Вы находитесь на странице: 1из 32

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN

UMA RAMADAS
1.0 Pengenalan
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum, dan etnik.
Kepelbagaian kaum dan etnik inilah wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku
disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap
perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, Semenanjung
Tanah Melayu didiami oleh orang Melayu dan orang Asli bersama sebilangan
kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah
pembentukan masyarakat yang pelbagai budaya.
Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat
berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar.
Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu,
iaitu budhi dan daya (Shamsul Amri Baharuddin, 2007: 13). Perkataan budhi
yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.
Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna
kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh (Shamsul Amri Baharuddin, 2007:13).
Mengikut Kamus Dewan (2005), menyatakan budaya membawa maksud
tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, dan akal budi.
Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan Pendidikan berasal daripada
kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan
berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran.
Pendidikan pula bermaksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang
dalam usaha mematangkan individu tersebut. Maka, jelasnya pendidikan
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada
seseorang. Pada zaman ini, masih terdapat beberapa golongan yang tidak peka
terhadap pendidikan walaupun digalakkan secara kuat oleh kerajaan.
1.1 ORANG ASLI
Istilah Asli ertinya semulajadi (natural) atau tulen (original). Sejak zaman
penjajah, sebelum merdeka perkataan orang Asli (natural people) merupakan
istilah rasmi kerajaan pemerintah ketika itu, Bahasa Ingeris dan Bahasa Melayu,
yang membawa maksud orang asal atau original people. Menurut Carey (1976),
Orang Asli ialah Orang Asal Semenanjung Malaysia. Orang Asli di negara ini
dilindungi di bawah Perlembagaan Negara di mana sama kedudukannya dengan
orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak yang mempunyai hak di negara
ini di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini,
hak orang Asli, anak-anak dan keturunan mereka dijamin oleh Yang di-Pertuan
Agong selaku pelindung mereka tanpa menafikan hak-hak kaum lain di negara
ini.
Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakanya tinggal di
dalam atau pinggir hutan. Kadar keciciran pendidikan bagi murid-murid orang
Asli adalah amat tinggi berbanding dengan murid-murid di bandar. Masalah
keciciran orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan
bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Mereka
merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan
kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Keserasian cara hidup
yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara
pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada
kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002) Orang Asli dibahagikan kepada tiga
rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito, dan Melayu Asli.
Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh
ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.
Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana
infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal
mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak
diadakan.
1.2 INDIGENOUS
Indigenous merujuk kepada penduduk peribumi di pendalaman Sabah
dan Sarawak. Penduduk di Sabah dan Sarawak dibezakan dari segi kawasan
tempat tinggal. ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum,
namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk, dan orang Brunei. Di
Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan, dan
Kelabit.
Masyarakat indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik
yang tinggal jauh di pendalaman Sabah dan Sarawak yang masih belum
menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada sistem
kehidupan masyarakat dan budaya tersendiri yang telah dibina sejak zaman
dahulu. Tambahan pula, ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam
masyarakat indigenious kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
di tanah air belum menyentuh Sistem Belajar Asli (Indigenious Learning System)
masyarakat tradisional.
Selain itu, masyarakat indigenous juga ketinggalan dalam bidang
pendidikan. Tahap pendidikan mereka lebih kurang setaraf dengan orang Asli
dan kawasan pedalaman. Halangan-halangan yang menyebabkan mereka tidak
rapat dengan pendidikan adalah banyak, misalnya dari segi jarak antara sekolah
dengan rumah, kemudahan sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi, dan
tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan
pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta
keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan
tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar
dan bandar.
1.3 KAWASAN PEDALAMAN
Pedalaman bermaksud kawasan yang jauh dimana komunikasi adalah
terhad, kemudahan asas, infrastruktur dan pengangkutan berada ditahap yang
membimbangkan. Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman amat
ketinggalan dalan bidang pendidikan.
merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi
jurang di antara bandar dengan luar bandar; jurang di
antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan
jurang antara mereka yang bekeperluan khas; agar tidak
ada sebarang golongan yang tercicir dari arus
pembangunan negara.

YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 )
Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai
kekurangan daripada segi kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha
memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.
Oleh itu, kerajaan berusaha merapatkan jurang pendidikan antara masyarakat
bandar dengan luar bandar melalui pembahagian sumber dan kemudahan
dengan adil dan saksama.
Di samping itu, usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian
kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3), iaitu merapatkan jurang
perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang miskin
serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan
kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama. Apabila segala kesulitan
ini berlaku, ia akan menjadi halangan kepada murid untuk menuntut ilmu
pengetahuan yang sepatutnya. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid
kehilangan minat dan motivati untuk menghadiri ke sekolah bagi memajukan diri
sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Sikap ibu bapa pendalaman yang
tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak
berpelajaran turut memberi kesan secara tidak langsung.

2.0 Kedudukan Pendidikan Terkini Orang Asli, Indigenous dan Penduduk
Kawasan Pedalaman
2.1 ORANG ASLI
Wawasan 2020 adalah merupakan fokus utama Malaysia dalam
mencapai impiannya menjadi sebuah negara yang berdaya saing dan maju di
mata dunia. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, aspek pendidikan menjadi
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam
perkembangan arus perdana yang pantas. Namun demikian, masih terdapat
golongan orang Asli di Malaysia yang masih tercicir dalam pendidikan.
Menurut Laporan Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai
Pelajaran dan Masyarakat pada tahun 1973, kajian ini mendapati bahawa murid-
murid miskin di luar bandar yang tercicir adalah ramai berbanding dengan rakan-
rakan mereka di bandar. Keciciran pendidikan dalam kalangan orang Asli masih
tidak dapat diselesaikan dengan
sepenuhnya walaupun bilangan pelajar
orang Asli telah dipertingkatkan dalam
sekolah. Mengikut Perlembagaan
Malaysia, Seksyen 17 Akta 134
menjelaskan perincian hak-hak
istimewa peruntukan pendidikan yang
diperuntukan kepada anak-anak orang
Asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia. Walaupun
dalam seksyan ini jelas menunjukkan bahawa orang Asli boleh mendapat
pembelajaran di mana-mana sekolah yang mereka mahu tanpa sebarang
halangan, tetapi dalam Laporan Kes Mengenai Keciciran dalam Sekolah oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan mendapati bahawa
kebanyakan pelajar yang tercicir pendidikan adalah berasal dari latar belakang
keluarga yang miskin dan berpendapat rendah sehingga tidak digalakkan untuk
menuntut ilmu pengetahuan formal.
