemahan ke dalam bahasa Melayu.

Bahr al-Lahut adalah dikarang oleh Syeikh 'Abdullah 'Arif seorang ulama, pedagang yang berasal dari
Makkah. Kedatangan Syeikh 'Abdullah 'Arif ke Aceh kurun ke-13 Masihi disebut dalam majalah an-Nida'
al-Islami yang diterbitkan dalam bahasa Arab dan Melayu di Makkah al-Mukarramah, Zulhijjah 1356
hijrah bersamaan Februari 1938 Masihi.

Berdasarkan beberapa pendapat yang berbeza-beza menyebut Syeikh 'Abdullah 'Arif sampai di Aceh
pada 1177 Masihi. Penyelidikan terkini ada pendapat lain mengenai ketibaan Syeikh 'Abdullah 'Arif di
Aceh, ialah pada 506 Hijrah/1111 Masihi dan pada 560 Hijrah/1165 Masihi.

Walau pun dalam Bahr al-Lahut tidak dinyatakan tarikh selesai penulisan, namun berdasarkan ketibaan
Syeikh 'Abdullah 'Arif (pengarangnya) di Aceh itu dapat dipastikan bahawa Bahr al-Lahut adalah
penulisan pertama yang dihasilkan di dunia Melayu

Manuskrip Bahr al-Lahut dalam bahasa Arab dijumpai hanya sebuah, manuskrip yang diterjemah ke
bahasa Melayu ada beberapa buah. Manuskrip dalam bahasa Arab adalah salinan yang diusahakan oleh
Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Makasar.

Secara umum kandungan Bahrul Lahut adalah membicarakan 'aqidah, tasawuf dan kejadian alam
semesta. Dimulakan dengan kisah kejadian Nur Muhammad, dilanjutkan dengan kejadian alam
semesta, tujuh petala langit, tujuh petala bumi, alam yang nyata dan alam yang ghaib.

Allah mengangkat darjat Nabi Muhammad SAW pada sisi Keagungan-Nya. Nabi Muhammad SAW adalah
makhluk Allah yang paling tinggi kedudukannya jika dibandingkan dengan semua makhluk yang dijadikan
oleh Allah SWT. Nabi Muhammad SAW adalah Nabi yang awal pada kejadian Nur dan Nabi yang akhir
pada kejadian sebagai utusan Allah di permukaan bumi.

Tiada Nabi yang lain sesudah Nabi Muhammad SAW. Allah menjadikan sekalian-Nya daripada Nur al-
Wilayah dan Nur an-Nubuwah. Nur al-Wilayah dan Nur an-Nubuwah itu adalah sifat Nabi Muhammad
Nur al-Wilayah itu tempatnya pada batin (tersembunyi) sedang Nur an-Nubuwah itu tempatnya pada
zahir (nyata).

Sesungguhnya ada lagi yang dinamakan jauhar. Bahawa jauhar yang pertama dinamakan 'Alamul Kabir
(Alam Besar). Selain itu Allah menjadikan sekalian rangkaian susunan kejadian kosmos yang dinamakan
'Arasy, Kursi, Lauh al-Mahfuz, Qalam, Samawat (Langit), al-Ardh (Bumi), an-Nujum (bintang) syurga dan
neraka berserta sekalian penghuni dan isinya. Sekalian kejadian itu adalah ajaib belaka. Ada pun bumi
dihuni oleh sekalian bangsa manusia, haiwan, jin dan syaitan.

Pegangan aqidah Syeikh 'Abdullah 'Arif sama juga dengan pegangan ulama Ahli Sunnah wal Jama'ah
yang muktabar, mengenai tiada sesuatu yang tersembunyi bagi Allah. Lalu beliau memetik pendapat
yang di namakan ahlus sirri (maksudnya orang yang dapat mengetahui perkara rahsia hakikat dan pen:).

Menurut Syeikh 'Abdullah 'Arif ahlus siri berkata, "Ada pun Allah Ta'ala itu melihat pada jauh dan
melihat pada hampir sekaliannya." Pengertian Syeikh 'Abdullah 'Arif mengenai syahadat pula beliau
huraikan sebagai berikut, "Berkata ahli al-musyahadah, "Adapun tempat syahadat itu, bahawa melihat ia
bagi dirinya, maka tiada dapat tiada segala orang yang Mu'min dipandang yang demikian itu, maka
sahlah pandangannya seperti Allah dan Rasul-Nya. Diumpamakan seperti orang melihat sehari bulan dan
melihat purnama bulan dengan penuhnya.

Maka berkata orang ahlul isyarah, "Ada pun sehari bulan itulah hendak menjadikan purnama bulan
adanya." Selanjutnya dihuraikan mengenai Islam, kata beliau "Ketahui olehmu bahawa Islam dan kamal
al-Islam (kesempurnaan Islam) itu adalah dikukuhkan daripada kalimah syahadah. Ada pun kamal al-
Islam itu, maka memandang yang sebenar-benarnya, tulus dan ikhlasnya, iaitu mukmin dengan sebenar-
benarnya kerana penglihatan itu seperti sabda Nabi S.A.W, "Barang siapa berfikir dengan sekejap mata
sekali pun, kerana memikirkan Allah Taala, maka terlebih baik daripada berbuat ibadat seribu tahun
lamanya."

Syeikh 'Abdullah 'Arif membahas selanjutnya, "Maka berkata orang ahl al-Muqabalah, "Jadikan dirimu
dengan perintah Tuhanmu dengan sempurna adamu dengan kudrat Tuhanmu. Maka dijadikan diri kamu
itu sebagai tempat kenyataan kenal kepada Tuhanmu" Untuk menguatkan pegangan Syeikh 'Abdullah
'Arif menggunakan dalil firman Allah Taala, dalam surah al-Qashash, ayat 88, bermaksud, "Tiap-tiap
sesuatu itu binasa juga melainkan yang tiada binasa hanya Allah, bagi-Nya kekuasaan menentukan
hukum, dan kepada-Nya kamu dikembalikan."
Labels: Ensiklopedia Nusantara

Вам также может понравиться