Вы находитесь на странице: 1из 8

PENGENDALIAN KANAK KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS

1. PENGENALAN
Pengendalian Kanak Kanak Dengan Keperluan Khas adalah satu tugas
yang sangat penting bagi seseorang Jururawat Kesihatan Awam. Ia bertujuan untuk
menilai perkembangan Kanak Kanak Dengan Keperluan Khas dengan
menggunakan Carta Denver. Dengan menggunakan Carta Denver seseorang
Jururawat Kesihatan Awam boleh mengenalpasti bidang bidang yang memerlukan
Program Pembelajaran Individu (I.E.P) serta menerangkan teknik teknik
pengajaran bagi Kanak Kanak Keperluan Khas.
Jururawat juga dapat merancang dan mengendalikan pelan pengajaran yang
sistematik dan tersusun bagi kanak kanak dengan keperluan khas serta rujukan
kepada agensi agensi berkaitan dapat dilakukan seperti Unit Fisioterapi, Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan. Selain daripada itu kanak
kanak dengan keperluan khas ini perlu dirujuk untuk mendapatkan bantuan atau
sokongan dari Kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan dimana ia boleh menempatkan
kanak kanak dengan keperluan khas bila ia sudah dewasa.
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang
memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-
kanak normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak keperluan khas berbeza dalam
aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah
laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak keperluan khas
memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti program latihan individu
bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak keperluan khas ke tahap yang
optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.
Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau
kanak-kanak luar biasa sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang
nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa
hati.

Menurut WHO definasi pula, bagi kanak-kanak keperluan khas adalah
seorang yang tidak dapat memenuhi sepenuhnya atau sebahagian daripada
keperluan hidup sosialnya yang sepatutnya boleh dilakukan oleh seorang individu
yang normal akibat dari kerosakan keadaan fizikal atau mentalnya. Data dari WHO
menyatakan 10% dari jumlah penduduk dunia adalah terdiri dari kanak-kanak
dengan keperluan khas dan di Malaysia saja pada tahun 2007, dianggarkan 220,250
yang telah berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya. Justeru itu kerajaan telah
menyediakan berbagai plan tindakan agensi kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan (NGO).

Pendaftaran OKU adalah secara sukarela, dan usaha JKM untuk
mendaftarkan OKU pun secara sukarela. Justeru, statistik yang diperolehi adalah
tidak tepat. Apabila jumlah OKU tidak dapat dikenal pasti, maka pelan pembangunan
negara tidak dapat memenuhi keperluan mereka.

Memaksimakan potensi, keupayaan intelek, emosi, sosial dan fizikal bagi
kanak kanak keperluan khas disamping menyediakan kanak kanak supaya dapat
diterima oleh masyarakat agar mereka dapat menikmati kehidupan yang normal.
Dengan peningkatan keupayaan kanak kanak ini, ia boleh berdikari dan diterima
oleh komuniti

Ibubapa juga diberikan pengetahuan dan sokongan agar mereka dapat
menerima kecacatan anaknya. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kesedaran,
pengetahuan dan keyakinan kepada ahli keluarga dan masyarakat supaya mereka
dapat memberikan kerjasama dalam pengendalian Kanak Kanak Keperluan Khas
sehingga mereka dewasa dan mampu berdikari kelak.
Kesimpulannya, pendaftaran OKU adalah penting. Dengan berpandukan
kepada data yang sedia ada, kerajaan dapat merancang pembangunan negara
dengan mempertimbangkan keperluan OKU, dan OKU dapat menyumbangkan
tenaga mereka dalam kemajuan negara.