Foto 2.0 : Contoh sekolah orang asli
yang kekurangan kemudahan.
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
Mengikut kajian Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 2011,
bilangan orang Asli di
Malaysia semakin meningkat
tetapi tahap pendidikan
orang Asli tidak mencapai seperti yang dirancangkan. Ada juga orang Asli yang
buta huruf dan tercicir dalam pembelajaran, tanpa mengira sama ada di sekolah
rendah ataupun menengah, kata Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) Terengganu Mohd Hamizon Mohd. Pada tahun 1969, bilangan orang
Asli di Malaysia adalah sebanyak 53,000 orang, manakala pada tahun 2011,
bilangan orang Asli di Malaysia dipertingkatkan sehingga ke 178,197 orang. Oleh
itu, secara puratanya, bilangan orang Asli di Malaysia dipertingkatkan lebih
kurang 2980 orang setiap tahun. (Rujuk Lampiran 1.0) Bilangan pelajar orang
Asli mengikut peringkat sekolah rendah pada tahun 2011 ialah 26,268 orang
pelajar, manakala bilangan pelajar orang Asli sekolah menengah ialah 12,148
orang pelajar. Apakah sebabnya bilangan pelajar orang Asli masih kurang
walaupun mereka dilindungai dengan Akta dan dibekalkan dengan pelbagai jenis
perkhidmatan dan fasiliti?
Sebuah laporan yang dikeluarkan pada tahun 2012 oleh Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia, sebuah agensi kerajaan, menunjukkan bahawa 7,000
kanak-kanak orang Asli yang berumur 5 ke 18 tahun yang tinggal di
Semenanjung Malaysia tidak menghadiri sekolah pada tahun 2007. Pada 30
April 2012 di Bangi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal telah memberitahu bahawa kadar keciciran pelajar orang Asli
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
pada tahun 2012 menurun kepada 25.9% berbanding dengan 29% pada tahun
2011. Ini adalah keadaan yang amat baik.
2.2 INDIGENOUS
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, jelas di semenanjung
Malaysia, jika salah seorang ibu atau bapa adalah seorang Melayu yang
beragama Islam atau orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara
160(2) Perlembagaan Persekutuan, maka anaknya adalah dianggap seorang
Bumiputera/ indigenous.
Untuk mendapatkan
maklumat yang terkini mengenai
keadaan sekarang bumiputera di
Sabah dan Sarawak, kami telah
menemu bual dengan seorang
kawan di IPG Kampus Darulaman,
namanya Amy Tabol, dari kelas
Matematik berasal dari Song, Sarawak. Song adalah sebuah bandar kecil sungai
yang terletak di antara Sibu dan Kapit di Sarawak. Ia mengambil masa 2 jam
dari Sibu ke Kapit. Kaum yang terbanyak dalam Song ialah kaum Dayak. Pekan
ini terletak di Sungai Song
berasal dari pedagang pelabuhan
Melayu Abang (Bangsawan
Melayu Sarawak). Di dalam Song
terdapat banyak kaum Iban orang
Foto 2.1 : Gambar saudara Amy Tabol.
Foto 2.2 : Siong, Sarawak, tahun 1980s
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
asli, terutamanya di sepanjang Batang Rejang, Katibas Sungai, Sungai Song,
Sungai Lajan dan Sungai Iran. Para peniaga banyak membawa produk untuk
menjual di Sibau (Sibu), di mana terdapat kapal dari Singapura dan Kampar,
Semenanjung Malaysia yang berhenti di Sibu sebagai pelabuhan. Begitu juga
dengan peniaga akan membawa barang-barang keperluan harian seperti garam,
gula, ikan, pinggan mangkuk masin, tembikar, pakaian, gong, kain dan pakaian
untuk digunakan sebagai pertukaran dengan peniaga tempatan. (Sistem Barter).
Oleh demikian, kawasan Song dan berdekatannya amat popular dengan
penggunaan bot. (Rujuk Lampiran Bergambar 1-3)








Amy ialah seorang Iban. Persekolahan pringkat rendahnya adalah di
Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan Song. Melalui perbualan, Amy
menyatakan tahap pendidikan di kawasannya lebih maju berbanding dengan
dahulu. Kebanyakan sekolah mempunyai kemudahan internet yang dibekalkan
oleh pihak kerajaan. Walaupun aksesnya terhad, tetapi murid-murid masih
berpeluang untuk menggunakan kemudahan internet. Guru juga boleh
Foto 2.3 : Tempat persinggahan bot-bot di Sungai Song.
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
menggunakannya sebagai bahan bantu pengajaran. Yang negatifnya ialah,
terdapat banyak komputer yang rosak dan kedang-kala, kemudahan internet
pula tidak dapat dilayari. Keadaan tersebut telah mempengaruhi masa dan
peluang untuk murid-murid belajar dengan sepenuhnya. Selain itu, oleh sebab
jarak antara sekolah dengan rumah adalah jauh, kebanyakan murid bumiputera
dikehendaki tinggal di dalam asrama sekolah dan hanya balik ke rumah waktu
cuti. Ada murid yang perlu berjalan dengan jauh untuk pergi ke sekolah tiap-tiap
hari. Ini akan mempengaruhi tumpuan mereka semasa di dalam kelas selepas
letih berjalan awal-awal pagi. Sebaliknya, masalah bagi bumiputera dalam
bidang pendidikan ialah kebanyakan penduduk di rumah panjang hanya
mendapat pendidikan sekolah rendah sahaja. Keluarga-keluarga di Sarawak
yang lebih miskin tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk meneruskan
pembelajaran dan mereka menganggap pendidikan am adalah mencukupi.
Anak-anak mereka perlu bekerja selepas pengajian sekolah rendah untuk
menampung pembelanjaan rumah dan belajar kemahiran seperti menanam dan
menangkap ikan. Keadaan tersebut telah menunjukkan kesedaran yang
sepatutnya diketahui oleh penduduk bumiputera masih tidak mencapai tahap
kesempurnaan yang dirancangkan.

