Вы находитесь на странице: 1из 2

CARA MENGATASI MASALAH KEMALANGAN DI JALAN RAYA

PERUNDANGAN
Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan
raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan tidak masuk ajar akan terus
mengancam keselamatan jalan raya.
Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu:
Pembentukan undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang
Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang
dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan
praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undang-undang yang membawa
hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam
salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam
keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan
mekanisme kepenjaraan.
Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan undang-
undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-
undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa haruslah dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan.
PENYELIDIKAN
Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia
boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang
panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku
jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah.
Ilmu kaji kejenayahan (criminology)
Pengurusan jalan raya
Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti
keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka,
adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini.
Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu
mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka
tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan
kurang.
Langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan iaitu melalui Jabatan Kerja
Raya adalah dengan memastikan jalan-jalan raya di Malaysia berada dalam keadaan yang
baik. Perkara ini perlu dilakukan bagi memudahkan pengguna menggunakannya tanpa
perasaan bimbang atau takut. Semua jalan raya yang berlubang perlu diturap dengan
sempurna supaya dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Selain itu,
permukaan jalan yang tidak rata haruslah diratakan supaya pengguna berasa selesa ketika
memandu kenderaan serta melancarkan perjalanan anggota masyarakat yang hendak
pulang ke kampung halaman mereka. Jadi, keadaan jalan raya yang baik dapat
mengurangkan kemalangan maut yang berlaku di negara kita.

Вам также может понравиться