1.1. TUJUAN PENGENDALIAN KANAK-KANAK DENGAN
KEPERLUAN KHAS.
Pengendalian kanak-kanak dengan keperluan khas merupakan tugas
yang amat penting bagi seorang Jururawat Kesihatan Awam. Tujuan
pengendalian kanak-kanak keperluan khas ialah:
Objektif boleh dibahagikan kepada :
Jururawat
1. Menilai tahap perkembangan kanak-kanak dengan keperluan khas
menggunakan Carta Denver sebelum dan selepas pengendalian.
2. Mengenalpasti masalah kelewatan perkembangan kanak-kanak.
3. Mengenalpasti masalah-masalah kesihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak
dengan keperluan khas contohnya jangkitan salur pernafasan atas,
kekurangan zat makanan dan sebagainya serta membuat dignosa
kejururawatan.
4. Melaksanakan kaunseling kepada ibubapa agar dapat menerima kenyataan
tentang kecacatan anak mereka.
5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibubapa dengan cara mengajar
Program IEP ( Individual Educational Program ) supaya dapat mengendalikan
kanak-kanak dengan keperluan khas serta membuat penyesuaian hidup
sekeluarga bersama anak mereka yang cacat.
6. Memberi pengetahuan kepada ibubapa tentang sindrom down melalui nasihat
individu.
7. Mengajar kanak-kanak keperluan khas yang mempunyai perkembangan yang
lambat untuk mencapai tahap perkembangan yang lambat untuk memcapai
tahap perkembangan yang optima melalui Program IEP ( Individual
Education Program ).
8. Mendaftar kanak-kanak keperluan khas kepada agensi tertentu seperti
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Daerah, Hospital dan
Klinik Kesihatan, Unit Fisioterapi dan Unit Terapi Cara Kerja bagi
mendapatkan bantuan khusus untuk kanak-kanak.
9. Memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat mengenai kenak-kanak
dengan keperluan khas, supaya masyarakat dapat menerima dan melibatkan
diri dalam aktiviti pengendalian.

Kanak kanak
a. Mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak kanak keperluan khas
melalui latihan aktiviti yang bersepadu.
b. Mengajar kanak kanak dengan keperluan khas untuk mencapai tahap
perkembangan yang optima melalui Program Pembelajaran Individu
(Individual Education Program) supaya mereka dapat berdikari dan hidup
dalam masyarakat.
c. Memaksimakan potensi keupayaan mereka di bidang intelek, emosi, sosial
dan fizikal.

Ibubapa
a. Memberi pengetahuan kepada ibubapa tentang kekurangan anak contoh
anak Down Sindrom serta nasihat individu.
b. Meningkatkan kesedaran dan keyakinan kepada ahli keluarga supaya dapat
memberi kerjasama dalam pengendalian kanak kanak keperluan khas
demi masa depan kanak kanak ini agar mereka dapat membesar seperti
kanak kanak yang normal.
c. Mendapat kerjasama ibu dan keluarga dalam pelan pengajaran yang akan
dijalankan.
d. Mengajar ibubapa Program Pembelajaran Individu ( Individual Education
Program ) supaya dapat mengendalikan kanak kanak dengan keperluan
khas serta membuat penyesuaian hidup sekeluarga bersama anak mereka
yang istimewa.
e. Menyediakan ibubapa supaya dapat menerima anak keperluan khas dengan
seadanya.

Komuniti
a. Memupuk sikap berdikari, kesedaran dan tanggungjawab anggota
masyarakat terhadap pemulihan Kanak Kanak Keperluan Khas dalam
komuniti.
b. Membina keupayaan sumber tenaga manusia dalam komuniti agar mereka
mengambil bahagian yang cergas dalam pemulihan Kanak-Kanak Keperluan
Khas.










1.2 KETERANGAN AM
DEFINISI KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS:
Kanak-Kanak Keperluan Khas adalah sebaahagian daripada mereka yang tergolong
dalam kumpulan Orang Kurang Upaya(OKU).iaitu seseorang yang tidak berupaya
menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada
keperluan biasa seseorang individu,dan tidak dapat hidup bermasyarakat samada
dari segi fizikal, atau mental,dan berlaku samada sejak dilahirkan atau sesudah itu.
http://ms.wikipedia.org/wiki/kanak-kanak istewewa.
Mengapa keperluan khas.











Statistik Orang Kurang Upaya
Menurut WHO(World Health Organisation),1-3% penduduk sesebuah Negara terdiri
daripada golongan Orang Kurang Upaya.Ini bermakna, Malaysia yang mempunyai
penduduk seramai 25 juta terdiri daripada 250,000 golongan kurang upaya.Jumlah
Orang Kurang Upaya yang didaftarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)
adalah kurang daripada sasaran WHO.Ini adalah kerana ramai ibu-bapa yang tidak
mendaftarkan anak-anak mereka yang Kurang Upaya di JKM.Pada bulan Mac 2014
jumlah Orang Kurang Upaya yang telah didaftarkan
adalah
Ambil statistic baru..

Вам также может понравиться