2.3 KAWASAN PEDALAMAN
Jurang digital adalah satu konsep yang mula-mula dipertimbang apabila
mengimbas kembali tema dampak sosial disebabkan oleh Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) yang perlu ditangani bagi membasmi kemiskinan seperti
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
yang digaris dalam United Nations Millennium Development Goals. (Rujuk
Lampiran Bergambar 7) Walaupuan kawasan pedalaman telah dibekalkan
kemudahan teknologi dan maklumat, tetapi bilangan penduduk dan pelajar yang
mahir adalah amat kurang. Kebanyakannya adalah dalam keadaan lemah.
Contohnya, menurut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia, Hazura Mohamed,
Hairulliza Mohammad Judi dan Siti Fadzilah M. Noor, tahun 2012, dalam Jurnal
Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik, bagi software komputer yang
palling umum, iaitu Microsoft Word, terdapat 42.9% daripada mereka dalam
keadaan lemah, 32.0% adalah sederhana dan hanya 25.1% adalah mahir. Selain
itu, terdapat banyak penemuan penting berkaitan literasi TMK dan jurang digital
yang dicadang hasil daripada keputusan kajian. Salah satu daripadanya ialah
tentang latar belakang TMK pelajar di kawasan luar bandar. Keputusan
menunjukkan hanya 20% daripada pelajar yang dikaji memiliki komputer sendiri.
Cheng telah membuat beberapa
temu bual dengan ketua kampung,
Hashim Bin Shafie dan penduduk-
penduduk seperti Mak Merah dan Mak
Zakiah di Kampung Jerlun, Kedah Darul
Aman. Kampung Jerlun terletak lebih
kurang 25 km dari bandar Jitra, Kedah.
Penduduk di sana amat mesra dan murah
hati. Ketua Kampung merupakan bapa
angkat Cheng sejak Program Bina Insan Guru Fasa 4 tahun 2013. Pada 24
Foto 2.4 : Cheng memberi
cenderahati kepada keluarga angkat
selepas temubual.
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
Januari 2014, Cheng telah menziarahi keluarga angkatnya untuk kali kedua.
Cheng telah menemu bual dengan keluarga angkatnya dan penduduk Kampung
Jerlun tentang keadaan pendidikan serta kemudahan-kemudahan sekarang di
dalam kampung. Mereka berpendapat bahawa, kawasan perumahan mereka
mendapat bantuan pihak kerajaan dan juga pelbagai jenis fasiliti juga telah
dinaiktarafkan, tetapi, masih terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.
Terutamanya, keadaan jalan raya dalam kampung adalah amat sempit dan
berlubang-lubang. Kenderaan tidak dapat melalui kawasan itu dengan lancar.
Selain itu, murid-murid pula dikehendaki berjalan kaki ke sekolah oleh sebab
jalan di dalam kampung terlalu sempit sehingga bas sekolah tidak dapat masuk.
Melalui perbualan Cheng dengan ibubapa angkatnya, yang merupakan ahli PIBG
sekolah banyak mendapat rungutan daripada anak-anak mereka. Antaranya
ialah murid-murid di sekolah kurang berpeluang untuk menikmati kemudahan
seperti komputer dan makmal sains. Anak perempuan sulung mereka, Farah
merupakan seorang olahragawati, Farah juga merungut bahawa sekolahnya
tidak mempunyai padang yang besar, trek larian dan kadang kala peralatan
sukan tidak mencukupi. Ini telah banyak mempengaruhinya untuk membuat
latihan yang sepenuhnya. Oleh demikian, mereka dikehendaki untuk pergi ke
sekolah di bandar untuk membuat latihan yang berkemudahan lengkap. Dengan
itu, kebanyakan murid terpaksa menarik diri kerana perlu menampung
pembayaran tambang pengangkutan ke sekolah di bandar. Menurut En. Hashim,
beliau telah membawa isu-isu tersebut semasa mesyuarat PIBG dan membuat
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
banyak rayuan agar menaiktarafkan fasiliti dan kemudahan kampung dan
sekolah, tetapi maklum balas dan tindakan yang didapati adalah kurang.

3.0 Budaya Hidup Masyarakat Orang Asli, Indigenous dan Penduduk
Kawasan Pedalaman
3.1 ORANG ASLI
Masyarakat Orang Asli merupakan satu etnik masyarakat Malaysia yang
tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau
Pinang. Negeri- negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka
ialah Pahang diikuti Perak, Kelantan dan seterusnya.
Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Ali didapati mempunyai adat
resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan
dewa-dewa, keramat, roh dan sebagainya. Pandangan hidup (world view)
mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran
yang di diami. Dengan itu hutan rimba, gunung, bukit, petir, dan sebagainya
dianggap sebagai mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini.
Ini telah membawa perlakuan- perlakuan ritual dan pantang larang dalam
kehidupan seharian berdasarkan kepercayaan mereka.
Dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih
mengekalkan dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang
dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil batin yang bertanggungjawab
menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta menjdi penghubung kepada
masyarakat luar. Beliau juga berkuasa menentukan dan menetapkan peraturan
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
berkaitan puak dan menjatuhkan hukuman
terhadap kesalahan yang dilakuakn oleh
ahli- ahli. Di samping itu, komuniti mereka
juga berpegang kepada pengantara agama
(Shaman) atau bomoh yang berperanan
dalam menentukan aspek ritual dan
penyaluran kepercayaan mereka.
Perubahan yang melanda masyarakat ini ada kaitan dengan kepercayaan
mereka terhadap animisme yang
semakin berkurangan sejak selepas
merdeka pada tahun 1957. Ini kerana
gerakan dakwah agama lain termasuk
Islam semakin kuat ke atas masyarakat
ini. Namun masih banyak lagi
mengamalkan unsur- unsur animisme
dan proses sinkretisme dengan agama-
agama lain.
Perkahwinan orang asli adalah berbeza mengikut suku kaum masing-
masing.Adat istiadat nikah kahwin berbeza antara satu suku kaum dengan suku
kaum yang lain. Bagi suku kaum Orang Asli di kawasan Selangor misalnya,
kedua- dua pangantin terpaksa mendengar nasihat- nasihat yang diberikan oleh
sesiapa sahaja yang hadir terutamanya yang diberikan golongan tua mengenai
tanggungjawab seorang isteri atau suami. Nasihat-nasihat ini kadangkala
Foto 3.1 : Perkahwinan Orang Asli
(adat nikah)
Foto 3.0 :Kepercayaan Animisme
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
mangambil masa berjam- jam lamanya.Masyarakat orang Asli jarang sekali
membuat jemputan secara rasmi ke majlis- majlis perkahwinan. Semua orang
yang ada di kampung dan kebanyakkannya dari kampong- kampung jiran
lazimnya akan hadir tanpa jemputan secara rasmi. Jamuan nasi akan diberikan
kepada sesiapa yang datang sehinggalah bekalan habis.
Bagi adat kematian orang asli ialah,biasanya apabila diketahui ada
kematian di sesebuah kampung kerja-
kerja seperti berladang, memburu
ataupun membuat rumah akan
diberhentikan dengan serta merta.
Mengikut kepercayaan sesiapa jua
yang meneruskan pekerjaannya setelah
mengetahui adanya kematian, ia akan
ditimpa malapetaka ataupun jatuh sakit.
Ketika ada kematian, semua kanak- kanak dicontengkan telinga mereka
dengan kapur yang telah dijampi. Arang disapu di bulu kening, dada dan di tapak
kaki. Dengan cara demikian, segala hantu syaitan yang dipercayai telah
membunuh si mati tidak akan mengacau kanak- kanak yang telah memakai
pengandang. Pengandang ini penting terutamanya di waktu malam. Mayat si
mati selalunya akan diringi ke tempat perkuburan oleh sebahagian besar
penduduk kampung berkenaan. Setelah selesai mengebumikan mayat, keluarga
si mati akan menghantar makanan serta memasang api di tepi kubur itu pada
tiap- tiap hari selama 6 hari. Begitu juga dalam tempoh masa yang sama unggun
Foto 3.2 : Adat Kematian orang asli
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
api yang dipasang di bawah rumah si mati. Pasir halus yang telah dijampi ditabur
-tabur di sekeliling dinding rumah dengan tujuan supaya terkena mata hantu
yang masih ada lagi di kawasan rumah tersebut. Amalan ini juga diteruskan
selama 6 hari kerana roh si mati dipercayai masih berada di kawasan rumah dan
kubur dalam jangka masa itu.
Sebagai penutupnya, masyarakat orang asli berbeza dengan masyarakat
yang lain dari segi budaya. Mereka harus peka terhadap pendidikan serta
berkembang pada masa akan datang.
3.2 INDIGENOUS
Masyarakat indigenous merujuk kepada golongan masyarakat dan etnik
yang tinggal di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan
dunia luar. Mereka masih tetap dengan corak hidup mereka yang ditinggalkan
secara turun-temurun.
Sesungguhnya, masyarakat indigenous seperti suku kaum kadazan telah
memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi
contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan
perkembangan suku kaum Kadazandusun,
bahasa, pakaian tradisional, muzik
berunsurkan tradisional, corak kehidupan
masyarakatnya, tarian tradisional dan
kemuncak bagi pemartabatan warisan
budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta
Kaamatan yang diadakan pada setiap
Foto 3.3 : Perayaan Pesta
Keamatan
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
tahun.Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan masyarakat
indigenous menjelaskan tentang kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk
Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran suku kaum ini ke
seluruh masyarakat yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka
mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan
mereka. Dari aspek bahasa, contohnnya masyarakat suku kaum kadazan,
perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu.
Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah
dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti
dan makna yang sama. Pakaian tradisi pula berbeza mengikut kawasan dan
sosio budaya suku kaum bagi masyarakat indigenous seperti suku kaum bajau
berbeza dengan suku kaum murut walaupun mereka menetap di tempat yang
sama. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam
perayaan tertentu. Setiap etnik dalam
masyarakat indigenous mempunyai pakaian
tradisinya sendiri.
Disebabkan masyarakat indigenous ini
memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut
etnik tertentu maka corak hidup mereka juga
berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan
corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh
adat resam penduduk setempat. Adat resam
inilah yang mempengaruhi corak kehidupan
Foto 3.4 : Pakaian
Tradisional Masyarakat
Kadazandusun
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.Dalam setiap upacara rasmi
ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum seperti suluk,murut
sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam
kawasan tersebut mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional
ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu. Masyarakat indigenous
masih ketinggalan dalam pendidikan disebabkan mereka tidak perka terhad
pendidikan.Mereka masih mengamalkan cara hidup mereka sepertizaman
dahulu.
Konklusi, masyarakat indigenous memang memiliki warisan budaya yang
sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, masyarakat indigenous harus
berpengetahuan supaya warisan budaya masyarakat mereka agar tetap
dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan generasi masa akan
datang.
3.3 KAWASAN PEDALAMAN
Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman masih ketinggalan dalam
bidang pendidikan. Mereka masih kekal dengan tradisi turun- temurun. Budaya
hidup masyarakat yang menetap di kawasan pedalaman agar berbeza dari segi
budaya, adat resam, pakaian, dan amalan harian.
Menurut Boeke, 1953 masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu
masyarakat tradisional dan masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk
kepada luar bandar, mundur dan tidak membangun. Manakala mayarakat moden
adalah masyarakat bandar, membangun dan industri. Kedua-dua golongan
masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu.Modenisasi yang berlaku di
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
dalam masyarakat luar bandar terjadi apabila penduduk luar bandar mula
bersikap liberal dan tidak lagi ketat dan bebas bergerak. Contohnya dari luar
bandar ke bandar, melibatkan diri dalam perdagangan dan mempunyai pekerja
tetap. Modenisasi turut berlaku dalam diri individu masing-masing apabila
seseorang individu boleh berfikir secara bebas, melalui pendidikan, celik huruf,
terdedah kepada media massa dan boleh membuat pilihan sendiri. Melalui ini,
masyarakat luar bandar perlu berubah dari tahap sedia ada ke tahap yang
mampu merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih membangun. Mereka
jangan terikut dengan amalan masyarakat nenek moyang dulu. Bagi amalan
harian masyarakat yang menetap di kawasan pedalaman ialah mereka
kebanyakkan bertani. Mereka bertani untuk menyara hidup mereka. Bidang
pendidikan pula,bermakna pelajar di sekolah luar bandar lemah dari segi
akademik. Ini menyebabkan mereka tidak peka terhadap pendidikan. Selain itu,
infrakstruktur di sekolah tidak mencukupi. Sebagai contohnnya, penggunaan
komputer sudah biasa dalam amalan harian, tetapi pelajar yang tinggal di
kawasan pedalaman tidak dapat peluang untuk menggunakkan komputer.
Sekolah luar bandar melalui pandangan sosial dan budaya dapat diklasifikasikan
kepada tiga sudut iaitu aspek disiplin, sikap pasif dan kaedah pembelajaran.
Terdapat pelbagai masalah tentang disiplin pelajar contohnya seperti ponteng
sekolah, merokok dan terlibat dalam pergaduhan. Tidak dinafikan bahawa
sekolah di kawasan bandar pun turut barlaku keadaan sedemikian. Manakala
sikap pasif boleh dikaitkan dari segi penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti
yang dianjurkan. Minat yang ditunjukkan oleh pelajar luar bandar juga kurang
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
memuaskan. Selain itu, pelajar luar bandar selalunya ramai yang terjejas dari
segi keputusan peperiksaan. Hal ini disebabkan sistem pembelajaran tidak
dilengkapi secukupnya contohnya kemudahan komputer, makmal-makmal dan
sebagainya.
Sebagai kesimpulannya, budaya hidup setiap masyarakat agar berbeza
dari segi adat resam, pakaian, pantang larang, amalan harian dan sebagainya.
Bagi kepentingan pendidikan pada masa kini, semua insan perlu peka terhadap
pendidikan. Pendidikan merupakan hal yang terpenting dalam kehidupan kita, ini
bererti bahawa setiap manusia berhak untuk mendapat dan berharap untuk
selalu berkembang dalam pendidikan. Pendidikan secara umum mempunyai erti
suatu proses kehidupan dalam mengembangkan diri setiap individu untuk dapat
hidup dan melangsungkan kehidupan. Sehingga menjadi seorang yang terdidik
itu sangat penting. Maka semua masyarakat harus menitikberat terhadap
kepentingan pendidikannya.

4.0 Amalan-amalan Baru Meningkatkan Tahap Kesedaran dan Penyertaan
Masyarakat Orang Asli, Indigenous dan Penduduk Kawasan Pedalaman
dalam Bidang Pendidikan
Amalan-amalan baru yang diperkenalkan oleh kami selepas beberapa kali
perbincangan dan pencarian maklumat dibuat, kami telah mencadangkan
beberapa amalan baru untuk meningkatkan tahap kesedaran dan penyertaan
masyarakat orang Asli, peribumi dan penduduk kawasan pedalaman dalam
bidang pendidikan. Sebelum itu, kami membahagikan cadangan kepada dua
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
bahagian, iaitu berdasarkan masyarakat dan sekolah. Antara amalan-amalan
baru yang dicadangkan adalah berdasarkan aspek :

Rajah 4.0 : Amalan-amalan yang dicadangkan.

4.1 Sekolah
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Sekolah
Tenaga
Pengajar
Kurikulum
Pendidikan
Percuma Ibu
Bapa
Masyarakat
Teori
Modenisasi
Kemudahan
Masyarakat
Peralatan
Teknologi
Kemudahan
Pengangkuta
n
Cantum SM
dan SR
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Cadangan amalan baru yang pertama tertumpu kepada lilin masyarakat,
tenaga pengajar. Kebanyakan guru pelatih dipaksa untuk mengajar di kawasan
pedalaman fasa pertama, kedua atau
ketiga selepas menerima ijazah.
Mereka sukar untuk membiasakan diri
dengan kehidupan pedalaman dan
hendak membuat rayuan untuk keluar
dari kawasan pedalaman, ada yang
meletak jawatan sebagai seorang
guru. Oleh demikian, kami mencadangkan bahawa Kementerian Pelajaran boleh
memperkenalkan sebuah kursus yang istimewa bagi setiap guru latih agar
mendapat ilmu-limu, kaedah dan teknik untuk mengajar anak-anak kampung,
orang Asli dan peribumi. Kursus dilancarkan sepanjang satu hingga tiga bulan
untuk memberi kesediaan yang sepenuhnya kepada setiap guru pelatih sebelum
diposting ke kawasan luar bandar. Langkah yang paling penting bagi para
pendidik ialah memahami dan mengintegrasi definisi budaya secara terperinci.
Budaya merupakan sesuatu yang dinamik dan berubah-ubah. Maka, ia adalah
amat penting untuk guru dalam komuniti sekolah mengenal pasti dan memahami
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
pengamalan-pengalaman dan nilai-nilai setiap kumpulan kecil dalam komuniti
tersebut. Tambahan pula, pelbagai jenis kursus boleh ditawarkan kepada para
pendidik sebelum dihantar ke kawasan pedalaman agar mereka dapat membuat
persediaan diri dengan sepenuhnya. Terutamanya dari segi komunikasi, guru
wajar menguasai bahasa asas murid-murid orang Asli, peribumi atau penduduk
kawasan pedalaman supaya dapat berkomunikasi dan bergaul mereka dan hal
ini memudahkan permahaman adat resam tempatan. Di samping itu, pedagogi
pengajaran yang istimewa juga perlu disuburkan. Tidak mempunyai seorang
murid pun yang suka akan kelas yang bosan. Anak-anak orang Asli, peribumi
dan luar bandar suka terhadap alam sekitar dan aktif dalam bidang sukan.
Misalnya, guru menyuruh murid-murid mengimitasi pergerakan binatang dan
suara mereka semasa mengajar nama-nama binatang. Oleh demikian, murid-
murid kawasan luar bandar akan lebih berfokus dan minat terhadap
pembelajaran berbanding dengan pengajaran guru yang terlalu formal. Dengan
itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan kedua-dua aspek
tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Contohnya,
mengubahkan ruang pembelajaran keluar dari bilik darjah. Guru boleh membawa
murid-murid ke kawasan lapang dan mengajar mereka menulis perkataan abjad
di atas pasir dengan menggunakan ranting pokok. Murid-murid lebih seronok
bersama dengan alam sekitar serta mendapat ilmu pengetahuan yang
sepatutnya. Barulah, guru lebih rapat dengan budaya masyarakat setempat.
Situasi ini merupakan langkah awal sebelum guru boleh mewujudkan suasana
belajar yang mesra budaya.
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
Seterusnya, kurikulum bagi Orang Asli, Indigenous dan kawasan
pedalaman perlulah mengubah mengikut budaya kehidupan mereka. Kajian
Christie & Harris (1985) mengenai orang Asli di Australia mengemukakan aspek-
aspek seperti kurikulum yang tidak mesra budaya, ketidakhadiran murid dan
kadar pertukaran tenaga yang tinggi menyebabkan murid menghadapi masalah
pembelajaran. Sekarang, murid-murid peribumi belajar di sekolah menggunakan
kurikulum yang sama dengan sekolah aliran perdana atau biasa. Apa yang
menjadi masalah sekarang pencapaian akademik murid peribumi ini adalah amat
rendah berbanding dengan murid-murid aliran perdana. Mengikut cadangan kami,
mereka tidak sesuai untuk mengikut kurikulum seperti KSSR atau KBSR dengan
sepenuhnya. Beberapa bahagian di dalam KBSR dan KSSR masih boleh
diaplikasikan, terutamanya Didik Hibur dalam KSSR adalah sangat sesuai
kepada mereka. Murid-murid orang Asli, indigenous dan kawasan pedalaman
mempunyai ciri-ciri yang sama, iaitu malu, pasif dan tidak suka dipaksa. Dengan
itu, kurikulum yang sesuai kepada mereka perlulah kreatif dan sesuai kepada
tahap akademik mereka. Mereka akan seronok dengan belajar sambil bermain
serta bermotivasi jikalau belajar sesuatu yang mereka fahami. Di samping itu,
kami mencadangkan bahawa musim buah-buahan dijadikan sebagai musim cuti
sekolah. Ini bukan sahaja membolehkan murid-murid dapat menghabiskan
sukatan pelajaran dan dapat membantu ahli keluarganya di dalam ladang serta
menikmati kegembiraan musim buah-buahan. Kejadian sedemikian sentiasa
berlaku, pada musim buah-buahan, anak-anak orang Asli tidak akan hadir ke
sekolah kerana mereka diarah oleh ibubapa mereka agar membantu mereka
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
memetik dan menjual buah-buahan. Ini telah menyebabkan murid-murid orang
Asli tidak dapat belajar mengikut sukatan pelajaran dan tidak dapat menjawab
ujian dengan sebaiknya. Kementerian Pelajaran memainkan peranan yang amat
penting dalam meningkatkan kesedaran pendidikan bagi orang Asli, indigenous
dan penduduk kawasan pedalaman.
Dapatan kajian antarabangsa PISA 2009+ menunjukkan bahawa selain
minat ibu bapa dalam pendidikan anak mereka merupakan langkah awal yang
penting, faktor utama yang mendorong kepada pencapaian murid adalah
bagaimana ibu bapa menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah. Oleh
yang demikian, di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 menyatakan sarana ibu bapa adalah penting untuk pentingkan
akademik anak-anak mereka. Selain itu, penglibatan iba bapa yang aktif di
sekolah juga memberi kesan, misalnya penyertaan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG). Dalam ini, kita dapat lihat betapa pentingnya pendidikan yang perlu
diadakan dalam setiap ibu bapa. Melalui kajian tersebut, sebuah idea telah kami
cungkil, iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Bahagian
Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW) membekalkan pendidikan secara percuma kepada ibu bapa
penduduk-penduduk orang Asli, indigenous dan kawasan pedalaman. Tujuannya
ialah memberi kesedaran terhadap kepentingan pendidikan dalam setiap ibu
bapa yang akan banyak mempengaruhi generasi yang seterusnya serta masa
depan mereka. Dengan itu, pihak kerajaan boleh menubuhkan beberapa pusat
pendidikan di kawasan luar bandar dan memberi perkhidmatan percuma kepada
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
penduduk luar bandar. Ilmu-ilmu pengetahuan seperti kesihatan, nilai murni,
teknologi, kemahiran dan ekonomi disalurkan secara umum. Contohnya,
berdasarkan pengetahuan kita, orang Asli kurang mementingkan kebersihan gigi.
Mereka kurang memberus gigi, ada yang tidak pernah menggosok gigi sejak
kecil lagi. Melalui program ini, penduduk boleh dididik dengan kepentingan
memberus gigi dan cara memberus gigi dengan betul. Kelas-kelas kesihatan
boleh dilancarkan sekali seminggu. Sekiranya masyarakat mendapat
keseronokan dan kesedaran dalam pendidikan, secara tidak langsungnya, anak-
anak atau generasi yang akan datang akan dipengaruhi.

4.2 Masyarakat
Bagaimanakah masyarakat luar bandar dapat menyedari kepentingan
pendidikan? Masyarakat dan pelajar adalah berhubungkait, hanya mempunyai
masyarakat yang sedar terhadap kepentingan pendidikan, barulah dapat
melahirkan pelajar atau generasi muda negara yang subur dengan ilmu
pengetahuan. Dalam ini, kami mencadangkan penggunaan teori modenisasi
terhadap masyarakat tradisional. Pelopor teori modenisasi ialah Roy Harrod dan
Evsay Domar. Kepada Wilbert Moore (1963), modenisasi adalah transformasi
total masyarakat tradisional atau masyarakat pramoden kepada jenis teknologi
dan organisasi sosial berkaitan yang mencirikan masyarakat Barat yang maju,
ekonomi yang makmur dan mempunyai kestabilan politik. Modenisasi boleh
mengubah bersikap penduduk luar bandar kepada liberal dan tidak lagi ketat dan
bebas bergerak. Contohnya dari luar bandar ke bandar ataupun melibatkan diri
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
dalam perdagangan dan mempunyai pekerja tetap. Selain itu, modenisasi
membolehkan penduduk berfikiran bebas, melalui pendidikan, celik huruf,
terdedah kepada media massa dan boleh membuat pilihan sendiri. Mereka akan
mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran dan pendidikan yang sepatutnya agar
tidak ketinggalan zaman dan mendapat kehidupan yang lebih mewah serta
selesa. Contohnya, pengetahuan dan kemahiran menggunakan ICT. Dengan itu,
masyarakat luar bandar dapat dibangunkan dengan nilai-nilai murni, seperti
kerjasama dan toleransi setiap penduduk. (Pengantar Pembangunan Dunia
Ketiga, 2005: 38,45). Dalam catatan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia/
Blue-print (2013-2025), untuk mengakses kepada kejayaan, setiap kanak-kanak
di Malaysia, tanpa mengira taraf ekonomi, etnik, agama atau latar belakang
berhak untuk mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti agar
dapat mencapai potensi masing-masing. Oleh demikian, murid-murid orang Asli,
peribumi dan kawasan pedalaman berhak untuk mendapat ilmu pendidikan yang
setaraf seperti murid-murid di bandar. Di samping itu, berasaskan prinsip
Pendidikan untuk semua, yang merupakan sebahagian daripada Matlamat
Pembangunan Milenium, sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan
akses dan enrolmen sejagat dari peringkat prasekolah ke pringkat sekolah
menengah atas, iaitu Tingkatan 5, sama ada menerusi laluan akademik atau
laluan teknik dan vokasional yang setara.
Selain itu, kemudahan-kemudahan masyarakat pedalaman juga akan
mempengaruhi kesedaran mereka terhadap pendidikan secara tidak langsung.
Misalnya, kemudahan jalanraya, pengangkutan dan telefon awam. Dengan itu,
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
kami mengemukakan idea bahawa pihak kerajaan menaiktaraf dan memperbaiki
ketidaksempurnaan kemudahan-kemudahan tersebut. Terutamanya, jalan tanah
berlumpur di kawasan luar bandar dicadangkan untuk dijadikan jalan raya
Asphalt. Walaupun cadangan ini merupakan projek yang amat besar dan sukar
dilaksanakan kerana sekeliling kawasan pedalaman dipenuhi dengan pokok
bunga. Akan tetapi, sekiranya mempunyai jalanraya Asphalt, murid-murid boleh
pergi ke sekolah tanpa halangan. Kasut sekolah putih mereka tidak lagi
dikotorkan oleh tanah liat. Kebersihan fizikal amat penting demi kesihatan juga.
Mereka lebih bermotivasi untuk belajar dengan pakaian dan tubuh yang bersih.
Tambahan, ibu bapa mereka tidak akan terlalu risau terhadap keselamatan
anak-anak ke sekolah.
Tambah pula, kerajaan boleh membekalkan peralatan teknologi
pertanian dan perikanan moden kepada penduduk orang Asli, peribumi dan
kawasan pedalaman. Contoh alat pertanian moden, traktor, sabit bergerigi,
power sprayer dan mesin tugal. Alat-alat teknologi moden bukan sahaja dapat
mengurangkan kesusahan penduduk dalam pekerjaan, ia juga dapat
meningkatkan pengeluaran. Di samping itu, yang terpentingnya ialah faedah
teknologi moden terhadap pendidikan. Sekiranya mempunyai teknologi moden,
tenaga manusia tidak banyak diperlukan secara langsung. Oleh demikian, anak-
anak mereka dapat menghadiri ke sekolah setiap hari. Mereka tidak perlu lagi
menolong ahli keluarganya dalam pekerjaan sehingga tidak hadir ke sekolah
atau tidak dapat menyiapkan kerja sekolah. Terutamanya musim buah-buahan,
penduduk boleh menggunakan peralatan moden untuk memetik buah-buahan.
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
Hutan sangat penting dalam kehidupan seharian orang Asli kerana di dalamnya
terdapat dusun-dusun saka dan sememangnya mereka sudah terikat dengan
alam semulajadi yang terdapat di hutan (Ali & Zainal Abidin, 2006). Oleh
demikian, kita perlu berusaha dengan lebih agar dapat mengubah minda mereka
untuk menerima kepentingan pendidikan. Sekiranya mempunyai ketabahan,
kami percaya bahawa kawasan pedalaman akan berkembang seperti kawasan
bandar dengan cepat.
Bagi mewujudkan kesedaran pendidikan dalam sekolah pula, pertamanya,
pihak berkuasa dicadangkan untuk membekalkan kemudahan pengangkutan
ke sekolah. "Berdasarkan pemerhatian dan lawatan kami ke kampung-kampung
Orang Asli, masih terdapat isu-isu tidak ada sekolah di kampung-kampung atau
sekolah-sekolah adalah sangat jauh," kata Muhammad Sha'ani Abdullah,
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, Kuala Lumpur. "Kanak-kanak di sana tidak
pergi ke sekolah," katanya. "Mereka mengatakan ia terlalu jauh dan mereka tidak
mempunyai pengangkutan." Oleh itu, kami mencadangkan KPM agar
mengaktifkan semula Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan kepada murid-
murid pedalaman sahaja. Selain itu, bas-bas sekolah juga merupakan satu
motivasi kepada anak-anak pedalaman dari segi mental. Mereka tidak pernah
menaiki bas sekolah serta tidak pernah bergaul dan bermain dengan rakan-
rakan baru sepanjang perjalanan ke sekolah. Mereka akan berasa seronok pergi
ke sekolah bersama-sama rakan-rakannya. Mengikut pandangan kami, ini
adalah sebuah cadangan yang amat bermanfaat dan berkesan jika dilancarkan
dengan sistematik dan berterusan.
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
Akhir sekali, kami mencadangkan juga sekolah rendah dan sekolah
menengah dicantumkan bersama. Aspek ini kurang diambil perhatian di
Malaysia. Dengan mempunyai sekolah rendah dan menengah yang dicantumkan
terutamanya di dalam kawasan luar bandar. Percantuman sekolah tersebut telah
memudahkan murid-murid mendapatkan pengajian secara berterusan.
Contohnya, sekiranya murid menghabiskan pengajian selama 6 tahun di sekolah
rendah, maka perlulah mencari sekolah menengah pula, jika sekolah menengah
bercantum dengan sekolah rendah, maka murid-murid tidak perlulah mencari
sekolah yang lain, mereka hanya terus pengajiannya. Contohnya, Sekolah Model
Khas Bukit Jenun, Baling, Kedah yang merupakan sekolah cantum pertama di
negara ini. Seorang pelajar tahun empat, Nor Adilah Rosli berkata, dia amat
berbangga kerana terpilih belajar di sekolah ini yang dianggap terbaik dan unik
berbanding sekolah lain. ''Seronok rasanya dapat belajar bersama rakan sekolah
menengah di sekolah yang sama,'' kata bekas murid Sekolah Kebangsaan
Kampung Betong, Sik, Kedah. Menurut Penolong Kanan SKB, Omar Muhamad,
unsur-unsur pembelajaran yang unik itu dapat dilakukan serana SKB adalah
sekolah pertama di negara ini yang menempatkan pelajar sekolah menengah
dan rendah dalam satu kawasan dan dibawah satu pentadbiran. Secara tidak
langsungnya, masalah keciciran pendidikan di kawasan luar bandar seperti
Orang Asli, Indigenous dan kawasan pedalaman dapat dikurangkan.

5.0 Kesimpulan
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
"Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara
terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan, bukan sahaja
orang Melayu dan peribumi bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat,
meraih manfaat bersama hasil pembangunan ekonomi negara," kata Dato Seri
Najib Tun Razak dalam ucapan pelancaran agenda itu di Dewan Agong Tuanku
Canselor, UiTM.
Ketaksamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar
bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara
antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta boleh
menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia, keharmonian dan
kemajuan negara. Bukannya kerana tiada usaha, tetapi kerana tiadanya
komitmen yang telus dalam menangani isu ini. pelbagai bantuan, dana dan
program-program telah dicetuskan oleh kerajaan bagi memastikan semua rakyat
di negara ini dapat menikmati peluang pendidikan yang sama bagi semua orang.
Sebagai Wargenegara Malaysia yang berdaulat, masalah mereka juga
harus mendapat pembelaan yang sewajarnya. Oleh itu, semua pihak tidak kira
kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu memainkan peranan
yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan peluang
pendidikan di kalangan masyarakat yang ketinggalan dalan bidang pendidikan.
Semua pihak juga perlu sedar dan saling bantu-membantu dalam kita
memajukan golongan ini. Anak-anak ini adalah asset negara pada masa akan
datang. Jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada majunya
golongan muda-mudinya. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan
PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5 CHENG SI MEAN
UMA RAMADAS
fokus membina masyarakat Malaysia yang berilmu dan progresif tidak
tersimpang daripada landasan untuk mempersiapkan Malaysia sebagai sebuah
negara maju pada tahun 2020.

Вам также может понравиться

  • Senarai Semak Portfolio Internship
    Senarai Semak Portfolio Internship
    Документ7 страниц
    Senarai Semak Portfolio Internship
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Nota Guru Dan Cabaran Semasa
    Nota Guru Dan Cabaran Semasa
    Документ13 страниц
    Nota Guru Dan Cabaran Semasa
    Molly Peter Laugahong
    Оценок пока нет
  • Perbezaan Ciri Kualitatif DGN Kuantitatif
    Perbezaan Ciri Kualitatif DGN Kuantitatif
    Документ2 страницы
    Perbezaan Ciri Kualitatif DGN Kuantitatif
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Flyer Prac 4
    Flyer Prac 4
    Документ58 страниц
    Flyer Prac 4
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Nota Ringkas EDU 3093
    Nota Ringkas EDU 3093
    Документ19 страниц
    Nota Ringkas EDU 3093
    Fadzli Khamis
    86% (7)
  • Flyer Prac 4
    Flyer Prac 4
    Документ58 страниц
    Flyer Prac 4
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Nota Guru Dan Cabaran Semasa
    Nota Guru Dan Cabaran Semasa
    Документ13 страниц
    Nota Guru Dan Cabaran Semasa
    Molly Peter Laugahong
    Оценок пока нет
  • Big List
    Big List
    Документ1 страница
    Big List
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Nota Guru Dan Cabaran Semasa
    Nota Guru Dan Cabaran Semasa
    Документ13 страниц
    Nota Guru Dan Cabaran Semasa
    Molly Peter Laugahong
    Оценок пока нет
  • Perbezaan Ciri Kualitatif DGN Kuantitatif
    Perbezaan Ciri Kualitatif DGN Kuantitatif
    Документ2 страницы
    Perbezaan Ciri Kualitatif DGN Kuantitatif
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Flyer Prac 3
    Flyer Prac 3
    Документ9 страниц
    Flyer Prac 3
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Flyer Prac 8
    Flyer Prac 8
    Документ6 страниц
    Flyer Prac 8
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Flyer Prac 1
    Flyer Prac 1
    Документ4 страницы
    Flyer Prac 1
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Flyer Prac 2
    Flyer Prac 2
    Документ6 страниц
    Flyer Prac 2
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Tahun 2
    Tahun 2
    Документ12 страниц
    Tahun 2
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Tahun 2
    Tahun 2
    Документ12 страниц
    Tahun 2
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Modul PSV KBSR
    Modul PSV KBSR
    Документ73 страницы
    Modul PSV KBSR
    ras310789
    Оценок пока нет
  • EDU
    EDU
    Документ32 страницы
    EDU
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • 09 - Isi Utama
    09 - Isi Utama
    Документ4 страницы
    09 - Isi Utama
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • 08 Agihan Tajuk
    08 Agihan Tajuk
    Документ5 страниц
    08 Agihan Tajuk
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Untitled
    Untitled
    Документ3 страницы
    Untitled
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Susunan Corak Terancang
    Susunan Corak Terancang
    Документ7 страниц
    Susunan Corak Terancang
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • Pandangan Dan Sumbangan Tokoh Terhadap PSV
    Pandangan Dan Sumbangan Tokoh Terhadap PSV
    Документ37 страниц
    Pandangan Dan Sumbangan Tokoh Terhadap PSV
    EnHuii GraCez 은혜
    0% (1)
  • Asas Pertolongan Cemas
    Asas Pertolongan Cemas
    Документ27 страниц
    Asas Pertolongan Cemas
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет
  • KONSEP-5P Dalam PSV
    KONSEP-5P Dalam PSV
    Документ12 страниц
    KONSEP-5P Dalam PSV
    Jenny Hoe
    Оценок пока нет
  • Badminton 2011
    Badminton 2011
    Документ1 страница
    Badminton 2011
    EnHuii GraCez 은혜
    Оценок пока нет